Bagaimana Saya Cari Idea Perniagaan Dan Buat Pilihan Nak Bisnes Apa Ketika Makan Gaji




Ini sambungan dari artikel yang saya tulis sebelum ini berkenaan cara mencari dan tentukan bisnes apa yang nak dibuat bila berhenti kerja makan gaji. Kalau masih belum baca boleh baca di pautan sini.
Makan gaji semulaSaya berhenti kerja untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Selepas lebih 2 tahun duduk dalam dunia niaga dan berkawan dengan kawan-kawan usahawan yang berjaya, saya masuk semula ke dunia kerja makan gaji.
Makan gaji kali ini agak berbeza berbanding yang sebelum saya libatkan diri dalam dunia bisnes. Kali ini ia lebih kepada percutian makan angin untuk rehatkan diri sambil menentukan perniagaan apa yang saya benar-benar mahu jalankan nanti. 
Saya diterima bekerja di sebuah syarikat multinasional di Shah Alam.

Sakit juga perasaan bila kerja makan gaji semula, setelah lama hidup tak ada jadual keluar masuk bangunan. Bila makan gaji, saya terpaksa disiplinkan semula diri seperti mana semua pekerja lain. Perlu akur bahawa jika semua orang datang dan balik ikut suka hati waktu mereka, alamat tak akan ada syarikat yang dapat bertahan lama. Dunia perniagaan buka minda untuk saya faham perkara itu.
Saya mula disiplinkan diri dengan masuk kerja lebih awal setengah jam dari orang lain dan pulang sekurang-kurangnya sejam lebih lewat dari waktu balik. Saya juga terima apa saja tugasan tak kira samada senang atau susah, samada skop kerja saya atau bukan. Apa saja cabaran disambut tanpa banyak soal sepanjang makan gaji itu.
Semua itu membuatkan saya disenangi oleh semua boss. Kalau ada kenaikan pangkat tentu saya yang lebih diutamakan. Baru saya sedar betapa mudahnya kalau anda yang makan gaji mahukan agar boss sayang.
Mula catit idea perniagaanSepanjang makan gaji itu saya tak pernah curi tulang atau memandang rendah pada tempat dan syarikat saya kerja. Seperti ucapan yang saya pernah dengar dari mulut boss besar tempat kerja mula saya dulu, dia kata,

"Jangan makan dan berak di tempat yang sama".
Bila kerja, amanah dengan tugasan dan lakukan aktiviti peribadi diluar waktu kerja. Atas dasar itulah saya pulang lewat sedikit setiap hari untuk buat carian maklumat.
Dengan kemudahan internet syarikat, saya belajar mendalami ilmu IT serta Telekomunikasi yang diperlukan untuk kerja saya di situ. Saya juga baca apa saja maklumat tentang perniagaan yang boleh menambahkan pengetahuan saya dalam bab bisnes.
Setiap kali terlintas idea bisnes, saya segera simpan buat senarai catit pada kertas. Peringkat mula hanya perhatikan apa saja perniagaan yang terlintas tanpa membuat apa-apa kajian. 
Hasilnya banyaklah perniagaan yang disenaraikan. Bila dah terlalu panjang senarai tu, akhirnya saya buat keputusan untuk senarai pendekkan perniagaan yang saya mahu ambil perhatian. Cara adalah dengan menentukan kriteria perniagaan yang saya mahu. 
Berikut antara kriteria yang saya masih ingat.

Tidak perlu modal yang banyakTidak perlu mengharapkan kontrak atau tender kerajaanBoleh berniaga dengan sesiapa saja samada swasta atau kerajaan.Boleh berniaga terus kepada pengguna atau orang ramai.Tidak punyai kekangan untuk masuk terlalu lama.Tidak perlu glamourTidak diceburi oleh ramai MelayuBoleh berkembang jauhApabila saya sediakan kriteria, senarai mula menjadi pendek. Saya akan buang mana-mana idea yang tidak penuhi kriteria yang saya dah gariskan tadi. Setiap perniagaan baru yang terlintas akan terlebih dulu dipertimbangkan samada memenuhi kriteria tersebut atau tidak. Ia memudahkan lagi kerja pencarian saya.
Sebenarnya kriteria yang disenaraikan di atas banyak dipengaruhi oleh bacaan saya terhadap sebuah buku. Ia senaraikan ramai golongan jutawan senyap di Amerika. Hampir kesemua jutawan senyap itu bermula dari kosong dan jadi kaya dalam tempoh satu generasi saja dalam menjalankan perniagaan tersebut. Rata-rata, bisnes mereka langsung tidak glamour dan boleh dilakukan oleh sesiapa saja.
Saya berikan contoh perniagaan tidak glamour dan boleh dilakukan oleh sesiapa saja di bawah.
Buang sampahCuci toiletKedai runcitKutip barang buanganKhidmat potong rumputKhidmat kemas rumah / pejabatPest ControlPemborong, pembekal / pengedarLogistik / pengangkutanGudang kereta potongJual barang buangan / scrapRepair rumahRepair paip dll.Tak terfikir pulak saya sebelum membaca buku itu betapa kebanyakan bisnes mudah itu melahirkan ramai jutawan senyap. Ia merupakan satu penemuan yang agak mengejutkan. Tapi saya percaya ia agak logik dan boleh dipertimbangkan kerana kecenderungan manusia lebih suka pada benda glamour. Jadi bisnes macam tu tak semua orang suka. Lagipun, selain dari mahu jadi kaya, ramai orang berniaga sebab mahu jadi glamour.
Dari hari ke hari senarai idea bisnes saya semakin pendek dan saya mula melakukan sedikit kajian terhadap setiap idea yang telah dicatatkan.
Berikut adalah maklumat yang saya cari.

Berapa besar pasarannya setahun. RM10 juta?, RM100 juta? ..Siapa pesaing utama dan berapa banyak syarikat besar yang ada. Adakah pesaing dari luar negara yang masuk ke pasaran Malaysia dan lain-lain maklumat tentang persaingan lagi.Apakah ada syarat atau lesen tertentu yang dikenakan oleh kerajaan atau ianya bebas untuk sesiapa saja keluar masuk.Berapa ramai pesaing kecil-kecilan dan bagaimana taburannya di seluruh negara.Bagaimana keadaan dan siapa pembekal peralatan dan juga keperluan sokongan dalam industri tersebut.Adakah industri tersebut mempunyai persatuanApakah demografik, psikografik pengguna dan adakah ia bergantuk kepada geografik pengguna terhadap perniagaan tersebut.Kaji punya kaji akhirnya saya buat keputusan untuk memilih perniagaan Pest Control. Syarikat yang saya perlu jadikan bayangan ikutan, tidak lain dan tidak bukan syarikat besar dari luar negara yang sangat terkenal di negara kita. Ia merupakan sebuah syarikat antarabangsa yang punya cawangan di seluruh pelusuk dunia ini di negara kecil atau besar.
Bila dah tentukan bisnes tersebut, saya terus mendalami dan kumpul maklumat sebanyak yang boleh tentang industri Pest Control di Malaysia. Kajian jadi lebih mendalam sehingga setiap tuan punya syarikat yang telah lama dalam perniagagan tersebut di malaysia saya temui dan berkenalan. Saya masuk sertai  persatuan dan dapatkana segala maklumat perihal di mana dan bila pemain industri berkumpul.
Disitulah bermulanya penglibatan saya dalam dunia Pest Control.
Nota: Setelah lama berpengalaman dalam dunia bisnes, jika anda tanya saya apa bisnes yang bagus untuk dilakukan, saya akan syor; buatlah bisnes yang anda dah pandai tentangnya dan punya maklumat lebih banyak berbanding orang lain. Itu bisnes yang terbaik untuk anda.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2024/02/bagaimana-saya-cari-idea-perniagaan-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macam Ditanam Hidup Hidup Tak Boleh Nak Cari Makan Langsung Enot

Macam Ditanam Hidup Hidup Tak Boleh Nak Cari Makan Langsung Enot

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 121 hits
Pelakon dan pelawak Enot mengakui hidupnya kini sukar kerana sudah tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon daripada mana mana produksi Ujar Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah 48 dia tidak tahu mana silapnya namun tidak menolak k...
Anak Batuk Lepas Makan Limau Mandarin Ikut Cara Ni Nak Kurangkan Kesannya

Anak Batuk Lepas Makan Limau Mandarin Ikut Cara Ni Nak Kurangkan Kesannya

papar berkaitan - pada 12/2/2024 - jumlah : 268 hits
Sepanjang cuti Tahun Baru Cina ini sudah pastinya kita begitu teruja untuk menikmati buah limau mandarin Begitu juga dengan anak anak Namun bila terlebih makan mulalah anak anak batuk dan sakit tekak Benarkah limau ini boleh menyebabkan bat...
Adab Adab Ketika Makan

Adab Adab Ketika Makan

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 206 hits
Adab adab ketika makanAlhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana kita masih bernafas hari ini Hari ini saya ingin kongsikan adab makan dan minum yang diusulkan oleh seorang rakan di Al Hikmah ini Insyaallah dengan izin Allah saya akan kon...
Nak Berniaga Air Balang Di Bulan Puasa Ini Baca Tips Ini Untuk Bisnes Laku Keras

Nak Berniaga Air Balang Di Bulan Puasa Ini Baca Tips Ini Untuk Bisnes Laku Keras

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 337 hits
Bulan puasa dah tak lama nak sampai Mungkin anda tengah fikir nak buat bisnes air balang pada bulan puasa kali ini Maklumlah kebiasaannya Air merupakan salah satu barang yang dapat ramai permintaan pada bulan puasa Nak jual air balang ni ta...
Port Kedai Makan Yang Sedap Jadi Pilihan Maha Dan Kawan Kawan Kalau Datang Ke Negeri Perlis

Port Kedai Makan Yang Sedap Jadi Pilihan Maha Dan Kawan Kawan Kalau Datang Ke Negeri Perlis

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 281 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Lama korang menunggu untuk Maha nak update tempat makan yang Maha pergi dan nikmati sepanjang hari tu Kalau korang nak tahu tempat m...
Jangan Berhenti Kerja Makan Gaji Untuk Berniaga Dengan Harapan Mahu Jadi Kaya

Jangan Berhenti Kerja Makan Gaji Untuk Berniaga Dengan Harapan Mahu Jadi Kaya

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 274 hits
Ada satu filem tamil yang saya tonton mengisahkan seorang lelaki miskin tinggal di sebuah kampung pedalaman Majoriti penduduk di kampung itu memang sangat susah dan hidup mereka semua bergantung kepada kerja kerja ladang sebagai sumber pend...
Jangan Cari Makan Di Malaysia Dengan Tunggang Agama Di Sini Dah Banyak

Jangan Cari Makan Di Malaysia Dengan Tunggang Agama Di Sini Dah Banyak

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 242 hits
Roh Madani beraksi Habib dan ahlul bait palsu dah tak boleh cari makan First bila tengok Zamrul bekap habib palsu ni i dah turned off da Bila tengok Asma Harun raikan dia terus red flag Macam isu Ebit Lew dan Yusof Azmi la Mat Tanjak time t...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah