Peralihan Kuasa Penyokong Anwar Keliru


DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILYKITA perlu berterima kasih kepada pemimpin DAP, Liew Chin Tong, di atas tulisan beliau bertajuk “Pencerahan Tentang Peralihan Kuasa” dalam akhbar Sinar Harian semalam
Tulisan beliau, pada hemat saya, benar-benar mencerahkan kerana penegasan beliau bahawa “tiada tarikh ditetapkan untuk peralihan kuasa antara Perdana Menteri ketujuh dan kelapan” menguatkan lagi kenyataan serupa yang dibuat oleh Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH), Dato’ Saifuddin Abdullah, pada 1 Januari 2019 dan kenyataan serupa yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin BERSATU, termasuk jawapan rasmi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Wira Dr Md Farid Md Rafik, kepada soalan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, di Parlimen pada 4 April 2019, yang berbunyi: “Peralihan kuasa kepada Perdana Menteri Kelapan adalah persefahaman yang telah dicapai semasa penubuhan PH tanpa menetapkan secara jelas tempoh pelaksanaannya”
Pencerahan Liew Chin Tong ini sekali gus menafikan kenyataan pemimpin-pemimpin tertentu di dalam PKR, di dalam DAP mahupun di dalam PAN bahawa peralihan kuasa antara Perdana Menteri ketujuh dan kelapan ini telah ditetapkan untuk berlaku dalam tempoh dua tahun
Bacaan saya sendiri ke atas ayat yang digunakan dalam “Muafakat PH” yang ditandatangani oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi PPBM, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Presiden PKR, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden PPBM, Tuan Tan Kok Wai selaku Pengerusi DAP dan Tuan Haji Mohamad Sabu selaku Presiden PAN pada 6 Januari 2018 berbunyi “proses undang-undang untuk mendapatkan Pengampunan Diraja bagi membebaskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan dimulakan segera, selepas PH mengambil alih pentadbiran negara, agar Dato’ Seri Anwar Ibrahim dapat segera berperanan dalam Kerajaan Persekutuan dan kemudiannya diangkat sebagai calon Perdana Menteri ke-8” adalah begini:(1)    Selepas dibebaskan dari penjara, Dato’ Seri Anwar hendaklah segera bertanding dalam pilihan raya kecil untuk dilantik ke dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan (ini adalah bagi memenuhi frasa “segera berperanan dalam Kerajaan Persekutuan”)
(2)    Selepas berperanan dalam Kerajaan Persekutuan, Dato’ Seri Anwar hendaklah kemudiannya diangkat sebagai calon Perdana Menteri ke-8 (ini adalah bagi memenuhi frasa “dan kemudiannya diangkat sebagai calon Perdana Menteri ke-8”)
(3)    Tempoh Dato’ Seri Anwar “diangkat sebagai calon Perdana Menteri ke-8” yang tidak dinyatakan boleh mengambil mana-mana tempoh antara tarikh Dato’ Seri Anwar berperanan dalam Kerajaan Persekutuan dan sebelum pembubaran Parlimen
Oleh itu, pada hemat saya, tidak sepatutnya menjadi satu isu jika peralihan kuasa antara Tun Dr Mahathir dan Dato’ Seri Anwar ini berlaku dalam tempoh tiga tahun atau empat tahun sekalipun asalkan ianya adalah sebelum berlakunya pembubaran Parlimen
Bendahari PH, Dato’ Husam Musa, malah lebih ekstrim lagi dengan menyebut dalam kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian pada 12 Julai 2019 bahawa peralihan kuasa ini boleh sahaja berlaku dalam tempoh “lima tahun atau mungkin satu penggal setengah”
Apa yang sepatutnya menjadi keutamaan bagi memenuhi hasrat “Muafakat PH” ini ialah untuk memasukkan Dato’ Seri Anwar ke dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan selaras dengan kehendak tersuratnya supaya beliau “segera berperanan dalam Kerajaan Persekutuan”
Malangnya, para penyokong Dato’ Seri Anwar kelihatan sangat celaru minda mereka kerana tidak dapat membezakan yang mana satu fakta dan yang mana satu impian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/02/peralihan-kuasa-penyokong-anwar-keliru.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wujud Sd Halang Peralihan Kuasa Tun M Tidak Terlibat Anwar

Wujud Sd Halang Peralihan Kuasa Tun M Tidak Terlibat Anwar

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 268 hits
Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui terdapat usaha terancang mengambil Akuan Berkanun dalam kalangan ahli ahli parlimen bertujuan menyokong Tun Mahathir untuk meneruskan tugasnya sehingga akhir penggal Bagaimanapun ...
Peralihan Kuasa Apa Yang Penting Pendirian Parti Ph Anwar

Peralihan Kuasa Apa Yang Penting Pendirian Parti Ph Anwar

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 272 hits
Diterbitkan 15 Feb 2020 11 51 malamBERITABerhubung isu peralihan kuasa antara Dr Mahathir Mohamad dengan dirinya Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata apa yang penting adalah pendirian PKR dan PH yang menyokong perkara itu Beliau mengulas berk...
Perletakan Jawatan Tun Adalah Jawapan Paling Bagus Kepada Pendesak Mahu Tun Berundur Untuk Peralihan Kuasa Kepada Anwar

Perletakan Jawatan Tun Adalah Jawapan Paling Bagus Kepada Pendesak Mahu Tun Berundur Untuk Peralihan Kuasa Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 292 hits
Nah sekarang Tun sudah tunaikan PERLETAKAN JAWATAN bila masa yang dulunya kamu persenda dan curiga Jika sekarang KAMU gagal angkat Anwar sebagai PM memang kamu PALING dayus di dunia ini Kamulah PENGKHIANAT sebenarnya Dan kamulah penyokong Y...
Isu Peralihan Kuasa Perlu Dimuktamadkan

Isu Peralihan Kuasa Perlu Dimuktamadkan

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 171 hits
Isu peralihan kuasa perlu dimuktamadkanOleh February 13 2020Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menggesa Majlis Presiden Pakatan Harapan supaya memuktamadkan segera tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri di antara TunDr Mahathir dan Datuk ...
Menjawab Hujah Dr Maza Berkaitan Janji Peralihan Kuasa Pm

Menjawab Hujah Dr Maza Berkaitan Janji Peralihan Kuasa Pm

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 225 hits
Kita tahu Dr Maza bukan orang politik beliau hanya seorang Mufti Tidak salah seorang Mufti mahu berbicara soal politik kerana politik dan agama tidak boleh dipisahkan Cuma agak pelik sejak kebelakangan ini selepas PH menjadi kerajaan suara ...
Untuk Henti Politicking Yang Diperlu Peralihan Kuasa Bukannya Usul Undi Percaya 11 February 2020

Untuk Henti Politicking Yang Diperlu Peralihan Kuasa Bukannya Usul Undi Percaya 11 February 2020

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 300 hits
Walaupun belum membuat keputusan sama ada menyokong atau tidak Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hassan berkata usul undi percaya kepada Perdana Menteri yang akan dibawa oleh Pas adalah perlu untuk Malaysia Ini kerana katanya terlalu banyak po...
Majlis Presiden Harus Tetapkan Tarikh Peralihan Kuasa Menjelang Mesyuarat 21 Fenruari Nanti

Majlis Presiden Harus Tetapkan Tarikh Peralihan Kuasa Menjelang Mesyuarat 21 Fenruari Nanti

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 208 hits
Hanya semalam ketika Tun Mahathir Mohamad memberi pengakuan kepada Anwar Ibrahim bahawa beliau sentiasa komited terhadap janji peralihan kuasa yang telah dipersetujuinya serta tidak terlibat sama sekali dengan sebarang komplot mengumpul tan...
Peralihan Kuasa Yang Paling Ditakuti

Peralihan Kuasa Yang Paling Ditakuti

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 219 hits
Peralihan kuasa Perdana Menteri di pertengahan penggal pada hakikatnya bukanlah sesuatu yang asing malah telah berlaku beberapa kali sebelum ini Tun Hussein Onn menyerahkan jawatan kepada Tun Mahathir Mohamad pada 1981 Tun Mahathir menyerah...
Peralihan Kuasa Beri Impak Positif Ekonomi Negara

Peralihan Kuasa Beri Impak Positif Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 187 hits
Parti parti dalam Pakatan Harapan tetap konsisten dalam isu peralihan kuasa kedudukan Perdana Menteri seperti dipersetujui sebelum Pilihan Raya Umum lalu Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat Fahmi Fadzil ketika megulas isu peralihan ku...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11