Laporan Eia Lynas Cuba Singkirkan Bayangan Insiden Asia Rare Earth Di Bukit Merah




KUALA LUMPUR - Apabila syarikat perlombongan nadir bumi Lynas Rare Earth membuat keputusan untuk beroperasi di Malaysia, ia berdepan bantahan hebat orang ramai, dengan banyak pengkritik mengambil contoh insiden Asia Rare Earth (ARE) di Bukit Merah di Perak, empat dekad lalu.
Meskipun Lynas bertegas bahawa operasinya mematuhi peraturan dan radiasinya kurang daripada insiden berkenaan, ia terus menghantui Lynas.
Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) yang disiarkan baru-baru ini tentang cadangan projek pembinaan kemudahan pelupusan kekal (PDF) Lynas di Gebeng, Pahang, mengundang perbandingan dengan kemudahan penyimpanan jangka panjang ARE di Bukit Kledang, yang membawa kepada pencemaran radioaktif pada 1982.
Laporan itu menyatakan bahawa kemudahan Bukit Kledang memberikan ancaman yang lebih tinggi kerana sisanya mempunyai kadar radioaktif lebih tinggi.
Laporan EIA itu mendakwa bahawa “dengan pengurusan dan perhubungan awam yang baik, projek itu dijalankan sehinggalah ia dihentikan”, memberikan gambaran bahawa PDF Gebeng adalah lebih selamat.
Laporan itu menjelaskan bahawa bahan mentah dan sisa radioaktif untuk kedua-dua Loji Bahan-Bahan Maju Lynas (Lamp) dan ARE, mengandungi Th-232, iaitu bahan radioaktif tidak stabil, namun kepekatannya lebih tinggi untuk ARE.


Lagi pula, kata laporan itu, teknologi Lamp dalam memproses bahan nadir bumi adalah lebih maju berbanding ARE.
Tambahnya, operasi Lamp adalah berdasarkan teknologi terkini dari tahun 2012, sedangkan operasi ARE pula bergantung pada teknologi era 1980-an untuk memproses bahan nadir bumi.
Ekoran itu, laporan itu mendakwa kepekatan Th-232 dalam sisa turut menjadi berbeza.
Laporan RIA berdasarkan data Lynas
Memandangkan tapak PDF Gebeng terletak 30m dari Lamp, penilaian terhadap persekitaran tapak itu turut memberikan gambaran tentang tahap radiasi di kawasan berkenaan.
Lynas melaksanakan Program Pemantauan Radiasi Alam Sekitar (ERMP) untuk meneliti kesan operasi Lamp. ERMP itu meliputi kawasan sejauh 20km dari Lamp.
Laporan Penilaian Impak Radiologi (RIA) turut dimasukkan sebagai dokumen sokongan dalam laporan EIA. RIA bukanlah penilaian bebas, tetapi berdasarkan data yang didapatkan daripada 55 ERMP Lynas sebelum ini.
Perlu dinyatakan bahawa laporan RIA disediakan oleh Ismail Bahari, pengurus besar pematuhan keselamatan, peraturan dan pematuhan radiasi Lynas Malaysia.
Kedua-dua laporan itu menimbulkan tentang kesan radiasi yang berpotensi terjadi terhadap sungai, air bawah tanah dan hidupan marin.
Berdasarkan piawaian Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), sisa penulenan air larut lesap (WLP) radioaktif yang dihasilkan oleh Lamp dikelaskan sebagai “sisa bertahap sangat rendah/ very low-level waste” (VLLW).
Laporan EIA mendapati bahawa Sungai Baluk tercemar dengan Th-228 dengan kepekatan aktiviti antara 0.13 dan 0.44 B1/L.
Piawaian Kualiti Air Negara (NWQS) tidak menyatakan parameter untuk Th-228, tetapi NWQS menyatakan bahawa jika kepekatan aktiviti Th-226 melebihi 0.1 Bq/L, air itu tidak boleh digunakan untuk sebarang tujuan.

Bagaimanapun, laporan RIA mendakwa operasi Lamp sejak 2012 tidak menyebabkan sebarang pencemaran radioaktif permukaan air berdasarkan sampel yang dikumpul daripada 55 ERMP.
Tahap radiasi air bawah tanah melebihi piawaian kebangsaan
Sementara itu, air bawah tanah di tapak PDF itu mempunyai tahap radioaktif yang tinggi, dengan laporan EIA menyatakan bahawa beberapa telaga pemantauan di tapak yang dicadangkan itu mempunyai kepekatan aktiviti Gross-α melebihi standard kualiti air tanah kebangsaan (NGWQS)

Gross-β dikesan di kebanyakan telaga pemantauan, dengan kepekatan aktiviti tertinggi menghampiri had NGWQS iaitu 1 Bq/L

Walaupun Gross-α melebihi telah melebihi had, laporan EIA memetik kes-kes dan paiwaian lain untuk menyatakan bahawa tahap radiaoktif adalah rendah dan “mungkin bersifat semula jadi”

Laporan itu memetik satu kertas kajian USM, yang mana kumpulan pengkaji mengumpul sampel air mentah dari Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Perak. Kajian itu mendapati bahawa kepekatan aktiviti tertinggi Gross-α dan Gross-β adalah lebih rendah daripada tahap yang dikesan di tapak berkenaan

Tambahan lagi, laporan EIA itu menyatakan bahawa Suruhanjaya Antarabangsa bagi Perlindungan Radiologi (ICRP) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan had yang lebih tinggi - Tahap Pencemaran Maksimum (MCL) - untuk Gross-α dan Gross-β, iaitu masing-masing 0.5Bq/L dan 1Bq/L

Laporan RIA pula menyatakan bahawa berdasarkan data pemantauan Lynas menerusi ERMP, kepekatan aktiviti radionuklid yang disukat dalam air bawah tanah Lamp “menunjukkan tiada perubahan signifikan di sepanjang lebih sembilan tahun pemantauan”

Selain itu, laporan RIA menambah bahawa kepekatan aktiviti min untuk Th-232, U-238 dan Ra-228 semasa operasi adalah lebih rendah daripada tahap panduan WHO untuk air minuman

Unsur radioaktif ditemukan pada ikan di sungai
EIA mendapati bahawa Sungai Baluk menjadi habitat banyak spesis ikan bernilai komersial dan menjadi tarikan aktiviti perikanan darat. Dianggarkan perikanan rekreasi di Sungai Baluk telah menyumbangkan sebanyak RM1.441 juta nilai ekonomi langsung

Malangnya, EIA mengesan tahap radioaktif thorium, uranium dan radium pada tiga spesis ikan yang ditangkap, melebihi parameter yang digariskan

Tiga spesis itu ialah Namipterus japanicus (ikan kerisi), Hexanematichthys sagor (belukang) and Lutjanus lutjanus (kunyit-kunyit) yang ditangkap di hilir Sungai Baluk


Bagaimanapun, laporan EIA merumuskan yang radiasi itu tidak mempunyai kaitan dengan operasi Lynas. Ia menjelaskan yang ikan Tilapia yang ditangkap di kolam penahan ribut (SRP) Lynas mempunyai tahap radionuklid yang lebih rendah.
Tahap Ra-226 ikan Tilapia itu ialah 0.11Bq/kg. Meskipun ia melebihi parameter (0.1Bq/kg), bacaan itu lebih rendah berbanding bacaan ikan yang ditangkap di Sungai Baluk.
“Keputusan menunjukkan yang tiada pengumpulan radionuklid yang signifikan pada ikan-ikan yang ditangkap dari SRP Lamp.
“Nilai yang rendah ini menunjukkan bahawa operasi Lamp, termasuk pengeluaran dan pembebasan air larut lesap dari WLP, menyumbang kepada pengumpulan yang tidak signifikan pada ikan,” kata laporan itu lagi.
Sisa pembinaan mungkin memberi kesan kepada habitat ikan
Laporan EIA turut menimbulkan bahawa semasa fasa pembersihan dan pembinaan tapak, pengurusan sisa dan aliran yang tidak elok mungkin menyebabkan peningkatan pepejal terampai (TSS) di sungai, yang membahayakan spesis ikan.
“Mendapan berlebihan yang dipindahkan ke sungai boleh dipindahkan ke muara dan mengubah hidrologinya.
“Buat masa ini, muara Sungai Baluk sudah cetek kerana pemendapan. TSS berlebihan boleh menjejaskan pernafasan ikan, kelakuan pemangsa dan pencarian makanan,” nyata laporan itu lagi.
Laporan itu mengaku bahawa terdapat “kesan buruk sederhana” pada habitat ikan.
Selain itu, ketika mengeluarkan tanah gambut di tapak yang dicadangkan itu, tanah itu mungkin mencemarkan kualiti permukaan air.
Memandangkan peringkat pembinaan mengambil masa lima tahun, laporan EIA menyenaraikannya sebagai mempunyai “kesan buruk sederhana”.
Laporan EIA dikeluarkan oleh Jabatan Alama Sekitar (JAS) pad 12 Oktober dan disediakan oleh syarikat jururunding Dr Nik & Associates Sdn Bhd.
Kontraktor utama projek itu ialah Gading Senggara Sdn Bhd. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/10/laporan-eia-lynas-cuba-singkir-bayangan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Klopp Berang Laporan Media Isu Kad Merah

Klopp Berang Laporan Media Isu Kad Merah

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 282 hits
Liverpool Jurgen Klopp melabelkan laporan media dengan mengatakan dia percaya Manchester United seharusnya dilayangkan lebih banyak kad merah ketika menentang Liverpool di Old Trafford minggu lalu sebagai berita palsu New Straits Times Pres...
Najib Buat Laporan Sprm Terhadap Leissner Cuba Bersihkan Nama

Najib Buat Laporan Sprm Terhadap Leissner Cuba Bersihkan Nama

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 296 hits
AGENDA DAILY Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sedang berjalan Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia oleh Datuk Seri Najib Razak ...
Gandingan Mujarab Azhad Harraz Luqman Hakim Di Kelayakan Piala Asia B 23

Gandingan Mujarab Azhad Harraz Luqman Hakim Di Kelayakan Piala Asia B 23

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 604 hits
Kelayakan Piala Asia B 23 Maloney kenal pasti gandingan mujarab Adakah kita bakal melihat gandingan duo sensasi remaja negara ketika ini Azhad Harraz Arman dan Luqman Hakim Shamsudin di pusingan kelayakan Piala Asia B 23 yang bakal berlangs...
Jalan Jalan Japan Lokasi Barang Preloved Rare Untuk Kanak Kanak

Jalan Jalan Japan Lokasi Barang Preloved Rare Untuk Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 510 hits
Jalan Jalan Japan lokasi barang preloved rare untuk kanak kanak Awal tahun 2000 Saya pernah dengar rakan rakan saya membeli barangan preloved dari japan dengan harga ratusan ringgit Itupun setelah menang bidaan Waktu itu fikiran saya tak la...
Fedex Express Increases Capacity From Asia Pacific Ahead Of Year End Holiday Peak

Fedex Express Increases Capacity From Asia Pacific Ahead Of Year End Holiday Peak

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 751 hits
Launches two new flights to Europe and North America Upgrades aircraft to provide additional capacity and enhanced service to Asia Pacific businessesFedEx Express a subsidiary of FedEx Corp and one of the world s largest express transportat...
Sebilangan Besar Pasaran Saham Asia Diniagakan Lemah

Sebilangan Besar Pasaran Saham Asia Diniagakan Lemah

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 193 hits
Data Keluaran Dalam Negara Kasar pada bulan Julai September meningkat 4 9 berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu yang merupakan kenaikan paling lemah direkodkan dalam tempoh satu tahun menurut data dari Pejabat Statistik Negeri RRC K...
Kelayakan Piala Asia B 23 2022 Jadual Keputusan

Kelayakan Piala Asia B 23 2022 Jadual Keputusan

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 231 hits
Skuad B 22 kebangsaan kendalian Brad Maloney akan bersaing dalam Kelayakan Piala Asia B 23 2022 di Ulaanbaatar Mongolia pada 25 Oktober hingga 31 Oktober ini Malaysia menghadapi saingan dalam Kumpulan J bertemu Laos Mongolia dan Thailand ba...
Johor To House Mercedes Benz Asia Pacific Logistics Centre

Johor To House Mercedes Benz Asia Pacific Logistics Centre

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 171 hits
The Mercedes Benz logistics centre will create high value jobs for Malaysians and enhance the country s position as a supply chain and distribution hub says Mida JOHOR BAHRU Mercedes Benz AG has chosen Malaysia as its regional parts logisti...
Top 10 Times In History Earth Looked Like An Alien Planet

Top 10 Times In History Earth Looked Like An Alien Planet

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 147 hits
Top 10 Times In History Earth Looked Like An Alien Planet Subscribe To Most Amazing Top 10 http bit ly 2Ibyk6i Most Recent Videos https www youtube com watch v Pj2rni0BfKo list UUBINYCmwE29fBXCpUI8DgTA Planet Earth has gone through many une...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Filem Sheriff

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Tremendous Diary 4 17

Cari Makan Lepas Berbuka

Spontaneous Thursday

Building Trust In The Digital Age The Rise Of Fraud Verification Services

Kelantan Polis Tahan Empat Penjawat Awam

Dibelasah Kerana Keluar Dating Dengan Isteri Orang