Ibu Ayah Yang Selalu Teman Anak Main Jadikan Anak Lebih Bijak Dapat Rangsang Pertuturan Bahasa


Bermain adalah perbuatan sukarela dan menyeronokkan bagi kanak-kanak. Bermain adalah sebahagian daripada aktiviti yang penting bagi kanak-kanak untuk mempelajari bahasa dan pertuturan.

Kanak-kanak meluahkan idea, perasaan dan fikiran mereka sewaktu bermain. Kemahiran bermain merupakan sebahagian daripada kemahiran pra-pertuturan kanak-kanak.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah bermain:
-Kanak-kanak yang mengalami kecacatan mental
-Kanak-kanak yang mengalami kecacatan fizikal
-Kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan
-Kanak-kanak yang mempunyai masalah persepsi
-Kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi dan tingkah laku
-Kanak-kanak yang kurang mendapat peluang untuk bermain
-Kanak-kanak yang mempunyai kelambatan pertuturan dan bahasa
Terdapat 3 jenis permainan:
-Permainan berfungsi
-Permainan membina
-Permainan olok-olok
Permainan Berfungsi
Kanak-kanak bermain permainan berfungsi dengan eksplorasi sesuatu objek. Antara contoh permainan berfungsi adalah seperti menarik, menggoyang atau mengetuk objek, memanjat dan berlari.

Permainan Membina
Kanak-kanak membina sesuatu dengan merancang menggunakan minda. Contoh permainan membina seperti membina istana pasir atau menyusun blok secara bertingkat. Kanak-kanak akan menggunakan minda mereka untuk bermain permainan ini.
Permainan Olok-olok
Bermain menggunakan imaginasi seperti memberikan anak patung makan dan minum atau bermain secara olok-olok seperti menjadi seorang doktor. Keupayaan untuk meniru, penggunaan motor sensori dan kemahiran kognitif adalah penting dalam permainan olok-olok.
Tips bermain bagi meransang pertuturan anak
Sewaktu bermain dengan anak anda, bercakaplah dengan mereka. Komunikasi sewaktu bermain dapat merangsang pertuturan dan bahasa anak anda. Gunakan bahasa yang mudah, intonasi suara yang menarik serta pilih permainan yang bersesuaian dengan umur mereka. Gunakan ruang yang sesuai untuk anda dan anak anda bermain. Anda juga boleh menarik minat mereka dengan mengajak mereka berbual semasa bermain.

Aktiviti bermain mestilah sesuai dengan perkembangan anak anda. Pilih permainan yang bersesuai dengan perkembangan anak. Permainan perlu diubahsuai jika perlu bagi kanak-kanak yang mengalami kelainan upaya.
Mainan atau barang-barang yang digunakan mestilah bersesuaian dengan umur mereka.
Kenal pasti minat anak anda dan gunakan minat tersebut untuk menarik perhatian mereka bermain.
Arahan secara lisan mestilah sesuai dengan tahap pemahaman anak anda. Gunakan bahasa yang mudah difahami.
Proses mengajar dimulakan dengan perkara asas dan kemahiran yang baru perlu diperkenalkan secara berperingkat.
Model perbuatan yang hendak anda ajar. Jika anak anda mempunyai masalah untuk meniru perbuatan tersebut, beri bantuan secara fizikal. Sebagai contoh; pegang tangan mereka dan melambai ‘bye-bye’
Anak anda mungkin berasa kecewa jika waktu bermain terlalu singkat atau tempoh bermain yang terlalu lama juga boleh menyebabkan mereka berasa bosan. Rancang tempoh bermain yang sesuai dengan anak anda.
Kanak-kanak yang tidak mahu bermain akan ikut bermain jika mereka lihat anda seronok dengan aktiviti yang sedang anda lakukan.
Beri ganjaran seperti pujian jika anak anda bermain sehingga habis sesuatu permainan.
Tunjukkan yang anda juga suka apabila anak anda bermain.
Sewaktu bermain, galakkan anak anda bercakap tentang apa yang sedang anda berdua lakukan

Apabila kanak-kanak bosan dengan mainan mereka, anda boleh bermain mainan tersebut dengan cara yang lain seperti menyembunyikan mainan tersebut di dalam kotak untuk mendapatkan semula perhatian mereka.
Ingat, anak anda juga perlukan masa untuk bermain sendiri
Keselamatan sewaktu bermain adalah sangat penting. Pastikan kanak-kanak mendapat pengawasan semasa bermain, ruang bermain yang mencukupi dan peralatan yang selamat
Permainan yang sesuai mengikut umur
Sewaktu bermain dengan anak anda, pastikan mainan tersebut sesuai dengan umur mereka Berikut adalah cadangan permainan yang sesuai mengikut peringkat umur mereka.
UMUR JENIS-JENIS MAINAN
0-3 bulan – Mainan yang lembut, buku yang lembut, rattles lembut
3-6 bulan – Rattles yang ringan, buku kulit keras, mainan untuk menggigit, play mat
6-9 bulan – Buku, anak patung yang lembut, bola, blok berkayu atau blok lembut, mainan perkakas rumah
2-4 tahun – Permainan yang boleh ditarik atau ditolak, permaian yang boleh ditunggang, permainan aksi seperti buaian, terowong and gelongsor (taman permainan mini)
5-8 tahun – Permainan yang boleh dimanipulasi seperti permainan potong (cut game), mainan seni dan kraf tangan
Sumber: Portal KKM
The post Ibu Ayah Yang Selalu Teman Anak Main Jadikan Anak Lebih Bijak, Dapat Rangsang Pertuturan & Bahasa appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-ayah-yang-selalu-teman-anak-main-jadikan-anak-lebih-bijak-dapat-rangsang-pertuturan-bahasa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Sulung Banyak Berkorban Selalu Mengalah Mak Ayah Jagalah Emosi Mereka

Anak Sulung Banyak Berkorban Selalu Mengalah Mak Ayah Jagalah Emosi Mereka

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 387 hits
Menjadi kebiasaan bila lahirnya adik yang baru kakak atau abang paling sulung menjadi harapan ibu dan ayah Kadang sampai kita lupa mereka juga ada yang masih kecil dan perlukan perhatian Tapi demi tanggungjawab yang diberikan secara tidak s...
Anak Boleh Pendam Perasaan Kalau Mak Ayah Pilih Kasih Selalu Puji Anak Lain Je

Anak Boleh Pendam Perasaan Kalau Mak Ayah Pilih Kasih Selalu Puji Anak Lain Je

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 1161 hits
Sebagai ibu bapa memang kita tak dapat lari daripada melakukan kesilapan dalam mendidik anak anak Namun ianya bukan satu alasan untuk kita mengabaikan emosi anak ketika mereka membesar Amat peting untuk ibu bapa mengawal emosi dan mempelaja...
Hati Hati Ibu Ayah Anak Yang Hari Hari Kena Marah Bila Besar Boleh Jadi Degil

Hati Hati Ibu Ayah Anak Yang Hari Hari Kena Marah Bila Besar Boleh Jadi Degil

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 455 hits
Anak yang hari hari kena marah boleh jadi degil bila dah besar Macam tak percayakan Tapi salah ke marah anak Tak Tak salah Bahkan kemarahan adalah satu keperluan dalam keadaan keadaan TERTENTU Kemarahan juga adalah penyelamat Cuma marah jan...
Nak Anak Petah Cakap Paling Penting Mak Ayah Kena Libatkan Diri Baru Lebih Berkesan

Nak Anak Petah Cakap Paling Penting Mak Ayah Kena Libatkan Diri Baru Lebih Berkesan

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 377 hits
Seronoknya mama papa bila dengar perkataan pertama si kecil tersayang Ada yang siap rekodkan video bila anak sebuat perkataan pertama dan ada juga tulis dalam jurnal untuk dijadikan sebagai kenangan bila mereka besar nanti Kemahiran anak un...
Beruntung Anak Rapat Dengan Suami Itu Tandanya Ayah Bagus Di Rumah Ibu Senang Hati

Beruntung Anak Rapat Dengan Suami Itu Tandanya Ayah Bagus Di Rumah Ibu Senang Hati

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 485 hits
Jangan limitkan tugas suami tu hanya keluar mencari rezeki Ingat seorang suami yang baik dan jadi kebanggaan anak isteri adalah yang langsung tak berkira dan beri layanan baik keluarga Jika anda rasa balik rumah bagi duit pada anak bini bel...
Mana Pergi Ayah Selama Ini Anak To Ki Ded4h Pernah Hidup Susah Bersama Ibu 16 Tahun Lalu

Mana Pergi Ayah Selama Ini Anak To Ki Ded4h Pernah Hidup Susah Bersama Ibu 16 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 758 hits
Viral mengenai pended han kehidupan tinggal di sebuah pondok iaitu To ki bersama isterinya yang s kit Pended han tersebut telah menjadi tanda tanya netizen mengenai keberadaan anak anaknya sekarang Mengapa tiada seorang pun anak kepada peny...
Zip Mulut Ibu Ayah Jangan Keluar Kata Nakal Bila Marah Anak Semua Tu Doa

Zip Mulut Ibu Ayah Jangan Keluar Kata Nakal Bila Marah Anak Semua Tu Doa

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 437 hits
Mendidik dan membesarkan anak anak satu cabaran yang besar buat ibu bapa Tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak anak mereka membesar menjadi orang gagal dan bermasalah Sebagai ibu bapa kita perlu ingat anak anak adalah amanah Tuhan kep...
Ada Anak Bersepah Normal Ibu Cuba Pejamkan Mata Bagi Ayah Urus Baru Tak Stres

Ada Anak Bersepah Normal Ibu Cuba Pejamkan Mata Bagi Ayah Urus Baru Tak Stres

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 389 hits
Dalam sehari kalau suara ibu tak tinggi ibaratnya tak sah Mesti juga sekurang kurangnya sekali Memang cuba nak kawal tetapi ia berlaku tanpa disengajakan Suami pun kena faham dan ambil peranan dalam hal ini Bukan sepenuhnya serahkan pada is...
Ibu 74 Tahun Digugat 3 Anak Kandungnya Gara Gara Jual Harta Warisan Ayah

Ibu 74 Tahun Digugat 3 Anak Kandungnya Gara Gara Jual Harta Warisan Ayah

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 295 hits
Seorang ibu 74 tahun didugat tiga anak kandungnya gara gara menjual harta warisan Mariamsyah Boru menjual beberapa peninggalan suaminya Termasuk rumahh dan sebua sekolah Sidang perdana perkara anak gugat ibu kandung berlangsung di Pengadila...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids