Kuih Bulan Baker S Cottage Pearl Of Prosperity
Semalam encik suami ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menguruskan daftar sijil kematian arwah uwan meninggal bulan Jun lepas. Agak lama untuk menguruskan hal ni disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pejabat tak buka dan perlu buat temujanji.
Ikutkan pakcik kata temujanji bulan 11 nanti. Tapi sejak Negeri Sembilan dah masuk Fasa 3 (bakal masuk fasa 4, bermula 24 Sept) pejabat pun dah dibuka. Untuk urusan pendaftaran kelahiran masih dalam talian. Cuma urusan kematian dibolehkan walk in. Alhamdulillah selesai satu urusan
Balik balik encik suami beli beberapa pastri dari Baker's Cottage. Salah satunya Kuih Bulan (Mooncake). Disebabkan saya tak pernah rasa kuih bulan, itu yang dia beli tu. Pertama kali nak mencuba kuih bulan.
Sejarah kuih bulanKuih bulan (Jawi: كويه بولن ), (bahasa Cina: 月饼 ) sejenis kuih tradisional kaum cina. Biasanya dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh atau Perayaan Kuih Bulan. Kuih bulan dianggap sebagai satu hidangan makanan istimewa yang penting dalam peristiwa Perayaan Kuih Bulan.
Kuih bulan adalah diberikan kepada rakan-rakan atau disajikan dalam perhimpunan keluarga semasa meraikan pesta tersebut, satu daripada tiga perayaan Cina yang paling penting.
Kuih bulan biasanya pastri berbentuk bulat atau segi empat tepat. Berukuran lebih kurang 10 cm dalam diameter dan 4-5 cm tebal.
Inti tebal selalunya dibuat daripada isi biji teratai dikelilingi oleh satu kerak agak nipis (2-3 mm) dan mengandungi kuning telur daripada telur itik masin.
Kuih bulan sejenis kuih premium yang berat dan tebal berbanding dengan kebanyakan kek Barat dan pastri. Biasanya dimakan diiringi dengan Teh Cina
sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Kuih_bulan
Apa yang membuatkan saya tak rasa nak cuba kuih bulan ni sebab kuih bulan Cina. Rasa ragu ragu kuih bulan halal ke tidak. Tapi sekarang dah ada kuih bulan melayu dan Baker' Cottage pun ada sijil halal. Jadi, bolehlah makan tanpa ragu ragu kuih bulan Baker's Cottage halal
Baker's cottage promotion 202130% off : RM14.42
NP : RM20.60
Encik suami beli 1 je sebab nak rasa, kan. satu biji je pun dah mahal even harga promosi pun. Faktor harga juga buat saya rasa lambat lagi nak rasa kuih bulan ni sebenarnya. Boleh tahan mahal juga, kan
Itu belum lagi pembungkusan kuih bulan yang berkotak exclusive tu. Ratusan harganya
Mungkin cara pembuatan atau bahan-bahan yang digunakan buatkan kuih bulan ni mahal sebegitu rupa. Terkejut tau tengok harga macam tu. Saya je kot terkejut sebab tak pernah membeli, kan. Yang dah biasa beli lain cerita
Apa yang menarik tentang kuih bulan ni adalah corak kuih bulan itu sendiri dan juga ada pelbagai perisa. Corak corak kuih bulan berbeza dan cantik-cantik dilihat. Encik suami beli kuih bulan Baker's Cottage E2, Pearl Of Prosperity
Pearl Of Prosperity (E2)An interesting 3-layer mooncake, which combines the aromatic fragrance of jade green pandan lotus at the outer layer with golden yellow mung bean filling and golden salted egg yolk at the center.
Weight: 180gm
Menarik paras rupa keratan rentas kuih bulan ni. Kuih bulan yang mampat isinya. Tak mudah rapuh. Teksturnya halus. Rasa seperti kuih kacang hijau. Tiba-tiba gigit salted egg tengah tu, rasa macam pelik bila bergabung dengan rasa kacang hijau.
Sepotong tu makan kongsi berdua. Bila rasa pelik itu muncul, terus berhenti makan dan akan bersambung makan nanti. Rasa nak keluarkan salted egg tu dan makan dengan nasi je nanti. Baru boleh habiskan salted egg tu
Ini yang buat rasa trauma nak mencuba kuih bulan lagi ni. Mungkin akan ada lah kot perisa yang boleh buat saya suka makan kuih bulan ni. Tapi nak beli tu entah tak tahu bila. Macam tak je.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/09/kuih-bulan-mooncake-bakers-cottage.html