Pengusaha Vape Buat Laporan Palsu Dakwa Sprm



Harian Metro sebelum ini melaporkan di Kuala Lumpur Seorang pengusaha vape mendakwa diugut seorang individu bergelar datuk bersama pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes Macau Scam pada Oktober lalu.
<!--more-->Sumber berkata, lelaki terbabit yang berusia 32 tahun memaklumkan rumahnya di Taman Melawati, di sini, diserbu pihak SPRM, kira-kira 7 pagi pada 2 Oktober lalu.
"Dalam serbuan itu, bilik tidur lelaki berkenaan digeledah dan barang seperti telefon bimbit, iPad, beberapa fail serta dokumen, empat beg berjenama serta wang tunai berjumlah RM1.7 juta dirampas.
"Lelaki itu kemudian dibawa ke pejabat SPRM Putrajaya untuk soal siasat berkaitan kes Macau Scam dan hubungannya dengan individu bernama Addy Kanna.
"Ketika soal siasat dilakukan, pegawai SPRM dikatakan mengugut untuk menahan reman ibu lelaki terbabit jika dia tidak mahu mengaku terbabit dengan Macau Scam dan Addy Kanna," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, ketika disoal siasat, seorang individu bergelar Datuk mengugut lelaki itu supaya menyerahkan tiga kenderaan miliknya dan wang tunai sebanyak RM20 juta, serta berkongsi hasil perniagaan kilang perabot milik mangsa.
Katanya, ia jika mahu mudahkan perkara berkenaan dan kononnya mengelak lelaki itu daripada dikenakan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.
"Akibat takut dengan ugutan itu, lelaki itu dikatakan bersetuju memberi dua kenderaan miliknya kepada Datuk terbabit dan meminta masa berfikir berkenaan perkongsian kilang perabot serta meminta melepaskan semua barang kemas dan lain-lain milik ibunya yang turut disita oleh pihak SPRM.
"Pada masa sama, seorang pegawai SPRM dipercayai memberitahu mangsa bahawa Datuk berkenaan berkawan rapat dengan beberapa pegawai atasan SPRM dan memintanya menyerahkan semua permintaan Datuk itu dengan rela hati bagi memudahkan urusan," katanya.
Katanya, lelaki itu dibenarkan untuk dijamin oleh mahkamah pada 6 Oktober lalu sebelum barang kemas dan beberapa barang milik ibunya serta wang tunai berjumlah RM90,000 diserahkan kepada lelaki berkenaan.
"Lelaki itu bersama pegawai SPRM dan Datuk berkenaan yang juga pemilik syarikat kontraktor pembinaan berada di stor SPRM di Jalan Conchrane menukar nama bagi hak milik kenderaannya, sebelum mereka memulangkan dua kenderaan lain miliknya dan memintanya menandatangani borang penyerahan pada 10 Oktober lalu.
"Pada 22 Oktober lalu, lelaki itu dimaklumkan oleh seorang pegawai SPRM bahawa pihak atasannya meminta lelaki itu melucutkan hak kenderaan miliknya yang berada di stor SPRM untuk menyelesaikan semua permasalahan membabitkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)," katanya.
Sumber berkata, ketika mangsa mahu mengambil wang yang disita di pejabat SPRM pada 23 Oktober lalu, dia mendapati wang diambil dari rumahnya yang sepatutnya berada dalam dua beg berbeza, namun wang ditunjukan hanya dalam satu beg.
"Lelaki itu dipercayai dibawa ke sebuah bank di Putrajaya dan diarahkan oleh pegawai SPRM berkenaan untuk memasukan wang di dalam beg ke akaun LHDN.
"Ketika pengiraan wang dilakukan, mangsa mendapati terdapat lebihan nilai yang ditulis di dalam borang daripada pihak SPRM dianggarkan berjumlah RM93,000.
"Lelaki kemudian diminta membayar bon sebanyak RM300,000 untuk kenderaan yang masih ditahan di pejabat SPRM dan mahu melucutkan hak sebuah kenderaan miliknya jenis Subaru Impreza pada 3 Disember lalu. Namun, mangsa tidak membayar kerana tiada wang," katanya.
Katanya, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit diugut beberapa kali sejak kali pertama ditahan pada 4 Oktober lalu hingga awal Disember.
"Kejadian ugutan itu termasuk ketika urusan pengendalian kereta milik lelaki terbabit membabitkan 10 kereta serta sebuah motosikal dianggarkan berjumlah RM2 juta dan diminta membayar bon sebanyak RM300,000 pada 8 November lalu.
"Lelaki dimaklumkan pegawai SPRM berkenaan bahawa kes itu hampir selesai dan menunggu kes dikategorikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA), namun sehingga kini, pegawai terbabit masih meminta mangsa membayar bon.
"Malah, lelaki itu mempersoalkan tindakan pihak SPRM melepaskan kenderaan yang ditahan secara berperingkat walaupun akaun bank miliknya sudah dicairkan," katanya.
Menurut lelaki itu, dia menafikan mengenali Addy Kanna, namun berkenalan dengan individu bergelar Datuk terbabit pada 22 November 2019 atas tujuan pengubahsuaian rumah neneknya di Ipoh, Perak.
"Namun, rumah itu tidak disiapkan kerana pelbagai alasan. Malah, Datuk itu ada meminjam wang sebanyak RM1 juta daripadanya dan hanya memulangkan RM900,000, manakala selebihnya dicagarkan atas sebuah kereta Hummer H2 dan motosikal Harley Davidson ke atas namanya.
"Difahamkan, pengusaha vape terbabit ditahan SPRM selama lima hari bermula 2 hingga 6 Oktober lalu selepas dikaitkan terbabit dengan aktiviti Macau Scam, judi dalam talian dan pusat pelacuran," katanya.
Difahamkan, lelaki terbabit membuat laporan polis pada 6 Disember lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika dihubungi, hari ini, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.
"Laporan itu masih dalam siasatan pihak kami. Setakat ini, belum ada sebarang tangkapan dibuat," katanya

Bagaimanapun pihak SPRM menafikan tuduhan pengusaha Vape tersebut dalam satu kenyataan dengan menganggap dakwaan tersebut sebagai satu tohmahan bertujuan mencemar imej agensi berkenaan

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis berhubung dakwaan individu mendakwa dirinya diugut dalam siasatan suruhanjaya berkenaan berkaitan kes Macau Scam. 
SPRM dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan pihaknya memandang serius tohmahan individu terbabit yang dianggap mencemar imej agensi berkenaan. 
"Individu berkenaan membuat laporan polis berhubung perkara itu selepas dua bulan dia dibebaskan daripada tahanan reman SPRM. 
"Salinan laporan itu juga sudah tular oleh pihak tertentu sekali gus mencemarkan nama baik SPRM

"Justeru itu, seorang pegawai SPRM membuat laporan polis hari ini bagi menafikan tohmahan individu berkenaan," katanya


Laporan penuh silalah baca di SINI 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2020/12/pengusaha-vape-buat-laporan-palsu-dakwa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macau Scam Pengusaha Vape Dakwa Diugut Datuk Pegawai Sprm

Macau Scam Pengusaha Vape Dakwa Diugut Datuk Pegawai Sprm

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 204 hits
Seorang pengusaha vape mendakwa diugut seorang individu bergelar datuk bersama pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ketika ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes Macau Scam pada Oktober lalu Sumber berkata lelaki terbabit ya...
Sprm Terima Hampir 4 000 Laporan Selama 7 Bulan Pkp

Sprm Terima Hampir 4 000 Laporan Selama 7 Bulan Pkp

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 246 hits
MALAYSIAKINI Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menerima 3 919 laporan yang berkaitan dengan dakwaan penyalahgunaan kuasa dan rasuah oleh pegawai awam yang bertugas dalam tempoh perintah kawalan pergerakan dari bulan Mac hingga Se...
Sprm Terima Laporan Terhadap Datuk Bandar Kuala Lumpur

Sprm Terima Laporan Terhadap Datuk Bandar Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 251 hits
Kuala Lumpur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan menerima satu laporan berhubung salah guna kuasa terhadap Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Noor Hisyam Ahmad Dahlan Laporan itu dikatakan berhubung kelulusan kontrak bernilai RM...
Anwar Dakwa Kenyataan Sedia Letak Jawatan Jikalau Gagal Tolak Belanjawan Adalah Palsu

Anwar Dakwa Kenyataan Sedia Letak Jawatan Jikalau Gagal Tolak Belanjawan Adalah Palsu

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 351 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bersedia meletakkan jawatan sekiranya gagal menolak Belanjawan 2021 pada peringkat jawatankuasa Tindakan tidak bertangungjawab ini jelas dibuat bagi menc...
Jangan Panik Usah Sebar Laporan Palsu

Jangan Panik Usah Sebar Laporan Palsu

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 287 hits
JANGAN PANIK USAH SEBAR LAPORAN PALSUhttp johortimes my 2020 12 jangan panik usah sebar laporan palsu JOHOR BAHRU 121220 Polis Johor mengesahkan ada menerima laporan palsu berkaitan kes jangkitan COVID 19 dan memberi amaran supaya tidak men...
Peguam Pendakwah Selebriti Mahu Tindakan Pengadu Buat Laporan Palsu

Peguam Pendakwah Selebriti Mahu Tindakan Pengadu Buat Laporan Palsu

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 293 hits
Pendakwah selebriti dibawa keluar oleh anggota polis selepas mendapat perintah tahanan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dakwaan kes rogol di Mahkamah Majistret Petaling Jaya foto HAZROL ZAINAL PETALING JAYA Pol...
2 Individu Gesa Peguam Negara Dakwa Hadi Kerana Menghasut

2 Individu Gesa Peguam Negara Dakwa Hadi Kerana Menghasut

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 215 hits
December 15 2020 Individu terbabit mahu mahkamah mengisytiharkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang tidak layak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan KUALA LUMPUR Dua individu dari Sabah menggesa Peguam Negara mendakwa Presiden PAS Abdul Hadi...
Lelaki Dakwa Dia Jaga Jodoh Orang Selama 5 Tahun Viral Di Media Sosial Rupanya Menipu Demi Raih Perhatian Netizen

Lelaki Dakwa Dia Jaga Jodoh Orang Selama 5 Tahun Viral Di Media Sosial Rupanya Menipu Demi Raih Perhatian Netizen

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 310 hits
Demi meraih perhatian netizen di media sosial seorang lelaki tergamak membuat konten palsu di akaun Tik Tok seperti yang berlaku di Indonesia Lelaki bernama Rachmad Arief meluahkan perasaan sedihnya dalam video tersebut kononnya wanita yang...
Penolong Jurutera Majlis Perbandaran Kuantan Di Tuduh Rasuah Dan Gunakan Dokumen Palsu

Penolong Jurutera Majlis Perbandaran Kuantan Di Tuduh Rasuah Dan Gunakan Dokumen Palsu

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 207 hits
KUANTAN Seorang penolong jurutera Majlis Perbandaran Kuantan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima suapan RM2 000 dan menggunakan dokumen palsu Tertuduh Syamsul Azrai Yusoff 41 dari Indera Mahkota ...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya