Sop Krismas 2020 Bagi Rumah Ibadat Kediaman Di Kawasan Pkpp



PETALING JAYA: Kerajaan SOP sambutan Hari Krismas yang bakal disambut penganut agama Kristian pada malam 24 Dis hingga 25 Dis, dengan syarat ketat diperkenalkan bagi mencegah dan mengawal penularan Covid-19 dalam tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).
Rumah ibadat (minor basilica, cathedral, gereja, dan chapel)
1. Bilangan dan kehadiran:
Bilangan kehadiran pada satu-satu masa tertakluk kepada zon, jenis rumah ibadat, dan penjarakan fizikal seperti berikut: A. Zon hijau, kuning, dan jingga:
Minor basilica = 300 orang. Cathedral = 300 orang. Gereja besar (keluasan lebih 25,000 kps) = 300 orang Gereja sederhana (keluasan 15,000 kps hingga 25,000 kps) = 250 orang Gereja kecil (keluasan kurang 15,000 kps) = 200 orang Chapel (keluasan kurang 10,000 kps) = 150 orang B. Zon merah:
Tidak melebihi 30 orang 2. Sebelum masuk rumah ibadat:
Membuka kaunter saringan kesihatan penganut di pintu masuk bertujuan menghadkan bilangan kehadiran, membuat pemeriksaan suhu badan dan saringan gejala seperti demam, batuk, sesak nafas dan selesema. Hanya penganut yang sihat sahaja dibenarkan masuk. Semua ahli jawatankuasa pengurusan rumah ibadat, ketua agama, dan petugas perlu menjalani saringan kesihatan sebelum memulakan tugas. Petugas di kaunter saringan kesihatan juga perlu memastikan para penganut membersihkan tangan dengan pensanitasi tangan. Sediakan pendaftaran secara QR kod aplikasi MySejahtera dan dipaparkan di pintu masuk untuk tujuan “self check–in” atau daftar dalam buku kehadiran. Sediakan pensanitasi tangan di kaunter pendaftaran. Memastikan pengunjung yang bergejala tidak masuk ke dewan. Melakukan pembersihan ruang dan kawasan sekitar termasuk tandas dan semua ruang sebelum acara keagamaan (sembahyang) serta kerja-kerja sanitasi. Secara am, pastikan tempat beribadat adalah mempunyai pengudaraan yang baik. Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu-satu masa. Pintu rumah ibadat hanya dibuka untuk penganut mengikut waktu operasi yang dipersetujui. Petugas hendaklah mengawal pintu masuk dan memantau kehadiran penganut ke dalam rumah ibadat. Tidak dibenarkan upacara atau aktiviti yang melibatkan sentuhan. Sekiranya ada ahli jawatankuasa termasuk ketua agama didapati demam dan tidak sihat, mereka tidak dibenarkan untuk bertugas. Penganut dilarang berkumpul atau berhimpun di luar rumah ibadat sebelum upacara keagamaan. Penganut hendaklah akur dan patuh serta memahami kepada garis panduan yang disediakan untuk mencegah penularan COVID-19. Penganut yang mempunyai gejala seperti demam, batuk, sesak nafas dan selesema tidak dibenarkan hadir. Penganut yang berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak digalakkan hadir. 3. Semasa acara keagamaan dalam rumah ibadat:
Penganut hendaklah dengan tertib berada di tempat yang disediakan oleh jawatankuasa pengurusan rumah ibadat. Dilarang berkumpul dalam ruang atau dewan beribadat serta patuh kepada SOP yang disediakan. Sentiasa mengekalkan jarak fizikal 1 meter dan memakai pelitup muka sepanjang masa. Tidak bersalaman atau bersentuhan di antara satu sama lain, sebaliknya menundukkan kepala sebagai tanda hormat. 4. Selepas acara keagamaan dalam rumah ibadat:
Rumah ibadat hendaklah ditutup dengan kadar segera bagi mengelakkan penganut melengahkan masa dan berkumpul. Membuat rondaan dan pemeriksaan di dalam, di luar, dan sekitar perkarangan rumah ibadat untuk memastikan penganut telah beredar. Melakukan pembersihan ruang dan kawasan sekitarnya termasuk tandas dan semua ruang selepas acara keagamaan (sembahyang) serta kerja-kerja sanitasi. Sebarang pemberian makanan adalah secara berbungkus dan tidak dibenarkan makan di kawasan rumah ibadat. Rumah ibadat digalak menganjurkan sesi upacara keagamaan secara maya mengikut kesesuaian dan kemampuan. Penganut hendaklah terus bersurai selepas selesai melaksanakan upacara keagamaan dalam keadaan tenang dan keluar melalui pintu yang ditetapkan secara tertib. Penganut dilarang berkumpul atau berhimpun di luar rumah ibadat selepas selesai upacara keagamaan. Rumah kediaman
1. Rumah kediaman bertanah:
Sambutan dalam kalangan keluarga terdekat dan tidak melebihi 20 orang pada satu-satu masa. 2. Rumah kediaman strata (keluasan kurang daripada 1,500 kps):
Sambutan dalam kalangan keluarga terdekat dan tidak melebihi 10 orang. 3. Rumah kediaman strata (keluasan melebihi 2,500 kps):
Sambutan dalam kalangan keluarga terdekat dan tidak melebihi 15 orang. 4. Aktiviti “carolling”
Aktiviti “carolling” dari rumah ke rumah tidak dibenarkan. Ahli keluarga atau individu
Memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter Mengelakkan “3C” iaitu bersesak (crowded area), ruang rapat atau tertutup (confined area), dan perbualan dalam jarak yang dekat (close conversation) Elak ziarah warga emas dan individu berpenyakit kronik. Digalakkan memakai pelitup muka. Sanitasi secara berkala hendaklah dilakukan terutamanya terhadap meja makan dan permukaan yang terdedah kepada banyak sentuhan. Menyediakan sabun pencuci tangan atau pensanitasi tangan. Memastikan semua ahli keluarga atau individu mengutamakan kebersihan diri dan peralatan. Memastikan sajian sentiasa ditutup, bersih, dan tidak tercemar. Aktiviti jualan atau perniagaan
Aktiviti jualan atau perniagaan hanya di premis yang dibenarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) atau mana-mana pihak berkuasa lain sahaja. Aktiviti jualan secara dalam talian adalah digalakkan. (Sumber: SOP Hari Krismas Semasa Tempoh PKPP di laman sesawang Kementerian Kesihatan – kemaskini 18 Disember 2020)
The post SOP Krismas 2020 bagi rumah ibadat, kediaman di kawasan PKPP appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/24/sop-krismas-2020-bagi-rumah-ibadat-kediaman-di-kawasan-pkpp/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peserta Pertandingan Memancing Tmst 2020 Diminta Patuhi Sop

Peserta Pertandingan Memancing Tmst 2020 Diminta Patuhi Sop

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 209 hits
BH ONLINE KAWASAN memancing di Lumut Waterfront sudah dipasang notis peringatan supaya peserta mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan MANJUNG Peserta pertandingan memancing Tourism Malaysia Surfcasting Tour yang akan dianjurkan ...
Tak Sangka Nama Tercalon Dalam Ame 2020 Mua Bellaz Luah Rasa Gembira Saya Suri Rumah Kampung Saja

Tak Sangka Nama Tercalon Dalam Ame 2020 Mua Bellaz Luah Rasa Gembira Saya Suri Rumah Kampung Saja

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 428 hits
Personaliti media sosial dan juga jurusolek terkenal MUA Bellaz meluahkan rasa terkejut dan tidak percaya apabila mendapati dirinya telah tercalon dalam salah satu kategori Anugerah MeleTOP Era 2020 yang bakal berlangsung pada 20 Disember 2...
Tiada Halangan Sambut Krismas Asalkan Patuh Sop

Tiada Halangan Sambut Krismas Asalkan Patuh Sop

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 306 hits
Oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun ARKIB NSTP KOTA KINABALU Kerajaan Sabah tidak bercadang untuk mengehadkan bilangan individu yang dibenarkan berkumpul bagi meraikan sambutan Krismas di negeri ini m...
8 Jenis Kediaman Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Rumah

8 Jenis Kediaman Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Rumah

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 939 hits
8 jenis rumah sebagai rujukan untuk anda membeli rumah kelak Artikel ini dikongsikan oleh Saudara Azizul Azli Ahmad di laman facebook beliau 8 Jenis Kediaman Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli RumahCredit Pic 8 Jenis Kediaman Yang Anda Pe...
Yang Ini Aku Sokong Sanusi Bebas Beribadat Tidak Bermakna Sesuka Hati Pacak Rumah Ibadat

Yang Ini Aku Sokong Sanusi Bebas Beribadat Tidak Bermakna Sesuka Hati Pacak Rumah Ibadat

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 270 hits
MB Kedah tak akan bela rumah ibadat langgar undang undang Pacak ikut suka Bina ikut mana saja ada busut sampai depan hospital pun pacak Dari kecil sikit sikit sampai jadi rumah besar December 23 2020 Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md N...
Jangan Syok Sendiri Pkpb Pkpp Sama Sahaja Kkm Perlu Nilai Semula Sop Pakar

Jangan Syok Sendiri Pkpb Pkpp Sama Sahaja Kkm Perlu Nilai Semula Sop Pakar

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 283 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan perlu melakukan penilaian semula terhadap prosedur operasi standard yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan PKP Pemulihan Gesaan itu dibuat Pakar Mikrobiologi Klinikal Universiti Sains Islam ...
Awani Ringkas Kerajaan Perlu Nilai Semula Sop Pkpb Pkpp

Awani Ringkas Kerajaan Perlu Nilai Semula Sop Pkpb Pkpp

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 313 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terk
5 Perkara Penting Kenyataan Media Harian Pkpp Pkpb 11 Dis 2020

5 Perkara Penting Kenyataan Media Harian Pkpp Pkpb 11 Dis 2020

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 276 hits
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pergerakan hari ini SUBSCRIBE now Astro Awani https www
Penyebab Kulit Breakout Selama Di Rumah Saja Saat Pandemi Covid 19

Penyebab Kulit Breakout Selama Di Rumah Saja Saat Pandemi Covid 19

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 228 hits
Pandemi covid 19 membuat orang harus mengalami perubahan gaya hidup dengan berada di rumah saja Banyak perubahan yang dirasakan selama berdiam di rumah saja tak terkecuali perubahan kulit Ada yang kulit wajahnya menjadi lebih bersih dan cer...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos