Logistik Jadi Sebab Pesakit Tanpa Gejala Disaran Kuarantin Di Rumah



Kelewatan logistik untuk memindahkan pesakit merupakan sebab Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan sebahagian pesakit Covid-19 yang tidak menunjukkan gejala agar melakukan kuarantin kendiri di rumah sehingga dijemput pihak hospital.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah petang ini berkata kelewatan logisitk berlaku terutama di Lembah Klang.
Dia menjelaskan katil untuk pesakit Covid-19 masih mencukupi di dua hospital di Lembah Klang iaitu Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur.
“Setakat ini kemampuan keseluruhan untuk hospital di Selangor adalah 59 peratus – jadi kita masih ada keupayaan untuk merawati pesakit tapi ada kelewatan itu untuk memindahkan pesakit dari rumah ke hospital,” jelasnya.
Ditanya punca mengenai kelewatan logistik berkenaan, Hisham berkata ia disebabkan oleh lonjakan kes di Selangor dan Kuala Lumpur ditambah dengan masa yang diperlukan untuk mengatur keperluan logistik.
“Kelewatan berlaku sebab peningkatan pesakit-pesakit yang positif yang telah dikesan iaitu bila peningkatan pesakit jadi mungkin (masalah) dari segi logistik untuk menghantar pesakit dari rumah ke hospital,” katanya.
Berikut adalah garis panduan kementerian untuk pesakit Covid-19 tanpa gejala yang perlu menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu dibawa ke hospital:
Kekal berada di rumah dan mengasingkan diri daripada ahli keluarga dan rakan serumah. Pakai pelitup muka di rumah. Sentiasa berhubung dengan jabatan kesihatan daerah dan ikuti semua arahan yang diberikan. Pesakit berisiko tinggi menjangkiti orang lain antara tiga hari sebelum mengalami gejala dan tujuh hari setelah mengalami gejala.
Pertimbangkan kuarantin di rumah
Semasa sidang media hari ini, Dr Noor Hisham berulang kali menegaskan bahawa dasar kementerian adalah merawat semua pesakit Covid-19 di hospital tanpa mengira kategori dan tahap keadaan pesakit.
Namun katanya, KKM sedang mempertimbangkan kemungkinan pesakit tanpa gejala atau gejala ringan menjalani kuarantin rumah dengan mematuhi beberapa kriteria tertentu.
“Kita sedang mempertimbangkan iaitu sama ada boleh tak kita kuarantinkan pesakit yang positif di rumah. Kalau kita nak laksanakan – ada beberapa kriteria yang kita kena patuhi.
“Yang pertama kita kena lihat nilai iaitu kesesuaian rumah, bilik, bilik air dan sebagainya.
“Kita kena lihat juga kepada health assessment tool – bagaimana petugas-petugas kita dapat memantau kesihatan seseorang itu di rumah,” jelasnya.
Selain itu katanya pertimbangan juga dibuat sama ada kementerian boleh menempatkan pesakit yang mengalami gejala ringan di asrama pekerja sekiranya premis tersebut sesuai digunakan.
The post Logistik jadi sebab pesakit tanpa gejala disaran kuarantin di rumah appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/28/logistik-jadi-sebab-pesakit-tanpa-gejala-disaran-kuarantin-di-rumah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Kkm Pertimbang Pesakit Covid 19 Kuarantin Di Rumah

Covid 19 Kkm Pertimbang Pesakit Covid 19 Kuarantin Di Rumah

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 345 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia mempertimbangkan untuk pesakit Covid 19 tahap satu dan dua menjalani kuarantin di rumah sekiranya keadaan memerlukan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata sekiranya ia d...
Panduan Doktor Buat Pesakit Covid 19 Kuarantin Sendiri Di Rumah Jika Diabaikan Kkm

Panduan Doktor Buat Pesakit Covid 19 Kuarantin Sendiri Di Rumah Jika Diabaikan Kkm

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 718 hits
Membenarkan pesakit Covid 19 tanpa gejala terus tinggal di rumah masing masing sudah lama dilakukan di beberapa negara luar tetapi ia agak asing di negara ini bagaimanapun dengan peningkatan berterusan kes baru setiap hari pilihan yang ada ...
Pesakit Covid 19 Resah Keliru Dibiar Menunggu Di Rumah

Pesakit Covid 19 Resah Keliru Dibiar Menunggu Di Rumah

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 367 hits
Ketika jangkitan Covid 19 meningkat ke paras tertinggi di seluruh Lembah Klang pegawai Kementerian Kesihatan berdepan kesukaran membawa pesakit ke hospital dengan segera Kelewatan itu menyebabkan beberapa kes positif Covid 19 terpaksa menun...
Panduan Bisnes Makanan Dari Rumah

Panduan Bisnes Makanan Dari Rumah

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 439 hits
Pernah tak kita rasa nak buat Panduan Bisnes makanan dari rumah Tetapi modal yang kita ada ak berapa banyak Ada lah sekitar berberapa Ribu ringgit jer Contoh yang dekat sekitar RM3 ribu Dalam kepala mesti rasa nak tanam sesuatu yang boleh m...
Wow 39 Tahun Buaya Ini Tinggal Bersama Dalam Rumah Gigi Dia Pun Saya Gosok

Wow 39 Tahun Buaya Ini Tinggal Bersama Dalam Rumah Gigi Dia Pun Saya Gosok

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 491 hits
Ramai antara kita yang mungkin takut dengan buaya namun bagi sebuah keluarga di Jepun ini buaya adalah haiwan perliharaan mereka sejak 39 tahun yang lalu Nobumitsu Murabayashi membeli buaya yang diberi nama Caiman san dari kedai haiwan perl...
Nampak Kelibat Orang Kat Cermin Nako Tarik Anak Depan Rumah Pun Tak Selamat

Nampak Kelibat Orang Kat Cermin Nako Tarik Anak Depan Rumah Pun Tak Selamat

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 403 hits
Kalau nak jadi sekelip mata je Buat ibu bapa tolonglah sentiasa hati hati Walaupun di depan rumah sendiri pun belum tentu keselamatan anak anak kita terjamin Keadaan sekarang tak sama macam zaman kita dulu dulu yang bebas bermain dengan ria...
Sop Krismas 2020 Bagi Rumah Ibadat Kediaman Di Kawasan Pkpp

Sop Krismas 2020 Bagi Rumah Ibadat Kediaman Di Kawasan Pkpp

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 296 hits
PETALING JAYA Kerajaan SOP sambutan Hari Krismas yang bakal disambut penganut agama Kristian pada malam 24 Dis hingga 25 Dis dengan syarat ketat diperkenalkan bagi mencegah dan mengawal penularan Covid 19 dalam tempoh perintah kawalan perge...
Apabila Kereta Dijadikan Rumah Dan Mandi Di Tandas Awam Kisah Pilu Lima Sekeluarga Di Pulau Pinang

Apabila Kereta Dijadikan Rumah Dan Mandi Di Tandas Awam Kisah Pilu Lima Sekeluarga Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 435 hits
Ganesh Soundarajah 33 dan keluarganya menjalani kehidupan di dalam kereta mereka di Sepoy Lines Road berdekatan Padang Polo Dia dilihat memasak air yang diambil dari paip tandas awam menggunakan dapur mudah alih GEORGE TOWN Berbumbungkan ke...
Kuih Muih Keripik Nangka Dan Keripik Apel

Pemandu E Hailing Ditahan Langgar Lampu Merah Nyaris Rempuh Pejalan Kaki

Seorang Lelaki Nekad Gigit Kepala Ular Sampai Mati Kerana Berang Ular Tersebut Mematuknya

Jakim Dan Zetrix Bekerjasama Rangka Tadbir Urus Ai Patuh Syariah Pertama Dunia

Doktor Sana Buat Kerja Bukan Untuk Duit Aliff Syukri Beri Sebab Buat Pembedahan Di Hospital Kerajaan

Cara Isi Ron95 Guna Mykad Di Pam Minyak Petronas Petron Bhpetrol Shell Caltex

Easy Beef And Greens Recipe Chinese

Every Malaysian Family Can Now Enter Oil Biz With Budi Madani Ron95 E Hailing Drivers Be Instant Oil Merchants


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


My Masak Lala

Murtabak Kulit Popia

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Azan Terakhir Brigjen Soepardjo Jenderal Tertinggi Dalam G30s Pki

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru