Ibu Bapa Halang Anak Ceburi Bidang Stem


Imej hiasan

INISIATIF Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Pendidikan (KPM) menubuhkan pasukan khas bagi menyuntik minat dalam bidang sains dan teknologi dalam kalangan pelajar perlu disokong dan disambut baik oleh semua pemegang taruh seperti pembuat dasar, guru, ibu bapa dan juga pelajar. 
Ironinya, pelbagai kajian dan laporan yang dibentang dengan jelas menunjukkan minat pelajar terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) semakin merosot khususnya membabitkan mereja yang di luar bandar. 
Misalnya, laporan KPM pada 2020 menunjukkan hanya 47.18 peratus pelajar peringkat menengah atas di seluruh negara memilih bidang STEM. Malah situasi sama berlaku di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara apabila bidang perniagaan, perakaunan dan kewangan kekal sebagai pilihan utama tetapi bukan STEM. 
Tatkala kita bercakap mengenai kepentingan Revolusi Industri Keempat (IR 4.0), kecerdasan pembuatan (AI), internet benda (IoT) serta keperluan untuk menggarap kemahiran dalam pelbagai bidang sains dan teknologi yang pesat membangun, kemerosotan minat generasi muda terhadap bidang ini sangat membimbangkan. 
Perkara ini bakal mencetuskan masalah besar untuk Malaysia mencapai impian menjadi negara maju berpendapatan tinggi. Pendidikan STEM banyak memberi penekanan kepada aspek kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di mana komponen ini dilihat dapat melahirkan generasi muda yang mempunyai kemahiran tinggi dalam menyelesaikan pelbagai masalah kompleks melalui pengetahuan dalam bidang komunikasi, kerjasama. berpasukan, kreativiti dan pemikiran kritikal. 
Tuntasnya, kepentingan bidang STEM untuk memacu pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat sudah tidak boleh disangkal lagi. Namun, persoalan utama sekarang, bagaimana kita boleh memupuk minat anak-anak terhadap bidang STEM sekali gus bersedia menghadapi cabaran dan ketidaktentuan pada masa hadapan? 
Apa yang pasti, perlu ada inisiatif tambahan daripada semua pemegang taruh untuk mencapai sasaran 60 peratus pelajar STEM menjelang 2030 bagi memastikan negara mempunyai bekalan bakat STEM mencukupi sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2030. 
Kita perlu cari jalan untuk menghilangkan rasa takut dan fobia anak-anak terhadap subjek sains tulen seperti Fizik, Kimia dan Biologi di samping Matematik Tambahan. Antara langkah awal perlu dilaksanakan segera ialah buka semula semua laporan kajian disediakan selama ini yang memperincikan punca generasi muda tidak meminati bidang STEM serta teliti cadangan penambahbaikan dikemukakan oleh pakar untuk menangani masalah tersebut. Kita tidak mahu cadangan dikemukakan tinggal cadangan semata-mata tanpa sebarang tindakan susulan oleh pihak berkaitan. 
Jadi, pembuat dasar tidak perlu membuang masa membuat kajian baharu, sebaliknya pasukan khas bakal ditubuhkan hanya perlu meneliti semua kajian lepas dan segera memberi perhatian terhadap cadangan penambahbaikan yang digariskan. 
SPM 
Penambahbaikan yang hendak dilakukan perlu dilihat dalam konteks sistem, kaedah dan silibus pengajaran serta pembelajaran terutama di sekolah. Kenal pasti di mana kelemahannya dan tangani segera masalah tersebut. Dalam hal ini, kementerian juga wajar melaksanakan sesi libat urus bersama pelajar, guru serta ibu bapa bagi mendapatkan gambaran jelas serta mendengar sendiri faktor yang menyumbang kepada kemerosotan minat pelajar terhadap bidang ini. 
Pengalaman saya sebagai Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sebuah sekolah menengah juga mendapati masih ada dalam kalangan ibu bapa sendiri yang kurang minat terhadap bidang STEM lantas mereka tidak membenarkan dan tidak menggalakkan anak memilih bidang tersebut ketika memasuki tingkatan empat. 
Malah, ada ibu bapa yang mengutamakan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lebih selesa untuk membenarkan anak mengikuti aliran selain sains dengan andaian anak mereka akan mencatatkan keputusan lebih cemerlang untuk menyambung pengajian. 
Ini menunjukkan ibu bapa sendiri tidak memahami kepentingan bidang STEM untuk memacu masa hadapan anak mereka serta keperluan menyumbang kepada pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat. Maka perlu ada inisiatif untuk memperbetulkan mentaliti ibu bapa selain memujuk mereka untuk memahami situasi sekali gus menggalakkan anak menceburi bidang STEM. 
Ringkasnya, ibu bapa wajar memainkan peranan signifikan membantu meningkatkan bilangan pelajar mengikuti aliran STEM. Mereka perlu menjadi faktor penggalak dan pendorong kepada minat anak. 
Selain itu, peranan sekolah dan universiti juga perlu terus diperkasakan untuk menarik minat pelajar memilih bidang kritikal ini. Peranan guru khususnya di sekolah rendah perlu dipertingkatkan kerana pemupukan minat itu perlu berlaku pada usia lebih muda agar mudah untuk kita membentuk kecenderungan minat anak-anak, umpama melentur buluh biar dari rebungnya

Para guru perlu secara berterusan menanamkan minat pelajar terhadap bidang ini melalui pelbagai aktiviti di dalam dan luar bilik darjah secara lebih kreatif. Untuk itu, infrastruktur dan kemudahan yang diperlukan terutama di makmal perlu dipertingkatkan dan dipastikan mencukupi

Kementerian perlu meneliti perkara ini dan mengaudit semua kelengkapan infrastruktur makmal sains yang ada di sekolah di seluruh negara terutama di luar bandar. Hal ini penting kerana kelengkapan terbatas akan menyebabkan pelajar tidak dapat meneroka sepenuhnya apa yang ada dalam bidang ini sekali gus menyebabkan rasa ingin tahu pelajar tidak bercambah dan minat pelajar terhadap STEM juga akan terus berkurangan

Hakikatnya, penurunan jumlah pelajar dalam aliran STEM boleh memberi implikasi kepada universiti dan politeknik atau institusi latihan kemahiran yang bertujuan menghasilkan sumber manusia mahir dan separa mahir seperti jurutera, juruteknik, arkitek, saintis atau penyelidik. Jika ini berlaku, penawaran bakat dan modal insan untuk sektor pekerjaan bersandarkan STEM akan terjejas teruk

Justeru, besarlah harapan kita agar masalah penurunan bilangan pelajar STEM ini dapat ditangani dengan strategi jangka pendek dan panjang yang berkesan

Sudah tiba masanya diwujudkan dasar dan pelan tindakan komprehensif mengenai STEM merangkumiproses transformasi dan penambahbaikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sekali gus menjenamakan semula STEM secara menyeluruh

Noor Mohamad Syakil HameedPENULIS ialah penganalisis isu semasa & pentadbir di Universiti Putra Malaysia (UPM)
Sumber: Utusan Malaysia



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/05/ibu-bapa-halang-anak-ceburi-bidang-stem.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Ibu Baru Sebulan Cerai Anak Pelakon Sensasi Didakwa Bercinta Pula Dengan Bapa Tiri

Hiburan Ibu Baru Sebulan Cerai Anak Pelakon Sensasi Didakwa Bercinta Pula Dengan Bapa Tiri

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 319 hits
Sedia maklum pelakon sensasi Indonesia baru saja bercerai dengan suaminya Antonio Dedola sebulan yang lalu tetapi satu khabar angin yang menular baru baru ini sememangnya membuatkan ramai tertanya Khabar angin tersebut mengatakan anak perem...
Hiburan Manipulasi Anak Untuk Benci Ibu Bapa Adalah Perbuatan Keji Status Ig Farid Kamil Curi Perhatian

Hiburan Manipulasi Anak Untuk Benci Ibu Bapa Adalah Perbuatan Keji Status Ig Farid Kamil Curi Perhatian

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 173 hits
Sejak kebelakangan ini nama pelakon Farid Kamil sering menjadi tumpuan ramai dan kali ini sekali lagi menjadi bualan warganet setelah memuat naik satu hantaran status di Instagram Story Melalui status tersebut Farid memuat naik nbsp quotes ...
Hayun Parang Arah Polis Selepas Ancam Ibu Anak Maut Ditembak

Hayun Parang Arah Polis Selepas Ancam Ibu Anak Maut Ditembak

papar berkaitan - pada 25/5/2023 - jumlah : 338 hits
Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata suspek berusia 44 tahun yang ditembak didapati berada di bawah pengaruh dadah PETALING JAYA Seorang lelaki di bawah pengaruh dadah terbunuh apabila polis melepaskan tembakan setelah bertinda...
Dettol Membantu Ibu Bapa Baru Lindungi Si Kecil

Dettol Membantu Ibu Bapa Baru Lindungi Si Kecil

papar berkaitan - pada 25/5/2023 - jumlah : 302 hits
DETTOL MEMBANTU IBU BAPA BARU LINDUNGI SI KECIL Assalammualaikum semua Beruntungnya ibu bapa muda zaman sekarang Banyak sumber pengetahuan dan inisiatif murni diadakan bagi membantu mereka menjaga persekitaran yang bersih untuk bayi Seingat...
Patut Nasihat Anak Tu Dulu Qistina Raisah Dikecam Hebat Netizen Ibu Tampil Beri Nasihat Buat Anak

Patut Nasihat Anak Tu Dulu Qistina Raisah Dikecam Hebat Netizen Ibu Tampil Beri Nasihat Buat Anak

papar berkaitan - pada 25/5/2023 - jumlah : 237 hits
Baru baru ini nama pelakon remaja Qistina Raisah menjadi tumpuan ramai gara gara perkongsiannya di media sosial dikatakan tidak sesuai dengan umur dan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen Malah wujud pulak dakwaan yang mengatakan ...
Ibu Bapa Sambut Baik Sesi Persekolahan Januari

Ibu Bapa Sambut Baik Sesi Persekolahan Januari

papar berkaitan - pada 25/5/2023 - jumlah : 219 hits
SHAH ALAM Rata rata ibu bapa menyambut baik pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memulakan semula sesi persekolahan pada Januari tahun 2026 Seorang suri rumah Siti Ainiza Kamsari 54 berkata sesi persekolahan seperti yang dulu da...
Tak Bawa Mandi Sungai Kesian Tapi Suka Tidur Dengan Ikan Ibu Layankan Gelagat Anak Lelaki

Tak Bawa Mandi Sungai Kesian Tapi Suka Tidur Dengan Ikan Ibu Layankan Gelagat Anak Lelaki

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 138 hits
Jika anak anak lelaki paling gemar menangkap ikan di sungai lain pula kisahnya dengan seorang kanak kanak ini yang terlalu sukakan ikan sehingga tidur bersama ikan ikannya Gelagat comel dan pelik anak lelakinya itu dikongsikan oleh seorang ...
Sesi Persekolahan Januari Ibu Bapa Lega Tapi Bimbang Tentang Tekanan Murid

Sesi Persekolahan Januari Ibu Bapa Lega Tapi Bimbang Tentang Tekanan Murid

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 243 hits
Imej hiasanPETALING JAYA Sementara kebanyakan ibu bapa gembira dengan kembalinya tahun sekolah yang bermula pada bulan Januari mereka juga bimbang tentang kesan tahun sekolah yang lebih pendek ke atas anak anak mereka Pengurus jualan Jacque...
Nak Naikkan Berat Anak Dengan Cantik Ibu Ni Kongsikan Tip

Nak Naikkan Berat Anak Dengan Cantik Ibu Ni Kongsikan Tip

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 163 hits
Nak naikkan berat badan anak memang mencabar Walau makan dengan teratur namun susahnya nak naikkan berat badan anak Macam mana Ini antara cabaran ibu bapa yang berada dalam situasi anak anak susah makan atau tidak mahu makan dan semestinya ...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Rakyat Tidak Lupa Bendera Putih

Rakyat Tengah Susah Ini Buktinya

Caruman Kwsp Bekas Suami Bekas Isteri Boleh Ambil Untuk Nafkah

Migraine Sebelum Haid

Cetaphil Toner Bantu Kulit Flawless

Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis