Ph Serah Pada Dr M Tarikh Peralihan Kuasa


Wartawan MalaysiakiniDiterbitkan Hari ini 12:21 pagi
BERITA

Majlis Presiden PH menyerahkan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk memutuskan tarikh peralihan kuasa selepas Sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di ibu negara Nov depan.

Bercakap pada sidang media lewat malam di Putrajaya, Mahathir berkata PH membuat keputusan itu sebulat suara.

"Kita telah bincang panjang lebar berkenaan dengan masa depan parti.

"Akhirnya saya tak payah lah ulang apa yang kita capaikan. Terdapat dua pendapat.

"Akhirnya semuanya diserah kepada saya. Apa yang saya cakap mereka akan turut. Peralihan akan berlaku lepas Apec.

"Tiada tempoh masa (timeframe), terpulang kepada saya sama ada saya nak lepas atau tidak. Itulah kepercayaan yang kita persetujui oleh (Majlis Presiden) parti kepada saya. Alhamdulillah,” katanya.

Pada sidang media itu juga, Dr Mahathir diapit oleh bakal penggantinya Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut hadir pimpinan tertinggi parti-parti dalam gabungan PH, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali tidak kelihatan pada sidang akhbar itu.

Sementara itu, Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata semua pihak tidak ada keraguan terhadap Dr Mahathir selaku perdana menteri.

“Saya cadang Tun diberi peluang mentadbir negara dan tetapkan bila masa yang sesuai. Sementara itu saya kena bersabar,” kata Anwar.

Dalam perkembangan lain, Mahathir berkata, mesyuarat malam ini juga berbincang tentang Pilihan Raya Sarawak bagi penyusunan kerusi untuk memastikan tidak berlaku pertembungan sesama sendiri.

Jelas beliau, PH akan mengadakan satu konvensyen bagi membincang dan menyeleraskan pilihan raya negeri Sarawak.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/02/ph-serah-pada-dr-m-tarikh-peralihan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mesyuarat Majlis Presiden 21hb Ini Mesti Mesti Dan Mesti Tetapkan Tarikh Serah Kuasa

Mesyuarat Majlis Presiden 21hb Ini Mesti Mesti Dan Mesti Tetapkan Tarikh Serah Kuasa

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 428 hits
Gambar hiasanHanya semalam ketika Tun Mahathir Mohamad memberi pengakuan kepada Anwar Ibrahim bahawa beliau sentiasa komited terhadap janji peralihan kuasa yang telah dipersetujuinya serta tidak terlibat sama sekali dengan sebarang komplot ...
Selepas Pakatan Nasional Gagal Inilah Kesempatan Terbaik Majlis Presiden Tetapkan Tarikh Serah Kuasa

Selepas Pakatan Nasional Gagal Inilah Kesempatan Terbaik Majlis Presiden Tetapkan Tarikh Serah Kuasa

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 604 hits
Sebagaimana yang dijangka hasrat UMNO untuk membentuk kerjasama dengan Tun Mahathir Mohamad yang turut disertai Pas dalam sebuah gabungan baru yang dinamakan Pakatan Nasional akhirnya sah telah menemui kegagalan Perkara itu yang sepatutnya ...
Esok Mesti Tetap Tarikh Peralihan Kuasa Amk Selangor

Esok Mesti Tetap Tarikh Peralihan Kuasa Amk Selangor

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 399 hits
BERITA 1 3KSHARESEsok mesti tetap tarikh peralihan kuasa AMK Selangor MALAYSIAKINI Pemuda PKR Selangor menuntut Majlis Presiden Pakatan Harapan yang bermesyuarat esok supaya menetapkan satu tarikh khusus bagi peralihan kuasa Perdana Menteri...
Majlis Presiden Harus Tetapkan Tarikh Peralihan Kuasa Menjelang Mesyuarat 21 Fenruari Nanti

Majlis Presiden Harus Tetapkan Tarikh Peralihan Kuasa Menjelang Mesyuarat 21 Fenruari Nanti

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 416 hits
Hanya semalam ketika Tun Mahathir Mohamad memberi pengakuan kepada Anwar Ibrahim bahawa beliau sentiasa komited terhadap janji peralihan kuasa yang telah dipersetujuinya serta tidak terlibat sama sekali dengan sebarang komplot mengumpul tan...
Peralihan Kuasa Terpulang Kepada Saya Tun M

Peralihan Kuasa Terpulang Kepada Saya Tun M

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 425 hits
Tiada tarikh ditetapkan bagi Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya Dr Mahathir berkata mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan malam ini memutuskan bahawa beliau akan memutuskan bila masanya...
Jingga13 Nafi Anjur Demostrasi Tuntut Peralihan Kuasa Pm8 Malam Ini

Jingga13 Nafi Anjur Demostrasi Tuntut Peralihan Kuasa Pm8 Malam Ini

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 415 hits
BADAN Bukan Kerajaan Jingga 13 Malaysia menafikan akan menganjurkan demontrasi menuntut peralihan kuasa Perdana Menteri ke 8 di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya malam ini Setiausaha Jingga 13 Afzainizam Rahman berkata poster Demonstrasi...
Peralihan Kuasa Terpulang Pada Mahathir Jangan Meroyan Geng Bang Non Hahaha

Peralihan Kuasa Terpulang Pada Mahathir Jangan Meroyan Geng Bang Non Hahaha

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 551 hits
Majlis Presiden PH menyerahkan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk memutuskan tarikh peralihan kuasa selepas Sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di ibu negara Nov depan Bercakap pada sidang media lewat malam di Putrajaya Maha...
Peralihan Kuasa Pkr Gagal Dap Meroyan

Peralihan Kuasa Pkr Gagal Dap Meroyan

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 432 hits
Dr Kamarul Zaman YusoffMENGIKUT akhbar Sinchew Daily Mesyuarat Biro Politik PKR pada 19 Februari telah memberi mandat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menuntut satu tarikh peralihan kuasa yang spesifik dari Tun Dr Mahathir Mohamad dala...
Keputusan Ph Mengenai Peralihan Kuasa

Keputusan Ph Mengenai Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 447 hits
1 Kami sambut positif keputusan PH malam tadi yang telah menetapkan secara rasmi bahawa peralihan kuasa PM ke 7 dan ke 8 akan dilakukan selepas APEC Nov ini 2 Keputusan PH itu juga menggambarkan PH mengambil maklum gesaan kita dan rakyat um...
Erra Fazira Sah Bergelar Isteri Ezwan Zain Majlis Penuh Syahdu Di Rinjani Majestic

Confirm Tak Lemau Ini Cara Kekalkan Kerangupan Ikan Bilis Goreng

Writing Love Letters That Feel Honest Not Overwritten Or Fake

Hujan Lebat Pusat Beli Belah Trx Bocor Lagi

Lazada S Christmas Promotion

Reinstate Ptptn Loan Waiver For Top Scorers From Private Varsities Govt Urged

How Virtual Tours Shape The Future Of Architecture In The Metaverse

Thailand Kemboja Setuju Hentikan Semua Tembakan Berkuat Kuasa Petang Jumaat Trump


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sabrina Carpenter S Legs And Feet In Tights 40

Resepi Puding Roti Karamel Confirm Jadi Untuk Pemula

Ruqyah 3 Surah Perlindungan

Menanti Kebijaksanaan Anwar Kemaskinikan Kabinet

Bagaimana Huawei Melindungi Anda Di Jaringan Wi Fi Publik

Cepat Habis Jika Begini