Lesen B2 Permohonan Mylesen Percuma
Permohonan Lesen b2 di bawah program Mylesen Percuma
Lesen B2 merupakan kelas lesen yang membolehkan penunggang motosikal menunggang kenderaan mereka yang berkapasiti enjin kurang daripada 250cc.
Lesen ini akan dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setelah pemandu kenderaan motosikal lulus dalam semua ujian yang mereka duduki.
BACA SINI >> Myjpj App: Login e-LKM e-LMM Digital Road Tax Online Check
Oleh yang demikian, setiap pengguna jalanraya yang motosikal mereka wajib memiliki lesen ini untuk menunjukkan seseorang pemandu itu layak menunggang kenderaan mereka secara sah.
Permohonan Lesen B2 Percuma
Satu program telah diperkenalkan oleh kerajaan yang dikenali sebagai program “MyLesen B2”.
BACA SINI >> Renew lesen memandu
BACA SINI >> jpj international driving license
Ianya merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk menyediakan lesen B2 secara percuma kepada individu yang memenuhi syarat kelayakkan yang telah ditetapkan oleh JPJ.
Oleh yang demikian, individu yang memenuhi syarat kelayakkan yang telah dinyatakan oleh JPJ boleh membuat permohonan lesen B2 ini secara percuma.
Permohonan ini boleh dilakukan secara atas talian menerusi laman sesawang https://docs.google.com
Pemohon perlu mengisi borang tersebut dengan lengkap dan menghantarnya dengan klik pada butang “Submit”.
Syarat Kelayakan
Individu yang ingin membuat permohonan lesen B2 ini mestilah memenuhi syarat kelayakan yang telah digariskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Antara syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut;
Individu mestilah warganegara Malaysia.
Mestilah berumur 16 tahun dan ke atas.
Individu memiliki mental dan fizikal yang sihat.
Individu juga mestilah bebas daripada kesalahan undang-undang dan disenaraihitamkan oleh pihak JPJ dan PDRM serta Mahkamah.
Tidak memiliki lesen B2 sebelum ini.
Individu merupakan golongan individu yang menerima bantuan kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Semakan Status Keputusan Mylesen Percuma
Individu yang berjaya membuat permohonan bantuan program MyLesen B2 ini boleh membuat semakan permohonan mereka secara atas talian.
Semakan ini boleh dilakukan menerusi laman sesawang https://ekasih.icu.gov.my
Bila Tarikh Buka dan Tarikh Tutup Permohonan Lesen b2 Percuma
Program MyLesen B2 ini mula dilancarkan pada 30 Mei 2023 dan permohonan program ini boleh mula dilakukan. Tarikh tutup permohonan ini akan ditutup setelah kuota 35,000 peserta telah penuh.
Tuntasnya, program ini akan mula dijalankan pada Februari 2024 sehingga November 2024.
OKU dan Warga Emas Boleh Mohon Program Mylesen B2 Percuma
Setiap individu memnuhi syarat kelayakkan yang telah ditetapkan oleh membuat permohonan program MyLesen B2 ini. Program ini dikhususkan oleh golongan belia.
Antara salah satu syarat kelayakan permohonan lesen ini adalah individu mestilah memiliki fizikal dan mental yang sihat.
Oleh yang demikian, individu dalam golongan OKU dan warga emas tidak layak untuk memohon program ini?
Kelebihan Program Lesen B2 Percuma
Program MyLesen B2 merupakan suatu program yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah memiliki lesen B2 secara percuma.
Inisiatif ini diketengahkan untuk memperkasakan 35,000 individu yang memenuhi syarat kelayakkan yang telah dinyatakan untuk melibatkan diri dalam program ini.
Segala kos yuran dan kos pengangkutan ke pusat latihan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan di mana ianya akan memanfaatkan 35,000 penerima.
Program MyLesen B2 ini ternyata memberi banyak kelebihan kepada masyarakat yang kurang bernasib dan berpendapatan rendah untuk memiliki lesen B2 yang sah.
Dengan adanya program ini, individu yang berkelayakan boleh memiliki lesen ini secara percuma tanpa dikenakan sebarang kos.
Selain itu, program ini diperkenalkan dan dijalankan bertujuan untuk menggalakkan pengguna jalanraya memiliki lesen yang sah apabila berada di jalanraya.
Ianya penting untuk memastikan setiap individu yang merupakan pengguna jalanraya dapat drive kenderaan mereka mengikut tanda-tanda keselamatan yang telah ditetapkan sebagaimana undang-undang jalanraya.
Secara tidak langsung, ramai pengguna jalanraya yang berhemah dapat dilahirkan menerusi program ini.
Semoga Membantu
Akhir sekali, pemberian lesen B2 secara percuma dan sah dapat menggalakkan dan memupuk masyarakat terhadap kepentingan memiliki lesen yang sah di sisi undang-undang.
Ianya juga penting untuk melahirkan sikap bertanggungjawab terhadap keselamatan bersama apabila berada di jalanraya.
Tuntasnya, program ini pada dasarnya bermatlamt untuk melahirkan lebih ramai penunggang motosikal berkompeten.
Sumber Asal Yang Rasmi : Lesen B2: Permohonan Mylesen Percuma
Portal Rasmi Mypt3 : Mypt3
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mypt3.com/lesen-b2