Rupa Rupanya Lebih 100 Bayi Dibuang Setiap Tahun Di Malaysia


Bernama Menurut laporan media, purata 18,000 gadis belasan tahun di Malaysia hamil setiap tahun. - Gambar hiasan  INSIDEN bayi yang baru lahir dibuang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini dan orang ramai turut melahirkan rasa marah terhadap perbuatan yang tidak berperikemanusian itu.

Statistik Polis Diraja Malaysia menunjukkan lebih daripada 100 orang bayi dibuang setiap tahun di Malaysia.

Kebanyakan bayi itu dibuang di dalam timbunan sampah dengan 60 peratus daripadanya mungkin sudah tidak bernyawa lagi apabila dijumpai kerana disumbat ke dalam lubang tandas, dibuang ke longkang atau terbakar sehingga tidak dapat dikenali.

Ada juga yang bernasib baik dan diselamatkan serta mendapat peluang untuk hidup.

Betapa tidak berhati perut si ibu yang sanggup membuang bayinya sedangkan ada pilihan untuk menyerahkan bayi mereka sebagai anak angkat?

Terdapat dua badan bukan kerajaan yang sedia membantu remaja perempuan yang mengandung sebagai daya usaha membantu mengurangkan kes pembuangan bayi.

OrphanCare Foundation yang berpejabat di Petaling Jaya bekerjasama erat dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengendalikan tiga pusat perlindungan bayi dan menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk kaunseling dan mengatur keluarga angkat.

Sheerin Khan dari OrphanCare Foundation berkata, antara sebab mengapa si ibu membuang bayi yang baru dilahirkan ialah pantang larang sosial, hamil di luar ikatan perkahwinan dan usia yang terlalu muda untuk menjadi ibu.

“Remaja perempuan yang membuang bayi mereka boleh jadi gadis belasan tahun yang baru selesai mengambil peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) atau pelajar universiti. Bukan remaja yang tidak berpendidikan sahaja yang terjerat dengan kes membuang bayi,” katanya. Jangan cepat menghukum

 Ketua Pegawai Yayasan Chow Kit (YCK), Ananti Rajasingam berkata, kebanyakan ibu yang tidak berkahwin ini tidak mendapatkan bantuan atau sokongan kerana takut masyarakat memandang rendah terhadap mereka.

“Sebelah tangan bertepuk takkan berbunyi. Dalam keadaan ini, yang perempuannya yang menanggung beban, yang lelaki pula lepas begitu sahaja," katanya.

Menurut beliau, ibu yang tidak berkahwin lazimnya tidak mendapat sokongan daripada masyarakat atau lelaki yang bertanggungjawab menjadikan dirinya mengandung.

"Kalaulah masyarakat tidak terlalu cepat menghukum, ibu yang malang ini boleh diperkasakan," katanya sambil menambah, pandangan orang ramai terhadap ibu yang tidak berkahwin ini perlu berubah.

"Mereka perlu lebih membantu. Jika pandangan seperti ini tidak berubah, lebih ramai perempuan akan membuang bayi mereka, " kata Ananti lagi.

Beliau berkata, kebanyakan ibu yang tidak berkahwin di Kuala Lumpur bukan orang tempatan tetapi dari negeri lain seperti Kedah, Pahang atau Kelantan yang datang ke bandaraya itu untuk mencari pekerjaan.

Sebahagian besar daripada mereka tinggal sendiri dan mula berkenalan dengan lelaki dan akhirnya mengandung.

"Saya tak kata perempuan di KL tak mengandung di luar perkahwinan. Cuma kebanyakan mereka tahu tentang melakukan hubungan seks secara selamat (tidak hamil)," tambahnya.

Banyak juga kes pekerja asing perempuan yang membuang bayi mereka selepas terlibat dalam hubungan haram.

“Malah sesetengah daripada mereka mempunyai keluarga di negara masing-masing. Daripada apa yang saya perhatikan, kebanyakan pekerja asing perempuan yang mengandung ini adalah matang dan tahu akibat perbuatan mereka," tambahnya.

Pilihan untuk ibu yang belum berkahwin

Menurut Ananti, YCK menyediakan rancangan jangka panjang untuk ibu yang tidak berkahwin dan mahu memelihara bayi masing-masing.

“Kami boleh menjaga bayi mereka sewaktu mereka keluar bekerja dan sebaik sahaja mereka sudah stabil dari segi kewangan, mereka boleh ambil bayi mereka.

"Kami juga menyediakan kaunseling dan terpulang jika mereka mahu memberikan anak mereka sebagai anak angkat. Jika ibu yang tidak berkahwin itu terlalu muda, kami akan memanggil keluarganya untuk berbincang dan untuk mendapatkan kebenaran mereka," katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh lima tahun akan datang, YCK merancang membina pusat pembelajaran untuk melatih pekerja sosial untuk pergi berjumpa anak muda dalam masyarakat yang terpinggir dan yang tinggal di kawasan golongan orang miskin di bandar.

Menurut laporan media, purata 18,000 gadis belasan tahun di Malaysia hamil setiap tahun.

Daripada jumlah itu, 25 peratus atau kira-kira 4,500 kes melibatkan kehamilan di luar ikatan perkahwinan.

Pentadbir projek OrphanCare Foundation, Syarhah Mohamed Tahir berkata, pada 2009, pertubuhan itu menubuhkan pusat perlindungan bayi di Petaling Jaya, Johor Bahru dan Sungai Petani (Kedah).

Langkah tersebut untuk membolehkan si ibu meninggalkan bayi mereka di pusat berkenaan dan bukan membuang bayi mereka.

Pertubuhan itu bekerjasama dengan Hospital KPJ yang mempunyai lapan pusat perlindungan bayi di seluruh negara.

Sehingga Mac 2019, seramai 360 orang bayi dihantar ke OrphanCare Foundation - 277 menerusi pusat perlindungan bayi dan 133 menerusi ibu kandung mereka.

Ketua Pegawai Esekutif OrphanCare Foundation, Yuzila Yusof berkata, mereka merancang memberi latihan kemahiran kepada wanita yang mengandung yang berada di bawah jagaan mereka.

Latihan kemahiran itu termasuk bakeri atau menjahit supaya “mereka boleh berdikari.”

OrphanCare Foundation boleh dihubungi di nombor at 03-7770 1900 atau 010-283 0528.  - Bernama   

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/rupa-rupanya-lebih-100-bayi-dibuang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bermalam Di Muzium Pulau Pinang Berusia Lebih 100 Tahun

Bermalam Di Muzium Pulau Pinang Berusia Lebih 100 Tahun

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 473 hits
Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang membuka peluang kepada peminat sejarah untuk bermalam di bangunan No 57 Jalan Macalister yang kini berfungsi sebagai Muzium Negeri Pulau Pinang Pengarah LMNPP Haryany Mohamad berkata bagi tahun ini program...
Ini Asal Usul Plat Kenderaan Di Malaysia Rupanya Setiap Permulaan Huruf Ada Sebabnya

Ini Asal Usul Plat Kenderaan Di Malaysia Rupanya Setiap Permulaan Huruf Ada Sebabnya

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 396 hits
Mesti ada yang tak tahu asal usul nombor plat ni Kenapa plat Perak mula dengan A Kenapa Kedah dengan K Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas pihak British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama Pemberian nombor plat A...
Waze Mempunyai Lebih 6 3 Juta Pengguna Aktif Bulanan Di Malaysia

Waze Mempunyai Lebih 6 3 Juta Pengguna Aktif Bulanan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 290 hits
Waze adalah salah satu pilihan aplikasi navigasi yang digunakan oleh ramai pengguna kenderaan di segenap dunia Aplikasi yang dimiliki Google ini berfungsi memberikan petunjuk arah laluan yang terdekat kepada pengguna serta membantu kenderaa...
Lebatkan Rambut Bayi Cuba Petua Ini Lebih Selamat Dan Mudah

Lebatkan Rambut Bayi Cuba Petua Ini Lebih Selamat Dan Mudah

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 591 hits
Rambut yang cantik sihat dan lebat tentu sahaja menjadi impian Baik untuk diri anda sendiri mahupun untuk anak anak Jika anda mempunyai anak yang masih kecil berusia lima bulan ke atas dan rambutnya masih belum tumbuh dengan lebat cuba petu...
Malaysia Asyraf Wajdi Kata Menteri Kewangan Guan Eng Lebih Berkuasa Daripada Pm Tun Mahathir

Malaysia Asyraf Wajdi Kata Menteri Kewangan Guan Eng Lebih Berkuasa Daripada Pm Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 422 hits
Ketua Pemuda UMNO Asyraf Wajdi menyifatkan tindakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng melebihi kuasanya dan dilihat berlebih lebih daripada perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Datuk Dr Asyraf Wajdi mendakwa Guan Eng seperti ada kuasa besar ...
Genetik Ibu Usia Lebih 35 Tahun Susukan Anak Pencetus Kandungan Kembar Tak Seiras Petua Hanya Mitos

Genetik Ibu Usia Lebih 35 Tahun Susukan Anak Pencetus Kandungan Kembar Tak Seiras Petua Hanya Mitos

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 435 hits
Mungkin ramai yang teruja mendapatkan anak kembar dan melakukan pelbagai petua dengan harapan berjaya hamil kembar Penerangan dari doktor ini memberikan penjelasan sebenar Perkongsian daripada ini diharapkan dapat merungkai persoalan dan ke...
Ayutthaya 2 0 Make A Comeback Sempena Ulang Tahun Ke 5 Boat Noodle Malaysia

Ayutthaya 2 0 Make A Comeback Sempena Ulang Tahun Ke 5 Boat Noodle Malaysia

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 385 hits
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Baru ni abang ada pergi majlis sambutan ulang tahun yg ke 5 sekaligus pembukaan cawangan yg ke 48 Boat Noodles Malaysia kat The Gardens Malls fuhh meriah habis habaq hang pada hari tu jugak Ayutthaya 2 0...
7 Penganiaya Haringga Diganjar Hukuman Lebih Dari 5 Tahun Bui

7 Penganiaya Haringga Diganjar Hukuman Lebih Dari 5 Tahun Bui

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 302 hits
Melur mengatakan terdakwa terbukti bersalah melakukan tindak pidana dengan terang terangan dengan tenaga bersama sama menggunakan kekerasan terhadap orang yang mengakibatkan mati
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization