Laksa Utara Sedap Menggunakan Periuk Noxxa





Assalamualaikum semua. Hari ini kita telah pun berada pada 1 Zulhijjah di mana 10 hari awal Zulhijjah adalah amat disukai Allah. Jika Ramadhan, malam adalah lebih baik tapi Zulhijjah adalah lebih baik siang harinya. Sebelum tu, jangan lupa klik iklan ya g keluar di atas blog saya ni tau. Terima kasih buat semua. 
Bulan ini terhimpun semua ibadah seperti Haji, umrah, korban, puasa, sedekah, zikir dan solat solat sunat. Jika mampu berpuasa, puasalah pada hari hari 10 awal Zulhijjah, jika tidak puasa pada hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah. Hari di mana Allah menjanjikan ganjaran penghapusan dosa selama 2 tahun. Alangkah rugi jika tidak mengambil peluang ini. 
Walaupun hari ini adalah hari menyedihkan buat saya, namun saya gembira kerana 4 pasangan sahabat kami sedang mengerjakan ibadah di Tanah Suci. Saya seorang yang tidak mudah menyerah kalah dan akan berusaha sedaya mungkin. 
Sehingga ke saat akhir, saya masih cuba mencari jalan keluar kepada permasalahan yang dihadapi. Namun akhirnya saya redha, jika ini lah takdirnya. Mungkin ada suatu yang lebih besar menanti kami. Saya yakin dengan hikmah di sebalik ujian bagi mereka yang sabar dan menerima ujian dengan redha. 
Berbalik pada sahabat saya, mudah mudahan mereka semua dan jemaah yang lain semuanya yang mengerjakan Haji pada tahun ini dikurniakan Haji yang mabrur, yang tiada baginya melainkan syurga. Seperti bayi yang baru lahir, disukai dan disayangi ramai orang yang melihatnya. Semalam kami menghantar mereka di KLIA, gembira dan sedih. Gembira melihat berseri seri wajah besan kami dengan berpakaian putih yang suci bersih. 

Sempena keberangkatan mereka, kami sepakat untuk berkumpul di rumah kami sebagai meraikan keberangkatan mereka ke Tanah Suci.OK jom kita masuk pula bab masakan. Saya belajar resipi laksa ni dah berpuluh tahun lamanya. Belajar dari kawan baik saya yang berasal dari Perlis. 
Laksa utara saya hari ini pertama kali saya menyediakannya dengan menggunakan periuk Noxxa dari mula merebus ikan, merebus laksa dan merebus telur. Kalau nak memasak kuah laksa dalam ni pun boleh, cuma ianya tak cukup besar kalau untuk dimasak dalam kuantiti yang banyak. 

Saya menyediakan laksa utara di samping kuih muih. Alhamdulillah kerana sahabat sahabat yang mengunjungi rumah kami suka dengan laksa yang saya sediakan hari ini. 
Suami dan anak menantu juga memuji dan mengatakan ianya sedap sekali. Kalau Nana memang payah sekali nak memuji masakan saya terutama masakan tradisional seperti ini. Tapi kali ini dia pun mengatakan sedap. Nana siap makan lagi selepas balik kerja keesokannya. 
Memang untuk laksa, lagi lama dimasak dan dibiarkan, akan jadi lebih sedap dan sebati rasanya. Kalau ada lebihan, boleh masukkan dalam bekas bekas dan disimpan di dalam freezer. Rasa nak makan, tinggal dipanaskan sahaja. 
Ulam ulaman untuk laksa ni terpulang pada masing masing. Ada yang suka daun selom. Jika suka pedas, boleh hiris cili padi. Jika suka juga, boleh sediakan petis udang. Saya guna yang mana ada di kedai sahaja. Susah nak cari daun selom di kedai runcit biasa. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….

Laksa UtaraOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:2 kg ikan - buang kepala dan siripSedikit garam
Masukkan dalam periuk Noxxa dan telan setting MEAT selama 45-50 minit. Cukup masa, keluarkan ikan dan terus kisar sekali dengan tulang. Tuang ke dalam periuk. 
Tambah air rebusan ikan dan air biasa sehingga mencukupi. Masak sehingga mendidih.

Bahan kisar:2 biji bawang besar merah7 biji bawang merah1 ibu jari belacan - tak letak½ senduk cili kisar - 5-6 sudu besar
Bahan lain:15-20 keping asam keping3 bunga kantan - belah 41 ikat daun kesumGaram secukupnya
Tuang bahan kisar ke dalam periuk dan masukkan  asam keping dan garam. Masak atas api sederhana sehingga benar benar masak. Akhir sekali, masukkan bunga kantan dan daun kesum. 



Nota:Biarkan kuah laksa semalaman. Sebelum makan, kuah laksa akan jadi lebih sedap jika dibiarkan semalaman. 
Jika mahu simpan lebih dari sehari, pastikan anda mendidihkan kuah setiap hari untuk mengelakkan kuah dari basi.

Rebus laksa keringMasukkan air paras laksa ke dalam periuk Noxxa. Tak perlu rendam. Tekan setting Manual 8 minit. Setelah cukup masa, biarkan selama 30 minit lagi, baru dibuka. Angkat dan masukkan dalam air dan bilas. Tos dan sedia untuk dihidangkan. 
Nota: saya guna laksa kering jenama EKA. 

Rebus telurMasukkan tisu dapur ke dalam periuk Noxxa dan susun telur dan tuang air setengah cawan. Pusing tombol pada pressure. Tekan setting manual 3 minit. Lepas masak, keluarkan telur dan rendam dalam air bagi memudahkan untuk dikupas kulit.



Bahan hiasan
Telur rebus - belah 2
Timun - hiris panjang
Salad/daun selom - hiris
Bawang besar - hiris
Cili hidup/cili padi - hiris
Limau kasturi - belah 2









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2024/06/laksa-utara-menggunakan-periuk-noxxa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Singgah Hi Tea Di Ah Cheng Laksa Pekena Rojak Buah Sedap

Singgah Hi Tea Di Ah Cheng Laksa Pekena Rojak Buah Sedap

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 176 hits
Bulan lepas kami ke Sungei Wang Plaza lagi untuk perbaiki cermin mata habibi yang tertanggal dan KC Iman pun ambil kesempatan untuk repair cermai mata yang terkeluar talinya Kali ni bukan hanya bertiga tapi berlima Paling keesian CikCha yan...
Sarapan Roti Canai Garing Yang Sedap

Sarapan Roti Canai Garing Yang Sedap

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 334 hits
Sarapan Roti Canai Garing Yang Sedap Pagi sabtu yang santai Hujan turun renyai renyai membuatkan perut lapar Panaskan air buat kopi O tanpa gula Semwntara tunggu air suam kita tengok pokok pokok bunga depan rumah Ada tanah sekangkang kera c...
Tiga Resepi Sos Mudah Dan Sedap Untuk Buat Jualan Sandwich

Tiga Resepi Sos Mudah Dan Sedap Untuk Buat Jualan Sandwich

papar berkaitan - pada 29/5/2024 - jumlah : 194 hits
Assalamualaikum Tiga Resepi Sos Mudah dan Sedap Untuk Buat Jualan Sandwich Kali ini saya ingin kongsikan resepi sos buat sandwich yang ramai tak tahu Kita ingat bila buat inti sandwich kat rumah tu letak mayonis dan sapu butter dah paling s...
Sedap Ke Air Minuman White Coffee Aik Cheong

Sedap Ke Air Minuman White Coffee Aik Cheong

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 306 hits
Assalamualaikum Aik Cheong White Coffee Akhirnya sampai jugak parcel White coffee Aik Cheong ke rumah Macam biasa bila guna penghantaran Cash On Delivery ada masa lupa nak sediakan duit siap siap Tambah lagi bila kita bekerja atau tiada di ...
Cara Mudah Buat Sambal Hijo Dengan Lobak Asin Yang Sangat Sedap Dan Jimat Kos

Cara Mudah Buat Sambal Hijo Dengan Lobak Asin Yang Sangat Sedap Dan Jimat Kos

papar berkaitan - pada 8/6/2024 - jumlah : 292 hits
Assalamualaikum Cara Mudah Buat Sambal Hijo Dengan Lobak Asin Yang Sedap dan Jimat Kos Wah Lama jugak saya tak share resepi masak masak saya kat rumah kan Saya masak je setiap hari Tapi tulah Kadang mood tak berapa rajin nak upload gambar d...
Resepi Rendang Konfirm Sedap 587k Share Jom Cuba

Resepi Rendang Konfirm Sedap 587k Share Jom Cuba

papar berkaitan - pada 8/6/2024 - jumlah : 344 hits
Inilah rendang saya yang telah mendapat 587k share Katanya sangat sedap Dalam resepi masakan sudu bererti sudu besar dan kalau sudu kecil barulah akan disbut sudu kecil Inilah resepi saya untuk cicah ketupat dan lemang RENDANG AYAM ini sang...
Kari Ikan Tenggiri Resepi Sedap Ala Restoran Mamak

Kari Ikan Tenggiri Resepi Sedap Ala Restoran Mamak

papar berkaitan - pada 29/5/2024 - jumlah : 269 hits
Assalamualaikum Kari Ikan Tenggiri Resepi Sedap Ala Restoran Mamak Haih Lama betul den tak kongsi resepi atau cara masak masak yang mudah kat korang kan Sebenarnya ramai jugak yang bertanya dan berharap harap supaya saya kongsikan lagi rese...
Makan Western Sedap Di Smoke Bamboo Bistro

Makan Western Sedap Di Smoke Bamboo Bistro

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 304 hits
Makan Western Sedap di Smoke Bamboo Bistro Pada peminat makanan western korang kena singgah di sini kalau korang datang Kulim Akak jarang jarang dapat tempat best untuk makan western ni di Kulim tapi kali ni kami dah jumpa Smoke Bamboo Bist...
10 Tips Cara Menggunakan Vacuum Cleaner Yang Efektif Agar Tahan Lama

10 Tips Cara Menggunakan Vacuum Cleaner Yang Efektif Agar Tahan Lama

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 340 hits
Vacuum cleaner adalah peralatan rumah yang sangat membantu dalam menjaga kebersihan rumah Untuk memastikan vacuum cleaner berfungsi dengan optimum dan tahan lama berikut adalah beberapa tips dan cara penggunaannya yang efektif 1 Pilih Vacuu...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa