Tak Sangka Dapat Gift Percuma
Tak Sangka Dapat Gift Percuma | Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Madani Malaysia. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya Allah dan sebelum memulakan bicara artikel yang lebih panjang, marilah sama-sama kita membaca Ummulkitab Surah Al-Fatihah.
Dan tidak dilupakan juga bersalawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Allahumma salli `ala sayyidina muhammadin wa`ala ali sayyidina muhammad. Maksudnya: Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad S.A.W dan keluarga Muhammad S.A.W
🤲🤲🤲 Doa yang tidak pernah putus keatas saudara-saudara islam kita di Palestin. Selamatkanlah negara Palestin dari Zionis Israel Laknatullah. Aamin Ya RabbTak Sangka Dapat Gift PercumaJumaat baru-baru ini, pihak Syarikat Kumpulan Berjaya ada membuat kolaborasi Pemeriksaan Kesihatan secara percuma dengan pihak Kementerian Kesihatan Lembah Pantai di Tingkat 8, Bangunan Berjaya Times Square, sebelah pejabat MYiDEAKiNi. Ianya adalah program pemeriksaan kesihatan percuma untuk seluruh warga majikan Syarikat Kumpulan Berjaya. Tetapi yang peliknya MYiDEAKiNi tidak menerima sebarang info dari email cuma hanya percakapan mulut sahaja
Nak dijadikan artikel, dah percuma, jadi apa tunggu lagi kan, pergi secara 'walk-in'. Hanya pemeriksaan yang asas sahaja kerana pihak KKM hanya menggunakan 'Fast Result Equipment' sahaja seperti mengambil sample darah. Hanya memeriksaan tekanan darah tinggi, bacaan paras gula dan kolestrol yang diperiksa oleh KKM Lembah Pantai. Sepatutnya untuk mengambil sample darah, seseorang hendaklah berpuasa terlebih dahulu sehinggalah pemeriksaan percuma dijalankan. 😮😮😮😮😮
Tak Sangka Dapat Gift PercumaKeputusan agak memeranjatkan kerana pegawai KKM yang bertugas memaklumkan keputusan kolestrol yang agak tinggi dan juga tekanan darah 129 / 91 dimana 91 itu agak tinggi. Manakala keputusan kandungan gula dalam darah adalah normal jadinya doktor menasihatkan supaya jaga makanan dan selalu membuat senaman diri untuk mengurangkan kolestrol dalam badan. 😥😌😫
Ni ha keputusan segera yang diambil oleh salah seorang pegawai KKM yang bertugas ketika itu. MYiDEAKiNi ada menyatakan pada 6/12/2023 akan membuat pemeriksaan lanjutan dari pihak Klinik Kesihatan Petaling Bahagia, Puchong. Keputusan itu akan ditunjukkan kepada pegawai di klinik nanti
Baca juga artikel yang bermanfaat ini: Trending Kearah Digital Dompet
Tapi ada yang lagi memeranjatkan, terima email dari pihak Sumber Manusia Syarikat Kumpulan Berjaya memaklumkan untuk mengambil sendiri gift percuma daripada mereka. Nak tahu ke apa giftnya? Boleh tengok gambar dibawah ini yer. 😁😀😊
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.myideakini.com/2023/12/blog-post.html