Resipi Sambal Kerang Guna Kerang Frozen


Bahaya betul bila tengok media sosial ni. Bila mata banyak memandang makanan sedap. Mengundang betul rasa nak makan tu. Husband tengah tengok video Dato' Hattan masak sambal kerang. 
Tiba-tiba dia bersuara “macam sedap je nasi lemak sambal kerang”. Eh eh macam nak suruh kita masak je tu?

Nak ke? Pelawa saya. Beli lah kerang, saya sambung lagi. Esoklah katanya. Waktu pun dah pukul 5 petang macam tu. Macam okay jugak kalau masak nasi lemak sambal kerang untuk makan malam. Kan? Lagipun macam lama tak masak nasi lemak.

Saya pun jengah lah facebook page taman rumah. Kot kotlah ada jual kerang fresh atau kerang frozen. Saya pun belek lah satu satu penjual yang ada. Tengok macam elok je kerang frozen tu.

Terus laju-laju contact pembekal isi kerang frozen tu. Harga isi kerang RM30 sekilogram. Charge delivery RM5 dari Rembau katanya. Okay bayar je lah. Malas banyak cito (baca : cerita). 
Lepas tu dia hantar lebih kurang pukul6 lebih. Mujur cepat sampai. Dapatlah saya masak nasi lemak sambal kerang untuk makan malam sebelum maghrib.


Besar besar isi kerang dan elok semuanya. Tak ada pun berbau ke apa. Lagi mudah kerja masak kerang frozen. Tinggal cuci dan masak isi kerang yang dah tersedia

banyak juga 1 pek sekilo ni. 2 kali masak

Cara melembutkan isi kerang frozenApa yang saya tahu, kena rebus kerang dengan serai, bawang dan letak garam sikit. Bila dah mendidih angkat dan letak dalam bekas ais. Nanti kerang nampak fresh dan tak kecut

gambar gegar pun jadi lah ye

Resepi sambal kerang masak cara Fiza1/2 kilo kerang frozen
2 biji bawang besar (1 biji kisar, 1 biji hiris)
2 ulas bawang putih (kisar)
5 sudu cili kisar
1/2 sudu pes asam jawa
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
Minyak untuk menumis
Air
Garam secukup rasa

Cara masak sambal kerang
Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar kemudian bila dah naik bau masukkan bahan blender (bawang besar dan bawang putih)Bahan tumis dah naik bau dan garing sikit, masukkan cili kisar. Kacaua rata dan biarkan sampai garing dan pecah minyak. Masukkan 1/2 sudu pes asam jawa adabi, sos cili, sos tomato dan garam secukup rasa. Biasanya saya letak garam sikit je sebab sos dah ada rasa sikit.Masukkan kerang dan air secukupnya. Kacau rata dan biarkan masak. Hampir masak saya tambah sikit hirisan bawng. Dah kering sikit angkat dan sedia untuk dihidangkan.Alhamdulillah dapat tunaikan permintaan orang yang teringin makan sambal kerang tu. Makan tak pandang kiri kanan dah. Saya hidangkan dengan nasi lemak guna santan separuh kotak, letak daun pandan dan sedikit garam. 
Letak beras berisi air dalam mangkuk guna kaedah double boil letak dalam periuk nasi. Masak cukup cukup so dia tak akan menambah dan membazir gitu sebab tak ada nasi yang akan menjadi kerak

baca juga : cara masak nasi tanpa kerak dan membazir

Saya gorengkan telur mata, ikan bilis goreng rangup dan hirisan timun. Food plating tak berapa nak menyerlah sebab nak cepat makan ada orang dah lapar. Entah mana mana lens focus entah



Sedap juga masak kerang frozen ni. Ingatkan kerang frozen liat, rupanya tak lah seliat yang disangka kan. Liat tu ada lah tapi tak semua. Dalam seketul dua tu adalah rasa sikit. Bukan tak ada lansung. Standard lah kan.

Kerang frozen tahan berapa lama agaknya ya? Selagi mana kita simpan dalam peti ais sejuk beku tu, selagi itulah dia elok untuk dimasak. Kan? sama konsep dengan bahan basah yang lain.

Kerang ni payah nak jumpa. Kalau jumpa kira rezeki dah tu. harga sekilo pun dah mahal. Lepas ni beli kerang frozen je lah senang kerja tak  perlu mengopek isi kerang. 
Isi kerang masak apa sedap selain sambal kerang? Sedap juga masak tumis pucuk paku kerang, campurkan dalam mi kari, kuetiau goreng dan masak rendang kerang pun sedap.. Asal ada kerang, pasti sedap

Area Seremban dan berdekatan boleh contact pembekal kerang Ibrahim : 019-3733505



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2021/07/resipi-sambal-kerang-guna-kerang-frozen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Lasagna Roti Murah Terlajak Sedap Guna Roti Je Tak Perlu Dah Kepingan Lasagna

Resipi Lasagna Roti Murah Terlajak Sedap Guna Roti Je Tak Perlu Dah Kepingan Lasagna

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 343 hits
Sebelum ini terasa susah nak sediakan lasagna kerana perlu ada lasagne sheets sebagai bahan utama Tapi kali ini mama tak perlu pening pening lagi kerana mama hanya perlu gunakan kepingan roti sahaja Tapi bagaimana cara penyediaanya Jom ikut...
Resipi Kepak Ayam Yogurt Hanya Guna Air Fryer Rugi Tak Cuba 8 Ketul Sekali Hadap Je

Resipi Kepak Ayam Yogurt Hanya Guna Air Fryer Rugi Tak Cuba 8 Ketul Sekali Hadap Je

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 392 hits
Pasti ramai yang tertanya tanya bagaimana cara penyediaan kepak ayam yogurt Bagi pertama kali mendengarnya pasti teringin nak mencuba resipi terbaru ini Cara penyediaan sangat mudah hanya menggunakan air fryer sahaja Tapi bagi yang nak meng...
Resipi Rendang Kerang Raya Cukup Rasa Garam Gula Layan Makan Dengan Ketupat

Resipi Rendang Kerang Raya Cukup Rasa Garam Gula Layan Makan Dengan Ketupat

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 526 hits
Hari Raya Haji dan Korban yang tinggal beberapa hari saja lagi sudah pastinya tetap diraikan kita walau hanya berada di rumah sahaja Bosan dengan rendang ayam dan daging ubah kelainan kita dengan rendang kerang pula yang cukup sedap Resipi ...
Sekali Buat Tak Cukup 1 2 Keping Resipi Pancake Mudah Gebu Guna Bahan Yang Simple Je

Sekali Buat Tak Cukup 1 2 Keping Resipi Pancake Mudah Gebu Guna Bahan Yang Simple Je

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 314 hits
Sebenarnya pancake gebu gebas ni senang sangat nak disediakan Anak anak pun boleh cuba buat sebab bahan bahan yang perlu ada sangat simple dan cara penyediaan pun senang
Campurkan Semua Bahan Kacau Kukus Guna Sukatan Cawan Mudah Sangat Resipi Kuih Kaswi Pandan

Campurkan Semua Bahan Kacau Kukus Guna Sukatan Cawan Mudah Sangat Resipi Kuih Kaswi Pandan

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 459 hits
Kuih kaswi pandan antara makanan tradisional yang sangat terkenal dalam kalangan masyarakat melayu Rasanya sangat sedap lembut dan gabungan rasa kelapa memang superb Biasanya dimakan sewaktu sarapan ataupun makan petang bersama ahli keluarg...
Lebih 23k Shares Ni Resipi 5 Jenis Sambal Power Cikgu Afy Makan Nasi Panas Panas Padu

Lebih 23k Shares Ni Resipi 5 Jenis Sambal Power Cikgu Afy Makan Nasi Panas Panas Padu

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 323 hits
Hidangan berasaskan sambal antara yang menjadi kegemaran orang Malaysia Tak kisah sambal itu dimasak sekali dengan lauk atau dijadikan pencicah ia boleh buatkan sesiapa saja makan bertambah Sebab itu kebanyakan ibu ibu lebih suka buat stok ...
Peniaga Kongsi Resipi Sambal Nasi Lemak Power Jangan Kurangkan Bawang Bawang Buat Sambal Sedap

Peniaga Kongsi Resipi Sambal Nasi Lemak Power Jangan Kurangkan Bawang Bawang Buat Sambal Sedap

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 298 hits
Bukan mudah nak sediakan sambal nasi lemak yang cantik Lagi lagi jika ada bahan yang kurang Baca Teknik masakkan pun haruslah betul supaya bahan kisar betul betul masak Yang ini perlukan kesabaran kalau tak sabar sambal memang tak masak dan...
Resipi Sambal Padang Power Lebih Minyak Buat Tahan Lama Confirm Nasi Bertambah

Resipi Sambal Padang Power Lebih Minyak Buat Tahan Lama Confirm Nasi Bertambah

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 334 hits
Tak dinafikan sejak punya anak hidangan kita semakin kurang rasanya kerana menjaga kesihatan anak Tak pedas masin dan terlebih manis Namun demi memastikan selera suami terutama yang suka makan pedas terjaga stok sambal padu ini mama wajib j...
Bina Hospital Lapangan Guna Strategi Perang Lawan Covid 19 Dr Lee Boon Chye

Bina Hospital Lapangan Guna Strategi Perang Lawan Covid 19 Dr Lee Boon Chye

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 196 hits
Jangkitan Covid 19 yang semakin memburuk di negara ini menunjukkan ketidakseriusan kerajaan Perikatan Nasional dalam membendung pandemik Bagi mantan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Dr Lee Boon Chye perang melawan Covid harus berada dala...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan