Ibu Stres Rambut Banyak Gugur Lepas Bersalin Apa Kaitannya Dengan Air Liur Anak


Mungkin ramai ibu berhadapan dengan rasa stres melihat helaian rambut makin banyak gugur selepas anak mula menyembur air liur. Adakah ia saling berkait?
Rambut merupakan penyeri kecantikan wanita. Namun setelah bersalin beberapa bulan, semakin banyak rambut melekat pada sikat apabila rutin menyikat rambut. Mengikut mitos orang lama, ia disebabkan terkena air liur bayi, hakikatnya sebenarnya tiada kaitan langsung!

Jururawat, Puan Bel Nawhen berkongsi mengenai persoalan rambut di  kalangan wanita semasa hamil & selepas bersalin yang mungkin berlegar dalam masyarakat. Paling parah sekali ialah tidak membasuh rambut selepas bersalin sehingga 40 hari!
SOAL JAWAB TENTANG RAMBUT SEWAKTU HAMIL DAN SELEPAS BERSALIN
Pada waktu kehamilan ataupun melahirkan akan ada muncul beberapa pertanyaan berkaitan rambut.
Seperti kita tahu, rambut merupakan mahkota kecantikan bagi seorang wanita. Makanya, jika terdapat sedikit masalah berkaitan rambut, adatlah kan kalau kita mencari jalan penyelesaiannya.
Soalan 1
Boleh tak saya mengubah gaya rambut atau mewarnakannya semasa hamil?
Jawapan
Seeloknya elakkan dari melakukan perkara demikian kerana dikhuatiri bahan kimia dari pewarna atau ubatan pengubah gaya rambut itu akan meresap ke dalam pori-pori dan kulit kepala ibu-ibu hamil.

Soalan 2
Benarkah selama kita hamil, ibu hamil tidak boleh potong rambut kerana bimbang bayi akan cacat?
Jawapan
Tidak ada kaitan antara potong rambut dengan bayi yang dikandung. Ia adalah mitos. Ibu hamil boleh sahaja kalau mahu potong rambut. Baru nampak segar dan kemas kan.

Soalan 3
Boleh atau tidak ibu-ibu baru melahirkan dari mencuci rambut. Benarkah ada larangan dari melakukan perkara demikian selama 40 hari?
Jawapan
Ia tidak benar. Sebenarnya, seeloknya ibu yang dalam berpantang terus menjaga kesihatan rambut. Sebenarnya larangan itu adalah bagi ibu-ibu yang mengalami komplikasi selepas melahirkan contohnya mudah pitam kerana dikhuatiri akan jatuh pengsan di dalam tandas. Cuba bayangkan kalau tak dibasuh selama 40 hari? Bau peluh yang terperangkap tu silap-silap akan buat kita pengsan.

Soalan 4
Boleh tak kita mandi selepas bersalin. Tak masuk angin ke dalam badan?
Bila waktu yang sesuai untuk mandi?
Jawapan
Selepas melahirkan, kebiasannya badan kita akan cepat melekit dan berbau. Yelah, dah kita guna tenaga kan semasa meneran dan mengeluarkan baby. Memang berpeluhlah semasa meneran tu.
Dengan mandi, badan kita akan berasa segar. Logiknya, badan yang melekit tu akan merimaskan kita kan. Jika tak dibersihkan sisa-sisa peluh atau ketuban bimbang pula kuman mudah menjangkiti kita. Mandi sahaja dengan air suam.
Jika ada larangan bahawa jangan mandi kerap-kerap semasa berpantang, ikutkan sahaja, tetapi sekurang-kurang mandilah sekali sehari dan basuhlah rambut selang 2/3 hari sekali. Saya sendiri mandi dan membasuh rambut saya kerana mahukan keselesaan dan kesegaran. Kemudian, keringkan rambut dengan sempurna.

Soalan 5
Benarkah air liur yang disembur oleh bayi akan menyebabkan rambut banyak gugur selepas bersalin?
Jawapan
Rambut gugur selepas bersalin adalah normal. Ini disebabkan oleh penurunan hormon estrogen (yang mana semasa hamil ia telah meningkat dan menyebabkan rambut akan tumbuh dengan banyak). Jadi air liur bayi bukan penyebab kepada keguguran rambut.
Mitos mengatakan bahawa dengan mandi/membasuh rambut selepas melahirkan akan menjemput angin meroyan adalah salah.

Meroyan bukanlah disebabkan oleh angin yang datang dan duduk di dalam badan. Tetapi lebih kepada masalah perubahan hormon; masalah peribadi seperti kurang pengalaman dalam menangani bayi bagi ibu yang kali pertama melahirkan selain kurang sokongan emosi dari suami dan keluarga dalam menjaga bayi.
Rujuk:
www.ukm.my/geografia
www.mjphm.org.my/mjphm/journals
Jangan jadi pengotor dengan membiarkan rambut tidak dicuci sepanjang tempoh berpantang. Kebersihan itu sendiri suruhan agama.
#BelNawhen
Sumber: Bel Nawhen
Artikel berkaitan: Bila Baby Mula Menyembur & Buat Bising, Mama Papa Kena Chill. Ada 5 Kebaikan Anda Perlu Tahu

The post Ibu Stres Rambut Banyak Gugur Lepas Bersalin, Apa Kaitannya Dengan Air Liur Anak? appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-stres-rambut-banyak-gugur-lepas-bersalin-apa-kaitannya-dengan-air-liur-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Meroyan Tiada Siapa Sedar Kelar Anak Sendiri Lepas Kongsi Gambar Di Media Sosial

Ibu Meroyan Tiada Siapa Sedar Kelar Anak Sendiri Lepas Kongsi Gambar Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 535 hits
Meroyan atau postpartum depression tidak boleh dipandang ringan Ibu yang mengalaminya boleh tergamak mengelar leher anak sendiri Bayi berusia 5 hari menjadi mangsa ibunya yang sedang bergelut dengan kemurungan selepas bersalin Hiralbahen Bh...
Lewatkan Sahur Minum Air Banyak Susu Tak Drop Ibu Bertenaga Puasa Sepanjang Hari

Lewatkan Sahur Minum Air Banyak Susu Tak Drop Ibu Bertenaga Puasa Sepanjang Hari

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 556 hits
Buat ibu ibu menyusu cuba untuk berpuasa tu bukan sekadar cuba tahan lapar dan dahaga sahaja Ibu ibu juga patut cuba buat persiapan Ramai ibu ibu menyusu yang tidak berpuasa kerana rukhsah Ya memang benar rukhsah itu dibenarkan jika ibu bim...
Kekal Bertenaga Susu Pun Banyak Walaupun Berpuasa Ini 25 Rahsia Ibu Menyusu Dapat Kenyangkan Anak Ketika Bulan Ramadan

Kekal Bertenaga Susu Pun Banyak Walaupun Berpuasa Ini 25 Rahsia Ibu Menyusu Dapat Kenyangkan Anak Ketika Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 664 hits
Ibu yang menyusukan pastinya lebih letih dan merasa lapar ketika berpuasa Anda tidak perlu meninggalkan ibadah berpuasa asalkan ada pengetahuan bagaimana untuk mengekalkan tenaga berpanjangan Paling penting usah lupa bersahur dan ambil maka...
Melawat Ibu Bersalin Di Hospital Che Ta Terasa Nak Balik Ke Rumah Tambah Anak

Melawat Ibu Bersalin Di Hospital Che Ta Terasa Nak Balik Ke Rumah Tambah Anak

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 846 hits
Beberapa hari lepas aktres jelita Rozita Che Wan atau Che Ta membuat lawatan ke di Hospital Sungai Buloh Perkongsian ini dibuat Che Ta melalui laman Instagramnya Dia turut berkongsi beberapa foto bersama para ibu di wad bersalin hospital it...
Nak Gugur Jantung Situasi Genting Ibu Anak Setahun Terperangkap Dalam Kereta

Nak Gugur Jantung Situasi Genting Ibu Anak Setahun Terperangkap Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 614 hits
Getirnya melalui saat cemas walau pun hanya 20 minit Bagaikan hampir gugur jantung ibu tatkala anak kecil masih bayi terperangkap di dalam kereta Dalam kejadian yang berlaku di Kudat ini seorang ibu berhadapan situasi cemas apabila si kecil...
Bila Berdoa Nampaklah Air Mata Dia Jatuh Ibu Sayu Lihat Anak Johan Tilawah Hilang Penglihatan Hanya Mampu Peluk Quran

Bila Berdoa Nampaklah Air Mata Dia Jatuh Ibu Sayu Lihat Anak Johan Tilawah Hilang Penglihatan Hanya Mampu Peluk Quran

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 790 hits
Azwar selamat menjalani pembedahan pada 23 Oktober tahun lalu Foto ihsan Che Anisah Md Saad WALAUPUN sedang berjuang melawan kanser otak johan Tilawah al Quran Peringkat Kedah 2018 ini tidak menjadikan penyakit itu sebagai halangan untuk be...
5 Tip Pilih Kelapa Muda Banyak Air Dan Elok Isinya Cubalah Agar Agar Kelapa Muda Ni

5 Tip Pilih Kelapa Muda Banyak Air Dan Elok Isinya Cubalah Agar Agar Kelapa Muda Ni

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 758 hits
Tengah panas terik minum air kelapa muda memang menyamankan Dapat pulak hirup isinya sekali memang puas rasanya Buat minuman berbuka pun wahh segar dan bertenaga Tapi kesedapan air kelapa muda dan isinya ini bergantung kepada kualiti buah k...
7 Hal Yang Diam Diam Dirindukan Para Ibu Setelah Punya Anak Ya Mama Kan Juga Manusia

7 Hal Yang Diam Diam Dirindukan Para Ibu Setelah Punya Anak Ya Mama Kan Juga Manusia

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 365 hits
Bahagianya jadi ibu menimang anak tercinta dalam pelukan Tapi jujur saja terkadang ada rasa rindu juga pada kebebasan seperti ketika masih gadis dulu Jangan buru buru nikah kalau belum siap merasakan ini ya
Saya Peluk Anak Lelaki Saya Kuat Kuat Ibu Dedah Kisah Jumpa Anak Di Penjara Kemboja

Saya Peluk Anak Lelaki Saya Kuat Kuat Ibu Dedah Kisah Jumpa Anak Di Penjara Kemboja

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 354 hits
Saya peluk anak lelaki saya kuat kuat Ibu Dedah Kisah Jumpa Anak Di Penjara Kemboja
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Consultant


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Controloc Kegunaan Dos Dan Kesan Sampingan

Boat Tail Blues Origins Of The Fx Super Glide And Its Infamous Saddle

Sesi Membaja

Exco Kedah Fitnah Ds Rafizi Ini Respon Yb Pemfitnah Ustazah Mastura Dit

Perdana Menteri Bersuara Isu Oku Di Sepak Dan Diheret Kita Harap Walaun

Self Esteem Anak Lemah Pakar Psikiatri Kanak Kanak Kongsi Tip