Makan Western Sedap Di Smoke Bamboo Bistro
Makan Western Sedap di Smoke Bamboo Bistro. Pada peminat makanan western, korang kena singgah di sini kalau korang datang Kulim. Akak jarang-jarang dapat tempat best untuk makan western ni di Kulim, tapi kali ni kami dah jumpa. Smoke Bamboo Bistro ni terletak betul-betul dalam pekan Kulim, di deretan rumah kedai berhadapan dengan foodcourt pekan Kulim. Kami jumpa secara tak sengaja, ada yang review di TikTok. Kami jarang-jarang nak cuba kedai-kedai makan viral ni sebab dah beberapa terkena - tak kena dengan citarasa. Ini bukan review berbayar yer, ini review sebab suka.
Makan Western Di Smoke Bamboo BistroApa yang menarik di sini? Setakat ini kami dah cuba, salad, chicken chop, lamb chop dan nasi goreng. Ruang kedai tidaklah terlalu luas. Bistro ini ada dua tingkat tapi akak tak pasti samada tingkat atas digunakan untuk pakej booking atau boleh juga untuk walk in.
Antara menu utama yang terdapat di sini. Nanti nak cuba mix grilled plater tu pulak. Nampak macam menarik
Interior dalam kedai ni simple saja. Tak nampak serabut dan korang boleh makan dengan tenang walaupun lokasinya tepi jalan besar
Pertama kali ke sini, kami order salad ni. Nampak biasa-biasa tapi rasanya lain daripada biasa. Potongan salad, tomato, sedikit bawang dan nachos disertai dengan rasa masa oren. Portion untuk satu order, banyak yer...makan ni saja pun kenyang
Lambchop dengan harga RM24.90 ini ada 2-3 kepingan daging, kentang putar, salad dan limpahan kuah blackpepper. Portion ini juga besar sesuai dengan harga
Seterusnya, kalau ada anak-anak, dah tentu menu chicken chop ini tidak boleh diketepikan. Satu hidangan dengan harga RM20.90 ada salad dan kentang putar. Kali ni kami minta kuah mushroom. Portion ayamnya juga besar
Nasi goreng ibunda, pun sedap juga. En Hubby order ni semasa kali kedua ke sini. ada udang dan sotong serta kepingan keropok dan salad. Sepinggan ni harganya RM14.90. Biasanya sepinggan nasi akak akan kongsi berdua dengan en hubby. Akak order lamb chop, makan berdua juga. Maka jadilah nasi goreng ber'lamb chop'.
Minuman pula, ikutlah nak minum apa. Ada pelbagai pilihan minuman. Harga untuk 3 orang makan lebih kurang RM70 - makanan dan minuman. Okaylah sebab portion yang agak besar dan rasanya sedap. Tak ada complaint pun. Harap tuanpunya bistro ini akan kekalkan hidangan yang macam ni.
Cara pembayaran juga mudah, boleh bayar dengan cash atau guna QR code. Kalau korang nak cari port makan western sedap di Kulim, korang boleh cuba singgah di sini. Tutup hari Ahad dan mungkin juga cuti umum. Hari lain bistro ni beroperasi bermula jam 5 petang sehingga 1130 malam. Akak share lokasi Smoke Bamboo Bistro ini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azirahman.com/2024/06/makan-western-sedap-di-smoke-bamboo-bistro.html