Cakap Pun Tak Lut Anak Makin Ringan Tangan Kuat Mengamuk Bukan Saja Saja Tapi Ini Sebabnya


Anak degil, suka pukul, mengamuk tak tentu pasal pasti ada sebabnya. Kurang perhatian atau tersalah cara didikan antara penyebab anak berubah tingkah laku sebegini sekali.
Pun begitu pemakanan anak juga mendorong kepada sikap sebegini. Inilah yang cuba dikongsikan oleh Pn Mariam Jamadi, Ahli Terapi Cara Kerja, mengenai perihal tingkah laku anak yang serius. Jangan biarkan, sebaliknya cuba usahan sesuatu untuk anak berubah. Ini tip yang dikongsikan oleh beliau.
,
MASALAH TINGKAHLAKU SERIUS
“Puan, saya dah tak larat nak jaga anak saya. Dah tahu apa nak buat lagi” Disebabkan beberapa hari ini ramai mak ayah yang mesej saya menceritakan masalah tingkahlaku anak. Saya kongsikan lagi tentang kes masalah tingkahlaku yang serius, Aiman (bukan nama sebenar) baru berumur umur 3 tahun 10 bulan tetapi sudah “ringan tangan” untuk menumbuk, menendang mak ayahnya sendiri.
Bukan dengan mak ayahnya sahaja, tetapi dengan orang lain juga. Kalau tak dapat apa yang diingini, habis semua barang yang dipegang akan dicampak ke arah orang lain. Kes ini saya klasifikasikan sebagai kes masalah tingkahlaku yang serius kerana anak ada potensi mencederakan orang lain.

Terharu kerana mak ayah sanggup datang dari Johor untuk berjumpa saya yang berada di Selayang sewaktu itu sebelum membuka cawangan pusat terapi di Johor.
“Puan tolonglah saya, saya dah tak tahu nak buat apa dengan anak saya. Semua saya dah buat, marah, pukul dan kurung Aiman tetapi tetap tak “lut” jugak. Tak tahu dah nak buat macam mana lagi”
Saya ingat lagi kata-kata mak Aiman kepada saya semasa sesi penilaian. Semasa sesi penilaian, Aiman memang langsung tidak mahu bekerjasama. Mengamuk tanpa sebab, mak ayahnya ditumbuk depan mata saya hanya kerana ditegur kerana tidak mengikut arahan saya. Malah saya juga hampir ditendang olehnya. Nasib baik tak kena lepas tengok saya ambil semua mainan yang dipegang dan letak di tempat tinggi sambil buat tak endah.
Kunci utama untuk menghadapi kes masalah tingkahlaku adalah reaksi muka dan “first impression” sangat penting. Sekali kita”tunduk” dengan benda yang salah, ambil masa panjang untuk dipelbetulkan.

Walaupun muka saya tak berapa nak garang dan tak pandai pun nak buat-buat. Tapi alhamdulillah setakat ini jarang terkena gigitan, cubitan atau tumbukan klien kerana apabila bekerja dengan klien yang berpotensi mencederakan diri kita. Tangan dan suara kita perlu lagi laju dari klien. Hormon adrenaline sentiasa bersedia untuk dirembeskan.
Hasil penilaian, Aiman mempunyai isu:
1. Masalah sensori yang serius.
Jangan abaikan masalah sensori anak kerana ia dah cukup untuk mencelarukan pemikiran anak.
2. Pemakanan.
Aiman tak makan makanan seimbang, hanya makan makanan ringan dan coklat. Pantang jumpa kedai runcit, Aiman akan terus berlari dan ambil coklat atau ais krim. Macam mana Aiman boleh kenyang dan membesar dengan jayanya? 100% bergantung sepenuhnya dengan susu formula, 1 jam : 1 botol susu.

3. Masalah tingkahlaku.
Memukul mak ayah dan orang lain serta merosakkan harta benda.
4. Lewat perkembangan.
Terlewat perkembangan pengurusan diri, motor halus dan bahasa. 4 masalah utama ini sangat berkait antara satu sama lain. Selepas habis proses penilaian awal, saya sempat bertanya kepada mak ayah soalan paling penting, “Puan dan Encik takut ke dengan Aiman?”
Ya, mak ayah Aiman dan orang sekeliling Aiman takut dengan Aiman. Takut Aiman mengamuk, takut Aiman pukul, takut Aiman buat perangai dengan orang lain, takut orang tengok dan sebagainya.
Aiman “ditakuti” oleh semua orang menyebabkan dia rasa sangat berkuasa untuk membuat segala keputusan yang dikehendaki. Jangan pandang rendah dengan kebolehan anak kecil, anak pandai “membaca” dan memanipulasi kita. Mereka lagi bijak menggunakan ketakutan kita untuk dapat apa yang dikehendaki walau apa pun caranya walaupun dengan cara menumbuk.

