Kumpulan Pro Anwar Akan Turun Ke Jalanan Desak Dr M Serah Kuasa




Kumpulan pro-Anwar Ibrahim berkata keputusan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan tidak menetapkan tarikh peralihan kuasa daripada Dr Mahathir Mohamad kepada presiden PKR itu, sudah dijangka.
Setiausaha Kumpulan Otai Reformis, Abdul Razak Ismail berkata walaupun keputusan malam tadi nampak tidak memihak kepada Anwar, pihaknya tetap dengan pendirian sebelum ini untuk mendesak Mahathir berundur dan menyerahkan kuasa pada Mei tahun ini, bukannya selepas Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) pada November.
Razak berkata, kumpulan ini akan menggunakan “pelan B” di mana mereka akan kembali turun ke jalanan bagi mendesak peralihan kuasa berlaku pada Mei ini sepertimana sejarah 1998.
“Otai Reformis dan rakan NGO masih tetap konsisten bahawa Mei 2020 adalah tarikh akhir Dr Mahathir melepaskan jawatan, jadi ‘pelan B’ kita akan teruskan sedikit masa nanti.
“Mobilisasi pelan B turun ke jalan raya sedang kita atur dalam masa terdekat.
“Imbau balik sejarah kami, Anwar di dalam Penjara Sungai Buloh semasa kami atur demonstrasi jalanan era 1998, jadi tiada bezanya kami sekarang ini,” katanya kepada FMT.
Kumpulan itu juga turut menyenaraikan beberapa alasan kenapa Mahathir perlu segera melepaskan jawatan, antaranya PH tidak lagi diyakini di bawah teraju pengerusi PPBM itu apabila tewas di PRK Tanjung Piai dan Semenyih.
“Dua kawasan itu, calon yg bertanding adalah dari PPBM. Malah idea NAP (National Automotive Plan) 2020 untuk menghasilkan kereta nasional ke-3 adalah salah satu contoh pembaziran wang rakyat.
“Bukan itu sahaja isu penjualan saham-saham 3 anak syarikat Petronas kepada syarikat-syarikat yang tidak dikenali, sangat mencurigakan kita dan itu juga antara sebab kami berpandangan kenapa Mahathir harus diturunkan pada Mei 2020 ini.
“Tempoh 9 bulan dari sekarang hingga selepas Apec pada Nov akan menyaksikan Mahathir melakukan lebih banyak pembaziran wang rakyat,” katanya.
Kumpulan itu juga akan teruskan jelajah ke negeri-negeri bagi memberi penerangan kepada akar umbi supaya menolak Mahathir.
Sementara itu, penulis buku pro-Anwar, Shahbudin Husin menyifatkan keputusan mesyuarat malam tadi mengecewakan rakyat dan ia gambaran zaman gelap Malaysia akan berpanjangan.
“Dalam usia menuju 95 tahun, Tun Mahathir tanpa berselindung memperlihat sisi tamak dan rakus kuasa yang ada dalam dirinya.
“Tun Mahathir dengan jelas memungkiri janjinya sendiri untuk menjadi perdana menteri selama 2 tahun.
“Tidak mustahil bila selesai sidang Apec nanti, lain pula belit dan alasannya untuk terus bertakhta sebagai orang paling berkuasa di negara ini,” katanya menerusi tulisan blog terbarunya sambil memaklumkan tiada kemajuan ekonomi dilakukan sepanjang 2 tahun Mahathir menarajui kerajaan PH.
Pimpinan tertinggi PH malam tadi sepakat untuk tidak menetapkan tarikh peralihan kuasa daripada Mahathir kepada Anwar.
Mahathir berkata, majoriti pimpinan bersetuju untuk beliau memutuskan tarikh bila akan menyerahkan kuasa perdana menteri.
“Terpulang pada saya sama ada saya nak lepas atau pun tak lepas. Itulah kepercayaan yang ditunjukkan parti kepada saya,” katanya Mahathir.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/02/22/kumpulan-pro-anwar-akan-turun-ke-jalanan-desak-dr-m-serah-kuasa/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kumpulan-pro-anwar-akan-turun-ke-jalanan-desak-dr-m-ser

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Komited Serah Kuasa Kepada Anwar Mahathir Sepatutnya Larang Usaha Kumpul Sd Dan Tolak Usul Percaya Pas

Selepas Komited Serah Kuasa Kepada Anwar Mahathir Sepatutnya Larang Usaha Kumpul Sd Dan Tolak Usul Percaya Pas

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 348 hits
Seiring dengan pengakuan Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim dalam pertemuan mereka Khamis lalu bahawa beliau komited berpegang kepada janji peralihan kuasa dan tidak terlibat dengan sebarang komplot mengumpul Akuan Bersumpah atau SD ...
Guna Pelan B Desak Tun M Serah Kuasa

Guna Pelan B Desak Tun M Serah Kuasa

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 330 hits
Seorang pemimpin PKR tidak menolak kemungkinan gerakan reformasi dan himpunan jalanan akan berulang sekali lagi sekiranya pelan peralihan kuasa Perdana Menteri antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berlaku Mei...
Ph Serah Pada Dr M Tarikh Peralihan Kuasa

Ph Serah Pada Dr M Tarikh Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 366 hits
Diterbitkan Hari ini 12 21 pagiBERITAMajlis Presiden PH menyerahkan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk memutuskan tarikh peralihan kuasa selepas Sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di ibu negara Nov depan Bercakap pada sidan...
Perletakan Jawatan Tun Adalah Jawapan Paling Bagus Kepada Pendesak Mahu Tun Berundur Untuk Peralihan Kuasa Kepada Anwar

Perletakan Jawatan Tun Adalah Jawapan Paling Bagus Kepada Pendesak Mahu Tun Berundur Untuk Peralihan Kuasa Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 354 hits
Nah sekarang Tun sudah tunaikan PERLETAKAN JAWATAN bila masa yang dulunya kamu persenda dan curiga Jika sekarang KAMU gagal angkat Anwar sebagai PM memang kamu PALING dayus di dunia ini Kamulah PENGKHIANAT sebenarnya Dan kamulah penyokong Y...
Wujud Sd Halang Peralihan Kuasa Tun M Tidak Terlibat Anwar

Wujud Sd Halang Peralihan Kuasa Tun M Tidak Terlibat Anwar

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 316 hits
Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui terdapat usaha terancang mengambil Akuan Berkanun dalam kalangan ahli ahli parlimen bertujuan menyokong Tun Mahathir untuk meneruskan tugasnya sehingga akhir penggal Bagaimanapun ...
Serah Kuasa Selepas November 2020 Mengecewakan Pelabur

Serah Kuasa Selepas November 2020 Mengecewakan Pelabur

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 225 hits
Biar pun tarikh 21 Februari dijadualkan berlangsungnya mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan namun agenda utama penyerahan kuasa daripada PM Tun Mahathir kepada Anwar Ibrahim telah pun diketahui keputusannya Hal ini berikutan Tun Mahath...
Peralihan Kuasa Penyokong Anwar Keliru

Peralihan Kuasa Penyokong Anwar Keliru

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 233 hits
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF HARAKAHDAILYKITA perlu berterima kasih kepada pemimpin DAP Liew Chin Tong di atas tulisan beliau bertajuk Pencerahan Tentang Peralihan Kuasa dalam akhbar Sinar Harian semalam Tulisan beliau pada hemat saya benar...
Mesyuarat Majlis Presiden 21hb Ini Mesti Mesti Dan Mesti Tetapkan Tarikh Serah Kuasa

Mesyuarat Majlis Presiden 21hb Ini Mesti Mesti Dan Mesti Tetapkan Tarikh Serah Kuasa

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 287 hits
Gambar hiasanHanya semalam ketika Tun Mahathir Mohamad memberi pengakuan kepada Anwar Ibrahim bahawa beliau sentiasa komited terhadap janji peralihan kuasa yang telah dipersetujuinya serta tidak terlibat sama sekali dengan sebarang komplot ...
Proses Penyerahan Kuasa Mahathir Kepada Anwar Yang Netizen Perlu Fahami

Proses Penyerahan Kuasa Mahathir Kepada Anwar Yang Netizen Perlu Fahami

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 285 hits
Manifesto bukan kitab suci Dalam banyak janji yang tertera di dalam manifesto Pakatan Harapan janji yang paling diambil berat oleh kalangan pimpinannya ialah menyerahkan tugas perdana menteri daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahi...
Deputy Minister Defends Jalur Gemilang Badge Amid Criticism

Last Day Bekerja Di Bulan Ramadhan

Bergambar Dengan Dekorasi Meriah Raya Jalinan Tradisi Di Kl East Mall

Dr Mahathir Urges Compassion For Cancer Stricken Jamal Yunos Says Past Grievances Should Be Set Aside

Lokasi Kami Di Sini Segera Daftar Sebagai Agent Mobile Stokis

Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri

Pelancaran Vending Machine Itik Ke Ayam X Chef Dato Fazley Yaakob

Ayat Al Quran Mengubat Hati


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Turning Clutter Into Cash How An Estate Sale Can Be Your Best Financial Decision This Year

Gempa Di Myanmar 144 Terbunuh 732 Cedera Dalam Gempa Bumi 7 7 Magnitud

Lari Jangan Jalan 2 Terbaru Dari Brooks White Mountaineering X Reebok

Scam Kononnya Pmx Sediakan Pelaburan Ia Adalah Palsu Dan Fitnah Tak Pasti Jang

Zamri Vinoth Akan Terus Lawan Demi Kebenaran 13 Peguam Hadir Wakili Saya

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak