Lewatkan Sahur Minum Air Banyak Susu Tak Drop Ibu Bertenaga Puasa Sepanjang Hari


Buat ibu-ibu menyusu, ‘cuba untuk berpuasa’ tu bukan sekadar cuba tahan lapar dan dahaga sahaja. Ibu-ibu juga patut ‘cuba buat persiapan’.
Ramai ibu-ibu menyusu yang tidak berpuasa kerana rukhsah. Ya memang benar rukhsah itu dibenarkan jika ibu bimbang kesihatan dirinya atau bayi yang disusukan.
Tapi, bagaimana dengan persediaan ibu untuk berpuasa? Adakah ibu memang betul-betul bersedia?
Saya kongsikan semula beberapa tips berpuasa untuk ibu-ibu menyusu.
1. Mindset yang positif
Kita sebenarnya berperang dengan diri sendiri dalam menghadapi cabaran berpuasa ini. Bila kita fikir kita tak mampu, kita memang jadi tak mampu. Jadi, cuba ubah fikiran kepada sebaliknya.
2. Lewatkan sahur dan ambil karbohidrat kompleks
Ibu menyusu kena bersahur. Lewatkan sahur dan ambillah sumber karbohidrat kompleks seperti oat. Oat membantu ibu-ibu menyusu rasa kenyang lebih lama.

3. Makan kurma
Kurma mengandungi gula ringkas yang dapat membekalkan tenaga lebih lama kepada ibu menyusu. Kalau tak boleh makan kurma, boleh kisar dengan susu.
 
4. Minum air secukupnya
Dari selepas berbuka hingga sahur, minumlah air sikit-sikit tapi kerap. Sediakan botol air berhampiran. Bila dahaga walaupun sedikit terus minum. Cuba minum 8-10 gelas air sepanjang malam.

5. Kurangkan kafein dan makanan berminyak
Kafein bersifat dierutik. Bila diambil, ibu-ibu akan kerap membuang air dan mengurangkan air dalam badan. Makanan berminyak akan menyebabkan ibu-ibu cepat dahaga. Jadi berpadalah dalam mengambil keduanya.
6. Ubah suai jadual mengepam
Sesi pertama mengepam boleh dilakukan selepas bersahur. Kemudian ibu-ibu boleh mengepam sekurangnya 2x di tempat kerja (pastikan gap mengepam tidak melebihi 3-4jam).
Bila balik rumah nanti, boleh terus direct feed baby dan sekiranya perlu, mengepamlah pada waktu malam selepas berbuka untuk bekalan stok hari berikutnya.
7. Minta bantuan orang lain untuk beri susu kepada bayi
Jika ibu-ibu keletihan kerana bayi kerap menyusu, boleh minta bantuan suami untuk beri bayi EBM guna botol (bayi berusia 30 hari ke atas). Tapi ibu janganlah biarkan breast penuh pula ya. Keluarkan susu melalui marmet /pam jika perlu.
8. Breast compression
Bila mengepam rasa susu tu macam tak nak keluar je time puasa ni. So ibu-ibu boleh buat breast compression.
Sama juga ketika menyusu. Kalau nampak bayi fussy, boleh buat breast compression juga untuk bantu susu keluar dengan lebih baik.
9. Berdoa
Usaha, doa dan tawakal. Biasa kita dengar tiga perkataan azimat ini. Maksudnya sebelum kita pasrah menyerah, kita perlu berusaha dulu.
Macam saya cakap tadi, usaha minum air yang cukup, sahur yang cukup, pilih makanan terbaik untuk sahur dan berusaha untuk persiapkan mindset kita terlebih dahulu.
Paling penting, bagaimana kita sebagai ibu menyusu nak yakinkan diri bahawa kita mampu menghasilkan susu yang mencukupi.
***
Ibu-ibu cubalah dulu buat persiapan dari segi pengambilan air dan makanan sahur yang terbaik dahulu. In shaa Allah bila ibu bersedia dengan ‘alatan perang’, ibu boleh meneruskan berpuasa tanpa masalah. Boleh rujuk #ResepiSahurIbuMenyusu yang saya kongsikan.

Bila saya tanya ibu-ibu yang PM saya kerana susu drop, ramai yang menjelaskan mereka tidak bersahur dengan betul dan kurang pengambilan air ketika malam.
Berpuasa itu pada peringkat awalnya memang menyebabkan ibu letih. Bila letih, hormon oksitosin juga akan berkurangan dan menjejaskan penghasilan susu ibu.
Apatah lagi bila ibu kurang minum air sepanjang malam dan tidak mengambil makanan yang berat sewaktu bersahur, ibu akan mula menggigil kerana paras gula dalam darah menurun dan dehidrasi.
Bila ibu telah berusaha dengan bersungguh-sungguh, ibu-ibu berdoalah semoga Allah permudahkan segala urusan ibu dan bayi. Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Dia amat suka pada hamba-Nya yang meminta-minta. Pasti diperkenankan dengan segala kemudahan.
Nad Masrom
Kaunselor Laktasi Anda
The post Lewatkan Sahur, Minum Air Banyak. Susu Tak Drop & Ibu Bertenaga Puasa Sepanjang Hari appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/lewatkan-sahur-minum-air-banyak-susu-tak-drop-ibu-bertenaga-puasa-sepanjang-hari/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kekal Bertenaga Susu Pun Banyak Walaupun Berpuasa Ini 25 Rahsia Ibu Menyusu Dapat Kenyangkan Anak Ketika Bulan Ramadan

Kekal Bertenaga Susu Pun Banyak Walaupun Berpuasa Ini 25 Rahsia Ibu Menyusu Dapat Kenyangkan Anak Ketika Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 674 hits
Ibu yang menyusukan pastinya lebih letih dan merasa lapar ketika berpuasa Anda tidak perlu meninggalkan ibadah berpuasa asalkan ada pengetahuan bagaimana untuk mengekalkan tenaga berpanjangan Paling penting usah lupa bersahur dan ambil maka...
Susu Kurma Blend Maintain Tenaga Ibu Menyusu Ketika Puasa Sesuai Di Ambil Waktu Sahur

Susu Kurma Blend Maintain Tenaga Ibu Menyusu Ketika Puasa Sesuai Di Ambil Waktu Sahur

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 853 hits
Cara pemakanan teknik mengepam dan mindset yang betul sangat penting untuk ibu menyusu di bulan Ramadan nanti Ada yang risau susu akan drop dan mungkin cepat lapar selepas mengepam atau menyusukan anak Bagaimanapun ada beberapa cara yang bo...
Mama Menyusu Risau Cepat Lapar Dan Susu Drop Makan Rolled Oat Ketika Sahur

Mama Menyusu Risau Cepat Lapar Dan Susu Drop Makan Rolled Oat Ketika Sahur

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 784 hits
Ibu menyusu atau ibu yang sedang hamil pasti akan pilih makanan yang boleh memberi tenaga dan mengenyangkan terutama di siang hari bulan Ramadan Ini kerana ibu menyusu nak pastikan dapat terus supply susu yang cukup untuk bayi supaya tak dr...
Menu Sahur Ibu Menyusu Susu Badam Kurma

Menu Sahur Ibu Menyusu Susu Badam Kurma

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 699 hits
Susu Badam Kurma Sebagai Menu sahur Ibu Menyusu Hari ini Isnin 13 Mei dan kita sudahpun melangkah ke 8 Ramadan So amacam mak mak yang berpuasa sambil menyusukan baby semua Masih maintian atau dah tinggal puasa Memang dalam islam ada kelongg...
Ibu Stres Rambut Banyak Gugur Lepas Bersalin Apa Kaitannya Dengan Air Liur Anak

Ibu Stres Rambut Banyak Gugur Lepas Bersalin Apa Kaitannya Dengan Air Liur Anak

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 525 hits
Mungkin ramai ibu berhadapan dengan rasa stres melihat helaian rambut makin banyak gugur selepas anak mula menyembur air liur Adakah ia saling berkait Rambut merupakan penyeri kecantikan wanita Namun setelah bersalin beberapa bulan semakin ...
Dua Hari Terperangkap Dalam Lif Wanita Ini Minum Air Kencing Sendiri Untuk Hidup

Dua Hari Terperangkap Dalam Lif Wanita Ini Minum Air Kencing Sendiri Untuk Hidup

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 661 hits
Seorang wanita yang berusia 50 an terpaksa meminum air kencing sendiri apabila dia terperangkap di dalam lif selama dua hari baru baru ini Lapor kejadian yang berlaku di Pusat Pendidikan Dewasa di Margate Kent England itu menyebabkan wanita...
Tips Minum Air Di Bulan Puasa

Tips Minum Air Di Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 528 hits
Saja Ummi nak share Tips Minum Air di Bulan Puasa Almaklumlah sekarang musim panas tambahan bulan puasa Jadi pastikan pengambilan air yang mencukupi sepanjang bulan
Tips Puasa Agar Tak Loyo Tetap Sehat Dan Segar Sepanjang Hari

Tips Puasa Agar Tak Loyo Tetap Sehat Dan Segar Sepanjang Hari

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 411 hits
Puasa sangat menyehatkan untuk tubuh asalkan dijalankan dengan benar Sayangnya tidak sedikit yang melakukan kesalahan sehingga puasajustru membuat badan loyo Pramono ahli gizi dari Rumah Sakit Umum Daerah Ulin Banjarmasin dalam tulisannya y...
Ibu Sayang Kamu Lebih Air Dalam Kepala Kurang Sel Otak Dalila Suka Susu Ibu

Ibu Sayang Kamu Lebih Air Dalam Kepala Kurang Sel Otak Dalila Suka Susu Ibu

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 741 hits
Ibu akan terus menyayangi anak anaknya selagi hayat dikandung badan Kisah ibu ini benar benar mengusik perasaan tatkala mengetahui anak istimewa sejak dari dalam kandungan lagi Bertuahnya Nur Dalila Sofea ini mempunyai ibu penyayang ibu 3 o...
Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lirik Lagu Perayaan Mati Rasa Umay Shahab Feat Natania Karin

Bukan Masanya Untuk Mengajar Mereka Berenang

Tauhu Bakar Vs Tauhu Goreng Singapore Mana Lebih Sedap


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir


Gegar Vaganza 11 Liza Aziz Dinobat Pemenang Gegar Vaganza Ke 11

Muzium Negeri Selangor Muzium Sultan Alam Shah Dah Dibuka Semula

Happy168 World 25 February 2568 168 168 Top 83 By Lorenzo

Panda555 50 Pgslot Slotxo Joker Spinix Panda555 Top 84 By Verona Panda555 Vip 23 25

Panduan Terbaik Untuk Menghadapi Ujian Psikometrik Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Fa5

Readers Poll 2024 Winners Announced Practical Fishkeeping