Bekas Menteri Belia Dan Sukan Syed Saddiq Di Dakwa Pecah Amanah Salah Guna Wang


 


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan pecah amanah dana sebuah parti politik berjumlah RM1 juta, dan menyalahgunakan wang sumbangan RM120,000 untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Bagaimanapun, Syed Saddiq, 29, yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi.
Bagi pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa sebagai Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang telah diamanahkan penguasaan ke atas dana ARMADA, telah melakukan pecah amanah ke atas dana itu, dengan membuat pengeluaran wang berjumlah RM1 juta melalui cek CIMB Bank Berhad, tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Tingkat Bawah, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, di sini pada 6 Mac 2020, mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 406 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Syed Saddiq juga menghadapi tuduhan menyalahgunakan harta iaitu, wang sumbangan untuk kempen PRU14 sebanyak RM120,000 yang dikutip melalui akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise.
Segambut, Hannah Yeoh dan ibu bapa Syed Saddiq hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - NSTP/Aizuddin Saad
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Islamic Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di antara 8 April sehingga 21 April 2018, mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Faridz Gohim Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muhammad Asraf Mohamed Tahir serta Mohd 'Afif Ali.
Syed Saddiq diwakili peguam Gobind Singh Deo, Datuk S Ambiga dan Haijan Omar.
Hakim Azura membenarkan Syed Saddiq diikat jamin RM300,000 bagi pertuduhan pertama, dengan seorang penjamin, dengan RM50,000 perlu bayar pada hari ini dan bakinya selewat-lewatnya pada Selasa ini.
Bagi pertuduhan kedua, beliau diarah membayar ikat jamin RM30,000, dengan seorang penjamin dan perlu dibayar sepenuhnya, hari ini.
Tertuduh juga diarah menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah sehingga kes selesai dibicarakan dan melaporkan diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur, sekali dalam sebulan.
Selain itu, mahkamah tidak mengeluarkan sebarang perintah larangan (gag order) terhadap tertuduh, seperti yang dipohon pihak pendakwaan.
Hakim Azura menetapkan 10 September depan bagi sebulan semula kedua-dua kes.
Terdahulu, dalam hujahannya, Faridz Gohim memohon supaya mahkamah mengeluarkan perintah larangan supaya tertuduh tidak membuat sebarang komen terbuka mengenai pertuduhan berkenaan kerana ia sudah pun dituduh di mahkamah.
Bagaimanapun, permohonan itu dibantah Gobind, yang menyifatkan ia sebagai tidak berasas dalam undang-undang dan jika ada sebarang kenyataan yang tidak wajar dikeluarkan anak guamnya, pihak pendakwaan boleh mengemukakan permohonan yang perlu kepada mahkamah.
Gobind turut mempersoalkan mengapa pertuduhan ke atas Syed Saddiq dibuat tiga hari sebelum Sidang Parlimen diadakan, sedangkan izin dakwa bagi pertuduhan pertama sudah diperoleh pihak pendakwaan pada 4 Januari lalu.
Faridz Gohim menjelaskan, tidak ada tarikh luput bagi izin dakwa dan terpulang kepada pihak pendakwaan untuk membawa kes itu ke mahkamah pada masa yang ditentukan.
Beliau turut memaklumkan, tertuduh akan berdepan satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dalam masa terdekat dan kes itu akan dipohon untuk dipindahkan ke sini. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/07/bekas-menteri-belia-dan-sukan-syed.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syed Saddiq Dituduh Salah Guna Rm1 12 Juta Dana Bersatu

Syed Saddiq Dituduh Salah Guna Rm1 12 Juta Dana Bersatu

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 298 hits
malaysiakini comDiterbitkan 22 Jul 2021 10 05 amDikemaskini 11 51 amSyed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menyalahgunakan dana Bersatu bernilai RM1 12 juta Bekas menteri belia dan sukan ...
Amanah Man Backs Syed Saddiq Lashes Out At Pas Youth Chief

Amanah Man Backs Syed Saddiq Lashes Out At Pas Youth Chief

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 499 hits
Terengganu Amanah leader Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad has accused PAS Youth chief Khairil Nizam Khirudin of taking a cheap shot at Malaysian United Democratic Alliance president Syed Saddiq Syed Abdul Rahman who is facing criminal ch...
Amanah Sedia Peguam Bela Untuk Syed Saddiq

Amanah Sedia Peguam Bela Untuk Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 257 hits
KUALA LUMPUR Parti Amanah Negara turut menyediakan khidmat guaman kepada Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berdepan dengan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen pagi ini Presidennya Mohamad Sabu berkata parti itu akan bersam...
Mengapa Kutipan Derma Wang Jaminan Syed Saddiq Melalui Akaun Persatuan Perniagaan Ekonomi Merdeka

Mengapa Kutipan Derma Wang Jaminan Syed Saddiq Melalui Akaun Persatuan Perniagaan Ekonomi Merdeka

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 303 hits
Apa lagi jalan cerita Syed Saddiq Mungkin ada benarnya apabila TMJ melabelkan Syed Saddiq Drama Queen Umur politik baharu setahun jagung sudah banyak berdrama khatam bab mencilok dan menipu Ceritanya begini Selepas mengadakan sidang Live ke...
Awas Ada Lagi Mp Jadi Sasaran Siasatan Rasuah Dakwa Syed Saddiq

Awas Ada Lagi Mp Jadi Sasaran Siasatan Rasuah Dakwa Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 267 hits
Hidir Reduan Abdul RashidBekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mendakwa ada lagi ahli parlimen lain dari kedua dua blok politik menjadi sasaran siasatan rasuah Ahli Parlimen Muar itu berkata ketika dia disiasa...
Ivermectin Pembangkang Akan Salah Guna Kuasa Menteri Jika Jadi Kerajaan

Ivermectin Pembangkang Akan Salah Guna Kuasa Menteri Jika Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 287 hits
agendadaily com29 7 2021Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad HashimCadangan supaya Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menggunakan kuasanya untuk meluluskan penggunaan ubat antiparasit haiwan Ivermectin bagi...
Hampir Semua Tak Boleh Percaya Tmj Gelar Syed Saddiq Sebagai Drama Queen

Hampir Semua Tak Boleh Percaya Tmj Gelar Syed Saddiq Sebagai Drama Queen

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 443 hits
Pada Khamis media melaporkan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan pecah amanah melibatkan wang RM1 juta dana milik Angkatan Bersatu Anak Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysi...
Ramai Kurang Duit Tapi Syed Saddiq Pula Minta Bantu Bayar Peguam Ikat Jamin

Ramai Kurang Duit Tapi Syed Saddiq Pula Minta Bantu Bayar Peguam Ikat Jamin

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 290 hits
agendadaily com23 7 2021Kempen minta derma Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tatkala orang ramai terkesan akibat penularan Covid 19 Dalam keadaan rakyat kekurangan duit akibat penularan pandemik Covid 19 sekarang ini Syed Saddiq Syed Abdul Rahm...
Samsung We Need To Talk About These Green Lines Seriously

Budak Kilat

Meneroka Misteri Alam Semesta Bengkel Pemindahan Ilmu Fizik Zarah Eksperimen Comet

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel

Perth Day 2 Perth Cbd London Court Kmart Chemist Warehouse Hay St Mall Woolworths Dengan Bas

Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim

Selamat Datang Victor Einar Gy Keres Ke Arsenal Fc

Sambal Tempoyak Masak Atau Kokek Tempoyak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Resipi Orang Dulu Dulu Lempeng Pisang Nostalgia Yang Sedap Mudah

Saat Dunia Bergelap Lebih Enam Minit

Afiq Adnan Hancur Chord

Blacktop Brawler A Custom Indian Chieftain For A Ufc Fighter

Sara Untuk Semua Bantuan Rm100 One Off Menerusi Mykad