Macau Scam Judi Dalam Talian Pegawai Dan Anggota Polis Bakal Digantung Tugas Tamat Perkhidmatan


Bernama Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM, Datuk Zamri Yahya . foto MOHD ADZLAN, KUALA LUMPUR – Pegawai dan anggota polis terlibat secara langsung dengan individu yang ditahan berkaitan sindiket judi dalam talian dan Macau Scam, bakal berdepan digantung tugas selain ditamatkan perkhidmatan jika pembabitan mereka dibuktikan.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, proses rakaman percakapan dan pengumpulan bukti berhubung penglibatan 24 pegawai dan anggota seperti didakwa, masih dijalankan.
“Siasatan masih berjalan, namun setelah selesai siasatan pihak JIPS akan mengesyorkan kepada pihak tatatertib, untuk mereka dikenakan hukuman setimpal.
“Ia termasuk digantung tugas bagi melalui proses perbicaraan atau dibuang kerja, sekiranya terdapat bukti jelas berhubung penglibatan mendalam mereka dengan sindiket itu,” katanya kepada Bernama.
Menurut Zamri, kesemua mereka sehingga kini masih menjalankan tugas seperti biasa, dengan sebahagian besarnya telah ditukarkan ke unit lain termasuk pentadbiran.
Zamri berkata, penggantungan tugas akan dibuat melibatkan pegawai dan anggota polis yang dituduh di mahkamah, berhubung tuduhan jenayah itu.
“Kesemua mereka akan digantung tugas daripada tarikh mereka mula dituduh sehingga selesai perbicaraan di mahkamah.
“Sekiranya di akhir perbicaraan mereka disabitkan bersalah, tindakan gantung (tugas) akan dilaksana sebelum diikuti dengan langkah seterusnya iaitu ditamatkan perkhidmatan,” katanya.
Menurut Zamri, perkara sebaliknya berlaku sekiranya mereka yang didakwa itu didapati tidak bersalah
“Jika diputuskan tidak bersalah, mereka akan diambil bekerja semula maka tempoh penggantungan tugas adalah bergantung kepada selama mana tempoh perbicaraan itu,” katanya.
Isnin lepas, Bernama melaporkan pegawai kanan PDRM adalah antara yang diambil tindakan, berikutan disyaki mempunyai kaitan dengan individu yang ditahan bagi membantu siasatan sindiket berkenaan, yang turut menyaksikan rombakan besar-besaran dalam pasukan PDRM, melibatkan lebih 20 anggota, pegawai dan pegawai kanan pasukan keselamatan itu, ditukarkan.
Susulan itu, pada Selasa, Bernama melaporkan penyandang jawatan sensitif dalam perkhidmatan PDRM akan digilirkan dengan lebih kerap pada masa hadapan.- Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/macau-scam-judi-dalam-talian-pegawai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Wanita Berusia 51 Tahun Ke Atas Jadi Mangsa Macau Scam Polis Dedah Taktik Scammer Curi Duit Secara Halus

Ramai Wanita Berusia 51 Tahun Ke Atas Jadi Mangsa Macau Scam Polis Dedah Taktik Scammer Curi Duit Secara Halus

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 386 hits
MELAKA Lebih 3 000 wanita dengan kebanyakan berusia 51 tahun ke atas menjadi mangsa penipuan Macau Scam di seluruh negara dengan nilai kerugian mencecah RM256 juta dalam tempoh Januari sehingga Oktober tahun ini
Polis Terlibat Rasuah Bersedialah Untuk Ditamatkan Perkhidmatan Ketua Polis Negara

Polis Terlibat Rasuah Bersedialah Untuk Ditamatkan Perkhidmatan Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 557 hits
KUALA LUMPUR Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menegaskan pihaknya tidak pernah sama sekali berkompromi dalam isu yang berhubung kait dengan perlakuan rasuah perlanggaran peraturan atau undang undang melibatkan warga Polis Diraja...
Lepas 7 Bulan Musim Pertama Tamat Hospital Playlist Musim Ke 2 Bakal Mula Penggambaran Disember Nanti

Lepas 7 Bulan Musim Pertama Tamat Hospital Playlist Musim Ke 2 Bakal Mula Penggambaran Disember Nanti

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 268 hits
Setelah 6 bulan menamatkan tayangan Hospital Playlist kekal mendapat tempat dalam hati penonton K Drama sebagai sebuah drama perubatan yang menenangkan dan lain daripada yang lain Lama yang dah menunggu untuk musim terbaru khabarnya drama y...
Dua Anggota Polis Dituduh Seludup 27 Warga India

Dua Anggota Polis Dituduh Seludup 27 Warga India

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 279 hits
Mohd Fazlan dan Mohammad Faiz dibawa ke Mahkamah Sesyen Sungai Petani hari ini SUNGAI PETANI Dua anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup 27 pendatang asing tanpa izin warganegara India di Bali...
Polis Tahan 2 Penyeludup Ketum Warga Thailand Terbabit Dalam Kes Tembak Mati Anggota Pga Di Sempadan Malaysia Thailand

Polis Tahan 2 Penyeludup Ketum Warga Thailand Terbabit Dalam Kes Tembak Mati Anggota Pga Di Sempadan Malaysia Thailand

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 462 hits
Polis menahan dua penyeludup warga Thailand yang disyaki terlibat dalam kejadian berbalas tembak dengan anggota Pasukan Gerakan Am di sempadan Malaysia Thailand dekat sini awal pagi tadi Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata pihaknya...
Anak Anggota Polis Mati Lemas Dalam Bilik Air

Anak Anggota Polis Mati Lemas Dalam Bilik Air

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 313 hits
Gambar Hiasan SERDANG Anak kepada seorang anggota polis ditemui mati lemas dalam bilik air di kuarters polis di Seri Kembangan semalam Dalam kejadian pukul 2 petang kanak kanak berusia 21 bulan itu dikatakan berada di kediaman tersebut bers...
Cuti 1 500 Anggota Pegawai Bomba Dibeku Metrotv

Cuti 1 500 Anggota Pegawai Bomba Dibeku Metrotv

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 259 hits
Cuti 1 500 anggota pegawai bomba dibeku METROTV Bachok Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan dengan kekuatan 1 500 pegawai dan anggota sudah bersiap sedia untuk berdepan bencana banjir di negeri ini Pengarahnya Md Salleh Sarbin
2 Lagi Ditahan Dalam Kes Bakar Mercun Halang Tugas Polis

2 Lagi Ditahan Dalam Kes Bakar Mercun Halang Tugas Polis

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 225 hits
Polis menunjukkan mercun yang dirampas daripada suspek dalam kejadian di Taman Serdang Jaya Seri Kembangan pada Ahad lalu KUALA LUMPUR Dua lagi lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian membakar mercun secara terbuka selain mence...
Serang Anggota Pga 3 Warga Tempatan Diburu Polis

Serang Anggota Pga 3 Warga Tempatan Diburu Polis

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 324 hits
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador bercakap pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Kuala Lumpur foto HAZROL ZAINAL KUALA LUMPUR Polis memburu tiga warga tempatan yang dikenalpasti menganggotai kumpulan penyeludup d...
Cycling 9 Februari 2025

Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Mahalini Udah Langsing Dan Bisa Pakai Jeans Abis Lahiran Warganet Kayak Gadis Lagi

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

How To Recover Lost Data From Your Smartphone


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan