Isu Kakitangan Kesihatan Kontrak Dijangka Selesai Rabu Ini


Oleh Luqman Arif Abdul Karim Gambar hiasan. - Foto fail NSTP KUALA LUMPUR: Polemik petugas kesihatan kontrak diyakini dapat diselesaikan secara harmoni menerusi mesyuarat Kabinet, Rabu ini.
Pengerusi Bahagian Pelatih, Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan (SCHOMOS) di Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Vijay Ganasan, menaruh keyakinan sedemikian selepas mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Kewangan (MOF), masing-masing pada Isnin lalu serta 25 Jun lalu.
Beliau berkata, inti pati perbincangan bersama dua kementerian itu antara lain menyaksikan kerajaan prihatin terhadap nasib lebih 23,000 kakitangan kesihatan kontrak di negara ini, sejak skim berkenaan dilaksanakan pada Disember 2016.
"Perbincangan dengan KKM dan MOF tempoh hari sangat baik, berbanding yang pernah diadakan sebelum ini.
"Justeru, kita kekal optimis bahawa akan ada berita baik berhubung isu kakitangan kesihatan kontrak selepas mesyuarat Kabinet, Rabu ini," katanya pada sidang media secara dalam talian, hari ini.
Selain rangka penyelesaian yang bakal diumumkan selepas mesyuarat Kabinet, Rabu ini, Dr Vijay berkata, isu skim kakitangan kesihatan secara kontrak sewajarnya dibentangkan untuk diperhalusi pada sidang Parlimen, hujung bulan ini.
Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai pendekatan terbaik bagi memastikan kualiti dan kelestarian perkhidmatan kesihatan tidak terjejs, meskipun negara dilanda pandemik seperti COVID-19.
"Kita setuju bahawa pengambilan jawatan tetap perlu dibuat bersandarkan merit, memandangkan kebolehlaksanaan pelantikan secara automatik memang tidak mempunyai asas walaupun bagus.
"Bagaimanapun, kita minta supaya kerajaan memperincikan merit atau kriteria yang jelas bagi melayakkan seseorang kakitangan kontrak dilantik ke jawatan tetap.
"Ini bagi memastikan setiap kakitangan kesihatan kontrak mempunyai hala tuju dan tahu prasyarat yang perlu dipenuhi sebelum mereka berupaya dilantik ke jawatan tetap," katanya.
Mengenai gerakan 'kod hitam', Dr Vijay menjelaskan, ia bukan isyarat untuk melancarkan mogok dalam kalangan petugas perkhidmatan kesihatan, sebaliknya sekadar tanda solidariti berhubung isu kakitangan kontrak.
Berdasarkan pemantauan, beliau berkata, lebih 15,000 kakitangan kesihatan tetap dan kontrak menunjukkan solidariti dengan mengenakan pemakaian hitam, sama ada secara fizikal atau menerusi media sosial.
Sementara itu, Presiden MMA, Prof Datuk Dr M Subramaniam, pula menjelaskan pihaknya tidak menyokong sebarang gerakan mogok dalam kalangan petugas kesihatan atau cuba menentang kerajaan dan pentadbiran negara.
Sebaliknya, beliau berkata, perjuangan berhubung isu kakitangan kesihatan kontrak ialah demi memastikan manfaat rakyat untuk mendapatkan rawatan di hospital, klinik dan kemudahan berkaitan tidak terjejas.
"Saya memang optimis mengenai penyelesaian yang bakal diutarakan kerajaan Rabu ini kerana kita mahukan sistem perkhidmatan kesihatan yang dapat berfungsi dengan baik ketika negara dilanda pandemik COVID-19," katanya

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/isu-kakitangan-kesihatan-kontrak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persatuan Anak Raub Tolak Pelantikan Chong Sin Woon Untuk Selesai Isu Kebun Haram

Persatuan Anak Raub Tolak Pelantikan Chong Sin Woon Untuk Selesai Isu Kebun Haram

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 278 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Anak Raub menolak sekeras kerasnya pelantikan Chong Sin Woon yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas MCA mengenai isu tanah haram musang king Hal ini jelas kerana tindakan tindakan yang dibuat oleh Sin Woon ...
Isu Doktor Kontrak Dibawa Ke Kabinet Kkm

Isu Doktor Kontrak Dibawa Ke Kabinet Kkm

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 202 hits
Tunggu keputusan jemaah menteri setelah kertas kerja siap Dr Adham Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba PUTRAJAYA Isu pegawai perubatan kontrak yang belum diserap ke jawatan tetap akan dibawa ke Mesyuarat Kabinet kata Menteri Kesihata...
Apakah Muhyiddin Akan Berundur Atas Isu Kesihatan Siapa Pengganti

Apakah Muhyiddin Akan Berundur Atas Isu Kesihatan Siapa Pengganti

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 260 hits
Isu terbaik untuk berundur Ismail Sabri antara yang disebut sebut calon pengganti Walaupun bukan satu jaminan kerajaan yang lebih baik selepas itu masih di status wait and see
5803 Zamsaham Kesal Isu Eka Noodles Belum Selesai Desak Egm Dibuat Bulan Depan Malakat Tribune 16 07 2021

5803 Zamsaham Kesal Isu Eka Noodles Belum Selesai Desak Egm Dibuat Bulan Depan Malakat Tribune 16 07 2021

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 446 hits
CYBERJAYA Salah seorang pemegang saham terbesar dalam syarikat bihun terkenal EKA Noodles Bhd Norizam Tukiman mendesak supaya satu mesyuarat agung luar biasa diadakan segera pada bulan depan bagi menyingkirkan pengarah sedia ada dan diganti...
Doktor Kontrak Perlu Bersyukur Graduan Lain Sengsara

Doktor Kontrak Perlu Bersyukur Graduan Lain Sengsara

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 249 hits
Doktor kontrak perlu bersyukur graduan lain sengsara NASIB seorang graduan perakaunan seperti saya beginilah selepas terima skrol tiada kerja tersedia Terpaksa cari di sana sini siang dan malam Berbeza betul dengan kawan kawan graduan perub...
Habis Rm1 Juta Kerja Doktor Lima Tahun Tapi Masih Kontrak

Habis Rm1 Juta Kerja Doktor Lima Tahun Tapi Masih Kontrak

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 344 hits
Habis RM1 juta kerja doktor lima tahun tapi masih kontrak Doktor kontrak dalam kalangan anak Felda yang membabitkan kira kira 3 000 orang daripada 23 000 doktor kontrak di negara ini kecewa dengan skim perjawatan mereka yang masih terumbang...
Lama Menghilang Potret Terbaru Wiwid Gunawan Kawin Kontrak Bikin Gak Kedip

Lama Menghilang Potret Terbaru Wiwid Gunawan Kawin Kontrak Bikin Gak Kedip

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 334 hits
Masih ingat dengan Rujuniarti Sapta Pertiwi Gunawan atau lebih dikenal dengan Wiwid Gunawan Pemain film Kawin Kontrak sudah lama tak aktif di dunia hiburan Lama menghilang penampilan terbarunya kian memesona
Sabah Dijangka Terima 2 2 Juta Dos Vaksin Pada Julai Ogos Hajiji

Sabah Dijangka Terima 2 2 Juta Dos Vaksin Pada Julai Ogos Hajiji

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 320 hits
195 Pusat Pemberian Vaksin telah diwujudkan RANAU 8 Julai Sabah dijangka menerima 2 2 juta lagi dos vaksin daripada kerajaan Persekutuan pada bulan ini dan awal Ogos depan dalam usaha mempercepatkan proses vaksinasi rakyat menerusi Program ...
Kkm Perlu Serap 23 000 Pegawai Perubatan Kontrak Sebagai Pekerja Tetap

Kkm Perlu Serap 23 000 Pegawai Perubatan Kontrak Sebagai Pekerja Tetap

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 200 hits
Dr Michael Teo memberikan beberapa sebab mengapa kerajaan Perikatan Nasional perlu segera menangani masalah status kontrak pegawai perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia Naib Presiden KEADILAN itu berkata sistem kesihatan hanya dapat b...
13 Jenis Serunding Premium Pelbagai Perisa

Lirik Lagu Purnama Aeydan

Spm Ke Mana Lebihan Makanan Di Bazar Ramadan Berita Rtm 13 03 2025

Resipi Biskut Semperit Coklat Sedap Mudah Boleh Buat Untuk Raya

Europe S Largest Aquarium Installed In London Office Practical Fishkeeping

Kerja Kosong Di Dbp Dewan Bahasa Dan Pustaka Tahun 2025

Adakah Minuman Zero Sugar Bermaksud Tiada Gula Dan Bagus Untuk Diet

Pengalaman Berbuka Puasa Di Restoran Bara Stulang Jb


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Change

Lirik Lagu Dato Sri Siti Nurhaliza Raya Nak Ke Mana

Life Happens Okay

Cabaran Seorang Guru Baru Posting

Pertahanan Sabah Fk Kacukan Sepanyol Dalam Radar Harimau Malaya

Care Much