Kuih Seri Muka Istimewa Azie Kitchen Gerenti Sedap



Sementara menunggu Juita landed, saya menyediakan kuih seri muka. Alhamdulillah Juita telah selamat mendarat dalam pukul 2.30 petang. Sebaik mendarat beliau perlu membuat saringan pemeriksaan terlebih dahulu. Kemudian dibawa menaiki bas dengan setiap bas seramai 20 orang. 

Kini dia sedang menjalani kuarantin di Hatten Hotel Melaka. Aduhaai lebih dua jam perjalanan pulak dia dibawa ke sana. Tapi bilik yang disediakan sangat besar dan selesa. Sekurangnya selesa untuk dia study online  dan menduduki peperiksaan secara online juga. Di dalam bilik, disediakan bekalan air mineral yang banyak. 

Di hotel mana pun tak kisah sebab mereka bukan boleh keluar. Nama pun kuarantin. Saya gembira kerana akhirnya kami sekeluarga memijak bumi Malaysia yang sama. Saya ni selalu risau memikirkan jika apa apa berlaku semasa dia di Manchester. 

Yalah di Malaysia pun, sesiapa yang terkena jangkitan, tidak boleh ada pelawat. Kalau dalam keadaan tenat sekali pun, hanya ditemani oleh pegawai pegawai perubatan sahaja. Itu sebab saya memang langsung tidak keluar rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. 

Namun masih ada risiko kerana sekali sekala, Hubby kena keluar mencari barangan dapur dan Nelly pula masih bekerja seperti biasa. PERKESO adalah antara organisasi yang memainkan peranan penting di saat negara di landa Covid 19. Cuma sekali sekala Nelly work from home. 

Baru ni saya panik juga bila rakan sekerja beliau disyaki di jangkiti dari seorang staf MOF yang positif Covid 19. Nelly dipanggil ke pejabat untuk mengambil sample ujian swab. Alhamdulillah tiada apa apa. Tapi dia memang sangat menjaga kebersihan, setiap 10 minit sekali dia akan mencuci tangan dengan hand sanitizer. OK cukup setakat ini dahulu, sekarang kita sentuh pula bab masakan.


Hari ini saya menyediakan kuih seri muka versi acuan kuih lompang. Saya nampak sahabat Instagram kongsikan resepi kuih seri muka beliau yang dikatakan sangat sedap. Biasanya bila dah dapat idea tu, yang malas menjadi rajin dengan tiba tiba. 

Kali ini saya membuat hanya separuh dari adunan sahaja. Tak nak membazir di bulan Ramadhan ni, ingat nak hantar pada jiran sedikit. Walaupun separuh adunan, ianya telah menghasilkan 18 biji untuk lapisan hijau. 

Tapi bila Nana membuat video call dan bertanya apa yang saya masak, terus dia memberitahu yang dia teringin nak makan kuih seri muka. Jadi saya memesan grab untuk hantar kuih dan lauk pauk ke rumah Nana. 

Untuk resepi sukatan penuh boleh klik entri  di SINI. Asalnya saya ingin mencuba resepi yang dikongsikan oleh sahabat Instagram tapi bila saya membuat perbandingan resepi, saya telah memutuskan untuk kekal menggunakan resepi saya kerana ianya sangat sedap dan sangat sesuai dengan selera saya.

Sebab saiznya yang sangat comel, 2 kali suap untuk setiap biji. Sebelum naik bilik dah habis kuihnya. Saya suka sangat kalau membuat kuih, terus habis. Sebab kalau disimpan dalam peti ais macam dah tak sesedap makan ketika ianya masih lemak berkilat dalam suhu bilik. Bulan Ramadhan ni, bolehlah cuba sekali membuat kuih seri muka. Buat dalam acuan kuih lompang, bagi fun sikit. 

Jom layan resepi di bawag ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...



Kuih Seri Muka Istimewa Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen 
Menghasilkan 18 biji

Lapisan Bawah:150 gram beras pulut - rendam 1-2 jam  ¾ cawan santan segar pekat¼ sudu kecil garam 
Satukan kesemua bahan dan masukkan ke dalam loyang. Kukus pulut di dalam periuk pengukus yang telah mendidih airnya sehingga masak. 

Angkat dan dikacau supaya bergaul rata. 


Kemudian ditekan tekankan dengan tangan berlapik plastik/sudu sehingga sedikit padat. Nota: saya masukkan separuh acuan kuih lompang dan dipadatkan dengan acuan lompang lain.  




Nota:Bila santan cukup pekat dan lemak, pulut tak akan melekat, jadi boleh guna loyang yang sama. Saya guna loyang lain yang dilapisi dengan plastik untuk memudahkan kuih dikeluarkan dari loyang.



Lapisan Atas:1 cawan santan segar pekat ¼ cawan air daun pandan - kisar 3 helai½ cawan gula pasir 1 biji telur – saiz B¼ cawan tepung gandum ¼ sudu kecil garamSedikit pewarna hijau 
Kisar daun pandan dengan ¼ cawan air. Masukkan air daun pandan ke dalam 1 cawan santan pekat. Titiskan sedikit pewarna hijau. 
Telur dan gula dipukul seketika agak agak gula hancur sedikit. Tak perlu hancur betul betul pun. Masukkan separuh dari tepung gandum. Kacau dan masukkan ½ cawan santan. kacau lagi. 
Masukkan tepung dan diikuti dengan baki santan. Kacau rata. Masukkan air daun pandan dan kacau. Tapis. Nota: Jangan terlebih pukul untuk menghasilkan permukaan kuih yang rata.
Masakkan atas dapur sambil dikacau sekadar keluar wap. Angkat dan tuang ke dalam loyang atau acuan kuih lompang yang telah dmasukkan pulut dan dipadatkan. 

Kukus selama 20 minit. Balut penutup pengukus dengan tuala. Setiap beberapa minit dilap tudung pengukus. Setelah masak, angkat penutup pengukus dan biarkan kukus tanpa penutup selama beberapa minit bagi mengeringkan air di permukaan atas lapisan hijau. 
Angkat dan sejukkan. Setelah sejuk, boleh keluarkan dari acuan dengan menggunakan pencungkil gigi. 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2020/04/kuih-seri-muka-istimewa-azie-kitchen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Dan Cara Buat Kuih Seri Muka Sedap Lembut Dan Berlemak Dengan Resepi Sukatan Cawan Yang Pasti Menjadi

Tips Dan Cara Buat Kuih Seri Muka Sedap Lembut Dan Berlemak Dengan Resepi Sukatan Cawan Yang Pasti Menjadi

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 1052 hits
As Salam Tips Buat Kuih Seri Muka Sedap Berlemak Manis Dengan Resepi Sukatan Cawan Akhirnya sempena cuti Fasa ketiga dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Allah izinkan dan mudahkan saya untuk buat sendiri antara kuih legend dan tradisi ...
Cara Buat Kuih Seri Muka

Cara Buat Kuih Seri Muka

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 796 hits
Kuih seri muka Bahagian bawah 1 3 cawan pulut2 2 cawan santan3 Secubit garam then angkat penyek2 bg padatBahagian atas 1 1 cawan tepung gandum2 2 cawan santan3 1 1 2 cawan gula pasir4 Setgh cawan air pandan 5 1 sudu besar tepung jagung6 1 b...
Menu Berbuka Sambal Tumis Ikan Tenggiri Ulam Bayam Brazil Kuih Talam Seri Muka

Menu Berbuka Sambal Tumis Ikan Tenggiri Ulam Bayam Brazil Kuih Talam Seri Muka

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 889 hits
assalamualaikum salam sejahtera Ramadhan day 4 PKP day 41 jam sekarang kul 9 50 pagi pagi pagi ni takde apa nak buat apa nak masak utk berbuka ptg ni dah tau dah kak Nurin Syuhada masih dlm bilik ntah hape yg diorang tgh buat Izzat lom bang...
Resepi Kuih Seri Muka

Resepi Kuih Seri Muka

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 735 hits
Seri MukaResepi Kuih Seri MukaBahan lapisan bawah 500gm beras pulut300ml santan pekat300ml air2 tsp garam halusCara 1 Rendam pulut sekurang kurangnya 4 jam 2 Basuh bersih dan toskan Masukkan pulut bersama santan air dan sedikit garam ke dal...
Resipi Kuih Seri Muka

Resipi Kuih Seri Muka

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 521 hits
Kuih Seri Muka merupakan kuih yang mempunyai dua lapisan atas dan bawah dengan bahan yang berbeza Lapisan bawah Kuih Seri Muka mengandungi pulut dan lapisan atas pula merupakan lapisan yang lembut serta sedikit manis bagi mengimbangi rasa t...
Kuih Onde Onde Lembut Dan Sedap

Kuih Onde Onde Lembut Dan Sedap

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 760 hits
Masa kecil kecil dulu tak suka sangat bila kena mengisar beras Berat pengisar batu tu Saya pula kurus cekeding jer Bila penat saya mula mengelat dengan letak air banyak banyak jadi laju jer batu pengisar tu tapi hasilnya beras kisar jadi ka...
Step By Step Buat Karipap Pusing Rangup Sedap Ikut Cara Ni Je Gerenti Jadi

Step By Step Buat Karipap Pusing Rangup Sedap Ikut Cara Ni Je Gerenti Jadi

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 1074 hits
Selain donat karipap juga antara makanan yang disukai anak anak kita Rasanya yang rangup ditambah pula dengan inti padunya buat anak makan bertambah Tak sebiji pasti nak lagi Jika dahulu kita boleh membeli di kedai PKP pastinya masa terbaik...
Tak Yakin Nak Cuba Ini Step By Step Buat Kuih Lopes Paling Mudah Wangi Sedap

Tak Yakin Nak Cuba Ini Step By Step Buat Kuih Lopes Paling Mudah Wangi Sedap

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 526 hits
Kuih lopes antara kuih wajib sepanjang bulan puasa ini Malah kuih yang satu ini menjadi menu tradisi keluarga turun temurun ketika berpuasa Walaupun mudah namun kuih lopes sering dianggap sukar sedangkan hakikatnya cara hendak membuatnya cu...
Daging Bakar Cicah Sos Ala Thai Patutlah Sedap Ada Perapan Istimewa Padu

Daging Bakar Cicah Sos Ala Thai Patutlah Sedap Ada Perapan Istimewa Padu

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 541 hits
Jika anda penggemar masakan berasaskan daging jangan dilupakan menu daging bakar yang pastinya membuatkan anda teringat ingat akan kesedapan rasanya Daging Bakar dengan cicah sos ala Thai ini memang istimewa dan unik Sedapnya tak terkata Re...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri