Ziyad Raih Emas Paralimpik Dengan Rekod Dunia
ZIYAD memenangi pingat emas lontar peluru F20 Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
PETALING JAYA – Sejarah tercipta di bumi Tokyo, Jepun apabila atlet olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli muncul rakyat Malaysia pertama berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Paralimpik buat kali kedua berturut-turut.
Lebih manis, Ziyad memenangi pingat emas acara lontar peluru F20 Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik sebentar tadi dengan rekod dunia baharu menerusi lontaran sejauh 17.94 meter (m).
Catatan itu secara tidak langsung mengatasi rekod kebangsaan, 17.54m yang dilakukan oleh Adi Alifuddin Hussin di Palembang, Indonesia pada November 2011.
Kejayaan itu sememangnya hadiah yang cukup indah buat Malaysia yang menyambut Hari Kebangsaan ke-64 hari ini.
Pingat perak dan gangsa pula dimenangi dua atlet Ukraine, Maksym Koval dan Oleksandr Yarovyi masing-masing menerusi catatan sejauh 17.34m serta 17.30m. – K! ONLINE
Jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli menunaikan janjinya dengan bergaya apabila menghadiahkan pingat emas kedua buat negara pada Temasya Paralimpik Tokyo 2020, sebentar tadi.
Beraksi dalam acara lontar peluru F20, atlet berusia 31 tahun itu jelas berada dalam kelas tersendiri selepas memecahkan rekod dunia miliknya hanya pada lontaran pertama apabila mencatat 17.31 meter (m).
TOKYO, 31 Ogos -- Atlet lontar peluru paralimpik negara Muhammad Ziyad Zokefli beraksi pada acara lontar peluru F20 (kategori masalah pembelajaran) pada Kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik malam ini.Ziyad berjaya melakukan lontaran sejauh 17.94. - FOTO BERNAMA Bagaimanapun, atlet dari Ukraine, Maksym Koval memberi saingan apabila memecahkan rekod Ziyad dengan catatan 17.34m untuk 'menolak' sementara Ziyad di kedudukan kedua.
Namun, Ziyad enggan membiarkan pingat emas yang dimenanginya di Rio terlepas dari dakapan dan 'menuntut' semula rekodnya apabila melakukan 17.94m pada lontaran ketiga.
Kejayaan itu membolehkan 'Super Ziyad' mencetus sensasi - berjaya mempertahankan emas, menjadi pemilik rekod dunia F20 dan mengatasi catatan atlet normal, Adi Aliffudin Hussin yang memegang rekod kebangsaan dengan 17.54 meter serta meleburkan rekod Sukan SEA (17.74m).
Malah, dia muncul sebagai atlet pertama negara memenangi emas dalam dua temasya Paralimpik berturut-turut sekali gus menepati sasaran yang diletakkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ke atas dirinya.
Lebih manis, kejayaan ini pasti akan dikenang sampai bila-bila memandangkan Ziyad memenangi pingat emas itu pada tanggal Hari Kebangsaan, 31 Ogos.
Kejayaan itu membolehkan skuad negara menambah satu lagi pingat untuk menjadikan tiga pingat berjaya diraih kontinjen negara secara keseluruhan pada temasya itu setakat ini.
Sebelum ini, Bonnie Bunyau Gustin menyumbang emas pertama dalam acara powerlifting 72 kilogram (kg), Sabtu lalu disusuli rakan sepasukannya, Jong Yee Khie yang meraih perak dalam acara powerlifting 107kg.
PINGAT EMAS KEDUA MALAYSIA di paralimpik tokyo.
Hadiah yang cukup bermakna buat negara di hari kemerdekaan ini. Lagu negaraku akan berkemandang di bumi tokyo, Japan sebentar lagi. Rekod dunia milik ziyad, 17.94 m.
Wow.. not long after his world record being taken way ziyad comeback with another world record throw 17.94.. and with this throw ziyad mngatasai rekod kebangsaan atlit normal malaysia dlm acara lontar peluru ni 🤯🤯🤯 pic.twitter.com/dVKgVjRInY
— Halberth ZH (@berthzzenth) August 31, 2021
omo will we finally be able to hear Negaraku live in Tokyo TT TT
thank you ziyad zolkefli!!#GambatteMalaysia https://t.co/b54HqZMDMu pic.twitter.com/B1XfvooMzm
— semoga terus kuat 🇲🇾 (@nabihahashari) August 31, 2021
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/ziyad-raih-emas-paralimpik-dengan-rekod.html