Kaedah Tradisional Hanya Pelengkap Pemulihan Pesakit Covid 19 Dr Noor Hisham


Putrajaya: Penggunaan ubat herba dan kaedah tradisional yang dicadangkan oleh pakar perubatan dari China hanya sebagai pelengkap kepada proses pemulihan dan bukan satu rawatan khusus bagi pesakit COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata masih belum terdapat kaedah atau ubatan bagi pesakit COVID-19 tetapi apa yang dicadangkan pakar dari China itu ialah perkongsian dilakukan dalam membantu proses kesembuhan di negara mereka.

“Tentang ubat tradisional ia bukan sebagai satu rawatan tetapi hanya rawatan pelengkap, misalnya dengan penggunaan akupunktur dan herba Cina mungkin boleh mempercepatkan kesembuhan atau perawatan tersebut.

“Kita memang ada perbincangan teliti dengan mereka (pakar dari China) serta perkongsian pengalaman daripada mereka yang kita dapat belajar dan cuba untuk elakkan agar kita tidak mengulangi kelemahan yang sedia ada,” katanya dalam sidang media harian mengenai COVID-19, di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut akan mengadakan perbincangan serta sidang susulan dengan pasukan perubatan dari China itu mengenai tindakan perawatan dan perubatan yang lebih terperinci.


“Sekurang kurangnya mereka telah memberi keyakinan kepada kita mengenai tindakan kita (yang telah diambil) dan ia berkesan. Jadi lawatan mereka itu saya rasa sedikit sebanyak telah kita dapat menfaat daripada situ,” tambahnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Dr Noor Hisham menjelaskan bidang kuasa selepas pendatang tanpa izin (PATI) disaring COVID-19 dan dikenakan tindakan undang-undang, bukan bidang kuasa dibawah kementerian itu.

Jelasnya, tanggungjawab KKM adalah untuk menyaring, mengesahkan serta merawat mereka yang positif COVID-19.

“Jika positif, kita akan asingkan mereka untuk tempoh dua minggu dan selepas itu kita akan saring sekali lagi. Itulah tindakan di KKM dan selebih itu kita serah pada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk ambil tindakan,” katanya.

Beliau menjawab soalan pemberita berkenaan dakwaan PATI dikenakan tindakan selepas menjalankan ujian saringan COVID-19.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 21,271 warga asing telah disaring yang mana 811 kes adalah kes positif dan melibatkan empat kematian setakat ini.

Sumber: Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.kelimerah.com/2020/04/kaedah-tradisional-hanya-pelengkap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Sudah Memasuki Fasa Pemulihan Wabak Covid 19 Dr Noor Hisham

Malaysia Sudah Memasuki Fasa Pemulihan Wabak Covid 19 Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 434 hits
PUTRAJAYA Malaysia kini sudah memasuki fasa pemulihan daripada penularan wabak COVID 19 kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati bahawa Perintah Kawalan Perg...
Ada Dua Kemungkinan Dr Noor Hisham Maklumkan Pesakit Covid 19 Boleh Dijangkiti Semula

Ada Dua Kemungkinan Dr Noor Hisham Maklumkan Pesakit Covid 19 Boleh Dijangkiti Semula

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 472 hits
Sepatutnya orang sudah pulih dia ada antibodi small Cover image via Noor Hisham Abdullah Facebook small Malaysia hari ini merekodkan sebanyak 57 lagi kes positif baru Covid 19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 5 482 kes setakat 21 April ...
Pesakit Pneumonia Akan Dianggap Positif Covid 19 Sehingga Ujian Makmal Beri Keputusan Negatif Dr Noor Hisham

Pesakit Pneumonia Akan Dianggap Positif Covid 19 Sehingga Ujian Makmal Beri Keputusan Negatif Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 394 hits
Semasa persidangan media harian Perkembangan Covid 19 di Malaysia yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham menasihatkan para barisan hadapan untuk sentiasaikut garis panduan memakai PPE yang lengkap ketika merawat...
Covid 19 Perang Hingga Tahun Depan Apa Strategi Dr Noor Hisham

Covid 19 Perang Hingga Tahun Depan Apa Strategi Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 401 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Foto NSTP MOHD FADLI HAMZAHCOVID 19 Perang hingga tahun depan Dr Noor HishamPUTRAJAYA Malaysia mungkin terpaksa berperang sehingga tahun depan dalam menentang penularan wabak COVID 19 s...
Lokaliti Tular Covid 19 Akan Dikenakan Pkpd Selepas Sektor Ekonomi Dibuka Kata Noor Hisham

Lokaliti Tular Covid 19 Akan Dikenakan Pkpd Selepas Sektor Ekonomi Dibuka Kata Noor Hisham

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 385 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan supaya kerajaan mengambil langkah seperti mengenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan di kawasan yang berlakunya penularan Covid 19 Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdull...
Covid 19 Kkm Kesan Satu Mutasi Lebih Ganas Jangkiti 120 Individu Dr Noor Hisham

Covid 19 Kkm Kesan Satu Mutasi Lebih Ganas Jangkiti 120 Individu Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 473 hits
PUTRAJAYA Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan terhadap COVID 19 mendapati terdapat satu daripada 30 strain mutasi virus tersebut boleh bertindak lebih ganas sehingga menjangkiti 120 pesakit lain Ketua Pengarah Kesihatan Datuk ...
Kes Menurun Kini Naik Kembali Ke Tiga Angka Akhirnya Dr Noor Hisham Bongkarkan Mengapa Kes Positif Covid 19 Naik Semula

Kes Menurun Kini Naik Kembali Ke Tiga Angka Akhirnya Dr Noor Hisham Bongkarkan Mengapa Kes Positif Covid 19 Naik Semula

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 475 hits
PENULARAN Covid 19 di negara ini merekodkan 105 kes baharu menjadikan keseluruhan 6 176 kes setakat Sabtu Daripada jumlah kes itu 11 adalah kes import Ini bermakna kes penularan tempatan adalah sebanyak 94 kes dengan 60 kes dikesan dari lok...
Covid 19 Penduduk Di Zon Hijau Mula Alpa Dr Noor Hisham

Covid 19 Penduduk Di Zon Hijau Mula Alpa Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 350 hits
Terdahulu Perlis diisytiharkan sebagai kawasan pertama zon hijau selepas tiada jangkitan baharu dikesan selama lebih dua minggu Gambar Sofi RGBPUTRAJAYA Sikap leka dan ambil mudah masyarakat dibimbangi boleh menyebabkan peningkatan kembali ...
Malaysia Di Fasa Pemulihan Kata Noor Hisham Menjelang Pkp4

Malaysia Di Fasa Pemulihan Kata Noor Hisham Menjelang Pkp4

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 453 hits
Dr Noor Hisham Abdullah PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan memaklumkan Malaysia di fasa pemulihan wabak Covid 19 ketika jumlah pesakit pulih lebih separuh daripada keseluruhan kes koronavirus itu Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdulla...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa

Pemuda Tempuh Perjalanan Lebih Lapan Jam Demi Segulung Ijazah

Izz Wan Demo Ore Comey Chord

Canopy House By Studio Mk27 A White Prism Suspended In Brazil S Atlantic Forest