Kurikulum Sekolah Rendah Pakar Pendidikan Ibu Bapa Berbeza Pendapat


Imej hiasan
Perlukah mata pelajaran di sekolah rendah dikurangkan bagi menepati konsep kurikulum bersepadu yang diperkenalkan sejak 1983, sekali gus membantu guru fokus kepada penguasaan 3M (membaca, mengeja dan mengira)

Langkah itu juga dilihat mampu mengatasi masalah kekurangan guru selain meringankan bebanan pendidik yang perlu mengajar lebih daripada satu subjek di sekolah ketika ini. Isu berkenaan hangat diperkatakan dalam media sosial kebelakangan ini dengan kebanyakannya melihat perlunya langkah reformasi terhadap sistem pendidikan bagi sekolah rendah dibuat dengan kadar segera

Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad, berkata mengurangkan subjek sekolah rendah kepada lima mata pelajaran juga boleh mengecilkan jumlah pelajar bagi setiap kelas

Katanya disebabkan subjek sekolah rendah hanya lima, guru boleh diagihkan supaya satu kelas hanya menampung 25 orang murid

"Konsep kurikulum bersepadu sudah 40 tahun diwujudkan, ia masih relevan dan patut diteruskan. "Kita memang sudah ada kaedahnya tanpa kos tambahan yang besar. Sebab itu memadailah lima mata pelajaran untuk sekolah rendah. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Agama Islam, Moral (untuk murid bukan Islam), Matematik serta Pendidikan Kesihatan dan Jasmani," katanya

Jelas Anuar, perkara itu boleh dilaksanakan dengan penggabungan subjek tertentu, contohnya Sejarah dan Sains ke dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris

Ujar beliau lagi, perkara yang perlu ditekankan pada peringkat sekolah rendah adalah kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa Melayu juga Inggeris serta mengira

"Murid ada masa enam tahun untuk belajar Sejarah atau Sains dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Susunlah topik yang sesuai mengikut tahun

"Apa yang kita akan dapat dengan cadangan ini? Murid akan mahir bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, mereka masih ada pengetahuan Sejarah dan Sains, malah mereka tidak perlu belajar banyak subjek di peringkat sekolah rendah," katanya

Yakin dengan KSSR 
Bagaimanapun, bagi Pengarah Pusat Inisiatif Pemodenan Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Kama Shaffeei, beliau melihat soal berapa subjek yang perlu diajar di sekolah rendah tidak timbul sebaliknya pendekatan relevan bagi membantu murid itu lebih utama. Katanya, pendidikan asas amat perlu bagi generasi muda supaya mereka mampu bersaing dalam pendidikan serba moden. 
"Pendidikan sekolah rendah bertujuan memberi kemahiran. asas kepada murid dalam usaha mengukuhkan pendidikan lanju tan daripada prasekolah dan tadika

"Kemahiran asas 3M perlu diterapkan kepada murid di sekolah rendah terutamanya apabila mereka berada pada Tahap Satu (Tahun Satu, Dua dan Tiga)

"Pengukuhan dan pengembangan kognitif murid perlu dikukuhkan lagi apabila mereka memasuki Tahap Dua. Kemenjadian murid ini perlu dicungkil dan dikukuhkan supaya aspirasi murid tercapai selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025)," katanya

Kama berkata, berdasarkan penyelidikan UPSI pada 2022, penilaian secara berterusan kepada murid sekolah rendah perlu diperkasakan setelah Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan

Pemerkasaan itu setakat ini dibuat menerusi Penilaian Berasaskan Projek (PBP) yang menjadi sebahagian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Beliau menegaskan, subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains perlu diajar bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran murid, manakala mata pelajaran sokongan seperti Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan juga perlu didedahkan kepada murid

Hal ini katanya dapat membantu pertumbuhan serta perkembangan kognitif seiring dengan persekitaran kehidupan mereka. 
"Kerana itu, subjek teras dikelompokkan bersama mata pelajaran sokongan

"Contohnya, Kluster Perkembangan Manusia ia mengandungi subjek utama Sains dan digabung jalin pengajarannya dengan Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Seni Visual," katanya

Tegas Kama, beliau yakin Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sedia ada masih relevan, namun memerlukan sedikit pembaikan dari segi pelaksanaan dan pembelajaran murid. Apatah lagi katanya, hari ini ibu bapa dan masyarakat mahu memastikan anak-anak mereka mempunyai asas ilmu pengetahuan, kefahaman dan kemahiran yang boleh menyokong kepada kehidupan sebenar

Justeru, dalam hal ini katanya, guru perlu dilengkapkan dengan pelbagai kemahiran melalui pembugaran idea dan celik digital bagi menyokong pendidikan generasi masa depan

Subjek jadi padat
Sementara itu bagi jurutera, Saiful Azizi Mohd Rosli, 35, situasi prestasi akademik generasi muda terutama selepas era pandemik diakui 'genting' dengan penguasaan kemahiran 3M yang tidak kukuh

Justeru bapa kepada tiga anak ini melihat cadangan mengurangkan subjek sekolah rendah tidak sesuai. Hal ini katanya akan menyebabkan sesuatu subjek itu menjadi padat

"Misalnya Sains di dalam silibus Pendidikan Kesihatan. Bagaimana untuk mengaitkan kesihatan manusia dan sistem pertumbuhan tumbuhan atau haiwan

"Begitu juga dengan mata pelajaran Sejarah. Tidak sesuai jika digabungkan dalam Bahasa Melayu kerana mata pelajaran utama itu perlu memfokuskan tatabahasa dan penulisan karangan

"Bagi saya, Sejarah perlu berada dalam subjek tersendiri supaya pelajar dapat fokus pada penceritaan subjek sejarah. Katanya, apa yang utama adalah meningkatkan usaha untuk murid menguasai kemahiran 3M menerusi tiga subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik

"Jika kita gabungkan semua silibus kepada lima mata pelajaran utama ia lebih kepada merumitkan keadaan dan menambahkan bebanan bukan sahaja kepada murid tetapi guru


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/06/kurikulum-sekolah-rendah-pakar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Halang Anak Ceburi Bidang Stem

Ibu Bapa Halang Anak Ceburi Bidang Stem

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 182 hits
Imej hiasanINISIATIF Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Pendidikan menubuhkan pasukan khas bagi menyuntik minat dalam bidang sains dan teknologi dalam kalangan pelajar perlu disokong dan disambut baik oleh semua pe...
Hiburan Diana Tak Jumpa Dan Salam Ibu Bapa Saya Keluar Tak Ikut Pintu Utama Farid Kamil

Hiburan Diana Tak Jumpa Dan Salam Ibu Bapa Saya Keluar Tak Ikut Pintu Utama Farid Kamil

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 201 hits
Semalam pelakon sensasi Farid Kamil yang turut ditemani oleh kedua ibu bapanya ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari bagi prosiding laporan Jawatankuasa Pendamai dan sebutan nusyuz memberitahu isterinya Diana Danielle langsung ...
Ibu Bapa Dinasihat Tidak Terpengaruh Dengan Ranking Spm Yang Tular Fadhlina

Ibu Bapa Dinasihat Tidak Terpengaruh Dengan Ranking Spm Yang Tular Fadhlina

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 199 hits
ALOR SETAR 10 Jun Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan ranking bagi mengukur prestasi antara sekolah berdasarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2022 yang tular menerusi media sosial sejak semalam Menteri Pendidika...
Ibu Bapa Sambut Baik Sesi Persekolahan Januari

Ibu Bapa Sambut Baik Sesi Persekolahan Januari

papar berkaitan - pada 25/5/2023 - jumlah : 213 hits
SHAH ALAM Rata rata ibu bapa menyambut baik pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memulakan semula sesi persekolahan pada Januari tahun 2026 Seorang suri rumah Siti Ainiza Kamsari 54 berkata sesi persekolahan seperti yang dulu da...
Dettol Membantu Ibu Bapa Baru Lindungi Si Kecil

Dettol Membantu Ibu Bapa Baru Lindungi Si Kecil

papar berkaitan - pada 25/5/2023 - jumlah : 288 hits
DETTOL MEMBANTU IBU BAPA BARU LINDUNGI SI KECIL Assalammualaikum semua Beruntungnya ibu bapa muda zaman sekarang Banyak sumber pengetahuan dan inisiatif murni diadakan bagi membantu mereka menjaga persekitaran yang bersih untuk bayi Seingat...
Hiburan Manipulasi Anak Untuk Benci Ibu Bapa Adalah Perbuatan Keji Status Ig Farid Kamil Curi Perhatian

Hiburan Manipulasi Anak Untuk Benci Ibu Bapa Adalah Perbuatan Keji Status Ig Farid Kamil Curi Perhatian

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 167 hits
Sejak kebelakangan ini nama pelakon Farid Kamil sering menjadi tumpuan ramai dan kali ini sekali lagi menjadi bualan warganet setelah memuat naik satu hantaran status di Instagram Story Melalui status tersebut Farid memuat naik nbsp quotes ...
Hiburan Ibu Baru Sebulan Cerai Anak Pelakon Sensasi Didakwa Bercinta Pula Dengan Bapa Tiri

Hiburan Ibu Baru Sebulan Cerai Anak Pelakon Sensasi Didakwa Bercinta Pula Dengan Bapa Tiri

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 311 hits
Sedia maklum pelakon sensasi Indonesia baru saja bercerai dengan suaminya Antonio Dedola sebulan yang lalu tetapi satu khabar angin yang menular baru baru ini sememangnya membuatkan ramai tertanya Khabar angin tersebut mengatakan anak perem...
5 Jenama Pensel Warna Wajib Jadi Pilihan Murid Ibu Bapa Guru

5 Jenama Pensel Warna Wajib Jadi Pilihan Murid Ibu Bapa Guru

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 383 hits
Pensel warna adalah alat penting dalam dunia seni dan kreativiti Di Malaysia terdapat beberapa jenama pensel warna yang sangat popular di kalangan pelajar pencinta seni dan profesional Artikel ini akan menyenaraikan lima jenama pensel warna...
Startup Pendidikan Ini Getol Bantu Guru Guru Terapkan Kurikulum Merdeka

Startup Pendidikan Ini Getol Bantu Guru Guru Terapkan Kurikulum Merdeka

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 300 hits
Kelas Pintar perusahaan penyedia solusi pendidikan berbasis teknologi yang juga menjadi salah satu Mitra Pembangunan Kemdikbudristek telah menyelenggarakan berbagai program untuk mendukung Implementasi Kurikulum Merdeka
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri