Lameeys Colla Genic Dengan Jus Delima Untuk Kecantikan Penghidaratan Tambahan Dan Kesihatan


LAMEEYS Colla-genic Dengan Jus Delima Untuk Kecantikan, Penghidaratan Tambahan dan Kesihatan | Assalamualaikum semua.. Sape sini yang nak cantik?? Haishh, soalan ape la yang sis merepek ni. Dah tentu-tentu la semua nak cantik kan. Rata-rata para wanita zaman sekarang ni memang sangat menjaga kesihatan dan kecantikan. Tak kira la umur 20 tahun ke, 30 tahun ke, 40 tahun ke semua pasti nak cantik. Betul tak? Ok, hari ni sis nak kongsikan mengenai produk LAMEEYS. 

LAMEEYS satu jenama yang menyediakan pelbagai penyelesaian supaya setiap orang terutama wanita supaya dapat menikmati atau mencapai kecantikan secara semulajadi dari dalam tanpa kesan sampingan. Hasil bertahun-tahun pengalaman, LAMEEYS memastikan bahawa semua produk yang dihasilkan adalah berasaskan sumber semula jadi dan asli, sesuai dengan ertinya dalam bahasa Arab - lembut untuk disentuh. 

Jadi bagi memenuhi kehendak para wanita, LAMEEYS telah melancarkan produk terbarunya iaitu Colla-genic dengan jus delima. Ia diformulasikan dengan peptida kolagen marin yang mana semua pasti tahu kan bahawa kolagen ni sinonim atau cenderung menjadi pilihan pengguna sebagai penyelesaian semulajadi kepada masalah kulit dan kecantikan. Produk LAMEEYS ni dihasilkan melalui teknologi Korea yang terkini dan bertekstur halus dalam bentuk Peptida Kolagen (Collagen Peptides) bagi menangani masalah kesihatan dan kecantikan dari dalam badan. Tapi jangan khuatir tau, produk LAMEEYS ni diperakui Halal. 

"Industri kecantikan kita telah mencapai piawaian yang terbukti hebat dalam menutupi kelemahanluaran wajah bermula dari concealer, bedak asas hingga pembayang mata. Ia membantu wanita untukkelihatan lebih cantik dan berkeyakinan. Malangnya, menutupinya masih tidak dapat membantuwanita untuk mengatasi masalah kulit sedia ada. Itulah sebabnya wanita masih tercari-cari produk kecantikan yang boleh membantu mereka kelihatan bersinar dari dalam, tanpa kesan sampingan. Oleh itu, kami telah mencipta Colla-genic with Pomegranate, untuk membantu wanita tampil yakin dengan kulit mereka sendiri dengan cara yang paling semulajadi."Raja Marliza Safia, Pengurus Pembangunan Perniagaan LAMEEYS
Orang kata barang baik jangan dilepaskan, maka harus la sis pun dapatkan LAMEEYS Colla-genic Dengan Jus Delima ni. Ye la, sis pun nak juga kelihatan cantik bak artis Korea. Jeles weii tengok kulit diorang yang licin bak putih telur. Jadi sis pun nak decide nak consume produk ni. Untuk permulaan ni sis dapatkan sekotak dahulu. Jom tengok rupa dan kandungan LAMEEYS Colla-genic Dengan Jus Delima ni


Dari segi kandungan bahan pula, LAMEEYS Colla-genic Dengan Jus Delima ni mengandungi air, kolagen (ikan), jus delima, Isomalto-oligosakarida, Peptida Sutera, ubi bit merah, konjac, ekstrak delima, ekstrak camu-camu, campuran ekstrak anggur, melon, zink dan vitamin C. Setiap titisan Peptida Kolagen 6000mg dengan jus delima ini terbentuk hasil daripada elemen berikut:
✔ Teknologi termaju Korea – membantu menghidrolisis Kolagen menjadi molekul terkecil
✔ <1000 Dalton – semakin kecil molekulnya, semakin baik penyerapan kepada badan
✔ 6,000mg Kolagen Peptida – meningkatkan keberkesanan Kolagen
✔ Tambahan Peptida Sutera – memelihara kelembapan, melindungi kulit daripada kekeringan
✔ Ekstrak buah delima – kaya dengan antioksidan untuk mencegah kerosakan oksidatif kulit
✔ Tanpa bahan pengawet tambahan. Bebas warna tiruan.

Ha tahu tak apa beza Peptida Kolagen dengan Kolagen? Umum tau kan kolagen adalah protein kompleks yang membentuk 75% hingga 80% kulit dan memberikan struktur, keanjalan, perlindungan dan membantu mengekalkan kelembapan pada kulit. Kolagen berbentuk memanjang dengan struktur molekul yang besar menyebabkan kadar serapan agak perlahan. Manakala Peptida Kolagen ni terhasil melalui proses hidrolisis dan menghasilkan molekul lebih kecil dan lebih pantas diserap ke dalam aliran darah kerana rantai asid aminonya lebih pendek. 

Fuh.. Bila tengok kandungan bahan dan teknologi yang digunakan untuk penghasilan LAMEEYS Colla-genic Dengan Jus Delima ni mebuatkan sis jadi lebih teruja untuk mencubanya. Tambahan pula dengan usia sis yang dah menganjak ke usia 40 tahun ni memang perlukan makanan tambahan bagi memastikan kulit sis sentiasa sihat. Tak nak la nampak tua sebelum usia dengan muka yang dah nampak garis-garis kedut. Lagipun tak salah kan mencuba sebab LAMEEYS Colla-genic Dengan Jus Delima ni dapat membantu menangani 5 masalah untuk kecantikan iaitu :
✔ Kulit - Membaiki kolagen kulit & serat protein elastin untuk meningkatkan keanjalan,
ketegangan dan penghidratan atau kelembapan kulit sehingga 91%.
✔ Penuaan -  Mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan, mencegah tanda penuaan.
✔ Tanda/Kesan Regangan - Minuman kolagen telah terbukti secara saintifik untuk meningkatkan keanjalan kulit sehingga mengurangkan penampilan stretchmarks akibat bersalin.
✔ Rambut - Membantu melancarkan pertumbuhan semula sel-sel rambut dan memperbaiki
penampilan dan kilauan rambut.
✔ Kuku - Membantu meningkatkan kualiti kuku dan kesihatan kuku. 

Bagi cadangan utuk pengambilan LAMEEYS Colla-genic Dengan Jus Delima ni pula ada 2 iaitu untuk pengguna baru, dicadangkan untuk ambil 2 sachet hari sebelum sarapan dan sebelum tidur selama 7 hari. Selepas tu boleh la dikurangkan kepada 1 sachet sehari iaitu sebelum sarapan. Pastikan makan time perut kosong tau. Kenapa selepas 7 hari dah boleh kurangkan pengambilan? Ha, sebab kesan pengambilan dapat dilihat seawal 7 hari tau. Ni yang buat sis teruja ni. 
Kelebihan LAMEEYS Colla-genic Dengan Jus Delima :✔ Menganjalkan Kulit Wajah - Bertindak menganjalkan dan menegangkan kulit wajah yang kendur. Kulit kusam menjadi cerah bersinar dan membantu memperbaiki tona kulit tidak sekata
✔ Menguatkan struktur kulit - Daya serapan peptida kolagen yang tinggi meningkatkan fungsi agen penghalang kulit daripada kesan kerosakan✔ Menghidupkan Semula Kulit - Mengurangkan garis halus dan kesan kedutan. Membantu penjanaan semula kulit melalui agen utama anti penuaan✔ Mengembalikan keremajaan kulit - Kaya dengan antioksidan dan Vitamin C demi mengembalikan sumber dan mineral yang diperlukan oleh kulit✔ Membekalkan Kelembapan Kulit - Membekalkan kelembapan yang diperlukan dengan daya penghidratan yang tinggi agar kulit kekal lembap sekaligus memberi efek kilauan pada wajah

LAMEEYS Colla-genic Dengan Jus Delima ni didatangkan dalam bentuk sachet dan dalam satu kotak ni ada 15 sachet. Apa yang menariknya kita dah tak perlu nak bancuh tau, hanya perlu koyakkan sachet dan boleh terus diminum. Jadi mudah la nak minum di mana sahaja dan saiz setiap sachet tu pun kecil sahaja. Boleh la selit dalam handbag. Ye la, mana la tau tak sempat nak makan kat rumah kan. Boleh la bawa sekali jika kena keluar. 

Haish macam ni la bila dah tua-tua ni baru la nak sibuk jaga kecantikan kan. Kalau la dulu-dulu ada produk sebegini kan best. Untung tau orang-orang muda sekarang sebab banyak pendedahan dan penghasilan produk yang best macam LAMEEYS Colla-genic Dengan Jus Delima ni. Sangat disyorkan untuk :
✔ Usia 20 tahun ke atas✔ Berhadapan komputer untuk waktu yang lama✔ Berada di persekitaran berhawa dingin✔ Gaya hidup tidak sihat atau diet yang buruk✔ Terdedah kepada cahaya matahari✔ Lewat tidur akibat kerja atau belajar✔ Pengambilan gula yang tinggi✔ Peminum kafein tegar✔ Kerap mengembara
Jadi tak nak ketinggalan, sis pun start consume LAMEEYS Colla-genic Dengan Jus Delima ni. Mesti korang nak tau macam mana rasa dia kan. Apa yang sis boleh katakan rasa dia sedap ye. InshaAllah, nanti lepas dah consume sis akan kongsikan dengan uols lebih detail dari segi rasa dan kesan terhadap sis. Yes, sis akan bagi testimoni sendiri tau. Jadi nantikan review sis akan datang yee.


So, bagi uols yang tengah mencari-cari produk untuk kecantikan dan kesihatan dengan 100% bahan semula jadi, diperakui HALAL dan selamat dimakan boleh dapatkan produk ni sekarang tau. Berikut harga pengenalan bagi LAMEEYS Colla-genic Dengan Jus Delima

Harga pengenalan = RM108 sekotakBeli 2 kotak = RM188Harga Runcit Biasa = RM120 sekotakProduk ini kini boleh didapati di www.lameeys.com.my
Sempena Hari Raya Haji yang bakal tiba, LAMEEYS juga ada membuat promosi istimewa Hari Raya Haji di platform Lazada dan Shopee tau. Fuh, berbaloi weiii. Time ni la kena grab peluang untuk mendapatkan LAMEEYS Colla-genic Dengan Jus Delima pada harga yang murah. Jangan lupa dapatkan sekarang tau. Boleh refer harga promosi di bawah : 
[PROMO RAYA HAJI]Beli 2 Kotak RM188 (Harga Biasa: RM 240)LEBIH JIMAT dengan BAUCAR RM30 Shopee atau Lazada*Bermakna hanya RM158 untuk 2 kotak
*Tertakluk terma & syarat
SHOPEE - LAMEEYS_MY, Online Shop | Shopee MalaysiaLAZADA - LAMEEYS | Lazada MY




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dikbee.com/2021/07/lameeys-colla-genic-dengan-jus-delima.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minuman Botani Lameeys Colla Genic With Pomegranate

Minuman Botani Lameeys Colla Genic With Pomegranate

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 420 hits
Minuman Botani LAMEEYS Colla genic With Pomegranate Assalammualaikum semua Dah lama tak berkongsi cerita tentang minuman kesihatan berasaskan botani Kebiasaannya minuman botani mesti dalam botol yang besar dan perlu diamalkan dengan menggun...
Anugerah Guardian 2021 Kembali Jom Undi Jenama Kesihatan Dan Kecantikan Kegemaran Dan Rm 50 000 Untuk Dimenangi

Anugerah Guardian 2021 Kembali Jom Undi Jenama Kesihatan Dan Kecantikan Kegemaran Dan Rm 50 000 Untuk Dimenangi

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 316 hits
Anugerah Guardian 2021 Kembali Jom Undi Jenama Kesihatan Dan Kecantikan Kegemaran Dan RM 50 000 Untuk Dimenangi Assalammualaikum semua Anugerah Guardian kembali lagi untuk tahun ke 20 Ini adalah di antara anugerah yang paling Ruby nantikan ...
Mixberry Yogurt Qhita Beauty Bantu Mencantikkan Kulit Dan Meningkatkan Tahap Kesihatan

Mixberry Yogurt Qhita Beauty Bantu Mencantikkan Kulit Dan Meningkatkan Tahap Kesihatan

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 355 hits
Kakak tak tau tapi pada pendapat kakak musim musim kita terpaksa duduk rumah ni selain masak makan tidur dan manfaatkan masa dengan keluarga Masa ni lah kita nak jaga dan baikpulih semula tahap kesihatan dan kecantikan Kan Selain menjaga ke...
Isu Kakitangan Kesihatan Kontrak Dijangka Selesai Rabu Ini

Isu Kakitangan Kesihatan Kontrak Dijangka Selesai Rabu Ini

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 273 hits
Oleh Gambar hiasan Foto fail NSTP KUALA LUMPUR Polemik petugas kesihatan kontrak diyakini dapat diselesaikan secara harmoni menerusi mesyuarat Kabinet Rabu ini Pengerusi Bahagian Pelatih Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan di Persatuan Pe...
Mudah Betul Monitor Kesihatan Di Rumah Dengan Medisana

Mudah Betul Monitor Kesihatan Di Rumah Dengan Medisana

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 421 hits
Assalamualaikum apa khabar korang BBL rasa sekarang mostly dari kita duduk di rumah sejak pandemik Covid 19 kan Saya sendiri dah hampir 6 bulan kerja dari rumah dalam usaha kita nak putuskan rantaian virus tak nampak di mata ni Compare deng...
Langsung Sidang Media Khas Menteri Kesihatan 13 Julai 2021

Langsung Sidang Media Khas Menteri Kesihatan 13 Julai 2021

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 287 hits
Ikuti sekarang sidang media khas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba bersama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berhubung perkembangan terkini jangkitan COVID 19 serta usaha yang digerakkan KKM dalam Pe...
Black Garlic Dan Manfaatnya Kepada Kesihatan

Black Garlic Dan Manfaatnya Kepada Kesihatan

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 354 hits
Baru baru ini aku membeli bawang hitam sebagai suka suka untuk mencuba Wau bila aku kupas ja bawang hitam ni teruja juga la nak sumbat kedalam mulut Ok dibawah ini aku kongsikan serba sedikit kisah bawang hitam ni Jom baca lembut dan kenyal...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat