Dettol Membantu Ibu Bapa Baru Lindungi Si Kecil


DETTOL MEMBANTU IBU BAPA BARU LINDUNGI SI KECIL | Assalammualaikum semua! Beruntungnya ibu bapa muda zaman sekarang. Banyak sumber pengetahuan dan inisiatif murni diadakan bagi membantu mereka menjaga persekitaran yang bersih untuk bayi. Seingat Ruby, semasa anak-anak masih bayi adalah waktu paling risau jika rumah berhabuk, persekitaran kotor dan barang yang tidak berkemas. 
Masa ini adalah waktu semua perkara bayi ingin teroka. Paling menakutkan apabila semua barang dicapai mesti masuk ke dalam mulut. Alat permainan jangan cerita lah kan. Memang semua dia nak jilat. Alat kawalan jauh yang kita selalu pegang tu pun mereka masuk mulut. Situlah paling banyak kuman. Boleh dikatakan kami semua sentiasa pegang alat kawalan jauh. Risaunya  apabila anak jatuh sakit. 
DETTOL MEMBANTU IBU BAPA BARU LINDUNGI SI KECIL

Dettol edar ‘kit perlindungan bayi’ kepada ibu bapa baru di klinik dan hospital untuk memastikan perlindungan kepada si kecil pada setiap masa

Sebagai jenama perlindungan kuman yang paling dipercayai di dunia, Dettol Malaysia telah memulakan satu misi untuk membantu ibu bapa baru melindungi anak kesayangan mereka yang baru lahir terutamanya dalam tempoh semasa bayi. 
Menurut Global Hygiene Council, sistem imun bayi yang baru lahir hanya mula menghasilkan antibodi sendiri pada usia dua hingga tiga bulan. 
Sehinggalah jadual vaksinasi bermula, bayi amat mudah terdedah kepada jangkitan lazim termasuklah jangkitan pernafasan seperti demam dan selsema, serta jangkitan gastrousus, seperti cirit-birit dan muntah-muntah. 
Selain daripada meneruskan penyusuan susu ibu, jika boleh, penting untuk ibu bapa melindungi bayi daripada potensi jangkitan dalam sekitar rumah yang mana 78% daripada mainan kanak-kanak mengandungi jangkitan daripada mikroorganisma

Untuk memastikan ibu bapa bersedia dengan penyelesaian yang terbaik untuk memastikan persekitaran yang selamat daripada bakteria berbahaya, Dettol Malaysia telah memulakan satu program untuk menyerahkan lebih 240,000 ‘kit perlindungan bayi’ kepada para ibu baru. 
Kit ini membenarkan ibu bapa menyahjangkit dan membersih setiap inci rumah mereka dalam penyediaan menyambut ketibaan si kecil di rumah

“Dalam persekitaran kita, kita terdedah kepada beratus-ratus antigen dalam seharian, daripada habuk, debu, virus kepada bakteria. Sebagai pakar kebersihan, kami memahami kesukaran yang dilalui ibu bapa untuk memastikan keluarga mereka dilindungi sama ada di dalam dan juga di luar rumah. 
Dengan Dettol, jenama perlindungan kuman yang paling dipercayai yang membasmi 99.99% virus, bakteria dan varian Omicron COVID-19, ibu bapa dengan mudah rasa yakin, terjamin dan tenang untuk menggunakannya pada setiap hari. 
Kita kurang jatuh sakit apabila perlindungan mudah didapati terutamanya dengan barisan produk Dettol yang meluas, dan kami percaya bahawa kami berada di kedudukan yang terbaik untuk melindungi masyarakat Malaysia, ibu bapa termasuklah bayi, dalam mengejar dunia yang lebih sihat dan bersih,” komen Tiffany Tang, Pengarah Pemasaran bagi Health & Hygiene Malaysia, Singapura dan Vietnam. 
DETTOL ANTIBACTERIAL LIQUID AND DISINFECTANT
Dettol turut mengesyorkan penggunaan penyembur Dettol Antibacterial Liquid & Disinfectant pada permukaan dan pakaian bagi memastikan perlindungan bayi di tahap optimum:
Fokus kepada membersihkan kaunter meja, lantai dan apa-apa yang mungkin disentuh anak anda. Selain daripada menyapu dan membersih habuk, anda juga perlu menyahjangkit permukaan-permukaan yang diguna pada setiap hari untuk membunuh kuman atau kotoran yang ada. 
Permukaan dalam rumah selalu digunakan dan akibatnya, permukaan ini menjadi kawasan utama bagi virus dan kuman yang boleh menyebabkan anak atau ibu bapa jatuh sakit. Penggunaan disinfectant spray boleh mengurangkan penyebaran kuman ini

Penting untuk membasmi kuman sebelum tersebar. Pakaian bayi kotor yang diletakkan di dalam bakul pakaian kotor mudah terdedah kepada pertumbuhan kuman terutamanya apabila dibiarkan dalam tempoh yang lama. 
Membasuh pakaian dengan bahan cuci antibakteria yang selamat pada kulit boleh menghalang penyebaran kuman dan memberi keselesaan kepada anak anda.


Tangan yang bersih adalah kuncinya. Penting untuk anda kerap membasuh tangan, terutamanya selepas menyalin lampin, menggunakan tandas dan sebelum menyediakan formula, botol- atau penyusuan susu ibu kepada anak. Penting juga bagi pengasuh bayi anda untuk peka dengan vaksinasi mereka

Vaksinasi dapat membentuk perlindungan di persekitaran anak anda sehingga sistem imun mereka berkembang

Hadkan interaksi anak anda. Disebabkan bayi baru lahir sensitif kepada persekitaran dan orang baru, ibu bapa dinasihatkan meminimumkan ziarah-menziarahi sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu pertama. 
Anak anda tanpa disedari boleh dijangkiti dengan penyakit serius atau boleh membawa maut melalui pendedahan kepada orang baru. 
Cuba untuk tidak membenarkan orang baru untuk mencium atau memeluk si kecil sementara anak anda menguatkan sistem imunisasi mereka kerana mereka masih belum dilindungi dengan vaksin. 
Jika tetamu anda tidak terdiri daripada kalangan ahli rumah, sediakan tisu basah antibakteria di atas meja atau di kawasan pintu masuk supaya tetamu boleh menggunakannya bagi mengehadkan penyebaran kuman sebelum berjumpa si kecil

Bawa jumpa doktor jika demam dengan suhu 38°C atau lebih bagi bayi baru lahir kurang dari 3 bulan (terutamanya bayi berusia 1 hingga 2 bulan) kerana bayi ini memerlukan perhatian perubatan dengan segera. 
Untuk kanak-kanak yang lebih berusia, jumpa doktor jika demam lebih daripada beberapa hari atau demam tidak kebah dengan ubat penurun demam. 
Banyak virus dan penyakit lain yang boleh diuruskan di rumah. Ibu bapa tidak akan sentiasa dapat melindungi anak mereka daripada setiap kuman di dunia ini. 
Jatuh sakit adalah sebahagian daripada kehidupan, terutamanya dalam usia beberapa tahun pertama, namun untuk perlindungan yang lebih baik, Dettol ada bersama para ibu bapa

MENGENAI DETTOL
Dettol telah menjadi nama yang dipercayai untuk perlindungan kuman selama lebih 80 tahun, membantu mencegah penyebaran kuman melalui produk antiseptiknya yang terkenal di seluruh dunia. Sains dan kepakaran kami melangkaui produk kami kepada mikrobiologi termaju pada keupayaan penyelidikan global

Makmal dan perkongsian kami di seluruh dunia, membolehkan kami memahami cara kuman merebak dan memberi tumpuan kepada cara mencegah kuman ini daripada menjangkiti orang

Misi kami adalah untuk membantu menjaga kesihatan keluarga di seluruh dunia melalui mengamalkan amalan kebersihan yang lebih baik. 
Kami terus bersemangat tentang kesihatan dan cara kami bekerjasama dengan rakan kongsi dan persatuan perubatan di seluruh dunia untuk memacu perubahan tingkah laku bagi mewujudkan tabiat kebersihan yang berkekalan

Hari ini, Dettol ialah jenama Perlindungan Kuman #1 di dunia

MENGENAI RECKITT
Reckitt wujud untuk melindungi, menyembuhkan dan memupuk dalam usaha gigih mengejar dunia yang lebih bersih dan sihat. Kami percaya bahawa akses kepada kebersihan, kesihatan dan khasiat berkualiti tinggi adalah hak, bukan keistimewaan

Reckitt ialah syarikat di sebalik beberapa jenama pengguna yang paling dikenali dan dipercayai di dunia dalam aspek kebersihan, kesihatan dan pemakanan, termasuk Air Wick, Dettol, Durex, Enfagrow A+, Enfamama A+, Finish, Gaviscon, Harpic, Lysol, Mortein, Mucinex, Strepsils, Vanish, Veet, Woolite dan banyak lagi

Setiap hari, lebih daripada 20 juta produk Reckitt dibeli di seluruh dunia. Kami sentiasa mengutamakan pengguna dan orang ramai, mencari peluang baharu, berusaha untuk kecemerlangan dalam semua yang kami lakukan dan membina kejayaan bersama dengan semua rakan kongsi kami. 
Kami berhasrat untuk melakukan perkara yang betul, sentiasa. Kami adalah pasukan global yang pelbagai dengan lebih daripada 43,000 rakan sekerja. 
Kami menggunakan tenaga kolektif kami untuk memenuhi cita-cita kami untuk jenama yang diterajui tujuan, planet yang lebih sihat dan masyarakat yang lebih adil. Ketahui lebih lanjut, atau hubungi kami di www.reckitt.com.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2023/05/dettol-membantu-ibu-bapa-baru-lindungi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Sambut Baik Sesi Persekolahan Januari

Ibu Bapa Sambut Baik Sesi Persekolahan Januari

papar berkaitan - pada 25/5/2023 - jumlah : 169 hits
SHAH ALAM Rata rata ibu bapa menyambut baik pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memulakan semula sesi persekolahan pada Januari tahun 2026 Seorang suri rumah Siti Ainiza Kamsari 54 berkata sesi persekolahan seperti yang dulu da...
Cara Urus Harta Pusaka Selepas Kematian Ibu Bapa

Cara Urus Harta Pusaka Selepas Kematian Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 26/5/2023 - jumlah : 178 hits
Bapa Ibu Meninggal dunia tinggalkan pusaka hartanah Apa waris perlu buat Kredit Fadzli Rozali Sebarang urusan pindahmilik hartanah atau masukkan nama waris baru dalam geran tidak boleh dibuat oleh kerana penama telah meninggal dunia Jadi wa...
Gara Gara Sakan Nak Beraya Ibu Bapa Dari Neraka Tergamak Tinggalkan Anak Berpanas Dalam Kereta Bikin Netizen Bengang

Gara Gara Sakan Nak Beraya Ibu Bapa Dari Neraka Tergamak Tinggalkan Anak Berpanas Dalam Kereta Bikin Netizen Bengang

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 118 hits
Gara gara sakan nak beraya ibu bapa dari neraka tergamak tinggalkan anak berpanas dalam kereta bikin netizen bengang Umum tahu pada ketika ini Malaysia sedang mengalami musim panas yang melampau Hal ini sekaligus membuatkan orang ramai lebi...
Ini Bukan Bapa Haruan Makan Anak Ini Mak Makan Anak Ibu Buat Amang Seksual Terhadap Anak Lelaki Ditahan

Ini Bukan Bapa Haruan Makan Anak Ini Mak Makan Anak Ibu Buat Amang Seksual Terhadap Anak Lelaki Ditahan

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 174 hits
8220 Ini bukan bapa haruan makan anak ini mak makan anak 8221 Ibu buat amang seksual terhadap anak lelaki ditahan Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap d...
Sikap Dingin Ibu Bapa Cabaran Guru Mengajar Di Bandar

Sikap Dingin Ibu Bapa Cabaran Guru Mengajar Di Bandar

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 125 hits
Imej hiasanJik guru di kawasan pedalaman dan terpencil berhadapan cabaran kekurangan infrastruktur dalam menjalankan tanggungjawab mereka rakan sejawat yang di bandar besar lain pula ceritanya Meskipun kebanyakan sekolah di bandar lengkap d...
Ibu Bapa Halang Anak Ceburi Bidang Stem

Ibu Bapa Halang Anak Ceburi Bidang Stem

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 125 hits
Imej hiasanINISIATIF Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Pendidikan menubuhkan pasukan khas bagi menyuntik minat dalam bidang sains dan teknologi dalam kalangan pelajar perlu disokong dan disambut baik oleh semua pe...
Sesi Persekolahan Januari Ibu Bapa Lega Tapi Bimbang Tentang Tekanan Murid

Sesi Persekolahan Januari Ibu Bapa Lega Tapi Bimbang Tentang Tekanan Murid

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 196 hits
Imej hiasanPETALING JAYA Sementara kebanyakan ibu bapa gembira dengan kembalinya tahun sekolah yang bermula pada bulan Januari mereka juga bimbang tentang kesan tahun sekolah yang lebih pendek ke atas anak anak mereka Pengurus jualan Jacque...
Hiburan Diana Tak Jumpa Dan Salam Ibu Bapa Saya Keluar Tak Ikut Pintu Utama Farid Kamil

Hiburan Diana Tak Jumpa Dan Salam Ibu Bapa Saya Keluar Tak Ikut Pintu Utama Farid Kamil

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 166 hits
Semalam pelakon sensasi Farid Kamil yang turut ditemani oleh kedua ibu bapanya ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari bagi prosiding laporan Jawatankuasa Pendamai dan sebutan nusyuz memberitahu isterinya Diana Danielle langsung ...
Ikan Haruan Tumbuk Baik Untuk Ibu Berpantang Membantu Menyembuhkan Luka

Ikan Haruan Tumbuk Baik Untuk Ibu Berpantang Membantu Menyembuhkan Luka

papar berkaitan - pada 13/5/2023 - jumlah : 334 hits
Para ibu pernah dengar tak ikan haruan tumbuk bersama cekur Hidangan ni sedap tau kalau dimakan dengan nasi panas Mudah pun mudah hidangan ni untuk dibuat Para suami pun boleh bantu isteri untuk sediakan hidangan ini Bukan sahaja mudah tapi...
Dapat Suami Tak Banyak Cakap Menyesal Kahwin Dulu Tak Ikut Cakap Mak Stres Aku

Penerangan Akaun 3 Kwsp Syarat Dan Cara Keluar Duit Kwsp Akaun 3

How The Kkb By Election Might Itself Trigger Of More By Elections

Dah Jumpa Sebab Kalah Pn Kata Sebab Pengundi Luar

E Kyc Syarat Pengeluaran Kwsp Rm250 Ke Atas Bagi Akaun 3

Kakak Maut Adik Kritikal Dalam Kemalangan

Ht House By 007studio In Ha Tinh Vietnam

Ben Nathan Kebahagiaanmu Chord



Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka


Cara Aminkan Doa

Learning From May 13 For Lasting National Reconciliation

Ringgit Slips On Expected Us Policy Tightening

Doa Itu Senjata Orang Mukmin Penjelasan Doa Vs Musibah Kapan Bisa Menang

Liga Super Var Tidak Berfungsi Rugikan Sabah

Tambahkan Selera Warga Emas