Login Ukcg Semakan Online Permohonan Dan Soalan Eukcg Serta 3 Laluan Jadi Guru
Lepasi UKCG dan jadi guru! Sekiranya anda berminat menjadi seorang guru penting anda mengetahui berkenaan UKCG yang merupakan ujian saringan untuk anda layak menjadi bakal guru bagi lepasan SPM. Menjadi seorang guru adalah dambaan bagi sesetengah pihak kerana pekerjaan menjadi seorang guru adalah pekerjaan yang mulia dan menyeronokkan.
Terdapat beberapa maklumat yang perlu diketahui berkenaannya dan terdapat juga laluan untuk menjadi guru yang perlu anda ikuti. Berikut adalah berkenaan UKCG, panduan pendaftaran dan laluan menjadi guru bagi anda yang berminat untuk membuat permohonan kemasukan IPGM.
Apakah itu UKCG dan eUKCG?
UKCG adalah merupakan ringkasan kepada ujian kelayakan calon guru. Manakala eUKCG adalah merupakan satu ujian psikometrik secara atas talian yang digunapakai oleh pihak IPGM KPM bagi menyaring calon-calon yang membuat permohonan latihan perguruan di IPG. Untuk makluman tuan dan puan hanya calon yang lulus yang layak dipertimbangkan bagi menduduki saringan seterusnya.
Bilakah UKCG Dibuka dan Bagaimana Untuk Mohon?
Untuk makluman kepada semua cukai sijil hanya diberikan kepada para calon yang membuat permohonan kemasukan program ijazah sarjana muda perguruan (PISMP) yang dikeluarkan secara khusus dan melatih bakal guru di institut Pendidikan Guru (IPG).
Permohonan kebiasaannya akan dibuka pada setiap tahun untuk lepasan SPM semasa dan 2 tahun sebelum. Program ini boleh dimohon di pautan IPG rasmi apabila dibuka (kami akan kemaskini dari semasa ke semasa apabila keluar hebahan kemasukan IPG baharu di Telegram SGO). Sekiranya anda berminat untuk membuat permohonan adalah perlu anda membuat tinjauan semasa di laman web tersebut.
Semakan Pendaftaran eUKCG
Para calon perlu merujuk kepada hebahan semasa pelaksanaan eUKCG yang akan dikeluarkan pihak IPG dan KPM. Setelah para calon membuat isian dengan mendaftarkan nombor PIN atau kata laluan dipautan eUKCG bagi mendapatkan tarikh menduduki ujian, para calon perlu mengenalpasti adakah status kelayakan untuk menduduki ujian adalah layak ataupun tidak.
Berikut adalah contoh paparan untuk calon yang layak dan tidak layak:
Ujian Online dan pendaftaran
Bagi para calon yang layak diminta untuk mendaftarkan nombor PIN atau kata laluan di pautan UKCG untuk mendapatkan tarikh menduduki ujian. Bagi mereka yang telah berjaya mendaftar kata laluan anda perlu menggunakan kata laluan tersebut Untuk menduduki ujian dan mendapat makluman berkenaan ujian.
Para calon perlu untuk meneliti maklumat yang dipaparkan oleh pihak IPG bagi ujian dan perlu peka dengan slip menduduki ujian online eUKCG.
Maklumat UKCG dan Laluan Menjadi Guru IPG
Untuk mendapatkan ujian ini adalah para calon perlu membuat permohonan mengikut syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Calon yang terpilih diwajibkan untuk menduduki serta lulus:
eUKCG
Temuduga secara dalam talian
Penilaian rakaman video kecergasan fizikal(VKF)
Berkenaan Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG)
Ujian ini terdiri daripada bahagian A yang mempunyai 120 soalan dan bahagian B yang mempunyai 60 soalan. Para calon mesti menjawab dalam tempoh 45 minit secara dalam talian iaitu 30 minit untuk bahagian A dan 15 minit untuk bahagian B. Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangka masa yang telah ditentukan. Seandainya calon tidak menduduki ujian secara dalam talian dalam masa yang ditentukan adalah calon dikira dan dianggap gagal dalam peringkat saringan.
Bahagian ABahagian B120 soalan (45 minit)60 soalan (15 minit)
Tips dan soalan ujian kelayakan calon guru yang anda boleh ikuti di Sistem Guru Online.
Urusan Temuduga
Bagi calon yang lulus ujian calon guru juga akan dipanggil bagi menghadiri sesi temuduga yang telah ditetapkan. Untuk sesi temuduga dilaksanakan secara bersemuka dalam talian menerusi aplikasi Google map mengikut tarikh dan sesi temuduga yang telah ditetapkan. Bagi setiap calon yang layak akan ditemuduga secara individu dalam kumpulan yang mempunyai tidak lebih daripada 7 orang. Garis panduan lengkap temuduga akan disediakan kepada para calon yang layak sebagai persediaan awal untuk menghadiri sesi temuduga.
Penyediaan Serta Penghantaran Video Kecergasan Fizikal
Adalah perlu para calon mengikuti beberapa perkara sebelum menghantar video kecergasan fizikal, berikut adalah beberapa perkara yang perlu calon ketahui:
Calon perlu menyediakan rakaman VKF mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan perlu mengikuti arahan dan panduan yang diberikan.
Rakaman VKF hendaklah dibuat dalam tetapan ‘unlisted’ sahaja bagi memberi laluan dan dinilai oleh panel penilai.
Calon perlu menghantar link VKF ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan.
Seandainya calon tidak menghantar VKF adalah calon dikira gagal dalam peringkat saringan.
Untuk penyediaan video VKF hanya akan dilakukan untuk para calon yang lulus ujian calon guru.
Penawaran dan Berjaya Dalam Permohonan
Untuk para calon yang berjaya melepasi tapisan di peringkat saringan adalah para calon akan ditawarkan mengikut program di institusi yang ditetapkan dan tertakluk kepada perjanjian pendidikan guru seperti yang telah ditetapkan oleh KPM. Kelulusan para calon adalah berdasarkan keputusan sijil perakuan benel temuduga dan penilai VKF serta skor merit dan juga kelulusan oleh ahli mesyuarat jawatankuasa kerja penajaan KPM.
Oleh itu, diharapkan kepada para calon Guru untuk terus bersedia bagi menghadapi beberapa ujian di peringkat saringan. Diharapkan kepada para calon untuk membuat persiapan selalu dan juga jangan lupa untuk ikuti telegram rasmi sistem guru online untuk mendapatkan informasi pendidikan terkini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2023/11/ukcg.html