Elok Elok Main Dengar Anak Menangis Beritahu Dipatuk Ular Sampai Sekarang Trauma
“Ketika kejadian saya dan isteri berada di dapur mengemas selepas makan tengah hari. Puteri dan adik-adiknya pula bermain di belakang rumah. Kawasan itu terang benderang dan tidak dipenuhi semak samun. Namun, tiba-tiba saya mendengar anak saya menangis.
“Apabila ditanya, dia memberitahu yang kakinya dipatuk ular. Apabila saya periksa, terdapat kesan gigitan pada bahagian bawah lutut kaki kanan. Tanpa berlengah, saya segera membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.”
View this post on Instagram
A post shared by ميور محمد (@meormohd_official)
Itu yang dikongsikan oleh seorang bapa yang juga pelakon, Meor Mohd apabila berdepan saat cemas setelah anak perempuannya, Puteri NurZahraa Medina, 5, dipatuk ular ketika sedang bermain di belakang rumah di Jasin, Melaka, baru-baru ini.
Alhamdulillah semuanya dalam keadaan stabil walaupun masih dalam pemantauan doktor.
Meor atau nama sebenarnya, Meor Mohd Afif Meor Mohd Affand, 30, berkata, dia dan isteri berada dalam rumah dan hanya menyedari perkara itu selepas mendengar bunyi tangisan anaknya.
Katanya lagi, selepas di bawa ke hospital untuk rawatan, pihak hospital memintanya untuk memaklumkan jenis ular bagi memastikan anaknya menerima rawatan dan ubat yang sesuai.
View this post on Instagram
A post shared by ميور محمد (@meormohd_official)
“Saya diminta doktor untuk menyatakan spesis ular supaya boleh memberikan antidot yang sesuai. Saya terus pulang ke rumah dan mencari ular belakang rumah. Bila terjumpa, saya tiada pilihan selain terpaksa membunuh dan membawa ular ke hospital supaya dapat dikenal pasti jenisnya.
“Saya dimaklumkan, ular itu jenis Paradise Tree Snake atau Ular Sawa Burung dan ia tidaklah berbisa. Cuma, rawatan perlu diberikan segera bagi mengelakkan dari berlakunya jangkitan kuman pada bahagian yang terkena gigitan,” ujarnya yang turut berkongsi kejadian itu menerusi Instagram.
Ular yang mematuk Puteri ketika bermain bersama adiknya di belakang halaman rumah.
Menerusi perkongsiannya itu, Meor turut mengharapkan peminat mendoakan keselamatan anaknya itu.
Di ruangan komen, ramai rakan selebriti turut meluahkan rasa simpati dan mengharapkan kanak-kanak malang itu segera sembuh. Antaranya, Ummi Nazeera, Nad Zainal, Riz Amin, Ezzaty Abdullah, Dian P Ramlee termasuk pengarah terkenal, Rashid Sibir.
Kredit: BH Online & IG Meor Mohd
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Elok-Elok Main, Dengar Anak Menangis Beritahu Dipatuk Ular.” Sampai Sekarang Trauma! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/elok-elok-main-dengar-anak-menangis-beritahu-dipatuk-ular-sampai-sekarang-trauma/