Kalau kita “takut” dengan anak disebabkan pemikiran kita sendiri dan anak dah mula berkuasa lebih daripada kita bermakna kita secara tak langsung sudah merajakan anak.
“Merajakan” anak daripada segi kasih sayang sangat digalakkan tetapi kalau merajakan anak sehingga kita terpaksa tunduk dengan perlakuan yang salah adalah sangat salah.
Umur 3-4 tahun, kita masih kuat nak dukung anak bila anak memberontak. Tetapi sampai bila? Cuba bayangkan anak masih di tahap perangai yang sama semasa umur 10 tahun, agak-agak boleh tak lagi untuk dibentuk?
Ramai mak ayah ingat yang cara pukul dan tengking adalah cara terbaik untuk mendidik anak. Tetapi pada saya, ia adalah cara yang paling tidak sesuai sebab anak akan belajar memukul dan menjerit semula pada orang lain terutamanya anak yang berumur 7 tahun ke bawah.

Anak yang umurnya bawah 7 tahun, tidak pandai lagi menapis maklumat yang dilihat atau dengar. Kalau kita ajar rotan anak seawal anak umur 3 tahun, tak mustahil anak yang berumur 3 tahun akan belajar merotan adiknya yang berumur 1 tahun.
Selepas sebulan mak ayah Aiman berulang alik Johor-Selayang setiap minggu, alhamdulillah mendapat kesan yang positif.

Semuanya hasil mak ayah konsisten di rumah. Nak tahu apa cara yang digunakan?
1. Selesaikan/ Kurangkan isu sensori. (Perlukan penilaian kerana semua kes berbeza)
2. Kurangkan susu (sebelum ini 1 jam: 1 botol) dan lebihkan makanan ruji yang seimbang. (Dinasihatkan berjumpa Dietitian)
*Pemakanan juga mempengaruhi tingkahlaku anak.
3. Galakkan mak ayah untuk beri anak berdikari sendiri. (Buka dan pakai kasut, makan sendiri dll)
Proses anak belajar berdikari sendiri sangat membantu “self-regulation” anak, seperti macam mana anak sabar bila pakai kasut terbalik atau tertumpahkan air. Mohon mak ayah sekalian jangan abaikan bahagian ini.
4. Betulkan mindset mak ayah dan lakukan teknik “behaviour modification”.
Ada banyak perkara perlu diambil kira untuk membetulkan tingkahlaku anak. Selepas semua teknik dilakukan, yang paling berkesan pada Aiman adalah teknik IGNORANCE.

Melalui pengalaman saya terhadap kes-kes masalah tingkahlaku terutamanya anak 5 tahun kebawah, kebanyakan mereka ini adalah dikalangan anak manja. Anak buat perangai disebabkan mereka dapat perhatian apabila berkelakuan nakal, lagi-lagi apabila baru dapat adik. Anak terasa perhatian kita padanya dibelah bagi.
Aiman tak “lut’ dengan pukulan atau tengkingan sebab itulah yang Aiman nak, PERHATIAN. Tetapi Aiman sangat “lut” bila mak ayah buat tak endah padanya.
Anak lelaki atau perempuan perlukan masa bermanja dengan mak ayah sebab “quota” bermanja setiap orang berbeza. Dalam kes ini, mak ayah Aiman memang seorang yang sibuk dengan kerja dan masa Aiman banyak terluang dengan televisyen serta bermain seorang diri.

 
Nampakkan disini, Aiman “terpaksa” berkelakuan nakal untuk dapatkan perhatian mak ayah. Banyak sangat perubahan pada anak bila mak ayah luangkan masa lebih dengan anak serta puji dan peluk anak SEMASA anak berkelakuan baik.
Kesimpulan daripada kes ini, apa yang saya nak kongsi dan tekankan adalah banyakkan berikan perhatian kepada anak terutama semasa mereka berkelakuan baik. Jangan sampai mereka fikirkan cara negatif semata-mata untuk dapatkan perhatian kita. Jika mak ayah dapati perangai anak mula berubah, mohon semak kembali berapa banyak masa berkualiti kita ada dengan anak berbanding masa dengan perkara lain.
Saya harap perkongsian ini bermanfaat untuk mak ayah yang memerlukan, kalau mak ayah tak tahu nak mulakan macam mana, sila dapatkan bantuan profesional.
Artikel berkaitan: Suka Sangat Pukul Kawan, Anak Pukul Orang Kalau Dalam Dirinya Tak Penuh
Kenapa Anak 2 Tahun Ke Atas Suka Pukul, Sebenarnya Bukan Tabiat Tapi Ini Sebabnya

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Cakap Pun Tak ‘Lut’, Anak Makin Ringan Tangan & Kuat Mengamuk, Bukan Saja-Saja Tapi Ini Sebabnya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/cakap-pun-tak-lut-anak-makin-ringan-tangan-kuat-mengamuk-bukan-saja-saja-tapi-ini-sebabnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Main Di Luar Kita Cakap Kotor Tapi Anak Yang Kenal Alam Tingkah Lakunya Tenang

Bila Main Di Luar Kita Cakap Kotor Tapi Anak Yang Kenal Alam Tingkah Lakunya Tenang

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 329 hits
Ibu ayah untuk bagi anak kenal siapa Tuhannya bagilah anak kenal alam ciptaanNya Bagi anak main dengan tanah Bagi mereka pijak tanah rumput batu batu dan pasir Bagi mereka rasa deruan angin teriknya sang mentari hujan yang membasahi bumi Ba...
Pandainya Anak Abah Ayat Simple Pada Kita Tapi Tak Pada Anak Anak Rasa Di Hargai

Pandainya Anak Abah Ayat Simple Pada Kita Tapi Tak Pada Anak Anak Rasa Di Hargai

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 334 hits
Tak susah pun untuk memuji anak Hanya ayat ringkas Pandainya anak abah sudah membuatkan hati anak gembira malah rasa disayangi Bukan material yang anak mahukan sebaliknya perhatian walau hanya memperuntukkan masa hanya 15 minit sahaja Walau...
No Don T Touch Tapi Tak Explain Kenapa Anak Bawah 3 Tahun Tak Akan Faham Tanpa Alasan

No Don T Touch Tapi Tak Explain Kenapa Anak Bawah 3 Tahun Tak Akan Faham Tanpa Alasan

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 291 hits
Bila melarang anak anak kecil usia 3 tahun ke bawah perlu untuk kita terangkan mengapa tidak boleh Kita perlu terangkan dengan baik tak cukup kerana Nanti Allah Marah saja Contoh senario anak nak ambil pisau Perlu kita kata NO sayang namun ...
Anak Lelaki Kita Dah Besar Tetap Nak Manja Layanlah Itu Buat Dia Makin Rapat

Anak Lelaki Kita Dah Besar Tetap Nak Manja Layanlah Itu Buat Dia Makin Rapat

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 348 hits
Baik anak lelaki mahupun anak perempuan tetaplah mereka ini memerlukan perhatian Kita ni daripada kecil dimomokkan dengan Anak lelaki mana boleh nangis malulah Eh abang boy Mana ada boy lembik Anak lelaki diajar untuk tidak meluahkan perasa...
Nak Tahu Anak Dominan Tangan Kanan Atau Kiri 6 Cara Ringkas Ini Boleh Buat

Nak Tahu Anak Dominan Tangan Kanan Atau Kiri 6 Cara Ringkas Ini Boleh Buat

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 289 hits
Ketika anak masih belum masuk tadika ibu bapa tertanya tanya macam mana nak tahu anak lebih dominan menggunakan tangan mana satu Ini kerana tangan anak sentiasa bertukar tukar penggunaannya ikut rasa keselesaan Menurut Puan terdapat 6 cara ...
Pdpr Untuk Anak Tapi Ibu Bapa Yang Penat

Pdpr Untuk Anak Tapi Ibu Bapa Yang Penat

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 565 hits
Pdpr Untuk Anak Tapi Ibu Bapa Yang Penat Semenjak Menteri Pendidikan umumkan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dilaksanakan sebagai alternatif pembelajaran norma baharu aku sebagai ibu bapa yang terlibat memang tak lena tidur Penat woi T...
Normal Kalau Anak 18 36 Bulan Kuat Memukul Kita Kena Instant Remove Jangan Biarkan

Normal Kalau Anak 18 36 Bulan Kuat Memukul Kita Kena Instant Remove Jangan Biarkan

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 293 hits
Ibu baru ini mempunyai seorang anak berusia 18 bulan Anaknya kerap memukul dan membaling barang Bagi ibu ini anaknya mungkin normal kerana sifat mereka ingin membesar namun dia keliru apa yang perlu dilakukan untuk menghentikan tabiat anak ...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever