Mulai Kini Facebook Akan Semak Fakta Berita Malaysia


Mulai sekarang, penerbit berita di Malaysia perlu berhati-hati apabila menyiarkan artikel dalam Facebook susulan pelancaran program semakan fakta pihak ketiga baru-baru ini oleh platform sosial itu dengan kerjasama Agence France-Presse (AFP).
 

 
Program itu, yang bermula hari ini, bertujuan mengurangkan penyebaran maklumat palsu dalam talian dan membantu membentuk masyarakat yang lebih berinformasi di negara ini.

Ia turut membabitkan semakan semula dan mengkaji semula ketepatan berita dalam Facebook, termasuk foto dan video, oleh AFP.

Pengurus Rakan Strategik Facebook Malaysia Alice Budisatrijo, berkata memerangi kandungan tidak sah dan menangani pengedaran berita palsu dalam Facebook merupakan sebahagian besar daripada usaha mereka untuk memastikan berita berkualiti tinggi diperoleh pembaca dalam platform sosial.

“Apabila kita bercakap tentang kandungan tidak sah, sudah tentulah antaranya berita palsu, salah maklumat… tetapi juga kandungan yang disebarkan oleh pelaku buruk—orang yang berniat tidak baik semasa mereka menggunakan Facebook.

“Jelas sekali, kami tidak mahu mereka (pelaku jahat), sebab apabila orang melayari Facebook, lebih-lebih lagi untuk mendapatkan berita dalam Facebook, kami mahu mereka mencari berita bermaklumat yang berwibawa, bermutu tinggi, yang mudah-mudahan turut menghiburkan,” katanya ketika mengumumkan pelancaran program semakan fakta pihak ketiga di ibu pejabat Facebook Malaysia di Kuala Lumpur.

AFP diperakui oleh Rangkaian Penyemak Fakta Antarabangsa bukan partisan Poynter Institute.

Menerusi program itu, AFP akan menyemak fakta kandungan Facebook dalam bahasa Inggeris dan Melayu berlandaskan kriteria standard untuk menentukan kesahihan sesuatu berita.

Menurut Budisatrijo, apabila semakan fakta pihak ketiga menentukan sesuatu berita itu sebagai palsu, ia akan dipaparkan di bahagian bawah dalam News Feed, yang mengakibatkan penyebarannya di media sosial semakin berkurangan.

Sebagai tambahan, apabila semakan fakta pihak ketiga menulis artikel tentang sesuatu kandungan yang dikenal pasti sebagai palsu, Facebook akan secara automatik memaparkan “Artikel Terkait” di bawah artikel yang disebarkan di halaman News Feed.

Bagaimanapun, halaman yang berulang kali berkongsi berita palsu akan mendapati penyebaran itu berkurangan dan keupayaan mereka untuk memperoleh kewangan serta pengiklanan dikeluarkan.

“Dalam perkongsian berita, adalah penting untuk kita membangunkan produk yang akan membantu penerbit. Kami ada program latihan, berkongsi amalan terbaik dan menerima maklum balas daripada banyak penerbit untuk membangunkan produk yang berguna dan memberi latihan bagi wartawan serta orang ramai,” kata Alice.

Facebook kini bekerjasama dengan 54 rakan di seluruh dunia bagi program pemeriksaan fakta, meliputi kandungan dalam 43 bahasa di 57 negara.

Program ini sejajar dengan kerangka tiga bahagian untuk mempertingkatkan kualiti dan berita dalam News Feed, dengan Facebook mengeluarkan akaun dan kandungan yang melanggar Community Standards atau dasar pengiklanan.

Ia turut mengurangkan penyebaran berita palsu dan kandungan tidak sah, dan pada masa sama menambah baik kandungan yang dipapar kepada orang ramai (BERNAMA).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/06/mulai-kini-facebook-akan-semak-fakta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Acer Swift 7 Dengan Kemaskini Terbaru Kini Di Pasaran Malaysia Bermula Dari Rm5999

Acer Swift 7 Dengan Kemaskini Terbaru Kini Di Pasaran Malaysia Bermula Dari Rm5999

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 272 hits
Komputer riba Acer Swift 7 boleh dikatakan salah satu daripada komputer riba 14 inci yang paling nipis yang dikeluarkan oleh Acer Ia adalah sebuah komputer riba premium yang bukan sahaja mempunyai rekaan yang menawan tetapi juga mempunyai s...
Komputer Riba Haier Kini Mula Ditawarkan Di Malaysia Harga Bermula Rm1199

