Lebih Bijak Urus Duit Anak Dengan Kempen Simpan Challenge


Menjadi impian setiap ibu dan bapa untuk menyimpan atau menabung bagi kegunaan anak-anak di masa hadapan. Bukan sahaja untuk kegunaan si kecil bagi menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi malah juga untuk digunakan ketika waktu kecemasan dan sebagainya.
Tabiat menabung ini perlu bermula daripada ibu bapa sendiri dan seterusnya diajarkan kepada anak-anak seawal usia mereka. Bermula dengan menyimpan duit dalam tabung kecil dan seterusnya dijadikan rutin untuk mereka, sudah pasti kebiasaan tersebut akan membuatkan mereka teruja dan gembira apabila melihat jumlah duit yang terkumpul pada akhirnya.
Malah ibu bapa juga sedikit sebanyak perlu menerapkan ilmu-ilmu kewangan secara tidak langsung kepada anak-anak supaya mereka mempunyai kesedaran betapa pentingnya menyimpan untuk kegunaan masa depan. Justeru itu, ibu bapa sendiri perlu mempunyai sedikit ilmu tentang pengurusan duit anak-anak.

Kempen Simpan Challenge Pa&Ma Bersama SSPN
Pada Julai 2020, Pa&Ma dan SSPN bekerjasama memberikan pendedahan dan ilmu tentang kepentingan menyimpan duit kepada ibu bapa khususnya yang baru mempunyai cahaya mata melalui Kempen Simpan Challenge Pa&Ma Bersama SSPN.
Menerusi kempen ini, Pa&Ma dan SSPN bakal menganjurkan dua acara yang padat dengan maklumat dan juga ilmu yang boleh digunakan untuk pengurusan duit anak-anak demi masa depan mereka khususnya.
E Workshop Financial Parenting

Pada 25 Julai 2020, Pa&Ma dan SSPN akan mengadakan kelas secara dalam talian berkaitan ilmu pengurusan duit untuk anak-anak. Pelbagai tip menguruskan duit simpanan anak-anak bakal dikongsikan oleh Dr. Azu Shahadan, Pakar Kepimpinan Diri, Keluarga & Organisasi.
Seramai 50 peserta akan bersama Dr. Azu menerusi aplikasi Zoom untuk menimba ilmu dan mendapatkan sebanyak mungkin tip dan maklumat berkaitan pengurusan dan simpanan duit anak-anak. Menariknya semua peserta yang menyertai kelas ini akan mendapat akaun simpanan SSPN bernilai RM20 setiap seorang. Kelas E Workshop Financial Parenting ini juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Dato’ Dr Fazley Yaacob, selebriti dan bapa kepada empat orang cahaya mata. Kepada yang berminat untuk menyertai kelas ini boleh menghubungi segera nombor telefon seperti tertera di dalam poster.
Selain padat dengan tip dan maklumat tentang pengurusan wang untuk keluarga, para peserta juga berpeluang menyertai Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2020 yang baru sahaja dilancarkan pada 14 Julai 2020 sekiranya membuat pembukaan akaun atau penambahan deposit dalam SSPN-i Plus.
Terdapat dua kategori cabutan iaitu Cabutan Tahunan dan Cabutan Bulanan. Tempoh promosi ini akan berlangsung bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2020 bagi Cabutan Bulanan manakala Cabutan Tahunan pula 1 Januari hingga 31 Disember 2020.
Hadiah utama Cabutan Tahunan berupa kereta Mercedes Benz C200 FL AMG Line, tempat kedua berupa wang tunai RM50,000, tempat ketiga berupa RM30,000 dan hadiah saguhati RM500 untuk 1,000 orang pendeposit. Bagi Cabutan Bulanan, 20 orang pendeposit SSPN berpeluang meraih hadiah wang tunai RM2,020 pada setiap bulan.
Pembukaan akaun dan penambahan deposit SSPN-i Plus boleh dilakukan dengan mudah secara online di www.lovesspn.com.


Peraduan Simpan Challenge #DoItBaruBerduit
Bagi memeriahkan lagi kempen Simpan Challenge Pa&Ma Bersama SSPN, peserta dan pengikut media sosial Pa&Ma dan PTPTN boleh memenangi hadiah menarik dengan menyertai peraduan yang akan berlangsung selepas selesai kelas E Workshop Financial Parenting.
Caranya peserta hanya perlu merakam video reaksi anak-anak diberi upah oleh ibu bapa setelah melakukan tugasan di rumah (contohnya cuci tingkap, menyapu sampah dan sebagainya) dan gelagat anak apabila disuruh menabung seterusnya memuat naik video tersebut di akaun Instagram masing-masing. Seramai 13 orang peserta dengan kandungan video yang paling menarik akan dipilih sebagai pemenang.
Hadiah-hadiah menarik yang menanti peserta Simpan Challenge #DoItBaruBerduit adalah seperti berikut:
Tempat pertama  –  Akaun SSPN RM500
Tempat kedua      –  Akaun SSPN RM300
Tempat ketiga      –  Akaun SSPN RM200
 
10 pemenang saguhati berupa akaun SSPN RM100
 
Borak Pa&Ma Bersama Sharifah Shahirah & Puan Mastura
Bagi merancakkan lagi kempen Simpan Challenge Pa&Ma Bersama SSPN, video live temu bual eksklusif bersama Puan Mastura Mohd Khalid, Ketua Pegawai Operasi PTPTN turut akan disiarkan di Facebook Pa&Ma dan PTPTN.
Menampilkan selebriti yang tidak asing lagi iaitu Sharifah Shahira sebagai moderator yang akan menemubual Puan Mastura membincangkan topik menarik berkaitan pengurusan simpanan wang anak-anak di SSPN.
Program yang akan disiarkan secara langsung pada 29 Julai jam 3 petang ini pastinya akan memberikan pelbagai input menarik dan berguna buat ibu bapa.

Jangan lepaskan peluang keemasan dengan mengikuti dan juga menyertai kempen Simpan Challenge yang dijalankan oleh SSPN bersama Pa&Ma. Bukan sahaja ilmu bermanfaat dan info menarik yang akan diperolehi dan dikongsikan untuk semua, tetapi hadiah-hadiah yang ditawarkan juga jangan dilepaskan.
 
The post Lebih Bijak Urus Duit Anak Dengan Kempen Simpan Challenge appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/lebih-bijak-urus-duit-anak-dengan-kempen-simpan-challenge/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Ayah Yang Selalu Teman Anak Main Jadikan Anak Lebih Bijak Dapat Rangsang Pertuturan Bahasa

Ibu Ayah Yang Selalu Teman Anak Main Jadikan Anak Lebih Bijak Dapat Rangsang Pertuturan Bahasa

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 448 hits
Bermain adalah perbuatan sukarela dan menyeronokkan bagi kanak kanak Bermain adalah sebahagian daripada aktiviti yang penting bagi kanak kanak untuk mempelajari bahasa dan pertuturan Kanak kanak meluahkan idea perasaan dan fikiran mereka se...
Setahun Lebih Saya Pikul Tanggunjawab Sebagai Bapa Saya Tak Halang Dia Tengok Anak Pun Lufya Omar

Setahun Lebih Saya Pikul Tanggunjawab Sebagai Bapa Saya Tak Halang Dia Tengok Anak Pun Lufya Omar

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 444 hits
Meskpipun mahligai yang dibina hanya bertahan selama empat tahun setengah selepas bercerai talak satu pada jun lalu pelakon Lufya Omar bagaimanapun menafikan dia menghalang bekas suaminya Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum dari bertemu anak ...
Hukum Simpan Emas Sebagai Harta Anak Anak

Hukum Simpan Emas Sebagai Harta Anak Anak

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 300 hits
Apakah hukum simpan emas sebagai harta anak anak Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau Semoga bermanfaat Saya ada membeli emas untuk dua orang anak lelaki saya yang ...
Terdedah Pada Asap Rokok Punca Anak Terkena Jangkitan Telinga Cegah Lebih Baik Dari Rawat

Terdedah Pada Asap Rokok Punca Anak Terkena Jangkitan Telinga Cegah Lebih Baik Dari Rawat

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 430 hits
Jangkitan telinga adalah masalah kesihatan yang kerap dihidapi oleh kanak kanak Ianya menyebabkan gangguan tidur dan pemakanan kanak kanak Mereka mungkin akan sentiasa menangis tanpa diketahui sebabnya Kebanyakan kanak kanak mendapat sekura...
Rujukan Ni Penting Untuk Kenal Perangai Anak Usia 12 Tahun Ke Bawah Dengan Lebih Dekat

Rujukan Ni Penting Untuk Kenal Perangai Anak Usia 12 Tahun Ke Bawah Dengan Lebih Dekat

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 310 hits
Cabaran membesarkan anak tak sama Jika masa kecil kita tak cukup rehat sebab anak selalu merengek menangis tak tahu apa yang dia nak apabila anak masuk alam persekolahan lain pula cabarannya Dengan kecanggihan teknologi yang semakin hebat s...
Ada Anak Bersepah Normal Ibu Cuba Pejamkan Mata Bagi Ayah Urus Baru Tak Stres

Ada Anak Bersepah Normal Ibu Cuba Pejamkan Mata Bagi Ayah Urus Baru Tak Stres

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 394 hits
Dalam sehari kalau suara ibu tak tinggi ibaratnya tak sah Mesti juga sekurang kurangnya sekali Memang cuba nak kawal tetapi ia berlaku tanpa disengajakan Suami pun kena faham dan ambil peranan dalam hal ini Bukan sepenuhnya serahkan pada is...
Ayah Tolong Hias Sekali Sedangkan Dia Tak Tahu Jambangan Duit Itu Anak Hadiahkan Untuknya

Ayah Tolong Hias Sekali Sedangkan Dia Tak Tahu Jambangan Duit Itu Anak Hadiahkan Untuknya

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 371 hits
Perasaan rindu kepada insan tersayang yang sudah tiada pastinya akan lebih rasa sakit Tetapi janganlah bawa kesedihan itu untuk orang lain juga Sebagai anak kita seharusnya mengembirakan hati orang tua kita Walaupun hilang seorang tetapi ma...
Betul Ke Anak Beranak Azeez Rahim Simpan Berjuta Ringgit Dalam Tabung Haji

Betul Ke Anak Beranak Azeez Rahim Simpan Berjuta Ringgit Dalam Tabung Haji

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 912 hits
SEHARI dua ini tersebar POSTER ini mengenai wang simpanan anak beranak Azeez Rahim dalam Tabung Haji Betul atau tidak kita tak tahu Tapi kalau dijumlahkan kesemuanya hampir RM14 5 juta Kalau Tabung Haji beri dividen 8 peratus jumlah dividen...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bertha Benz Cipta Sistem Brek Kenderaan

Resepi Spicy Salted Egg Cornflakes

Hilux Vios Main Langgar Orang Tepi Jalan Di Jalan Klang Lama

3 Cara Memaksa Penipu Online Mengembalikan Uang Anda

Belajar Trading Bagi Pemula Gratis Bergaransi Sampai Bisa Di Pontianak

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Bendang


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Funny18 Funny18 Top 62 By Xavier Funny18 Xyz 23 67

188betth Cc 28 68 Website 188betth Top 73 By Dominic

Pelaburan Emas Bank Islam Biga I

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Why Not Indian Cm In Penang Mipp Leader Asks