Apabila Kereta Dijadikan Rumah Dan Mandi Di Tandas Awam Kisah Pilu Lima Sekeluarga Di Pulau Pinang


Predeep NambiarGanesh Soundarajah, 33, dan keluarganya menjalani kehidupan di dalam kereta mereka di Sepoy Lines Road berdekatan Padang Polo. Dia dilihat ‘memasak’ air yang diambil dari paip tandas awam menggunakan dapur mudah alih.GEORGE TOWN: Berbumbungkan kereta sebagai rumah, lima sekeluarga juga terpaksa menumpang mandi di tandas awam dan mengalas perut dengan roti kosong pemberian orang awam.
Demikian derita pengawal keselamatan Ganesh Soundarajah bersama isteri dan tiga anak perempuan mereka yang menganggap kereta usangnya sebagai ‘rumahku syurgaku’ sejak beberapa bulan lalu.
‘Kediaman’ mereka berhampiran padang di Sepoy Lines Road.
Kereta yang sudah berusia 30 tahun itu turut menjadi ‘rumah’ buat anak bongsu Ganesh berusia lapan bulan.
Setelah kediaman mereka dijilat api April lalu, Ganesh dan keluarganya terpaksa menggunakan kereta sebagai ‘rumah’ baharu.
Kemiskinan mereka lebih menyayat hati, kerana Ganesh and isteri menggunakan air tandas awam untuk membancuh kopi panas buat penawar dahaga.
Ganesh, 33, bersama keluarga kecilnya itu, tidak mempunyai pilihan selain tinggal di dalam kereta mereka kerana tidak mampu membayar deposit untuk sebuah bilik atau rumah.
Di George Town, deposit sedemikian boleh mencecah antara RM800 hingga RM900.
Ganesh meraih hanya RM1,200 sebagai pengawal keselamatan syif malam di sebuah sekolah berdekatan. Justeru keperluan menjadikan keretanya sebagai rumah.
Beliau akan memparkir kereta itu di lokasi berhampiran tandas awam sekitar Gurney Drive, Padang Polo, dan Esplanade.
Pada waktu malam, kereta itu diparkir di luar sekolah tempat dia bekerja kerana mahu mengawasi keluarganya.
Isterinya Parameswari, 32, hanya mampu menyuap anak-anak dengan kopi hitam tetapi ada kalanya menganggap diri sekeluarga “bernasib baik” apabila orang awam mendermakan roti kosong untuk dicicah dalam kopi atau air suam.
Pada hari-hari yang ‘lebih baik’, Ganesh memasak nasi dengan sedikit garam sebagai perasa atau mee segera untuk ‘santapan’ keluarga.
Aktivit mencuci pakaian dan mandi juga di tandas awam dan pakaian pula dijemur pada tiang yang ada pada kaki lima.
Kata Ganesh, beliau sekeluarga pernah menyewa ruang kosong berhampiran pasar Campbell Street di sini ketika dia bekerja sebagai pemandu lori, dan meraih upah sebanyak RM1,700 sebulan.
Ganesh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan pada waktu malam, bersama isteri dan anaknya tinggal di dalam kereta tidak jauh dari tempat bertugas.Bagaimanapun, tahun lalu Ganesh terlibat dalam kemalangan, yang menyebabkan dia tidak boleh memandu lori lagi atau mengangkat barang-barang berat.
Justeru beliau sekarang bekerja sebagai pengawal di sebuah sekolah.
Ganesh sudah memohon kepada Jabatan Perumahan Pulau Pinang untuk flat sewa, RM90 sebulan. Walau bagaimanapun, sehingga ini tiada tanda permohonan itu diluluskan.
Ganesh tidak kelihatan optimis untuk memperolehi rumah sewa kerajaan negeri.
“Bila rumah kami terbakar, banyak yang datang beri bantuan makanan dan mengambil gambar, Lepas itu, semua menghilang. Yang kami mahukan hanyalah rumah. Ada tak yang boleh tolong?” dia merayu.
Ganesh juga sudah sekian lama mengharapkan ada insan berhati mulia membantunya memulakan perniagaan kecil kedai runcit, mengangkut sayur-sayuran dan hasil-hasil lain seperti zamannya bekerja sebagai pemandu lori.
Anak-anak Ganesh, Girthikanesh, 6, Devi Shri, 3, dilihat langsung tidak tahu akan penderitaan mereka sekeluarga, malah dilihat tersenyum gembira.
Anak perempuan bongsunya, Kirthana Devi, berusia lapan bulan, menangis, berjumpa dengan media. Menurut ibunya, bayi itu tidak biasa dengan orang luar kerana tinggal dalam kereta sejak dilahirkan.
“Saya sangat gembira melihat anak-anak dapat makan. Saya hanya mampu menangis apabila anak-anak beritahu yang saya lapar dan saya tak dapat beri apa-apa,” kata Ganesh.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Jika anda mahu membantu, mesej kami di Whatsapp FMT Helpline @ 0193899839.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/apabila-kereta-dijadikan-rumah-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kereta Dijadikan Rumah Air Kopi Ganti Susu Anak Mi Segera Lapik Perut

Kereta Dijadikan Rumah Air Kopi Ganti Susu Anak Mi Segera Lapik Perut

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 550 hits
Selepas rumah yang didiami terbakar seorang pengawal keselamatan S Ganesh tiada pilihan lain selain daripada membawa isteri dan tiga orang anaknya termasuk bayi berusia lapan bulan tinggal dalam kereta Selama lapan bulan Ganesh menjadikan k...
Tidak Perlu Lagi Tinggal Dalam Kereta Lima Beranak Terima Rumah Ppr

Tidak Perlu Lagi Tinggal Dalam Kereta Lima Beranak Terima Rumah Ppr

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 532 hits
Tidak perlu lagi tinggal dalam kereta lima beranak terima rumah PPRDewi Nur Harasha AliasJagdeep Singh Deo bermesra dengan anak Ganesh selepas menyerahkan kunci kediaman sebuah unit Projek Perumahan Rakyat di Georgtown Pulau Pinang pada Sab...
Kedinginan Karena Tak Punya Rumah Kisah Nenek Yang Tinggal Di Depan Masjid Ini Bikin Pilu

Kedinginan Karena Tak Punya Rumah Kisah Nenek Yang Tinggal Di Depan Masjid Ini Bikin Pilu

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 424 hits
Selayaknya usia senja merupakan waktu yang tepat bagi setiap orang untuk berkumpul bersama keluarga tercinta Namun hal ini nampaknya tidak bagi kehidupan pilu seorang nenek yang berhasil diabadikan melalui sebuah video viral berikut ini Seo...
Makan Malam Di Dsampan Restoran Batu Uban Pulau Pinang

Makan Malam Di Dsampan Restoran Batu Uban Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 427 hits
Nak makan malam jenis masakan thai yang goreng goreng ada tom yam di Pulau Pinang terutama di sebelah pulau salah satu restoran yang menyediakan makanan tersebut korang boleh datang ke Restoran Dsampan yang terletak di Batu Uban Di sini ada...
Kerajaan Negeri Pulau Pinang Terkejut Putrajaya Mahu Teruskan Feri Ikonik

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Terkejut Putrajaya Mahu Teruskan Feri Ikonik

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 342 hits
Foto oleh Sayuti ZainudinKerajaan negeri masih belum jelas sama ada perkhidmatan feri Pulau Pinang akan terus beroperasi atau ditamatkan perkhidmatannya tahun depan kata ketua menteri Chow Kon Yeow Beliau berkata kerajaan negeri berharap me...
Pulau Pinang Negeri Pertama Yang Menetapkan Perkhidmatan Telekomunikasi Sebagai Utiliti Ketiga

Pulau Pinang Negeri Pertama Yang Menetapkan Perkhidmatan Telekomunikasi Sebagai Utiliti Ketiga

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 274 hits
Pada minggu lepas kami ada melaporkan bahawa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah berbincang dengan semua kerajaan negeri di Malaysia untuk menjadikan perkhidmatan telekomunisasi sebagai utiliti ketiga negara selepas a...
Pesara Guru Di Pulau Pinang Ditipu Macau Scam Lebih Rm500 000

Pesara Guru Di Pulau Pinang Ditipu Macau Scam Lebih Rm500 000

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 280 hits
Seorang pesara guru kerugian lebih RM512 316 selepas wanita itu ditipu sindiket Macau scam yang mendakwa mangsa terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram di sini baru baru ini Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang Mohd R...
Pulau Pinang Berjaya Beri Pekerjaan Kepada 17 000 Orang

Pulau Pinang Berjaya Beri Pekerjaan Kepada 17 000 Orang

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 260 hits
Sepanjang 8 bulan lalu Pulau Pinang yang ditadbir Pakatan Harapan berjaya menyediakan peluang pekerjaan buat lebih 17 000 orang Hal ini didedahkan dalam jawapan balas Kementerian Sumber Manusia kepada pertanyaan Ahli Parlimen Bayan Baru Sim...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba