Lebih 58 000 Peneroka Felda Setuju Tawaran Lupus Hutang


Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi ucapan ketika menghadiri pertemuan bersama wakil peneroka sempena lawatan kerja beliau di Felda Bersia hari ini. - Foto BERNAMA GERIK: Seramai 58,481 daripada 95,236 peneroka FELDA di seluruh negara, yang masih mempunyai hutang dengan lembaga itu, sudah menyatakan persetujuan terhadap cadangan pelupusan sebahagian pinjaman berjumlah RM8.3 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata daripada jumlah itu, 56,355 peneroka sudah menandatangani perjanjian terbabit.
Beliau berkata, isu logistik membabitkan peneroka generasi kedua dan ketiga yang kini berada di luar tanah rancangan, selain kurang kefahaman dan penjelasan dikenal pasti punca kira-kira 39 peratus peneroka yang masih berhutang belum menyatakan persetujuan.
"Bagi tanah rancangan FELDA yang penubuhannya sudah lama, boleh dikatakan separuh daripada peneroka asal sudah meninggal dunia lalu diwariskan kepada generasi kedua dan ketiga. Namun ramai dalam kalangan mereka sekarang berada di kawasan lain, justeru menyukarkan proses libat urus.
"Pandemik COVID-19 juga mengekang daripada perjalanan libat urus memberi pencerahan dan penjelasan terperinci kepada peneroka terhadap isu yang dibangkitkan apabila timbul keraguan dan spekulasi yang berpunca apabila tidak benar-benar memahami syarat perjanjian," katanya dalam sidang media sempena lawatan kerjanya di FELDA Bersia, di sini, hari ini.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temengor, Salbiah Mohamed dan Ketua Peneroka FELDA Kebangsaan, Sulong Jamil Mohamed Shariff.
Mustapa berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku isu pengambilalihan tanah peneroka susulan persetujuan mereka menanda tangani Perjanjian Pelarasan Pinjaman Secara Bersyarat terbabit, sebaliknya hanya membabitkan pengambilalihan pengurusan yang akan diambil alih oleh kerajaan.
Beliau berkata, timbul beberapa isu berikutan pelarasan pinjaman terbabit khususnya membabitkan permintaan peneroka yang konsisten melunaskan pinjaman setiap bulan agar diberikan lebih insentif.

Gambar fail, pekerja ladang mengumpulkan buah kelapa sawit di tempat pengumpulan sebelum diangkut untuk dibawa ke kilang pemprosesan berhampiran di Felda Pasoh 4. - Foto BERNAMA"Bagi peminjam yang konsisten membayar setiap bulan, mereka berpendapat mereka harus diberi pengiktirafan yang lebih, berbanding peminjam yang tidak setia (culas) melunaskan hutang," katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan kerajaan bersetuju melupuskan sebahagian pinjaman peneroka FELDA secara bersyarat berjumlah RM8.3 bilion sebagai inisiatif penjanaan semula lembaga itu.
Sementara dalam perkembangan lain, Mustapha yang juga anggota Parlimen Jeli berkata, FELDA turut memantau perkembangan terkini berkaitan COVID-19 melalui pembukaan 142 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang sudah dibuka daripada keseluruhan 317 tanah rancangan seluruh negara.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/lebih-58000-peneroka-felda-setuju.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peneroka Felda Tarik Nafas Lega Bersemangat Selepas Kerajaan Umum Hutang Lupus

Peneroka Felda Tarik Nafas Lega Bersemangat Selepas Kerajaan Umum Hutang Lupus

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 317 hits
Peneroka merasa bagaikan berada dalam mimpi selepas mendengar pengumuman tersebut Suasana kabus pagi di Felda Chini Peneroka Terkejut namun bersyukur dengan keputusan kerajaan melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8 3 bilion m...
Tidak Timbul Isu Formula Pengiraan Hapus Hutang Peneroka Felda

Tidak Timbul Isu Formula Pengiraan Hapus Hutang Peneroka Felda

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 242 hits
Oleh MOHD FADHLI MOHD SULAIMAN GAMBAR HIASANKUALA LUMPUR Tidak timbul isu ketidakadilan tentang formula pengiraan penghapusan hutang peneroka sebanyak RM8 3 bilion Kadar bayaran balik adalah berdasarkan kategori peneroka iaitu maksimum RM30...
Hapus Hutang Tapi Peneroka Didakwa Kena Serah Kebun Kepada Felda

Hapus Hutang Tapi Peneroka Didakwa Kena Serah Kebun Kepada Felda

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 420 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONMinggu lalu kerajaan secara dasar telah bersetuju dengan cadangan FELDA untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8 3 bilion Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin dalam kenyataannya sempena Hari Pe...
Felda Nafi Ambil Tanah Peneroka Jika Hutang Lapuk Dihapuskan

Felda Nafi Ambil Tanah Peneroka Jika Hutang Lapuk Dihapuskan

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 250 hits
Perjanjian Pelarasan Pinjaman Peneroka Secara Bersyarat bersifat adil KUALA LUMPUR Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan menafikan dakwaan kononnya FELDA mahu mengambil alih ladang milik peneroka sekiranya mereka bersetuju menandatangani Perja...
Wow Covid 19 Lebih 11 000 Kes Baru Hari Ini

Wow Covid 19 Lebih 11 000 Kes Baru Hari Ini

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 304 hits
Malaysiakini Lebih 11 000 kes baru Covid 19 dilaporkan hari ini Angka ini yang tertinggi sejak pandemik itu melanda Malaysia dan pertama kali mencecah lima angka Pecahan negeri Selangor 5 263 kesKL 1 521 kesJohor 406 kesSabah 239 kesSarawak...
Cac Stadium Malawati Sesak Lebih 4 000 Individu Positif Lapor Diri

Cac Stadium Malawati Sesak Lebih 4 000 Individu Positif Lapor Diri

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 392 hits
Orang ramai beratur untuk mendapatkan penilaian di CAC Stadium Malawati Shah Alam SHAH ALAM Sedih dan dalam masa sama timbul rasa bimbang Itu perasaan apabila melihat ramai individu yang positif Covid 19 berpusu pusu hingga terpaksa beratur...
16 117 Kes Baru Lebih 9 000 Di Lembah Klang

16 117 Kes Baru Lebih 9 000 Di Lembah Klang

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 204 hits
MALAYSIAKINIKementerian Kesihatan memaklumkan sebanyak 16 117 kes baru Covid 19 setakat tengah hari tadi Selangor terus merekodkan angka tertinggi iaitu sebanyak 6 616 kes diikuti Kuala Lumpur dan Kedah Setakat hari ini tidak ada negeri yan...
Lebih 12 000 Tandatangan Tolak Cadangan Th Bawah Seliaan Bnm

Lebih 12 000 Tandatangan Tolak Cadangan Th Bawah Seliaan Bnm

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 300 hits
Bimbang langkah itu beri impak negatif kepada nasib pendeposit BANGI Lebih 12 000 tandatangan berjaya dikumpulkan menerusi petisyen atas talian Menolak cadangan meletakkan Lembaga Tabung Haji di bawah seliaan Bank Negara Malaysia setakat ja...
Kes Baharu Turun Sedikit Tetapi Kekal Lebih 12 000

Kes Baharu Turun Sedikit Tetapi Kekal Lebih 12 000

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 215 hits
AGENDA DAILY Data 16 Julai 2021 Kes jangkitan Covid 19 yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turut sedikit berbanding 13 215 kes yang dilaporkan semalam Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ber...
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Mom Of Boys Surviving The Chaos

Rakyat Korea Utara Sanggup Bergaduh Kerana Najis

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Student Rally A Wake Up Call For The Madani Regime But Is Anwar Listening

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga

Lirik Lagu Untuk Semua Jiwa Hun Haqeem Ft Noki