Label Pedofilia Bimbangi Salah Guna Kuasa



Label pedofilia bimbangi salah guna kuasa. MELABEL pesalah jenayah seksual terhadap kanak-kanak atau pedofilia pada dokumen peribadi memerlukan kajian menyeluruh. Sebabnya, ia boleh memberi impak sosial kepada pesalah dan masyarakat.
Pakar kriminologi bebas, Datuk Shahul Hamid Abd. Rahim berkata, apa yang dibimbangi, apabila undang-undang dipinda dan terpakai, ada pihak cuba mengambil kesempatan mengheret mana-mana individu sebagai pelaku.
“Tindakan berkenaan boleh menyebabkan penganiayaan. Apatah lagi sekiranya tiada perancangan betul dan pencegahan sewajarnya dilaksanakan bagi menghapuskan pedofilia di Malaysia,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Beliau mengulas dokumen pedofilia akan dilabel dengan tanda amaran ‘bahaya’.
Sebuah portal antarabangsa baru-baru ini melaporkan, langkah itu dilakukan selepas Ahli Parlimen dari Parti Buruh, Sarah Champion menggesa Jabatan Imigresen dan Agensi Pelesenan Pemandu dan Kenderaan (DVLA) melabelkan demikian terhadap 100,000 pesalah pedofilia di United Kingdom (UK).
Ia bertujuan menghalang pesalah pedofilia menukar nama dan mengembara sewaktu memohon bekerja dengan kanak-kanak di bawah umur atau orang dewasa yang berisiko.
SHAHUL HAMID ABD. RAHIM SAMA RATA
Shahul Hamid berkata, perhatian sama rata seharusnya diberi kepada semua jenis jenayah seperti merompak atau membunuh, bukannya hanya tertumpu pada pedofilia.
“Kalau nak buat, biar sama rata. Jenayah seperti pembunuhan, rogol, rompakan dan lain-lain yang lebih kejam juga perlu diambil kira. Tidak adil untuk satu kes jenayah sahaja yang kita nak label. Senang-senang kita nak labelkan pesalah seperti demikian. Nanti akan menimbulkan banyak perkara yang berbangkit dan tidak baik,” katanya.
Beliau kurang bersetuju dengan tindakan melabel pelaku pada dokumen peribadi kerana ia memberi impak psikologi yang kelak boleh dipertikaikan pihak tertentu seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan kemanusiaan.
“Kita tidak boleh samakan dengan UK. Hukuman ke atas pelaku juga setimpal kerana mereka begitu mengutamakan keadilan. Mereka tiada soal malu atau maruah tidak seperti di negara kita,” katanya.
Lebih penting, katanya, apa yang diharapkan pihak berkuasa perlu tegas dan membawa pelaku ke muka pengadilan dengan hukuman yang berat supaya ia menjadi pengajaran kepada yang lain.
“Semua khususnya ibu bapa perlu serius menangani dan membantu pihak berkuasa untuk menghapus kewujudan pedofilia ini daripada terus berleluasa,” katanya.
JANGAN LINDUNGI PESALAH
Shahul Hamid berkata, ibu bapa perlu ada perasaan syak wasangka terhadap mana-mana individu yang terlalu rapat atau mengambil berat kepada anak mereka, kerana ia bukan sesuatu yang normal.
Tindakan membiarkan sahaja tanpa pransangka, hanya akan membuka ruang dan peluang ‘pedo’ mencari mangsa.
“Buatlah aduan. Kalau tiada aduan menyebabkan pedofilia ini semakin berleluasa kerana mereka semakin berani,” katanya.
Perlakuan jenayah melibatkan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak dilaporkan meningkat dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Statistik mendedahkan 45 kes dilaporkan semasa PKP antara tempoh 18 Mac 2020 dan 29 April 2021.
Peningkatan sebanyak 27 kes berbanding 18 sebelum pelaksanaan PKP (18 Februari 2019 hingga 17 Mac 2020).
Trend jenayah itu bagi tempoh sebelum pelaksanaan PKP pada 18 Februari 2019 hingga 17 Mac 2020 dan semasa PKP iaitu 18 Mac 2020 hingga 29 April 2021 menunjukkan penurunan sebanyak lima peratus atau 693 kes.
Sejumlah 1,721 kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak direkodkan dalam tempoh Januari hingga 30 Jun tahun lalu.
Label pedofilia bimbangi salah guna kuasa
Baca Artikel Menarik :
Bekas ketua jabatan didakwa 20 pertuduhan rasuah [VIDEO] Sebab musang king, peniaga rugi RM414,939 Dana politik: Kenapa perlu rahsia Atlet Judo Sudan Pula Tarik Diri, Enggan Berdepan Peserta Israel Kerusi Zahid masih diblok kerajaan, Speaker kata tiada permohonan tukar kedudukan Speaker jangan berselindung di belakang Peraturan Mesyuarat Layari Laman Facebook MYKMU
Gagal Raih Mata Tertinggi, Pandelela Sebut ‘Babi’ (Video)

The post Label pedofilia bimbangi salah guna kuasa appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/28/label-pedofilia-bimbangi-salah-guna-kuasa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktivis Buat Laporan Sprm Isu Salah Guna Kuasa Dan Penyelewengan Tanah Di Kuantan

Aktivis Buat Laporan Sprm Isu Salah Guna Kuasa Dan Penyelewengan Tanah Di Kuantan

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 199 hits
KUANTAN Satu laporan berkaitan isu salahguna kuasa dan penyelewengan tanah telah di buat oleh aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli di Komplek SPRM Pahang Indera Mahkota dekat sini hari ini Beliau yang tiba pada jam 10 00 pagi tadi memb...
Pegawai Khas Adun Direman Kerana Salah Guna Kuasa Bebas Dengan Jaminan Sprm

Pegawai Khas Adun Direman Kerana Salah Guna Kuasa Bebas Dengan Jaminan Sprm

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 184 hits
FMT ReportersPegawai khas kepada ADUN di Perak dibebaskan dengan jaminan SPRM bersabit kes salah guna kuasa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini PETALING JAYA Pegawai khas kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak yang direman bersabit...
Ivermectin Pembangkang Akan Salah Guna Kuasa Menteri Jika Jadi Kerajaan

Ivermectin Pembangkang Akan Salah Guna Kuasa Menteri Jika Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 230 hits
agendadaily com29 7 2021Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad HashimCadangan supaya Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menggunakan kuasanya untuk meluluskan penggunaan ubat antiparasit haiwan Ivermectin bagi...
Speaker Salah Guna Kuasa Pn Sangat Terdesak Elak Sebarang Undian

Speaker Salah Guna Kuasa Pn Sangat Terdesak Elak Sebarang Undian

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 328 hits
ARIF ATANJawatankuasa Perundangan Pakatan Harapan menyifatkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun hanyalah satu alat pihak Eksekutif demi melaksanakan agenda mereka Jawatankuasa itu berpendapat tindakan Azhar menolak usul di...
Exco Pensyarah Didakwa Salah Guna Kedudukan Untuk Kepentingan Keluarga

Exco Pensyarah Didakwa Salah Guna Kedudukan Untuk Kepentingan Keluarga

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 217 hits
MALAYSIA DATELINESebuah laman web berpusat di Terengganu Terengganu Report mendakwa seorang Exco Kerajaan Negeri Terengganu menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan keluarganya Laman itu mendakwa exco berkenaan telah membuat usahasama...
Syed Saddiq Dituduh Salah Guna Rm1 12 Juta Dana Bersatu

Syed Saddiq Dituduh Salah Guna Rm1 12 Juta Dana Bersatu

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 211 hits
malaysiakini comDiterbitkan 22 Jul 2021 10 05 amDikemaskini 11 51 amSyed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menyalahgunakan dana Bersatu bernilai RM1 12 juta Bekas menteri belia dan sukan ...
Bekas Menteri Belia Dan Sukan Syed Saddiq Di Dakwa Pecah Amanah Salah Guna Wang

Bekas Menteri Belia Dan Sukan Syed Saddiq Di Dakwa Pecah Amanah Salah Guna Wang

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 215 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah dana sebuah parti politik berjumlah RM1 juta dan menyalahgunakan wang sumbangan RM120 000 untuk kempen...
Resipi Sambal Kerang Guna Kerang Frozen

Resipi Sambal Kerang Guna Kerang Frozen

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 1983 hits
Bahaya betul bila tengok media sosial ni Bila mata banyak memandang makanan sedap Mengundang betul rasa nak makan tu Husband tengah tengok video Dato Hattan masak sambal kerang Tiba tiba dia bersuara macam sedap je nasi lemak sambal kerang ...
Felixia Yeap Kecam Penyokong Parti Amanah Guna Gambarnya

Felixia Yeap Kecam Penyokong Parti Amanah Guna Gambarnya

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 148 hits
FELIXIA YEAP KECAM PENYOKONG PARTI AMANAH NEGARA GUNA GAMBARNYAModel Felixia Yeap mengecam dan enggan dirinya dikaitkan dengan parti yang baru dilancarkan Parti Amanah Negara selepas gambar kononnya menunjukkan beliau menyokong parti itu te...
Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Nostalgia Bedak Sejuk

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Unveiling The Efficiency Of Delta 8 Gummies An Extensive Guideline

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari

Adira Suhaimi Kasih Chord

Bila Duit Nak Masuk

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats