Felda Nafi Ambil Tanah Peneroka Jika Hutang Lapuk Dihapuskan


 azrulhakimie
Perjanjian Pelarasan Pinjaman Peneroka Secara Bersyarat bersifat adil KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) menafikan dakwaan kononnya FELDA mahu mengambil alih ladang milik peneroka sekiranya mereka bersetuju menandatangani Perjanjian Pelarasan Pinjaman Peneroka Secara Bersyarat.
Pengarah Besarnya Datuk Amiruddin Abdul Satar berkata perjanjian berkenaan sebenarnya bersifat adil kepada kedua-dua pihak, yang menjanjikan 80 peratus hutang lapuk peneroka dihapuskan, dan menurutnya banyak salah faham timbul disebabkan masih ramai belum mendapat penerangan lengkap mengenainya.
“Ramai tidak dapat penerangan lagi, (menyebabkan) banyak salah faham, dan ada yang mengadu di media. Kita bukan ambil alih ladang, kita hanya ambil pengurusan ladang, itulah juga objektif dan hasrat FELDA sejak penubuhannya, untuk mengurus ladang secara berkelompok.
“Dalam tempoh seminggu ini kita banyak turun padang di beberapa negeri dan bertemu dengan peneroka untuk menerangkan mengenai perjanjian ini kerana seeloknya penerangan dilakukan secara fizikal agar mereka mendapat gambaran sebenar,” katanya dalam taklimat bersama media menerusi aplikasi Zoom hari ini.
Bagaimanapun katanya buat masa ini terdapat kekangan untuk memberi penjelasan kepada semua 92,000 peneroka di seluruh negara memandangkan banyak negeri sedang berada dalam Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), selain ada kawasan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Amiruddin berkata tempoh lebih panjang akan diberikan iaitu sebulan, berbanding 14 hari untuk peneroka membuat keputusan sama ada mahu menandatangani perjanjian berkenaan atau sebaliknya.
Beliau menganggarkan sekurang-kurangnya 20 peratus peneroka telah dan akan menandatangani perjanjian itu dalam masa terdekat, dengan masing-masing selepas ini hanya perlu membayar baki pinjaman sebanyak RM200 ke RM300 sebulan berbanding RM800 ke RM1,000 sebulan, selain pendapatan bersih akan meningkat.
“Secara purata hutang setiap peneroka adalah antara RM80,000 ke RM100,000 malah ada yang lebih RM200,000, iaitu hutang terkumpul sejak 20 ke 30 tahun lepas.
“Dengan perjanjian ini, rata-rata peneroka memberi respons positif kerana membabitkan pemansuhan hutang yang banyak, tetapi kita faham tidak semua peneroka jelas mengenai perjanjian itu kerana belum diberi penerangan,” katanya.
Pada 7 Julai lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan bersetuju melupuskan sebahagian pinjaman peneroka FELDA berjumlah RM8.3 bilion sebagai inisiatif penjanaan semula organisasi berusia 65 tahun itu.
Menurut kenyataan FELDA semalam, penghapusan itu adalah berdasarkan syarat bahawa peneroka perlu menyerahkan pengurusan kebun kepada organisasi itu, atau mereka masih dibenarkan mengurus kebun sendiri dengan syarat menghantar hasil sepenuhnya kepada FELDA.
Selain itu peneroka perlu membayar ansuran bulanan pinjaman sepenuhnya setiap bulan dan melaksanakan pengurusan kebun mengikut kaedah, piawaian, prosedur operasi standard (SOP) dan amalan pertanian baik ditetapkan FELDA. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/felda-nafi-ambil-tanah-peneroka-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hapus Hutang Tapi Peneroka Didakwa Kena Serah Kebun Kepada Felda

Hapus Hutang Tapi Peneroka Didakwa Kena Serah Kebun Kepada Felda

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 419 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONMinggu lalu kerajaan secara dasar telah bersetuju dengan cadangan FELDA untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8 3 bilion Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin dalam kenyataannya sempena Hari Pe...
Peneroka Felda Tarik Nafas Lega Bersemangat Selepas Kerajaan Umum Hutang Lupus

Peneroka Felda Tarik Nafas Lega Bersemangat Selepas Kerajaan Umum Hutang Lupus

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 316 hits
Peneroka merasa bagaikan berada dalam mimpi selepas mendengar pengumuman tersebut Suasana kabus pagi di Felda Chini Peneroka Terkejut namun bersyukur dengan keputusan kerajaan melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8 3 bilion m...
Tidak Timbul Isu Formula Pengiraan Hapus Hutang Peneroka Felda

Tidak Timbul Isu Formula Pengiraan Hapus Hutang Peneroka Felda

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 242 hits
Oleh MOHD FADHLI MOHD SULAIMAN GAMBAR HIASANKUALA LUMPUR Tidak timbul isu ketidakadilan tentang formula pengiraan penghapusan hutang peneroka sebanyak RM8 3 bilion Kadar bayaran balik adalah berdasarkan kategori peneroka iaitu maksimum RM30...
Kerajaan Setuju Lupus Pinjaman Peneroka Felda Berjumlah Rm8 3 Bilion Pm

Kerajaan Setuju Lupus Pinjaman Peneroka Felda Berjumlah Rm8 3 Bilion Pm

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 242 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan hari ini secara dasar bersetuju dengan cadangan pihak Felda untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8 3 bilion Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia akan dilaksanakan melalui inisiatif p...
Lelaki Jumpa Bandar Bawah Tanah Berusia 5000 Tahun Secara Tak Sengaja

Lelaki Jumpa Bandar Bawah Tanah Berusia 5000 Tahun Secara Tak Sengaja

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 260 hits
Ia kedengaran seperti sebuah cerita dongeng alam fantasi sebuah bandar yang besar di bawah tanah yang di penuhi terowong dengan ruang yang luas mampu untuk memuatkan lebih daripada 20 000 orang yang selama ini berada di bawah tanahPenemuan ...
85 Hektar Kebun Durian Haram Di Raub Selesai Ditebang Tanah Akan Ditanam Pokok Meranti

85 Hektar Kebun Durian Haram Di Raub Selesai Ditebang Tanah Akan Ditanam Pokok Meranti

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 1149 hits
Oleh KERJA kerja penebangan kebun durian haram di Raub Pahang telah melebihi 85 peratus selesai Gambar HARIAN METRO AKTIVITI menebang pokok durian Musang King yang ditanam secara haram di kawasan Hutan Simpan Batu Talam Raub Pahang dijangka...
Tanah Diceroboh Ketika Muhyiddin Menteri Pertanian Najib Kata

Tanah Diceroboh Ketika Muhyiddin Menteri Pertanian Najib Kata

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 293 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan bahawa isu penerokaan tanah secara haram di Pahang bermula sejak tahun 1970 an lagi Kata Najib perkara itu berlaku apabila kerajaan melaksanakan Rancangan Buku Hijau untuk menggal...
Kisah Tanah Dan Pejabat Tanah Kalau Sprm Masuk Siasat Barai Banyak

Kisah Tanah Dan Pejabat Tanah Kalau Sprm Masuk Siasat Barai Banyak

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 165 hits
KHIANAT ORANG PEJABAT TANAH 1 Isu Tanah Durian Musang King ni Kalau sapa tak pernah berurusan Pejabat Tanah Hadap pegawai Pejabat Tanah Mungkin tak faham Tapi aku pernah hadap kerenah pegawai Pejabat Tanah 2 Bila Tokwan aku meninggal Dunia ...
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Mom Of Boys Surviving The Chaos

Rakyat Korea Utara Sanggup Bergaduh Kerana Najis

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Student Rally A Wake Up Call For The Madani Regime But Is Anwar Listening

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga

Lirik Lagu Untuk Semua Jiwa Hun Haqeem Ft Noki