Lelaki Ini Pecah Rekod Dunia Planking Paling Lama
Lelaki Ini Pecah Rekod Dunia ‘Planking’ Paling Lama
KEPADA sesiapa yang sentiasa melakukan planking pasti tahu betapa sukarnya bertahan dengan lama dalam posisi senaman ini.
Kalau dapat lakukan lebih dari lima minit pun sudah dikira cukup lama. Jadi bayangkan jika melakukannya secara berterusan selama beberapa jam!
Tidak boleh nak dibayangkan betapa kerasnya dan penat keseluruhan otot badan terutamanya di bahagian abdomen.
Melakukannya dengan cara biasa pun sudah cukup membuatkan kita terketar-ketar
Namun itulah cabaran yang ingin digalas oleh seorang lelaki yang telah memecahkan rekod dunia melakukan planking paling lama.
Berasal dari Australia, Daniel Scali telah memecahkan rekod dunia melakukan abdominal plank paling lama di dunia dengan catatan masa 9 jam, 30 minit dan 1 saat.
Rekod baharu yang dicipta olehnya tersebut memadamkan rekod lama lebih satu jam. Ia merupakan satu pencapaian yang bukan sahaja luar biasa malah di luar batasan pemikiran kita sebagai manusia normal.
Lebih menarik, cubaan memecahkan rekod dunia yang dilakukan oleh Scali juga dilakukan seiring dengan misinya menyebarkan kesedaran tentang kondisi kesakitan kronik atau chronic pain.
Kondisi kesihatan tersebut merupakan salah satu pengalaman yang telah dilaluinya sendiri dengan complex regional pain syndrome.
Sindrom tersebut menyebabkan sebarang sentuhan, pergerakan atau terkena air dan juga angin boleh mendatangkan kesakitan.
Misi memecahkan rekod lama yang dicatatkan oleh George Hood pada tahun lalu dengan catatan masa 8 jam, 15 minit dan 15 saat.
Selepas berjaya melakukan percubaan tidak rasmi denfan catatan 9 jam 9 minit sebelum ini telah memberikan keyakinan besar buat Scali bagi memecahkan rekod tersebut.
Namun memecahkan rekod tersebut tidaklah semudah seperti yang disangkakan oleh dirinya sendiri.
“Pada minit ke-14, bahagian betis saya mula terasa seperti ‘terbakar’ dan dari situ saya tahu ini merupakan percubaan yang sangat mencabar.
“Dengan meletakkan tekanan berpanjangan pada bahagian siku, tangan dan bahu saya harus menguatkan semangat dan bijak untuk mengendalikan kesakitan yang dirasai,” jelasnya.
Memasuki tempoh di antara enam dan tujuh jam, badannya mula memberikan reaksi. Pada saat ini tubuhnya mula menggeletar sedikit.
Malah lebih teruk dia mula muntah akibat kepenatan melampau.
“Kesakitan itu dapat saya rasakan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
“Segalanya seakan berasa sangat kebas termasuklah pada bahagian kaki, paha dan tangan kiri pula terasa sangat teruk,” tambahnya lagi.
Seleps 9 jam, 30 minit dan 1 saat, Scali berasa berpuas hati. Kejayaannya memecahkan rekod dunia merupakan satu pencapaian peribadi yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Semoga kisah ini memberikan inspirasi untuk terus melakukan senaman demi kesihatan fizikal dan mental berpanjangan.-Maskulin
Kredit: Daniel Scali
Lelaki Ini Pecah Rekod Dunia ‘Planking’ Paling Lama
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Baca Artikel Menarik :
Email Justo bakal buktikan Najib tidak bersalah
Tolonglah KJ, kena bijak buat keputusan, tegur Peja
Mahathir is against academic freedom – Maszlee
Perang proksi Azmin dan Anwar makin sengit di NS
Nourul Depp jalani pembedahan ketumbuhan pada rahim
‘Kalau salah, saya lawan’, Najib jawab netizen
Tumbuk cermin masjid sebelum ditemui mati di rumah sewa
Dua Beradik Tiri Bergaduh Dengan Orang Awam Di PPV Ditahan [VIDEO]
Kerani curi duit syarikat RM4 juta ketika bos cuti sakit
Senyuman manis Nur Dhabitah bikin netizen cuba jual minyak
Resepi Bubur Pulut Hitam Durian
Layari Laman Facebook MYKMU
Pemuda DAP tolak guna logo PKR pada PRU-15
Lori sondol Myvi, pemandu Nik ceritakan pengalaman ngeri (video)
The post Lelaki Ini Pecah Rekod Dunia ‘Planking’ Paling Lama appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/09/09/lelaki-ini-pecah-rekod-dunia-planking-paling-lama/