Mudah Betul Monitor Kesihatan Di Rumah Dengan Medisana
Assalamualaikum & apa khabar korang..
BBL rasa sekarang mostly dari kita duduk di rumah sejak pandemik Covid-19 kan. Saya sendiri dah hampir 6 bulan kerja dari rumah dalam usaha kita nak putuskan rantaian virus tak nampak di mata ni. Compare dengan cara hidup tahun 2019 mungkin agak aktif boleh pergi ke sana, sini tanpa perlu risau apa-apa, tapi sejak mengamalkan norma hidup baru menyebabkan rasa takut nak keluar rumah tanpa urusan mustahak.
Walaupun duduk rumah tak semestinya kena duduk tengok Netflix sambil makan je. Kena jugak exercise walaupun dalam area kawasan rumah. Cuma tu la, risau pulak soal kesihatan tubuh badan bila asyik buat rutin makan minum, tengok tv, siapkan kerja depan komputer.. silap hari bulan dapat penyakit lain. Betul tak
Sebab tu la kita masih perlu monitor tahap kesihatan di rumah. Faham takut nak pergi klinik, hospital dah full appointment & ada setengah temujanji doktor kena tunda sebab faktor-faktor tertentu. Tak boleh harap bantuan nurse atau doktor nak monitor tubuh badan sendiri kan. Apa yang mudah diri sendiri pantau tahap kesihatan seperti cara pemakanan yang sihat, diet makanan yang betul & exercise keluarkan peluh buat kerja bersih rumah demi memastikan tubuh mendapat kalori & nutrisi secukup bagi kekal cergas, sihat serta bertenaga setiap hari.
Selain tu, sangat penting rutin check tahap kesihatan seperti tekanan darah, kadar dengupan jantung, suhu badan & tahap oksigen dalam darah. Terutama bagi family yang ada ahli keluarga dengan masalah kesihatan seperti kencing manis, pesakit jantung, mak ayah yang berusia mahupun sesiapa yang nak monitor perkembangan kesihatan dengan mudah kat rumah.
Semua ni boleh buat sendiri je sebenarnya. Off rekod kalu anda nak tahu, tak perlu pakai alat mahal-mahal atau advance macam kat hospital tu - senang cerita BBL guna Medisana Pulse Oximeter yang boleh monitor tahap oksigen dalam darah & juga dengupan jantung. Harga pun rasanya mampu milik setiap keluarga. Yang ni BBL beli harga RM299 + 3 tahun warranty tau.
Minggu lepas BBL attend live sharing bersama Dr Wong Teck Wee - seorang doktor pakar Kardiologi di Hospital Serdang. Sesi bual bicara dengan Dr Wong yang berpengalaman 15 tahun bidang perubatan & saranan beliau supaya kita sendiri melakukan monitor tahap kesihatan dirumah sangat penting supaya pencegahan dapat dikesan awal selain memudahkan kita tahu tahap kondisi tubuh badan setiap hari.
Banyak input baru saya dapat sepanjang sesi sharing dengan Dr Wong terutama cara penjagaan diri bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga dengan masalah jantung, kencing manis & beberapa lagi penyakit kronik yang sebenarnya kita tahu untuk pantau tahap kesihatan sesorang pesakit tanpa perlu bantuan doktor. Melainkan keadaan teruk, tu kena terus ke hospital terdekat la. At least kita sebagai seorang anak boleh take action sebelum keadaan bertambah parah. Betul tak saya cakap?
Macam BBL sebut tadi, produk Medisana bukan terhad satu je tau. Ada pelbagai lagi variasi produk penjagaan kesihatan yang anda boleh miliki untuk mematau tahap kesihatan diri sendiri atau orang tersayang di rumah atau pejabat. Contohnya alat blood Glucose monitor, blood pressure monitor, thermometer, weighing scale, pain therapy device serta inhaler.
Blood Glucose Monitor
Blood Pressure Monitor
Body Scale
Thermometer
Apa BBL perasan produk Medisana agak unik & mudah untuk digunakan sebba hanya guna bateri je. Tak perlu nak plug in & mudah untuk bawak travel ke mana jua. So kita tetap boleh tahu status kesihatan tanpa perlu risau nak cari plug bila kat kawasan luar rumah, sebagai contoh dalam kereta.
Jika nak tahu, Medisana adalah jenama berasal dari negera Jerman. Dengan teknologi perubatan negara maju, kini sesiap sahaja boleh milik alat pemantaun sendiri di rumah tanpa perlu membayar harga mahal & paling penting setiap bacaan produk Medisana boleh dipercayai ketepatannya.
Sekarang ni zaman semua boleh beli online kan, produk Medisana terjual secara online dalam portal shopping popular Shopee & Lazada. Tak payah susah-susah pergi beli kat farmasi luar. Duduk rumah, order online je nanti abang posmen hantar depan pintu. Boleh jugak beli untuk mak ayah kat kampung supaya dorang mudah nak monitor sendiri di rumah. Klik link bawah kalu anda nak beli secara online.
Medisana Offcial Store - Shopee | Lazada
Oh ya, nak maklumat lanjut boleh buka website Medisana okay.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://budakbandunglaici.blogspot.com/2021/07/mudah-betul-monitor-kesihatan-di-rumah.html