Macau Scam Pengusaha Vape Dakwa Diugut Datuk Pegawai Sprm


Seorang pengusaha vape mendakwa diugut seorang individu bergelar datuk bersama pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes Macau Scam pada Oktober lalu.
Sumber berkata, lelaki terbabit yang berusia 32 tahun memaklumkan rumahnya di Taman Melawati, di sini, diserbu pihak SPRM, kira-kira 7 pagi pada 2 Oktober lalu.
“Dalam serbuan itu, bilik tidur lelaki berkenaan digeledah dan barang seperti telefon bimbit, iPad, beberapa fail serta dokumen, empat beg berjenama serta wang tunai berjumlah RM1.7 juta dirampas.
“Lelaki itu kemudian dibawa ke pejabat SPRM Putrajaya untuk soal siasat berkaitan kes Macau Scam dan hubungannya dengan individu bernama Addy Kanna.
“Ketika soal siasat dilakukan, pegawai SPRM dikatakan mengugut untuk menahan reman ibu lelaki terbabit jika dia tidak mahu mengaku terbabit dengan Macau Scam dan Addy Kanna,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, ketika disoal siasat, seorang individu bergelar Datuk mengugut lelaki itu supaya menyerahkan tiga kenderaan miliknya dan wang tunai sebanyak RM20 juta, serta berkongsi hasil perniagaan kilang perabot milik mangsa.
Katanya, ia jika mahu mudahkan perkara berkenaan dan kononnya mengelak lelaki itu daripada dikenakan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.
“Akibat takut dengan ugutan itu, lelaki itu dikatakan bersetuju memberi dua kenderaan miliknya kepada Datuk terbabit dan meminta masa berfikir berkenaan perkongsian kilang perabot serta meminta melepaskan semua barang kemas dan lain-lain milik ibunya yang turut disita oleh pihak SPRM.
“Pada masa sama, seorang pegawai SPRM dipercayai memberitahu mangsa bahawa Datuk berkenaan berkawan rapat dengan beberapa pegawai atasan SPRM dan memintanya menyerahkan semua permintaan Datuk itu dengan rela hati bagi memudahkan urusan,” katanya.
Katanya, lelaki itu dibenarkan untuk dijamin oleh mahkamah pada 6 Oktober lalu sebelum barang kemas dan beberapa barang milik ibunya serta wang tunai berjumlah RM90,000 diserahkan kepada lelaki berkenaan.
“Lelaki itu bersama pegawai SPRM dan Datuk berkenaan yang juga pemilik syarikat kontraktor pembinaan berada di stor SPRM di Jalan Conchrane menukar nama bagi hak milik kenderaannya, sebelum mereka memulangkan dua kenderaan lain miliknya dan memintanya menandatangani borang penyerahan pada 10 Oktober lalu.
“Pada 22 Oktober lalu, lelaki itu dimaklumkan oleh seorang pegawai SPRM bahawa pihak atasannya meminta lelaki itu melucutkan hak kenderaan miliknya yang berada di stor SPRM untuk menyelesaikan semua permasalahan membabitkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya.
Sumber berkata, ketika mangsa mahu mengambil wang yang disita di pejabat SPRM pada 23 Oktober lalu, dia mendapati wang diambil dari rumahnya yang sepatutnya berada dalam dua beg berbeza, namun wang ditunjukan hanya dalam satu beg.
“Lelaki itu dipercayai dibawa ke sebuah bank di Putrajaya dan diarahkan oleh pegawai SPRM berkenaan untuk memasukan wang di dalam beg ke akaun LHDN.
“Ketika pengiraan wang dilakukan, mangsa mendapati terdapat lebihan nilai yang ditulis di dalam borang daripada pihak SPRM dianggarkan berjumlah RM93,000.
“Lelaki kemudian diminta membayar bon sebanyak RM300,000 untuk kenderaan yang masih ditahan di pejabat SPRM dan mahu melucutkan hak sebuah kenderaan miliknya jenis Subaru Impreza pada 3 Disember lalu. Namun, mangsa tidak membayar kerana tiada wang,” katanya.
Katanya, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit diugut beberapa kali sejak kali pertama ditahan pada 4 Oktober lalu hingga awal Disember.
“Kejadian ugutan itu termasuk ketika urusan pengendalian kereta milik lelaki terbabit membabitkan 10 kereta serta sebuah motosikal dianggarkan berjumlah RM2 juta dan diminta membayar bon sebanyak RM300,000 pada 8 November lalu.
“Lelaki dimaklumkan pegawai SPRM berkenaan bahawa kes itu hampir selesai dan menunggu kes dikategorikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA), namun sehingga kini, pegawai terbabit masih meminta mangsa membayar bon.
“Malah, lelaki itu mempersoalkan tindakan pihak SPRM melepaskan kenderaan yang ditahan secara berperingkat walaupun akaun bank miliknya sudah dicairkan,” katanya.
Menurut lelaki itu, dia menafikan mengenali Addy Kanna, namun berkenalan dengan individu bergelar Datuk terbabit pada 22 November 2019 atas tujuan pengubahsuaian rumah neneknya di Ipoh, Perak.
“Namun, rumah itu tidak disiapkan kerana pelbagai alasan. Malah, Datuk itu ada meminjam wang sebanyak RM1 juta daripadanya dan hanya memulangkan RM900,000, manakala selebihnya dicagarkan atas sebuah kereta Hummer H2 dan motosikal Harley Davidson ke atas namanya.
“Difahamkan, pengusaha vape terbabit ditahan SPRM selama lima hari bermula 2 hingga 6 Oktober lalu selepas dikaitkan terbabit dengan aktiviti Macau Scam, judi dalam talian dan pusat pelacuran,” katanya.
Difahamkan, lelaki terbabit membuat laporan polis pada 6 Disember lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika dihubungi, hari ini, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.
“Laporan itu masih dalam siasatan pihak kami. Setakat ini, belum ada sebarang tangkapan dibuat,” katanya. HM
Vape kini ‘menyamar’ jadi jam tangan, radio

The post Macau Scam : Pengusaha vape dakwa diugut ‘Datuk’, pegawai SPRM appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/09/macau-scam-pengusaha-vape-dakwa-diugut-datuk-pegawai-sprm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengusaha Vape Buat Laporan Palsu Dakwa Sprm

Pengusaha Vape Buat Laporan Palsu Dakwa Sprm

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 366 hits
Harian Metro sebelum ini melaporkan di Kuala Lumpur Seorang pengusaha vape mendakwa diugut seorang individu bergelar datuk bersama pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ketika ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes Macau Scam...
Kenapa Ya Isteri Addy Kana Macau Scam Selamber Bagi Saguhati Barang Mahal Berjenama Dior Di Kaunter Sprm

Kenapa Ya Isteri Addy Kana Macau Scam Selamber Bagi Saguhati Barang Mahal Berjenama Dior Di Kaunter Sprm

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 278 hits
Instagram Datin Alyaa syuhaila dikatakan memprovok SPRM Isteri Addy Kana Macau Scam Selamba Bagi Saguhati Barang Mahal Berjenama DIOR Di Kaunter SPRM Betul betul Menganjing Nampaknya Ulasan dari seorang pemilik akaun Instagram dprofessor Ta...
Lapan Pegawai Imigresen Ditahan Sprm Dalam Op Selat

Lapan Pegawai Imigresen Ditahan Sprm Dalam Op Selat

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 247 hits
Sumber Gambar NSTP MOHD FADLI HAMZAH PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan lapan orang pegawai Jabatan Imigresen menerusi Op Selat bulan lepas untuk didakwa di enam mahkamah berasingan pada esok dan Rabu ini Menurut sumb
Sprm Tahan Pegawai Kanan Kerajaan Seleweng Duit Raya

Sprm Tahan Pegawai Kanan Kerajaan Seleweng Duit Raya

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 245 hits
SPRM tahan pegawai kanan kerajaan seleweng duit raya Source https www hmetro com my mutakhir 2020 12 650243 sprm tahan pegawai kanan kerajaan seleweng duit raya SPRM tahan pegawai kanan kerajaan seleweng duit raya
Sprm Terima Laporan Terhadap Datuk Bandar Kuala Lumpur

Sprm Terima Laporan Terhadap Datuk Bandar Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 254 hits
Kuala Lumpur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan menerima satu laporan berhubung salah guna kuasa terhadap Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Noor Hisyam Ahmad Dahlan Laporan itu dikatakan berhubung kelulusan kontrak bernilai RM...
Pesawah Rugi Rm30 000 Diperdaya Macau Scam

Pesawah Rugi Rm30 000 Diperdaya Macau Scam

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 287 hits
SUNGAI PETANI Seorang pesawah kerugian RM30 000 akibat diperdaya sindiket Macau Scam selepas menerima panggilan telefon seorang lelaki menyamar pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri cawangan Cyber Jaya semalam Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ko...
Nearly 1 000 Arrested For Suspected Involvement In Macau Scam

Nearly 1 000 Arrested For Suspected Involvement In Macau Scam

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 254 hits
PARLIAMENT A total of 993 individuals were arrested for suspected involvement in Macau scam activities in the first 10 months of this year the Dewan Rakyat was told today Deputy Home Minister II Jonathan Yasin said the arrests from Jan 1 to...
Macau Scam 12 Individu Direman Di Bawah Poca

Macau Scam 12 Individu Direman Di Bawah Poca

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 166 hits
Oleh ASLIZA MUSA SERAMAI 12 individu disyaki terbabit sindiket Macau scam direman di Mahkamah Sesyen Ipoh Perak hari ini UTUSAN ZULFACHRI ZULKIFLI IPOH Seramai 12 individu termasuk empat wanita warga tempatan yang disyaki terloibat dalam si...
12 Anggota Sindiket Macau Scam Direman 21 Hari

12 Anggota Sindiket Macau Scam Direman 21 Hari

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 345 hits
IPOH Seramai 12 individu termasuk empat warga tempatan yang disyaki terbabit dalam aktiviti Macau Scam membabitkan kerugian kira kira RM11 juta direman selama 21 hari bawah Akta Pencegahan Jenayah Perintah reman dikeluarkan Hakim Mahkamah S...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Consultant

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2025 Park Inn Radisson Putrajaya

Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang

Merungkai Matematik Di Sebalik Doktrin Rukun Islam

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field