Najib Buat Laporan Sprm Terhadap Leissner Cuba Bersihkan Nama


AGENDA DAILY
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sedang berjalan.
Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh Datuk Seri Najib Razak terhadap bekas pengurus kanan Goldman Sachs, Tim Leissner dalam cubaan untuk membersihkan namanya yang terpalit dengan pendakwaan kes rasuah.
Tujuan laporan SPRM itu dibuat bekas Perdana Menteri itu bagi memperoleh senarai pegawai yang didakwanya disogok Leissner berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Laporan tersebut susulan Leissner mengaku bersalah di Mahkamah Amerika Syarikat (AS) kerana merasuah pegawai 1MDB dan pegawai kerajaan Malaysia.
“Awal tahun ini, peguam saya telah memenangi kes di AS untuk mendapatkan senarai nama, yang didedahkan oleh Leissner dalam pengakuan bersalahnya.
“Bagaimanapun, kerajaan AS melalui Jabatan Kehakimannya telah mencabar keputusan Mahkamah AS dan menghalang nama daripada didedahkan.
“Pada masa yang sama, seorang peguam dari Brahman and Associates yang mewakili seorang lagi pengurus kanan Goldman Sachs, Roger Ng telah mengeluarkan kenyataan media mengatakan senarai nama itu adalah ‘bukti ekskulpatori’ yang boleh membersihkan nama saya daripada terlibat dalam penipuan 1MDB,” kata Najib dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan itu juga dibaca Najib sebaik selesai membuat laporan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya awal hari ini.
Najib dalam kenyataannya juga berkata satu lagi percubaan pasukan peguamnya untuk mendapatkan senarai daripada mahkamah dan pendakwaan dalam kes 1MDB juga tidak berjaya.
“Saya hairan mengapa kerajaan Malaysia dan pihak pendakwaan bertindak seperti mereka tidak tahu (senarai) dan tidak mahu mengambil tindakan terhadap 1MDB dan pegawai kerajaan yang disogok oleh Tim Leissner, yang menyebabkan Goldman Sachs membayar RM16.4 bilion penalti dan pampasan kepada kerajaan Malaysia.
“Saya dinasihatkan dan memutuskan untuk membuat laporan kepada SPRM hari ini terhadap Tim Leissner, supaya pihak berkuasa Malaysia boleh menyoal atau membawanya ke Malaysia, atau meminta senarai nama daripada DOJ, supaya nama-nama itu boleh disiarkan kepada umum dan tindakan sewajarnya boleh diambil terhadap mereka,” katanya lagi.
Menurut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ), Leissner, yang merupakan bekas pengerusi Goldman Sachs Asia Tenggara dan pengarah urusan institusi kewangan itu mengaku bersalah pada 1 Nov 2018 atas pertuduhan jenayah dan diperintahkan untuk membayar wang sebanyak $43.7 juta.
Leissner mengaku bersalah kerana “bersubahat untuk mengubah wang dan berkomplot untuk melanggar Akta Amalan Rasuah Asing (FCPA) dengan membayar rasuah kepada pelbagai pegawai Malaysia dan Abu Dhabi serta memintas kawalan perakaunan dalaman Institusi Kewangan”.
Awal tahun ini, Najib diberikan sepina oleh mahkamah di Daerah Selatan New York, untuk bank itu dan Leissner menyerahkan kepadanya bahan yang dipertikainya sebagai penting untuk pembelaannya terhadap tuduhan jenayah berkaitan 1MDB di Malaysia.
Bagaimanapun, kerajaan AS telah memfailkan penangguhan perintah mahkamah AS kerana ia berusaha untuk campur tangan dalam kes Najib di sana.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/najib-buat-laporan-sprm-terhadap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes 1mdb Najib Buat Laporan Sprm Terhadap Bekas Pengurus Goldman Sachs Tim Leissner

Kes 1mdb Najib Buat Laporan Sprm Terhadap Bekas Pengurus Goldman Sachs Tim Leissner

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 418 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak pagi ini membuat laporan kepada SPRM terhadap Tim Leissner yang merupakan bekas Pengurus Kanan Goldman Sachs yang telah mengaku bersalah di mahkamah Amerika Syarikat kerana merasu...
Ada Yang Meniru Dari Nama Hingga Ke Warna Baju Najib

Ada Yang Meniru Dari Nama Hingga Ke Warna Baju Najib

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 342 hits
Ada yang meniru dari nama hingga ke warna baju Najib Dalam sistem demokrasi pilihan raya adalah proses penting Ia memberikan kuasa kepada rakyat Rakyat berkuasa menaikkan atau menukar sebuah kerajaan Rakyat berkuasa menentukan halatuju sese...
Kdn Teliti Laporan Polis Terhadap Golongan Antivaksin Sebelum Ambil Tindakan

