Letak Saja Terus Menangis Bedung Bunyikan White Noise Tip Anak Rasa Selesa Dalam Car Seat Cubalah


Bukan membenci tetapi sebaik diletakkan pada kerusi keselamatan atau car seat anak mula meraung sekuat hati. Bukan anak membenci tetapi mereka rasa tidak selesa.
Menurut Pn Uswatun Hasanah Mohd Habib, Konsultan Tangisan Bayi, anak akan mula menangis kerana mereka merasa tidak rasa selesa dengan situasi. Begitu juga ketika berada di dalam car seat. Ini tip yang dikongsikan oleh beliau.

Faktor anak benci car seat.
ANAK INFANT
Untuk anak 0-3, di mana tangisan masih dalam bentuk reflek dan perkembangan sosial masih primitif, punca anak menangis SENTIASA adalah kerana dia mahu mengalihkan rangsangan (stimuli) yang membuat dia rasa tak selesa.
Misalnya: lapar, terlalu panas, terlalu sejuk, lampin kotor. Maka checklist utama ibubapa bila anak infant menangis dalam car seatnya ialah: lapar? tak selesa? panas ? sejuk? Pasti ramai ibubapa tahu untuk check ini semua terlebih dahulu. Tapi, anak masih menangis, kenapa?
Punca utama anak infant menangis walau sudah kenyang dan selesa (fizikal) ialah kerana peralihan alam rahim-dunia yang drastik.
Dalam dunia ini ada terlalu banyak benda baru yang tak pernah ada di dalam rahim, termasuk car seat, bukan?

Anda tahu apa satu perkara tentang car seat yang buat anak infant ‘menyampah’?
1. Berbaring di tulang belakang Ya.
Semasa di dalam rahim, tidak pernah sekalipun bayi berbaring ditulang belakangnya. Mereka ‘berlipat dua’ (fetal position) dan terapung sepanjang masa!
Namun bila lahir ke dunia, hampir separuh dari masa mereka perlu dihabiskan dengan berbaring di permukaan rata yang kaku.
Ini antara punca kenapa anak infant lebih mudah diam bila di angkat/peluk sambil bergerak/menari/berdodoi.

Berikut antara TIP bantu anak Infant selesa dalam car seat.
* Bedung. Ia meniru balutan dinding rahim.
* Bunyi white noise. Bunyian menenangkan kerana bayi telah hidup dalam rahim yang sentiasa berbunyi. Pilih sebarang bunyi yang anak suka. Misalnya:
– Ada anak yang cukup gembira dengan bunyi enjin kereta semata-mata.
– Ada anak yang suka dengan bunyi angin deras, maka boleh buka sedikit tingkap.
– Ada anak yang suka dengan bunyi ombak, hujan dan sungai maka boleh bawa mesin white noisenya.
– Ada juga anak yang suka dengan bunyi lagu tertentu.
Seperti anak sulung saya yang ‘giler’ Maher Zain. Dengar bunyi intro lagu saja sudah berhenti menangis. Saya memainkan CD Maher Zain pada setiap kali menaiki kereta. Selain saya naik jemu, saya juga sudah hafal semua lagu dari album pertama Maher Zain.
– Ada juga anak yang lebih suka suara sebenar manusia terutama suara ibubapanya. Seperti anak kedua saya yang akan tenang bila saya mula menyanyi. Ya, saya juga hafal hampir 20 nursery rhymes dan perlu menyanyi di sepanjang perjalanan sehingga dia benar lena.

* Beri anak baju terpakai anda untuk di peluk dan di hidu anak.
* Kenderaan perlu sentiasa bergerak. Lebih banyak bumper lagi bagus. Kerana anak sudah 24 jam berhayun semasa di dalam rahim akibat terapung.
* Puting tiruan. Hisapan itu menenangkan kerana ia merendahkan tekanan darah dan menstabilkan degupan jantung.
Punca kedua anak infant menangis di car seat ialah kerana dia terpisah dari ibunya. Sudahlah alam ini asing. Dia pula terpisah dari ibunya. Tangisan bayi memang asalnya di cipta untuk buat ibu merasa ‘stress’ sehingga bertindak mendatangi anak dan bukan mengabaikannya.

‘Sedikit’ masalah di sini ialah :
1) Selalunya ia memerlukan ibu untuk mengangkat anak (keluar dari car seat) untuk menenangkan atau menyusukannya. Ini merbahaya bila di lakukan dalam keadaan kereta masih lagi bergerak.
2) Tidak semestinya bayi akan segera diam bila sudah di angkat ibu. Ini kerana teknik menenangkan yang betul di perlukan untuk membuat bayi infant tenang dengan pantas. Ingat, anak masih dalam fasa peralihan alam. Anak LEBIH KENAL cara ibu rahimnya tenangkannya berbanding ibu manusianya.
Ramai ibu tidak menguasai teknik ini dan menyaksikan anak sukar/lambat dapat di tenangkan HATTA jika dia menangis bukan di dalam car seat pun.

ANAK YANG LEBIH BERUSIA
Hakikatnya, anak yang lebih berusia mempunyai lebih banyak sebab untuk menangis di dalam car seat:
* Tak suka merasa terperangkap dan tak dapat bergerak bebas seperti fitrah anak kecil: meniarap, merangkak, berdiri,berjalan, memanjat.
* Tiada fahaman konsep sabar dan masa.
* Terikut menangis dengan adik beradik lain yang menangis.
* Tanda protes. Seawal usia 4 bulan anak dah explore konsep ‘What comes next’. Anak telah boleh menjangkakan kejadian yang bakal menyusul (yang simple-simple, of course). Misalnya, jika ibu mula merendahkan badan, pasti ia bermaksud saya akan di letak.

 
Maka anak menangis untuk menghalang dari di letak, bukan kerana dia benci car seatnya. Jika bukan di car seat pun, anak yang dah explore konsep ‘What comes next’ tetap akan menangis tanda protes di letak hatta ke katil atau tilam.
* Separation anxiety. Anak di usia 5-6 bulan telah mula faham konsep jarak. Bahawa ibunya dan dirinya ialah dua individu terpisah. Bahawa ibunya boleh pergi jauh dan laju darinya. Namun berapa jauh (jarak) dan berapa lama itu yang anak tak faham.
Maka jika ibu bergerak hatta 3 langkah ke depan ia ibarat ibu sudah pergi ke China bagi anak. Samalah situasinya bila di dalam car seat. Cemaslah anak bila terpisah dari ibunya. Tak hilang cemasnya selagi tak di lekat ke badan ibu walau ibu duduk di sebelah car seatnya.

* Manipulasi. Ya anak sudah bijak memanipulasi tangisannya seawal usia 9-10 bulan. Iaitu selepas terjadinya perkembangan mental bab kategori. Anak mula mengkelaskan setiap sesuatu dalam kumpulannya. Ia termasuk jenis emosi dan reaksi. Dia boleh menangis macam kena dera di satu waktu dan bertukar tersenyum sekelip mata.
* Konsep kuasa. Jika anda ada anak berusia 13-14 bulan dan ke atas, anda pasti mula lihat anak anda sudah pandai ‘mengarah’. Misalnya mula pandai ambil kasutnya dan minta pakai kan sebagai tanda ajak jalan. Anak anda bukan lagi bayi kecil yang menurut saja perancangan anda. Anak anda kini manusia kecil yang sudah ada kemahuan untuk merancang perkara yang disukai nya. Ibarat baby bos.
Ibu hanya perlu bijak membezakan samada anak menangis atas sebab penting atau hanya kerana mahu lepas dari car seat saja.

Ibu juga gunalah idea kreativiti sendiri untuk menghiburkan dan alih tumpuan anak di sepanjang perjalanan. Jika ibu ada kesempatan mahu berhentikan kereta dan ulang aksi pujuk-letak, silakan. Ibu nilaikan situasi dan keperluan. Pastikan tempat berhenti itu selamat.
Jika ibu pilih (atau jika tiada pilihan) untuk teruskan perjalanan, juga silakan. Usah risau. Selama ibu masih cuba menenangkan anak dengan apa-apa cara misalnya menyanyi, bercakap, senyum pada anak, mengusap, memegang tangan anak…anak TIDAK STRESS NEGATIF walau dia tidak di angkat /tidak dapat di angkat dan enggan berhenti menangis.
Paling penting, konsisten dengan respon agar anak tahu ‘dia tidak akan menang’ dalam game bolos dari car seat ini.
Artikel berkaitan: Jenuh Nak Anak Duduk Dalam Car Seat, Cara Pensyarah Psikologi Ni Buat Anak Lekat Sampai Destinasi, Boleh Jadi Panduan Berkesan

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Letak Saja Terus Menangis, Bedung & Bunyikan White Noise Tip Anak Rasa Selesa Dalam Car Seat, Cubalah! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/letak-saja-terus-menangis-bedung-bunyikan-white-noise-tip-anak-rasa-selesa-dalam-car-seat-cubalah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Proud Of Her 2 Kali Saja Tersasar Pengasuh Kongsi Tip Potty Training Aafiyah

Proud Of Her 2 Kali Saja Tersasar Pengasuh Kongsi Tip Potty Training Aafiyah

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 338 hits
Apabila anak sudah mula memahami dan boleh memberitahu kepada kita ia adalah masa yang tepat untuk melatih anak potty training Anak kesayangan Datuk Seri Siti Nurhaliza Aafiyah juga rupanya kini sedang dilatih pengasuhnya untuk tidak lagi m...
Minggu Lepas Kelam Kabut Minggu Ni Mak Ayah Makin Bijak Urus Kelas Online Anak Ibu Ni Kongsikan Tip

Minggu Lepas Kelam Kabut Minggu Ni Mak Ayah Makin Bijak Urus Kelas Online Anak Ibu Ni Kongsikan Tip

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 347 hits
Kecoh di media sosial masing masing gelabah campur serabut mengendalikan kelas online anak anak Bermacam ragam mak ayah dan anak anak Ada yang sibuk membuat grup telegram mengendalikan anak ketika belajar begitu juga memujuk anak anak untuk...
Sell The Idea Yang Sekarang Anak Dah Besar Antara Tip Untuk Wean Off Susu Ibu

Sell The Idea Yang Sekarang Anak Dah Besar Antara Tip Untuk Wean Off Susu Ibu

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 270 hits
Risaunya macam mana nanti dah stop bagi susu badan tapi si kecil ni dah nak masuk 2 tahun Ramai ibu ibu yang tidak bersedia untuk menghentikan penyusuan badan malah tidak yakin dapat melakukanya Bagaimana caranya untuk menghentikan pemberia...
Elok Elok Main Dengar Anak Menangis Beritahu Dipatuk Ular Sampai Sekarang Trauma

Elok Elok Main Dengar Anak Menangis Beritahu Dipatuk Ular Sampai Sekarang Trauma

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 429 hits
Ketika kejadian saya dan isteri berada di dapur mengemas selepas makan tengah hari Puteri dan adik adiknya pula bermain di belakang rumah Kawasan itu terang benderang dan tidak dipenuhi semak samun Namun tiba tiba saya mendengar anak saya m...
Cakap Pun Tak Lut Anak Makin Ringan Tangan Kuat Mengamuk Bukan Saja Saja Tapi Ini Sebabnya

Cakap Pun Tak Lut Anak Makin Ringan Tangan Kuat Mengamuk Bukan Saja Saja Tapi Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 281 hits
Anak degil suka pukul mengamuk tak tentu pasal pasti ada sebabnya Kurang perhatian atau tersalah cara didikan antara penyebab anak berubah tingkah laku sebegini sekali Pun begitu pemakanan anak juga mendorong kepada sikap sebegini Inilah ya...
3 Anak Cucunya Jadi Penumpang Sriwijaya Air Sj 182 Ibu Ini Menangis Berharap Keajaiban Datang

3 Anak Cucunya Jadi Penumpang Sriwijaya Air Sj 182 Ibu Ini Menangis Berharap Keajaiban Datang

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 278 hits
Tiga orang warga Kabupaten Kediri asal Kecamatan Pare menjadi korban jatuhnya pesawat Sriwijaya Air SJ 182 yang hilang kontak pada Sabtu Diketahui mereka adalah Rahmania Ekananda Fazilla Amara dan Fathima Ashalina Ada juga Dinda Amelia seor...
Letak Tapak Tangan Kanan Atas Dada Anak Sebut Ya Allah Lembutkan Hati Anakku

Letak Tapak Tangan Kanan Atas Dada Anak Sebut Ya Allah Lembutkan Hati Anakku

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 305 hits
Memang lumrah anak anak kecil yang nak membesar akan sentiasa menguji kesabaran ibu bapa Lagi dalam fasa nak belajar dan ingin tahu semua perkara Semangat ini bagus untuk membantu mereka mengenal dunia Namun adakalanya ia menjentik rasa sab...
Daddy Tau Anak Daddy Kuat Menangis Nak Balik Rumah Jumpa Daddy Fizo Omar Mohon Doakan Maryam

Daddy Tau Anak Daddy Kuat Menangis Nak Balik Rumah Jumpa Daddy Fizo Omar Mohon Doakan Maryam

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 252 hits
Siapapun tidak menduga namun inilah yang terpaksa dilalui bila mana berdepan dengan jangkitan wabak yang satu ini Teramat bimbangkan keadaan Maryam yang kini berada di hospital pelakon Fizo Omar memohon doa daripada semua agar Maryam dalam ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash