Serang Anggota Pga 3 Warga Tempatan Diburu Polis
                                  Kumara Sabapatty                                                                                                                                                                                                                      

Ketua  Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bercakap pada sidang media khas  di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL             KUALA LUMPUR – Polis memburu tiga warga tempatan yang  dikenalpasti menganggotai kumpulan penyeludup dari Thailand yang  melakukan serangan bersenjata api ke atas Pasukan Gerakan Am (PGA) di  Pos Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis awal pagi  tadi menyebabkan seorang anggota pasukan keselamatan itu terbunuh.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, seramai 13 orang yang  majoritinya warga Thailand terlibat dalam insiden jam 3.30 pagi itu.
Katanya, kumpulan itu merupakan antara tujuh kumpulan  penyeludup Thailand aktif menyeludup daun ketum dan ubat batuk yang  dilakukan secara barter dengan menggunakan lorong tikus.
Menurut Abdul Hamid, maklumat risikan awal narkotik mendapati akan  berlaku penyeludupan keluar masuk ketum dan ubat batuk menerusi  pertukaran sistem barang seperti syabu, heroin, yaba (Pil Kuda) dan  ganja.
“Rentetan itu pasukan anggota Komando 69 (VAT69) diturunkan untuk  operasi pemantauan dan risikan rapi dua hari lalu selepas mengesahkan  bakal berlaku penyeludupan besar-besaran dua tiga hari lagi.
“Rentetan itulah sebelum ini dua kali iaitu pada 12 dan 15 November  lalu penyeludup pernah menembak pos kawalan PGA dan anggotanya di  sempadan menggunakan pistol angin sebagai menakutkan kita selepas  terlalu marah dan bertambah agresif dengan tahap kawalan ketat kita di  lorong tikus panas itu.
“Maka Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam serta  Narkotik Perlis juga sudah bermesyuarat dan mengumpul maklumat merancang  untuk melumpuhkan kumpulan itu dan tangkapan beramai-ramai sebelum  anggota turun merisik dan meronda dengan motosikal scrambler sebelum insiden tembak menembak berlaku,” katanya pada sidang media di Bukit Aman malam ini.
Dalam kejadian awal pagi itu Koperal Baharuddun Ramli meninggal dunia  manakala rakannya, Koperal Norihan A/L Tari, 39, cedera parah dan kini  sedang dirawat di Hospital Tengku Fauziah, Kangar Perlis.
Sementara itu, Abdul Hamid mengesahkan enam suspek, kesemuanya warga  Thailand, telah ditahan oleh pihak berkuasa kedua-dua negara iaitu empat  orang di Thailand dan baki dua suspek di kawasan belukar oleh anggota  PGA dan VAT69.
Tambah beliau, empat suspek warga Thailand ditangkap polis negara itu  selepas dimaklumkan Hospital Hatyai dan Songkhla bahawa tiga suspek  dimasukkan ke hospitak itu kerana mengalami kecederaan di paha, leher  dan lengan terkena tembakan anggota PGA.
“Di sebelah Malaysia VAT 69 dan anggota PGA memeriksa di kawasan  sekitar pukul 7 pagi dan berjaya menemui dua lagi warga Thailand yang  bersembunyi di belukar tebal lorong tikus kejadian itu sebelum mengaku  salah seorang kumpulan yang melakukan serangan hari ini.
“Siasatan awal soal jawab ke atas kedua-dua suspek itu mengaku bahawa  mereka memang bersama kumpulan itu yang terlibat menyeludup keluar  ketum dan ubat batuk dengan guni besar menerusi bantuan tiga suspek  Malaysia sebelum terserempak dengan kedua dua anggota PGA.
“Tiada unsur meragukan dalam kejadian ini apabila suspek yang ditahan mengakui kejadian spontan, bukan macam deal terancang, terkejut dengan kehadiran polis tanpa dijangka sebelum berlaku tembak menembak dan melarikan diri.
“Dua anggota PGA bersenjatakan pistol jenis P99 semasa kejadian  manakala kumpulan penyeludup itu tidak pasti jenis senjata yang  digunakan kerana kita masih menunggu laporan forensik yang diketuai  Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed yang sedang menyiasat rapi  di lokasi insiden untuk mengumpul bahan bukti,” ujarnya. –  MalaysiaGazette 
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/serang-anggota-pga-3-warga-tempatan.html