Kdn Teliti Laporan Polis Terhadap Golongan Antivaksin Sebelum Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 258 hits
KDN sedang teliti seksyen atau akta yang bersesuaian LARUT Kementerian Dalam Negeri akan meneliti laporan polis yang dibuat terhadap golongan antivaksin sebelum mengambil sebarang tindakan Menteri berkenaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkat...
Sidang Media Datuk Lokman Adam Laporan Polis Terhadap Muhyiddin Yassin

Sidang Media Datuk Lokman Adam Laporan Polis Terhadap Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 273 hits
Datuk Lokman Adam membuat laporan polis terhadap tindakan PN yang membuat kempen di Melaka walaupun jelas ianya melanggar Akta SPR dan SOP KKM
Laporan Eia Lynas Cuba Singkirkan Bayangan Insiden Asia Rare Earth Di Bukit Merah

Laporan Eia Lynas Cuba Singkirkan Bayangan Insiden Asia Rare Earth Di Bukit Merah

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 326 hits
KUALA LUMPUR Apabila syarikat perlombongan nadir bumi Lynas Rare Earth membuat keputusan untuk beroperasi di Malaysia ia berdepan bantahan hebat orang ramai dengan banyak pengkritik mengambil contoh insiden Asia Rare Earth di Bukit Merah di...
Dedahkan Mereka Najib Mahu Sprm Dapatkan Senarai Terima Sogokan

Dedahkan Mereka Najib Mahu Sprm Dapatkan Senarai Terima Sogokan

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 156 hits
Dedahkan mereka Najib mahu SPRM dapatkan senarai terima sogokan Najib Razak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya tindakan diambil terhadap individu dalam kerajaan dan 1MDB yang menerima sogokan darip...
Najib Lodges Report Against Leissner Wants To Obtain List Of Bribed Officials

Najib Lodges Report Against Leissner Wants To Obtain List Of Bribed Officials

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 239 hits
Former prime minister Najib Abdul Razak this morning lodged a report with the MACC against Tim Leissner a former Goldman Sachs senior manager who had pleaded guilty in a US court to bribing 1MDB officials and Malaysian government officials ...
Apa Berlaku Jika Senario Politik Melaka Berulang Terhadap Pm

Apa Berlaku Jika Senario Politik Melaka Berulang Terhadap Pm

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 198 hits
agendaily com15 10 2021Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Jika senario politik Melaka berulang sama terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adakah UMNO bersedia mengambil tindakan tegas sama dengan memecat dua Ah...
But H Diva Aa Beri Reaksi Terhadap Dakwaan Perkahwinan Erra Fazira Faizal Azumu

But H Diva Aa Beri Reaksi Terhadap Dakwaan Perkahwinan Erra Fazira Faizal Azumu

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 192 hits
Semalam tular di laman Twitter mengenai dakwaan netizen terhadap pelakon penyanyi dan pengacara Erra Fazira yang dikatakan sudah berkahwin dengan Menteri Belia dan Sukan Dato Seri Ahmad Faizal Bin Azumu yang menerima reaksi dari pelbagai pi...
Oriental Kopi Klcc Port Minum Kopi Terbaru

Pasar Raya Flagship Jaya Grocer Di Sunway Pyramid Tarik Pengunjung Dengan Penampilan Serba Baharu

U Mobile The New Ali Baba Contractor For The Second 5g Network Tender

The Celebrity Legs And Feet In Tights 2024 Pantyhose Queen Poll Full Contender List

Panas Artis Wanita Malaysia Ditahan Polis Thailand Turut Ditemukan 6 000 Biji Pil Kuda

Iphones Dalam Bahaya Amaran Baru Peretasan Sasarkan Peranti Apple

Explore The Hottest Tangkasnet Gaming Trends And Top Picks For 2024

Jangkitan Kulit Utama Oleh Mycobacteria Bukan Tuberkulosis Laporan 6 Kes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council

Anugerah Seri Angkasa 2024 Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Hadiah Persembahan Penyampai Trofi Dan Segala Info ASA 36


Immigration Officers Involved In Counter Setting Case Transferred Says Dg

Kerajaan Perkenal Undang Undang Lebih Tegas Tangani Buli Siber Kata Anwar

Malaysiaweeklyrecap 30 September

Malaysiaweeklyrecap October

Learning Has Always Been Distinctive Not Uniform

Ebook Rahsia Taobao