Kuih Onde Onde Lembut Dan Sedap



Masa kecil kecil dulu, tak suka sangat bila kena mengisar beras. Berat pengisar batu tu. Saya pula kurus cekeding jer. Bila penat, saya mula mengelat dengan letak air banyak banyak, jadi laju jer batu pengisar tu tapi hasilnya beras kisar jadi kasar. Hahaha kalau arwah Bonda nampak, dia akan marah. Lepas tu beras kisar akan dimasukkan dalam kain dan diperah untuk mendapatkan tepung beras. 

Saya selalu jer melihat Bonda menyediakan kuih onde onde tapi dulu dulu sayalah tidak rajin untuk duduk duduk di dapur. Kuih ini memang sangat sinonim dengan Ramadhan kan walaupun ada jer pada hari hari biasa.

Kuih ni jadi sempurna bila kita menggigitnya akan terpancut air gula Melaka. Malam tadi habis terpancut air gula. Jadi saya kira kuih onde onde saya ni menjadi lah. Itu sebab kena guna gula Melaka atau nisse yang original. Baru mudah mencair bila direbus. Baunya pun wangi sangat. Hahaha kurang pahala puasa sebab cium bau kuih sebelum waktu berbuka.

Tapi biasalah kita mana sempurna. Ssshhh jangan beritahu orang tau, saya sebenarnya terlupa memasukkan air kapur. Hahaha itu sebab kuih saya tak jadi kenyal kenyal dan bila siap dimasak, ada macam kemek dan tak bulat sikit. Dah terlupa nak buat macam mana kan. 

Ada yang menulis kuih ini sebagai Ondeh Ondeh, ada yang tulis sebagai onde onde. Ada yang panggil kuih buah Melaka. Panggil lah apa pun, ianya tetap merujuk kepada kuih yang sama. 

Kuih tradisional ini memang mudah didapati sepanjang masa tapi sangat famous di bulan Ramadhan bila ianya menjadi pilihan ramai untuk dijadikan hidangan kuih berbuka puasa. Sewaktu berbuka malam semalam, saya ngap dulu beberapa biji. Selepas berbuka makan lagi. Baru beberapa hari puasa, saya dah tak berselera makan. Kalau lauk yang dibeli, laaagi tak berselera kerana tak sedap. 



Untuk melihat entri kuih onde onde saya sebelum sebelum ini, boleh klik di SINI. Kuih ini telah melalui banyak pembaharuan dengan ditambah penggunaan seperti labu dan juga ubi keledek. Saya juga ada menyediakan Onde Onde labu di SINI. Kalau suka, boleh cuba juga kuih onde onde yang menggunakan ubi keledek. Satukan ubi keledek dengan tepung pulut, lembut dan sedap. 
Jom layan resepi di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...

Kuih Onde Onde aka Kuih Buah MelakaOleh: Azie Kitchen 
Bahan-Bahan: 1 cawan tepung pulut 
2 sudu besar tepung beras½ cawan air daun pandan - tambah 1-2 sudu air lagiGula melaka - potong kecil½ biji kelapa muda parut - ambil bahagian putih sahaja
Sedikit garam - untuk gaul dengan kelapa parut
Sedikit air kapur 
Cara cara: Bancuh tepung pulut dan tepung beras dengan air daun pandan dan air kapur sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tak melekat di tangan.


Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula Melaka yang dipotong kecil atau dihancurkan supaya ianya betul betul cair semasa direbus. Saya tak suka rasa gula Melaka yang berbiji semasa mengunyahnya. Tutup adunan kemas kemas dan gentel adunan dengan kedua tapak tangan supaya berbentuk bulat cantik.  



Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Kalau suka, boleh masukkan daun pandan yang dicarik dalam air rebusan supaya wangi.
Masukkan bebola tepung tadi dan tunggu sehingga ianya timbul di permukaan air menandakan ianya telah masak dan sedia diceduk keluar.

Tos dan terus masukkan ke dalam pinggan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam. Golek golekkan kuih di atas kelapa tadi sehingga ianya betul betul bersalut. Sedia untuk dihidangkan. Nota: Kepala parut ditekan tekan sedikit dengan sudu supaya rata. Jadi ianya lebih cantik.

Nota: Resepi asal Bonda saya ialah menggunakan hanya tepung beras pulut. Tapi untuk menghasilkan kuih onde onde yang lembut, diubahsuai resepi dengan dicampur tepung beras.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2020/04/kuih-onde-onde-lembut-dan-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Keropok Lekor Yang Lembut Dan Sedap Beserta Dengan Sos Pencicah Keropok Lekor

Resepi Keropok Lekor Yang Lembut Dan Sedap Beserta Dengan Sos Pencicah Keropok Lekor

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 566 hits
Sejak awal bulan February hari tu banyak betul orang jual ikan termenung yang murah murah Dapat la saya buat keropok lekor Kata peniaga2 ikan termenung tu terlalu banyak di laut Dah jadi lambakan ikan termenung pula terutamanya di kawasan u...
Tak Ada Acuan No Hal Guna Kuali Je Boleh Buat Kuih Cara Berlauk Resipi Simple Tapi Sedap

Tak Ada Acuan No Hal Guna Kuali Je Boleh Buat Kuih Cara Berlauk Resipi Simple Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 625 hits
Tengah fikir nak buat kuih apa untuk berbuka harini Ini dia kuih cara berlauk dengan inti daging cincang yang sungguh lembut dan sedap Baca Yang paling penting walaupun tiada sarang kuih cara anda tetap boleh membuat kuih ini menggunakan ku...
Resepi Mango Cheesecake Gebu Lembut Makan Sekali Pasti Nak Lagi Sedap

Resepi Mango Cheesecake Gebu Lembut Makan Sekali Pasti Nak Lagi Sedap

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 476 hits
Kek merupakan salah satu pemanis mulut yang digemari ramai Selain rasanya yang manis dan berlemak kek juga boleh diviarasikan dalam pelbagai jenis perisa seperti kek keju mangga strawberry coklat dan sebagainya Kami ingin berkongsi dengan a...
12 Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap

12 Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 1503 hits
12 Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap Kuih talam adalah antara kuih yang paling mudah untuk dimasak dan menjadi kegemaran buat mereka yang lanjut usia sebab ianya lembut sedap berlemak tapi ada juga yang menukar dengan menggunak...
Punyalah Senang Nak Buat Kuih Lapis Ni Sedap Berlemak Guna Sukatan Cawan Je

Punyalah Senang Nak Buat Kuih Lapis Ni Sedap Berlemak Guna Sukatan Cawan Je

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 735 hits
Selain kuih seri muka dan kuih talam kuih lapis juga tidak kurang hebatnya Teringat ingat air tangan ibu setiap kali berbuka puasa di kampung halaman Rupanya hendak menyediakan kuih yang satu ini tidaklah sesukar mana Lapisan demi lapisan p...
Kuih Lapis Yang Lembut

Kuih Lapis Yang Lembut

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 937 hits
Bahan bahan 2 cawan tepung beras1 2 cawan tepung gandum1 2 cawan tepung jagung1 cawan gula3 cawan santan pekat1 cawan airSedikit garamPewarna sirap rosCara caranya 1 Panaskan pengukus Masukkan santan ke dalam periuk Panaskan sekejap bagisua...
Kuih Lompang Cantik Lembut Manis Begini Langkahnya Cukup Mudah

Kuih Lompang Cantik Lembut Manis Begini Langkahnya Cukup Mudah

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 765 hits
Kuih lompang menu tradisi orang lama ini cukup mudah menarik perhatian sesiapa sahaja Selain rupa dan bentuknya yang comel kuihnya yang lembut bergedik ini juga buat suapan ke mulut terasa cukup istimewa Lembut dan nikmat kemanisannya Bosan...
20 Resepi Kuih Muih Sedap Dan Mudah Disediakan

20 Resepi Kuih Muih Sedap Dan Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 857 hits
20 Resepi Kuih Muih Sedap Dan Mudah Disediakan Mencari resepi yang mudah disediakan di bulan puasa sangat sangat diperlukan Resepi The post appeared first on
Talam Gula Merah Persis Air Tangan Ibu Lembut Cukup Berlemak Sedap

Talam Gula Merah Persis Air Tangan Ibu Lembut Cukup Berlemak Sedap

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 654 hits
Ketika bulan puasa inilah kita sudah mula merindui masakan ibu di kampung Kuih muih yang saban hari ibu sediakan setiap kali berbuka seolah olah sudah terasa di tekak Cabar diri sendiri kali ini untuk menyediakan pula sentuhan kuih tradisio...
Software Supply Chain Attacks Strategies To Detect And Mitigate Risks

Why New Hampshire S 24 Inch Shwt Rule Is Redefining Septic System Efficiency

Will Malaysia Ever Learn From The French Gritting Political Will To Nail Corrupters

Amaran Hujan Berterusan Di Sarawak Sabah Labuan Hingga 22 Dis

Kim Seri Nafi Melarikan Diri Ke Jepun Sedia Beri Kerjasama Kepada Pihak Berkuasa Tentang Kes Penipuan Pakej Pelancongan

Giliran Abang Viva Pula Bersuara Dedah Chat Antara Isteri Dengan Lelaki Lain Akui Ada Bukti Video

Two Crows Coming Home From Guantanamo

Abu Dzar Al Ghifari Zuhudnya Seperti Nabi Isa


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kuih Abuk Abuk Legend

How Scheduled Waste Management In Malaysia Protects The Environment

Selamat M Sia Dari Politik Celaru Hiburan Celaru

Club James A Contemporary Evolution Of An Iconic Architectural Legacy

Up To 13 Pay Rise Enhanced Benefits For Staff Of 2 Sarawak Banks

Malaysia Extends Visa Exemption For Indian Nationals Until 2026