Komputer Riba Haier Kini Mula Ditawarkan Di Malaysia Harga Bermula Rm1199

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 455 hits
Haier merupakan salah satu jenama peralatan elektronik yang mempunyai sejumlah penawaran untuk pengguna tempatan termasuk televisyen peti sejuk dan sebagainya Terbaru Haier turut telah mula menawarkan komputer riba mereka untuk pasaran temp...
Mula Berniaga Nasi Lemak Tepi Jalan Wanita Malaysia Ini Kini Luaskan Perniagaan Sehingga Ke Qatar

Mula Berniaga Nasi Lemak Tepi Jalan Wanita Malaysia Ini Kini Luaskan Perniagaan Sehingga Ke Qatar

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 605 hits
Mula Berniaga Nasi Lemak Tepi Jalan Wanita Malaysia Ini Kini Luaskan Perniagaan Sehingga Ke Qatar Siapa sangka dari hanya berniaga nasi lemak di tepi jalan wanita ini akhirnya membuka cawangan sehingga ke Doha Qatar Apa yang menariknya dia ...
Ranking Baru Bola Sepak Dunia Malaysia Kini Atasi Indonesia Dan Singapura

Ranking Baru Bola Sepak Dunia Malaysia Kini Atasi Indonesia Dan Singapura

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 802 hits
Berdasarkan kemas kini terbaharu pada 14 Jun yang dibuat oleh badan FIFA Malaysia telah berjaya melonjak ke tangga ke 159 dunia Ranking itu menunjukkan Malaysia berada pada tangga ke 159 mengatasi kedudukan negara jiran Indonesia yang berad...
Acer Predator Triton 900 Kini Di Pasaran Malaysia Komputer Riba Gaming Gergasi Pada Harga Rm15999

Acer Predator Triton 900 Kini Di Pasaran Malaysia Komputer Riba Gaming Gergasi Pada Harga Rm15999

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 342 hits
Diperkenalkan sewaktu acara IFA di Berlin pada tahun lepas Acer Predator Triton 900 boleh dikatakan diantara komputer riba gaming yang paling berkuasa oleh Acer setakat ini Ia dilengkapi dengan paparan skrin bersaiz 17 3 inci dengan resolus...
Mingguan Amanz Duit Facebook Xiaomi Mi 9t Malaysia Dron Makanan Cyberjaya

Mingguan Amanz Duit Facebook Xiaomi Mi 9t Malaysia Dron Makanan Cyberjaya

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 381 hits
Facebook pada minggu ini mengumumkan secara rasminya kriptowang mereka tersendiri dinamakan Libra dan bakal hadir ke pasaran pada 2020 kelak Sejumlah pihak turut telah menyatakan sokongan termasuk Mastercard Visa Uber PayPal dan lain lain S...
Jenama Kos Cosmeport Kini Di Guardian Malaysia

Jenama Kos Cosmeport Kini Di Guardian Malaysia

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 405 hits
Hi Korang Kos Cosmeport adalah syarikat penjagaan peribadi multinasional yang menghasilkan dan menjual kosmetik penjagaan kulit dan peralatan mandian seperti topeng muka mencuci muka pelindung matahari syampu dan perapi Kos Cosmeport diasas...
Mubi Satu Lagi Perkhidmatan Penstriman Video Yang Kini Boleh Diakses Di Malaysia

Mubi Satu Lagi Perkhidmatan Penstriman Video Yang Kini Boleh Diakses Di Malaysia

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 349 hits
Pada hari ini terdapat beberapa perkhidmatan penstriman video menarik dipasaran Menyertainya kini perkhidmatan Mubi telah mula beroperasi dan ditawarkan untuk pelanggan tempatan Mubi menawarkan sebuah filem baharu setiap hari dan pengguna d...
Cuktech Raikan Merdeka 2025 Dengan Inovasi Terkini

Pegawai Polis Terima Rasuah Daripada Warga Asing Ditahan Sprm

United Newcastle Berebut Sesko Harian Metro

Lirik Lagu Biarkan Wani Kayrie

Top Commentators Of July Tahniah Blogger Mohamad Taufik

Kebaikan Daun Bidara Rahsia Alam Semula Jadi Yang Ramai Terlepas Pandang

Malaysia Akan Perkenal Tiga Tindakan Susulan Utama Dalam Mendepani Pascatarif As

Resmi Gabung Persita Hokky Caraka Siap Buka Lembaran Baru Di Liga 1


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biasa Orang Berhenti Minum Air Gelagat Peserta Maraton Karaoke Buat Ramai Terhibur

7 Cara Kurangkan Bahang Kereta Bila Parking Di Tengah Panas

Aericka Joseph Semina Kelulu Chord

Video Bonda Rozita Ibrahim Kongsi Detik Cemas Suami Dikejarkan Ke Hospital Di China

Lawyer Ahmad Redza Appointed New Ktmb Chairman

Tunm S Ticking Off Pmx As Amazing Liar For Misquoting His Sons Wealth Gains Positive Traction Online