Polis Terlibat Rasuah Bersedialah Untuk Ditamatkan Perkhidmatan Ketua Polis Negara



KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menegaskan pihaknya tidak pernah sama sekali berkompromi dalam isu yang berhubung kait dengan perlakuan rasuah, perlanggaran peraturan atau undang-undang melibatkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Abdul Hamid berkata, tindakan tegas termasuklah penamatan perkhidmatan mengikut Peraturan 49: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, akan diambil ke atas mereka yang didapati terlibat dalam jenayah, gejala rasuah, serta salah laku yang serius dan berulang (habitual).
“Saya amat yakin Pelan Antirasuah Polis Diraja Malaysia (PAPDRM) 2020-2024 dapat membentuk satu hala tuju nyata, ke arah meletakkan PDRM di atas landasan yang betul.
“Ia juga akan menjadi panduan kepada seluruh warga PDRM untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat dan negara, di samping melaksanakan agenda integriti di dalam organisasi secara holistik,” katanya pada majlis pelancaran Buku PAPDRM 2020-2024 di Bukit Aman hari ini.
Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki dan Ketua Pengarah Pusat Governans Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Abdul Hamid berkata, selain itu, pembangunan PAPDRM juga adalah bukti komitmen PDRM untuk menghapuskan gejala rasuah dan mengamalkan ketelusan, sikap bertanggungjawab serta integriti dalam urus tadbir dan penyampaian perkhidmatan PDRM kepada masyarakat.
“Ia dibangunkan secara kolektif oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), selaras dengan arahan YAB Perdana Menteri No 1 Tahun 2018, Siri 2 No 1 Tahun 2019,” katanya.
Menurutnya, PAPDRM telah menetapkan enam bidang keutamaan yang perlu diberi tumpuan iaitu tadbir urus organisasi dan sumber manusia; risikan keselamatan; risikan dan penguatkuasaan undang-undang; siasatan dan pendakwaan; ketenteraman awam, serta pengurusan kewangan dan perolehan.
“Berdasarkan enam bidang keutamaan tersebut, sebanyak 53 inisiatif telah dibangunkan untuk dilaksana melalui enam strategi ke arah melahirkan warga kerja PDRM yang berintegriti dan berdaya saing,” katanya.
Beliau berkata, enam strategi itu antaranya mengutuhkan modal insan dalam PDRM, memperkasakan kredibiliti dan integriti maklumat risikan keselamatan serta meningkatkan integriti dalam menguatkuasakan undang-undang.
“Meningkatkan kredibiliti siasatan dan pendakwaan, memperkasakan tindakan pencegahan jenayah secara berhemah dalam menjamin ketenteraman awam dan mengoptimumkan pengurusan kewangan dan perolehan PDRM secara sistematik serta berintegriti,” katanya.
Abdul Hamid berkata, tidak dinafikan kini PDRM bukan sekadar berhadapan dengan persepsi negatif daripada masyarakat.
“Namun realitinya juga, imej pasukan telah tercalar dengan penangkapan-penangkapan yang dilakukan terhadap warga PDRM atas kesalahan jenayah, rasuah dan dadah.
“Lebih menyedihkan, disebabkan angkara segelintir warga PDRM yang tidak bermaruah dan mementingkan diri, maka keseluruhan organisasi pasukan dihukum, dicaci serta dituduh oleh masyarakat, ibarat harapkan pagar, pagar makan padi,” katanya.
Beliau berkata, semoga usaha ini juga dapat memulihkan imej PDRM seterusnya mengembalikan kepercayaan masyarakat terhadap kredibiliti PDRM sebagai agensi penguat kuasa undang-undang utama negara.
“Semoga usaha murni ini akan mendapat rahmat daripada Ilahi, dan kita semua diberikan kekuatan untuk menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan penuh integriti, berlandaskan tuntutan agama, mengikut harapan kerajaan dan juga memenuhi hasrat masyarakat,” katanya.
The post Polis terlibat rasuah, bersedialah untuk ditamatkan perkhidmatan – Ketua Polis Negara appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/26/polis-terlibat-rasuah-bersedialah-untuk-ditamatkan-perkhidmatan-ketua-polis-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Polis Negara Kunjungi Tun Abdullah Maklum Hasil Siasatan Kes Berita Palsu

Ketua Polis Negara Kunjungi Tun Abdullah Maklum Hasil Siasatan Kes Berita Palsu

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 201 hits
525 total views 525 views today KUALA LUMPUR 16 Nov Selepas kira kira tiga bulan tersebarnya berita palsu mengenai kematian Tun Abdullah Ahmad Badawi Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini mengunjungi bekas perdana menteri it...
Kumpulan Pengganas Ltte 2 0 Mahu Tembak Mati Ketua Polis Negara Dan Serang Bukit Aman

Kumpulan Pengganas Ltte 2 0 Mahu Tembak Mati Ketua Polis Negara Dan Serang Bukit Aman

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 308 hits
Kuala Lumpur Seorang lelaki mendakwa dirinya ketua komander kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam 2 0 akan menyerang Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Kementerian Pertahanan Individu terbabit yang menghantar ugutannya melalui eme...
Ketua Polis Negara Kunjungi Sendiri Tun Abdullah Untuk Maklum Hasil Siasatan Kes Berita Palsu

Ketua Polis Negara Kunjungi Sendiri Tun Abdullah Untuk Maklum Hasil Siasatan Kes Berita Palsu

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 220 hits
26 total views 26 views today KUALA LUMPUR 16 Nov Selepas kira kira tiga bulan tersebarnya berita palsu mengenai kematian Tun Abdullah Ahmad Badawi Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini mengunjungi bekas perdana menteri itu ...
Polis Kelantan Sedia Tambah Anggota Kawal Sempadan Negara

Polis Kelantan Sedia Tambah Anggota Kawal Sempadan Negara

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 381 hits
Siti Rohana IdrisTumpat Polis bersedia mempertimbangkan permohonan untuk menambah jumlah keanggotaan untuk tugasan mengawal sempadan Malaysia Thailand jika terdapat keperluan Ketua Polis Kelantan Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata kean...
Ada Pegawai Polis Berkereta Mewah Main Golf Luar Negara Bukit Aman

Ada Pegawai Polis Berkereta Mewah Main Golf Luar Negara Bukit Aman

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 239 hits
Mampu berkereta mewah dan sering keluar negara untuk bermain golf itu antara gaya hidup berlebihan yang dikesan dalam kalangan segelintir pegawai dan anggota polis walaupun tidak setara dengan jawatan dan gaji bulanan yang diperoleh Cara hi...
Bekas Ketua Pemasaran Pengarah Syarikat Direman Bantu Siasatan Rasuah

Bekas Ketua Pemasaran Pengarah Syarikat Direman Bantu Siasatan Rasuah

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 237 hits
KONGSI ARTIKEL PUTRAJAYA Bekas ketua pegawai pemasaran syarikat telekomunikasi dan pengarah syarikat swasta di Malaysia direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penipuan sistem pe
Pergaduhan Di Pusat Hiburan Polis Tahan 15 Ahli Geng 18 Batu 14 Puchong Termasuk Ketua Kumpulan Dipanggil Datuk

Pergaduhan Di Pusat Hiburan Polis Tahan 15 Ahli Geng 18 Batu 14 Puchong Termasuk Ketua Kumpulan Dipanggil Datuk

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 362 hits
237 total views 237 views today Seramai 15 lelaki dipercayai ahli Geng 18 Batu 14 Puchong termasuk ketua kumpulannya yang bergelar Datuk ditahan selepas terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah pusat hiburan yang tular di media sosial pada ...
Macau Scam Judi Dalam Talian Pegawai Dan Anggota Polis Bakal Digantung Tugas Tamat Perkhidmatan

Macau Scam Judi Dalam Talian Pegawai Dan Anggota Polis Bakal Digantung Tugas Tamat Perkhidmatan

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 212 hits
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM Datuk Zamri Yahya foto MOHD ADZLAN KUALA LUMPUR Pegawai dan anggota polis terlibat secara langsung dengan individu yang ditahan berkaitan sindiket judi dalam talian dan Macau Scam bakal...
Polis Tahan 29 Ahli Geng Tcb 21 Terlibat Kes Tembak

Polis Tahan 29 Ahli Geng Tcb 21 Terlibat Kes Tembak

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 207 hits
Polis berjaya menahan seramai 29 orang ahli kumpulan jenayah terancang yang dikenali Geng TCB 21 dalam satu operasi baru baru ini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata geng berkenaan aktif melakukan pelbag...
Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Asal Usul Coca Cola

Lumira Eka Heights Epitome Of Contemporary Living

Ikan Buntal Risiko Dan Gejala Keracunan

Unleashing The Miracle Of Retinol For Your Skin

Sejarah Hitam Bola Sepak Berulang

Takut Ditangkap Khalwat Pecut Kereta Hingga Terbabas

Hukuman Masyarakat Sangat Berat Jika Anda Punya Pendapat Berbeza Dari Mereka



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Nak Rasa Musim Sejuk Jom Bawa Anak Ke Immersive Winterland Tarikan Terbaharu Di I City Shah Alam

Buaya Jantan 5 Meter Tersangkut Pada Pukat

Lori Tanah Jatuh Gaung Wanita Maut Suami Patah Tangan

Nga Asks Saifuddin To Halt Probe On Teoh Beng Hock S Family

Sudah Bersedia Terima Surat Bersatu Apapun Terjadi Tetap Sokong Kepimpinan Pm

Umno Pas Bersatu Amanah Mengail Dalam Kolam Yang Sama