Anugerah Guardian 2021 Kembali Jom Undi Jenama Kesihatan Dan Kecantikan Kegemaran Dan Rm 50 000 Untuk Dimenangi



Anugerah Guardian 2021 Kembali! Jom Undi Jenama Kesihatan Dan Kecantikan Kegemaran Dan RM 50,000 Untuk Dimenangi!. | Assalammualaikum semua! Anugerah Guardian kembali lagi untuk tahun ke 20. Ini adalah di antara anugerah yang paling Ruby nantikan. Sebab ia dilaksanakan gilang gemilang setiap tahun. Apabila Pandemik COVID-19 berlaku, terus teringat majlis Anugerah Guardian yang pernah Ruby hadir sebelum ini. Berdebar-debar semasa menanti pengumuman. Malah bersorak gembira apabil jenama kegemaran menang. Sekarang, Anugerah Guardian untuk tahun 2021 akan diadakan secara digital. Ruby harap, kita demua terus menyokong dan mengambil bahagian dalam mengundi. Jadi pengundi juga dapat e-baucar RM 10 dan layak memenangi hadiah. Dapat TV 50 Inci pun dah syok kan. Hahaha. 

Anugerah Guardian 2021 Kembali! Jom Undi Jenama Kesihatan Dan Kecantikan Kegemaran Dan RM 50,000 Untuk Dimenangi!.
Undi Jenama Kesihatan dan Kecantikan kegemaran anda dan rebut peluang memenangi hadiah hebat berjumlah RM50,000. Guardian Malaysia meraih reputasi yang mantap sebagai destinasi utama farmasi, kesihatan dan kecantikan runcit yang dipercayai di Malaysia kerana menyediakan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan terbaik dalam industri kepada pelanggannya. 
Guardian turut terkenal sebagai pakar yang dipercayai dalam kesihatan komuniti menerusi kerja keras pasukan ahli farmasi profesionalnya yang ramai. Reputasi yang dicemburui yang diraih oleh Guardian ini merupakan hasil daripada komitmennya yang sentiasa mengutamakan pelanggan

Anna Ng, Pengarah Pemasaran Jenama, Asia Tenggara, Guardian Health And Beauty berkata: 
“Di Guardian, pelanggan adalah nadi dalam segala usaha yang kami lakukan. Kami mendengar keperluan mereka dan berhati-hati dalam menyampaikan kecantikan yang bersifat sihat serta berpatutan untuk mereka. Kami menyediakan produk keperluan kesihatan dan kecantikan tanpa kompromi dari segi nilai dan kualiti kepada para pelanggan

Kami juga merasakan bahawa pelanggan kami lebih mengetahui dan merupakan pakar dalam menentukan jenama yang sesuai untuk mereka. Itulah tujuan kami mengadakan Anugerah Guardian 2021 - Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan tahun ini

Peraduan penghargaan jenama tahunan yang sangat popular ini benar-benar memberi suara kepada pelanggan kami dalam memilih jenama-jenama Kesihatan dan Kecantikan TERBAIK yang boleh didapati di semua stor Guardian dari perspektif mereka.

Saya yakin bahawa Anugerah Guardian 2021 - Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan akan kekal sebagai anugerah yang paling berprestij dan definitif dalam pasaran hari ini dengan mengambil kira kepelbagaian dan keluasan rangkaian produk, jenama dan kategori yang terlibat. 
Ia memberikan gambaran yang bebas dan adil terhadap jenama yang telah memberi impak paling besar kepada pelanggan. Jenama juga akan mendapat pemahaman yang lebih baik tentang pemilihan jenama yang dibuat oleh pengguna.”
107 Jenama, 410 Produk Dan 75 Anugerah.
Peraduan tersebut akan menyaksikan lebih daripada 107 jenama mengambil bahagian dengan lebih 410 produk bertarung merebut 75 anugerah dalam ENAM kategori utama iaitu; 
✅ Jenama Baru Terbaik ✅ Undian Tertinggi Pilihan Influencer, ✅ Kosmetik✅ Penjagaan Kulit✅ Penjagaan Diri✅ Penjagaan Kesihatan.
Kategori Jenama Baru Terbaik menampilkan jenama-jenama baru dan trend yang baru diperkenalkan kepada Guardian. 
Untuk kategori Undian Tertinggi Pilihan Influencer, Guardian telah menjemput tujuh orang influencer popular di Malaysia, yang menepati profil pelanggan sebenar sebagai pelanggan Guardian, untuk mengundi jenama kesihatan dan kecantikan terbaik pilihan mereka dalam kategori yang mereka minati. 
Sebagai contoh, kami telah menjemput pelakon dan penyanyi popular Izzue Islam (ig: @izzueislam) untuk memilih produk-produk dalam kategori Penjagaan Kesihatan Untuk Lelaki manakala hos dan penyampai radio, Joe Chang (ig: @joe117) pula memilih produk kegemaran beliau dari kategori Penjagaan Diri Untuk Lelaki. 

Untuk produk kategori Penjagaan Peribadi Untuk Wanita, kami telah meminta bintang gaya hidup dan kecantikan di Youtube, Bella Khan (ig: @bellakhann) dan Coco untuk memilih kegemaran mereka. Untuk kategori Penjagaan Kulit Untuk Wanita, kami menjemput Anna Khayalan (ig: @thekhayalan), seorang pengeluar kandungan digital popular dan untuk kategori Solekan Wanita, kami menjemput jurusolek artis profesional Nurul Hazirah (ig: @hazirahhalim) untuk memilih kegemaran beliau. 
Akhir sekali, untuk kategori Penjagaan Kesihatan Untuk Wanita, kami menjemput ratu kecantikan, pencipta kandungan dan ibu kepada seorang anak, Elecher Lee (ig: @elecherlee) untuk memilih produk penjagaan kesihatan wanita terbaik kegemaran beliau. 
Login, Vote & Win!
Pelanggan Guardian boleh menyaksikan video ulasan produk kegemaran mereka oleh influencer di dalam talian di http://awards.guardian.com.my


Penyertaan untuk peraduan ini adalah PERCUMA, pembelian tidak diperlukan dan ia terbuka kepada semua orang yang berusia 18 tahun dan ke atas. Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan yang paling tepat dengan senarai keputusan pemenang keseluruhan Anugerah Guardian 2021 - Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan

Undian dibuka dari sekarang sehingga 27 Julai 2021, dan semua pengundian adalah secara dalam talian. Pelanggan hanya perlu mendaftar di http://awards.guardian.com.my menerusi platform sosial media mereka dan mula mengundi. Had nombor penyertaan juga tidak dikenakan.  

Setelah undian dibuat, setiap pengundi akan menerima e-baucar RM10 yang boleh ditebus di Stor Dalam Talian Guardian dengan perbelanjaan minimum RM100 dalam satu resit sepanjang tempoh peraduan ini berlangsung. 
Hadiah Utama VESPA PRIMAVERA S150.
Semua pelanggan yang mengundi berpeluang memenangi salah satu daripada 63 hadiah berjumlah RM50,000 termasuk sebuah Hadiah Utama iaitu VESPA PRIMAVERA S150.

“Selari dengan peningkatan dalam pembelian dalam talian kerana sekatan PKP, kami percaya lebih ramai pelanggan akan mengundi dalam Anugerah kali ini. Ia pasti menarik untuk mengetahui jenama mana yang paling banyak memberi impak sepanjang persekitaran pandemik. 
Anugerah Guardian 2021 - Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan adalah sebuah platform undian pelanggan yang benar-benar unik yang lebih relevan hari ini kerana Guardian didorong untuk berhubung, berinteraksi dan memahami keperluan gaya hidup, pilihan dan tingkah laku pelanggan yang sentiasa berubah dan berkembang terutamanya dalam tempoh Covid-19 ini

“Jadi kepada semua pelanggan di luar sana, mulalah mengundi untuk menyuarakan pilihan anda dan rebut peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat,” kata Anna

Untuk maklumat lanjut dan syarat penuh Anugerah Guardian 2021 - Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan dan tentang pengundian, sila layari http://awards.guardian.com.my

Tentang Guardian Malaysia   
Guardian Malaysia bermula sebagai sebuah kedai runcit farmaseutikal berkeluasan 200 kaki persegi, yang menyajikan perkhidmatan kepada komuniti ekspatriat 53 tahun lalu. Hari ini, ia merupakan peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit di negara ini, dengan lebih 450 buah stor di seluruh negara, menyediakan pelbagai produk kesihatan, kecantikan dan farmaseutikal yang tiada tandingannya. Rangkaian stor-stor ini menyediakan perkhidmatan kepada lebih 30 juta pelanggan di seluruh Negara

Guardian | Facebook | Instagram 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2021/07/anugerah-guardian-2021-kembali-jom-undi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anugerah Guardian 2021 Kini Kembali

Anugerah Guardian 2021 Kini Kembali

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 321 hits
Hi Korang Guardian Malaysia meraih reputasi yang mantap sebagai destinasi utama farmasi kesihatan dan kecantikan runcit yang dipercayai di Malaysia kerana menyediakan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan terbaik dalam industri kepada pe...
Awani Borneo 19 07 2021 Kluster Tembok Bantuan Bakul Makanan 1 000 Pendaftaran

Awani Borneo 19 07 2021 Kluster Tembok Bantuan Bakul Makanan 1 000 Pendaftaran

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 271 hits
Laporan berita padat dan ringkas dari Kepulauan Borneo bersama Nickyson Nyambar membawakan tumpuan berikut Tumpuan AWANIBorneo 19 Julai 2021 Sabah terus catat kes positif COVID 19 lebih 600 kes untuk tiga hari berturut turut Belia Sandakan ...
Alasan Pemerintah Kembali Beri Bantuan Gaji Rp500 000 Per Bulan

Alasan Pemerintah Kembali Beri Bantuan Gaji Rp500 000 Per Bulan

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 393 hits
Menteri Ketenagakerjaan Ida Fauziyah mengatakan alasan pemerintah memberikan bantuan tersebut dalam rangka memberi bantalan kepada masyarakat akibat adanya penurunan aktivitas selama Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat level 4
Tiada Usul Undi Tidak Percaya Ph Beri Amaran Keras Buka Ruang Perbahasan Oleh Fazli Radzi July 18 2021

Tiada Usul Undi Tidak Percaya Ph Beri Amaran Keras Buka Ruang Perbahasan Oleh Fazli Radzi July 18 2021

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 248 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan memberi amaran keras kepada kerajaan PerikatanNasional agar menghentikan pencabulan institusi demokrasi negara yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Menurut kenyataan bersama PKR AMANAH dan DAP ha...
Bitcoin Kembali Diniagakan Di Atas Paras 30 000

Bitcoin Kembali Diniagakan Di Atas Paras 30 000

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 211 hits
Bitcoin kembali diniagakan di sekitar paras 30 000 setelah Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk membincangkan pandangannya semasa persidangan B word yang dihoskan oleh Crypto Council for Innovation Musk mengatakan bahawa mereka berkemung...
Awani Borneo 09 07 2021 Jamin Jpbn Sarawak Petugas Kesihatan Sukarelawan

Awani Borneo 09 07 2021 Jamin Jpbn Sarawak Petugas Kesihatan Sukarelawan

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 336 hits
Laporan berita padat dan ringkas dari Kepulauan Borneo bersama Assim Hassan membawakan tumpuan berikut Tumpuan AWANIBorneo 9 Julai 2021 Varian Delta di Sarawak terkawal Keselamatan pusat pemberian vaksin di Sarawak dipertingkatkan
Lameeys Colla Genic Dengan Jus Delima Untuk Kecantikan Penghidaratan Tambahan Dan Kesihatan

Lameeys Colla Genic Dengan Jus Delima Untuk Kecantikan Penghidaratan Tambahan Dan Kesihatan

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 273 hits
LAMEEYS Colla genic Dengan Jus Delima Untuk Kecantikan Penghidaratan Tambahan dan Kesihatan Assalamualaikum semua Sape sini yang nak cantik Haishh soalan ape la yang sis merepek ni Dah tentu tentu la semua nak cantik kan Rata rata para wani...
Langsung Sidang Media Khas Menteri Kesihatan 13 Julai 2021

Langsung Sidang Media Khas Menteri Kesihatan 13 Julai 2021

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 287 hits
Ikuti sekarang sidang media khas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba bersama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berhubung perkembangan terkini jangkitan COVID 19 serta usaha yang digerakkan KKM dalam Pe...
5796 Program Infaq Rezeki Ppim Bantu 100 000 Golongan Terjejas Bernama Tv 16 07 2021

5796 Program Infaq Rezeki Ppim Bantu 100 000 Golongan Terjejas Bernama Tv 16 07 2021

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 373 hits
Kira kira 100 000 golongan memerlukan menerima kotak makanan menerusi Program Infaq Rezeki anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM bersama Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ Program yang bermula sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergera...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat