Kari Ikan Tenggiri Resepi Sedap Ala Restoran Mamak
Assalamualaikum,
Kari Ikan Tenggiri Resepi Sedap Ala Restoran Mamak-Haih.Lama betul den tak kongsi resepi atau cara masak-masak yang mudah kat korang kan.Sebenarnya ramai jugak yang bertanya dan berharap-harap supaya saya kongsikan lagi resepi-resepi masakan di Blog.Tapi tulah.Kadang bila rajin nak berblog, masa pulak tak mengizinkan.Dan selalunya, memang dah tak rajin la bila dah siap masak nak ambik gambo makanan apatah lagi nak upload kat media sosial.haha.
Kari Ikan Tenggiri Sedap Ala Restoran mamak- sendiri masak sendiri kata sodap.haha.InshaAllah.Setakat ini resepi kat blog yang saya kongsikan memang dah dapat cop sirim sedap dari anak-anak dan suami juga tetamu yang datang berkunjung ke rumah.hehehe
Bercakap pasal masakan kari ni, saya pernah share dalam blog ini beberapa resepi yang mamak style. Boleh tengok sini cara saya masak Kari Kambing yang super sedap Style Mamak- Macamlah ko bersaudara baik dengan depa kan.kihkih.Paling boleh dirumuskan tentang pengalaman saya ialah kerana Encik Suami rajin bawak saya makan kari atau breakfast pagi di Restoran Mamak.
Walaupun hanya breakfast makan roti canai, tetaplah suami saya pilih sendiri kari yang dia suka sebagai kuah cicah untuk kami makan bersama.Dari situlah, saya belajar dan memahami bagaimana rasa sebenar kari mamak.
Jom, saya kongsikan resepi Kari Ikan Tenggiri Resepi Sedap Ala Restoran Mamak
Bahan-bahan
Ikan Tenggiri ( boleh pilih bahagian kepala atau hirisan badan ikan )
3 sudu makan kari ikan Babas
2 sudu makan kari daging Babas
2 sudu makan cili kering yang sudah dikisar
3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, i inci halia, setengah inci lengkuas, dua sudu ketumbar ( semuanya dikisar sekali )
satu sudu makan serbuk kunyit Babas
1 keping asam keping 1/2 cawan santan kotak Kara
separuh bawang besar merah dihiris, 2 ulas bawang putih dihiris, daun kari dan 2 batang serai dititik
Rempah masakan 4 sekawan-bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, buah keras
Minyak untuk menumis, garam gula dan serbuk perasa yang secukupnya
Cara Memasak Kari Ikan Tenggiri Resepi Sedap Ala Restoran Mamak
Masakan kari biasanya memerlukan kesabaran sehingga kuah kari betul-betul terbit minyak.Selain itu, tips masak kari yang lain ialah penggunaan minyak masak yang banyak dari sukatan biasa.Tujuannya nak bagi rempah kari betul-betul masak dengan minyak, bukan lebih air.Kari yg lebih air, akan jadi cair dan tak sedap.
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang dihiris terlebih dahulu termasuk rempah sekawan, daun kari dan serai
2. Bila dah naik bau, masukkan bahan-bahan kisar
3. kacau semua bahan hingga sebati, masukkan pula cili kering yang sudah diblend
4. Kacau lagi sehingga sebati, masukkan pula kari ikan dan kari daging
5. Tambahkan air jika bahan tumisan semakin pekat.Pastikan minyak secukupnya. Sebaiknya bila masak kari, minyak lebihkan supaya bahan-bahan tadi dapat dimasak dengan baik sehingga terbit minyak.Pada masa sama, dah boleh masukkan garam, gula dan serbuk perasa untuk seimbangkan rasa kari
6.Jika dah terbit minyak, tambah air lagi dalam suku cawan sahaja.Biarkan sehingga terbit minyak lagi
7. Akhir sekali, masukkan ikan tenggiri. Jika suka kuah lebih, boleh tambah air dalam satu setengah cawan. Masukkan juga 1/2 cawan santan kotak Kara.Kacau hingga sebati
8.Biarkan sehingga mendidih.Kalau nak tahu ikan dah masak atau belum, tengok mata ikan.Jika mata ikan dah macam tersembul, maknanya dah boleh tutup api
Selamat Mencuba semua
Bukan Chef, tapi biasa memasak untuk ahli keluarga
Salam Sayang,Cik Matahariku
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cikmatahariku.blogspot.com/2024/05/kari-ikan-tenggiri-resepi-sedap-ala.html