Sekurangnya Akak Bagitahu Makanan Anak Tumpah Ada Orang Tinggal Je Lebih Manis Maklumkan Pada Pekerja
Lumrah si kecil kalau makan pasti akan meninggalkan sisa ataupun sisa akan bersepah di bawah lantai. Situasi ini memang tidak dapat dielakkan lebih-lebih lagi di tempat awam.
Baca Selanjutnya:
Kemas Beg Balik Kampung Mencabar Bagi Isteri, Suami Jangan Pertikai! Angkat Je Susun Dalam Kereta
Namun lebih baik jika ibu bapa dapat membersihkan sebahagian sisa ataupun berbahasa kepada pekerja pembersihan supaya dapat membantu untuk membersihkan tempat yang kotor. Ikuti perkongsian Puan RuQayyah Muhd
“Dik… Maaf ya. Tumpah penuh ayaq ni atas lantai. Makan dengan budak-budak lagu tu lah.” Kata saya pada pekerja kedai makan yang sedang berusaha mengemop lantai yang penuh dengan minuman dan makanan anak-anak tumpahkan.
“Tak pa kak. Kerja saya. Terima kasih.” balasnya.
“Eh… Kak patut cakap terima kasih. Adik tolong bersihkan tumpahan minuman anak kak ni.” Segan saya dibuatnya.
“Dak… Sekurangnya kak habaq. Ada orang main tinggai saja. Sepatah pun tak cakap. Memang kerja saya. Tapi kalau cakap sepatah elok lagi. Boleh saya buat terus. Terima kasih kak tolong habaq kat saya.” Katanya lagi.
Saya terpempan mendengar balasannya. Sungguh… Saya tak pernah terfikir nak maklumkan kepada pekerja apabila tumpah makanan atau minuman. Tambahan pula nak minta dia bersihkan sisa kita pula. Malu beb…malu.
Tapi…
Betul kata adik itu. Memang itu kerjanya. Lebih manis dan beradab apabila kita maklumkan kepada pekerja untuk bantu membersihkan makanan yang tumpah.
Jika sebaris ayat, mampu membuatkan hati orang senang. Apa salahnya kita amalkan.
“Maaf kak. Saya tumpang lalu ya.”
Ringkas tapi menyejukkan hati yang mendengar.
Kakak cleaner tak akan halang kita lalu di laluan yang baru sahaja dimop bersih, tak akan bising kena mop berulang kali apabila kasut kita meninggalkan jejak kotor di lantai. Tapi, jika kita letakkan diri kita di tempatnya, apa kita rasa?
Tepuk hati tanya iman.
Di mana adab kita.
Sumber: RuQayyah Muhd
The post “Sekurangnya Akak Bagitahu Makanan Anak Tumpah, Ada Orang Tinggal Je” Lebih Manis Maklumkan Pada Pekerja appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/sekurangnya-akak-bagitahu-makanan-anak-tumpah-ada-orang-tinggal-je-lebih-manis-maklumkan-pada-pekerja/