Panduan Doktor Buat Pesakit Covid 19 Kuarantin Sendiri Di Rumah Jika Diabaikan Kkm


Membenarkan pesakit Covid-19 tanpa gejala terus tinggal di rumah masing-masing sudah lama dilakukan di beberapa negara luar, tetapi ia agak asing di negara ini, bagaimanapun dengan peningkatan berterusan kes baru setiap hari, pilihan yang ada pada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadi semakin terhad.


Sebelum ini semua pesakit Covid-19 - sekali pun hanya menunjukkan simptom kecil - memang dibawa KKM ke hospital atau pusat kuarantin.

Pada April lalu Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan amalan segera mengasingkan pesakit Covid-19 berkesan membantu mengekang penularan wabak tersebut, namun amalan berkenaan tidak lagi diamalkan.

Pertambahan kes baru berjumlah ribuan orang menyebabkan katil untuk pesakit Covid-19 atau ambulans untuk membawa mereka ke pusat pengasingan tidak lagi mencukupi.

Noor Hisham turut menasihatkan pesakit Covid-19 asimptomatik agar mengkuarantin diri sendiri di rumah sehingga ada katil kosong untuk mereka di hospital.

Perubahan pendekatan - bukan disebabkan pertukaran dasar yang disengajakan sebaliknya akibat terpaksa ekoran sistem penjagaan kesihatan awam yang kini terhad - menimbulkan kekeliruan.

Pesakit Covid-19 Di Biarkan Terkapai-kapai

Sebilangan orang yang positif Covid-19 tidak tahu apa yang harus mereka lakukan sementara menunggu berhari-hari lamanya sebelum dijemput KKM.

Pakar perunding pediatrik Hospital Pakar KPJ Damansara, Dr Musa Mohd Nordin, menyarankan beberapa tindakan sementara yang boleh dilakukan pesakit Covid-19 sementara mereka menunggu di rumah.

Berikut adalah garis panduan yang dicadangkan:


1. Jika anda positif tetapi asimptomatik, terus berada di rumah dan lakukan pengasingan kendiri sebaik saja keputusan ujian diterima.

2. Semua isi rumah juga perlu melakukan pengasingan.

3. Pejabat kesihatan daerah akan menghubungi anda pada waktu yang sepatutnya.

4. Anda hanya boleh meninggalkan rumah dalam keadaan tertentu.

5. Jangan pergi ke tempat kerja, sekolah atau kawasan awam.

6. Jangan gunakan pengangkutan awam atau teksi.

7. Jika perlu keluar rumah, anda mesti memakai pelitup muka dan amalkan penjarakan fizikal sebelum kembali serta-merta selepas selesai berurusan.

8. Di Selangor, Pasukan Khas Covid-19 Selangor (STC) akan memaklumkan keputusan anda melalui aplikasi SeLangkah dalam tempoh 24 jam selepas ujian dijalankan. Justeru anda tidak perlu keluar dari rumah untuk mendapatkan keputusan tersebut.

9. Jauhkan diri sebaik mungkin daripada orang lain dalam rumah, terutama jika mereka adalah golongan berisiko tinggi.

10. Di mana boleh, elakkan daripada menggunakan ruang bersama seperti dapur atau seumpamanya ketika ada orang lain dan bawa makanan anda ke bilik untuk dimakan.

11. Pakai pelindung muka atau pelitup muka pembedahan semasa meluangkan masa di kawasan bersama dalam rumah anda.

12. Lakukan kegiatan beriadah di dalam atau kawasan halaman rumah saja.

13. Patuhi nasihat umum bagi mengurangkan penularan jangkitan dalam kalangan penghuni rumah.

14. Tempoh pengasingan anda termasuk hari anda melakukan ujian dan 10 hari berikutnya.

15. Maksudnya jika ujian pertama dilakukan 15 hari bulan, tempoh pengasingan anda berakhir pada jam 11.59 malam 25 hari bulan.

16. Tempoh pengasingan rasmi 10 hari bermula pada hari keputusan ujian menunjukkan anda positif.

17. Kebanyakan pesakit Covid-1 mengalami rasa tidak sihat yang ringan. Dapatkan segera rawatan sekiranya keadaan anda atau penghuni rumah anda semakin buruk.

18. Anda boleh kembali menjalani kehidupan biasa dan menamatkan pengasingan 10 hari penuh jika anda kekal dalam keadaan sihat, atau simptom anda cuma batuk ringan atau kehilangan deria baru yang mungkin memerlukan masa beberapa minggu untuk pulih.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kisah Pandemik Selesema Sepanyol 1918 Yang Menjangkiti 500 Juta Manusia!Fakta Cara Penyebaran Virus Covid-19 Dan Rawatannya Yang Anda Wajib Tahu
sumber: malaysiakini



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2021/01/panduan-kuarantin-sendiri-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Kkm Pertimbang Pesakit Covid 19 Kuarantin Di Rumah

Covid 19 Kkm Pertimbang Pesakit Covid 19 Kuarantin Di Rumah

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 290 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia mempertimbangkan untuk pesakit Covid 19 tahap satu dan dua menjalani kuarantin di rumah sekiranya keadaan memerlukan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata sekiranya ia d...
Katil Hospital Tak Cukup Pesakit Positif Covid 19 Tidak Bergejala Kuarantin Di Rumah Amalkan 5 Langkah Ini

Katil Hospital Tak Cukup Pesakit Positif Covid 19 Tidak Bergejala Kuarantin Di Rumah Amalkan 5 Langkah Ini

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 315 hits
unable to retrieve full text content KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia melaporkan setakat 8 Januari 2021 kes kumulatif positif Covid 19 dunia terus mencatatkan peningkatan apabila 85 5 juta kes direkodkan Menurut perkongsian menerusi laman sos...
Logistik Jadi Sebab Pesakit Tanpa Gejala Disaran Kuarantin Di Rumah

Logistik Jadi Sebab Pesakit Tanpa Gejala Disaran Kuarantin Di Rumah

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 249 hits
Kelewatan logistik untuk memindahkan pesakit merupakan sebab Kementerian Kesihatan menyarankan sebahagian pesakit Covid 19 yang tidak menunjukkan gejala agar melakukan kuarantin kendiri di rumah sehingga dijemput pihak hospital Ketua Pengar...
Pesakit Covid 19 Resah Keliru Dibiar Menunggu Di Rumah

Pesakit Covid 19 Resah Keliru Dibiar Menunggu Di Rumah

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 274 hits
Ketika jangkitan Covid 19 meningkat ke paras tertinggi di seluruh Lembah Klang pegawai Kementerian Kesihatan berdepan kesukaran membawa pesakit ke hospital dengan segera Kelewatan itu menyebabkan beberapa kes positif Covid 19 terpaksa menun...
Tak Percaya Covid Demi Allah Pakcik Mengaku Salah Doktor Kongsi Pengalaman Berdepan Pesakit Covid 19

Tak Percaya Covid Demi Allah Pakcik Mengaku Salah Doktor Kongsi Pengalaman Berdepan Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 300 hits
63 total views 63 views today Di Facebook doktor Ahmad Zakimi Abdullah berkongsi pengalaman merawat seorang pesakit Covid 19 yang tidak pernah percaya kewujudan virus ini Malah pesakit itu turut mengakui tidak patuh pada prosedur operasi st...
Video Macam Beratur Nak Beli Tikes Bas Tular Pusat Kuarantin Maeps Sesak Dengan Pesakit Covid 19

Video Macam Beratur Nak Beli Tikes Bas Tular Pusat Kuarantin Maeps Sesak Dengan Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 371 hits
102 total views 82 views today Sebelum ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memberi peringatan mengenai keadaan wabak Covid 19 yang semakin membimbangkan Pada masa yang sama beliau juga mencadangkan supaya Perintah Kawalan P...
Kkm 2 593 Kes Baharu Covid 19 Empat Lagi Pesakit Maut

Kkm 2 593 Kes Baharu Covid 19 Empat Lagi Pesakit Maut

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 286 hits
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata empat kematian Covid 19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian di Malaysia sebanyak 513 kes Foto oleh Miera ZulyanaPUTRAJAYA 6 Jan Malaysia merekodkan kes harian Covid 19 tertinggi b...
Gigi Susu Anak Dah Goyang Mak Ayah Boleh Cabut Sendiri Doktor Kongsi Prosedur Betul Nak Cabut Gigi Kat Rumah

Gigi Susu Anak Dah Goyang Mak Ayah Boleh Cabut Sendiri Doktor Kongsi Prosedur Betul Nak Cabut Gigi Kat Rumah

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 506 hits
Gigi susu anak dah mula goyang goyang sebenarnya mak ayah boleh cabut sendiri di rumah tanpa perlu ke klinik gigi Tapi mungkin ramai yang takut nak buat kerana tiada pengalaman atau tak tahu cara yang betul Dr Azila Mohd Kasim dari Klinik P...
Mutasi Covid 19 Uk Kkm Tetap Kekalkan Kuarantin 10 Hari

Mutasi Covid 19 Uk Kkm Tetap Kekalkan Kuarantin 10 Hari

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 262 hits
Kementerian Kesihatan akan mengekalkan tempoh kuarantin 10 hari yang dikenakan terhadap pengembara yang masuk ke Malaysia termasuk dari United Kingdom berbanding tempoh 14 hari Ini meskipun UK mengumumkan sekatan Covid 19 yang lebih ketat e...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization