Hanya Satu Perayaan Bulan Kebangsaan


2021 merupakan tahun ke-58 penubuhan Persekutuan Malaysia. Gagasan penggabungan wilayah Nusantara tertentu iaitu Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sarawak dan Borneo Utara, iaitu nama lama untuk Sabah disuarakan seawal 1887 oleh British untuk membentuk tanah jajahan yang besar.

Ia disuarakan semula oleh mereka pada 1942 dan 1955. Namun, ia tidak mendapat sebarang sambutan. Ia hanya diterima pada 1961 untuk direalisasikan apabila disuarakan oleh Persekutuan Tanah Melayu.

Beberapa faktor diutarakan sebagai pewajaran penubuhan Persekutuan Malaysia pada 1963 menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu yang sudah merdeka dengan Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak. Antaranya untuk mengukuhkan ekonomi secara bersama, menjaminkan keadaan politik lebih stabil lagi selamat ekoran ancaman komunis, jalan pintas untuk kemerdekaan wilayah yang masih dikawal British dan mengeratkan hubungan antara kesemua wilayah ini.

Sehubungan itu, tidak dapat dinafikan penggabungan lima wilayah ini bersekali dengan Brunei yang menarik diri adalah penyatuan semula wilayah Nusantara untuk mengukuhkan solidariti Nusantara yang teruk terjejas. Kalaupun tidak, hilang seketika akibat penjajahan British dan Belanda.

Walaupun bertujuan murni untuk bersekali semula, ia mendapat tentangan hebat daripada wilayah Nusantara lain biarpun serumpun sebagai Kepulauan Melayu. Dalam hal ini, Filipina menuntut Sabah bagi pihak waris Sultan Sulu yang pernah memerintah di sana. Indonesia pula membantah keras dengan mengumumkan permusuhan ke atas Malaysia.

ANTIKLIMAKS
Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun yang lebih meriah perayaannya di Sabah dan Sarawak antaranya hendaklah diraikan dalam konteks solidariti Nusantara ini di seluruh Malaysia. Sehubungan itu, Semenanjung yang baru sahaja meraikan Hari Kemerdekaan dua minggu sebelumnya dengan meriah sekali saban tahun didapati tidak menyambut Hari Malaysia dua minggu kemudian semeriah Hari Kemerdekaan.

Ini tidak sepatutnya berlaku tetapi dapat difahami bahawa Hari Malaysia semacam antiklimaks setelah perayaan Hari Kemerdekaan. Namun, ia hendaklah tetap diperingati di Semenanjung untuk bersama-sama menjulang semangat solidariti Nusantara dengan Sabah dan Sarawak yang meraikannya melalui perayaan besar-besaran di sana.

Ini merupakan status quo tentang sambutan Bulan Kebangsaan kita, iaitu dua peristiwa penting negara diraikan dalam tempoh dua minggu antara satu sama lain diperingati secara bersama di seluruh negara tetapi dikendalikan secara berlainan oleh Semenanjung sahaja untuk Hari Kemerdekaan dan Sabah atau Sarawak secara bergilir bagi satu Malaysia untuk Hari Malaysia.

Dari satu segi, cara begini bukan sahaja saling melengkapi, ia juga memperlihat persefahaman baik lagi utuh antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

PSIKOLOGI
Sehubungan dua perayaan negara dalam tempoh sesingkat dua minggu, pernah ada cadangan agar dipilih hanya satu daripada dua tarikh keramat ini, sama ada 31 Ogos atau 16 September untuk kita raikan secara bersama-sama sekali gus besar-besaran di segenap pelosok negara sama ada di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak.

Gagasan begini baik sekali dalam pengertian keukhuwahan sebagai kesatuan satu entiti sahaja adalah lebih bagus dari segi psikologi berbanding dengan kesatuan dua entiti.

Dalam hal ini, tarikh yang diputuskan itu hendaklah diterima baik walaupun ia mungkin tiada kesignifikanan langsung dengan wilayah tertentu dalam Persekutuan Malaysia. Dalam hal ini, kita boleh mengambil contoh Amerika Syarikat terdiri daripada 50 negeri yang masing-masing mempunyai tarikh kemerdekaan sendiri. Namun atas satu semangat kenegaraan, tarikh 4 Julai dipersetujui semua negeri.

Semangat terus bergerak sebagai satu komuniti nasional yang bersatu dalam semua bidang, sama ada kecil mahupun besar adalah amat penting bukan sahaja untuk memperlihat tetapi memupuk integrasi nasional. Dengan adanya semacam pengasingan dalam konteks perayaan Hari Malaysia yang tidak disambut meriah oleh semua wilayah di dalam Persekutuan Malaysia, ia memang satu pemisahan fizikal yang ketara dari satu segi lain.

Berkenaan pemisahan ini, persetujuan Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung untuk mengenakan kawalan imigresen, tidak dapat dinafikan satu langkah pemisahan yang tidak baik untuk integrasi nasional, iaitu hubungan erat lagi mesra antara Semenanjung-Sabah-Sarawak.

Walaupun ia diwujudkan untuk pelbagai tujuan keselamatan, namun didapati sangat pelik oleh banyak pihak di luar Malaysia apatah lagi dalam negara sendiri bagi menyekat sesama warga senegara untuk bergerak dengan mudah ke mana-mana tempat di dalam tanah air yang dikongsi bersama.

MUHIBAH
Sudah tiba masanya Sabah dan Sarawak memikirkan cara lebih muhibah bukan sahaja baik untuk semua yang bernegara dan senegara di bawah naungan Malaysia dalam pengertian nasionaliti Malaysia. Lebih penting lagi cara yang boleh menghentikan pemisahan yang semacam membahagi-bahagikan kita kepada Semenanjung, Sabah dan Sarawak sebagai entiti berasingan.

Selain itu, usaha untuk menaut tiga wilayah Malaysia ini boleh dimulakan dengan memilih hanya satu tarikh sebagai Hari Kebangsaan. Ia untuk diperingati sebagai hari rakyat negara berdaulat ini berjaya membebaskan diri daripada belenggu penjajahan di wilayah masing-masing dan hari negara tercinta ini ditubuhkan secara bersepakat dengan destini sepunya untuk kesejahteraan rakyat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta kemakmuran semua wilayah Malaysia.

Oleh: Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/09/hanya-satu-perayaan-bulan-kebangsaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Blok Yang Terbakar Di Lapas Tangerang Hanya Dijaga Satu Petugas

Blok Yang Terbakar Di Lapas Tangerang Hanya Dijaga Satu Petugas

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 195 hits
Setiap blok di Lapas Klas I Tangerang hanya dijaga satu petugas keamanan Begitu pula Blok C2 yang terbakar hingga menewaskan 44 orang warga binaan pemasyarakatan
Bersatu Atau Umno Hanya Satu Harimau Akan Hidup

Bersatu Atau Umno Hanya Satu Harimau Akan Hidup

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 197 hits
M Fakhrull Halim Umno akan memanfaatkan masa sehingga pilihan raya umum ke 15 untuk menghancurkan parti serpihannya Bersatu ramal penganalisis politik Prof James Chin Dia menggunakan kiasan peribahasa Cina bahawa dua ekor harimau tidak akan...
Hiburan Luluh Hati Bila Tengok Ismail Sakit Anak Kedua Shahrol Shiro Hanya Ada Satu Buah Pinggang

Hiburan Luluh Hati Bila Tengok Ismail Sakit Anak Kedua Shahrol Shiro Hanya Ada Satu Buah Pinggang

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 188 hits
Pelawak Shahrol Shiro memberitahu bahawa dia dan isteri Nor Farhana Syamimi reda dengan ketentuan Ilahi apabila anak kedua mereka Ismail Rifqi hanya memiliki satu buah pinggang ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementUjar Farhana mereka dimaklumkan ...
Pandu Perodua Ativa Pada Hanya Rm57 Untuk Bulan Pertama Dengan Flux

Pandu Perodua Ativa Pada Hanya Rm57 Untuk Bulan Pertama Dengan Flux

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 222 hits
Pandu Perodua Ativa Pada Hanya RM57 Untuk Bulan Pertama Dengan Flux Jika anda peminat kenderaan SUV pastinya anda ingin mencuba Perodua Ativa Ini kerana model ini menjadi buruan dan mendapat permintaan tinggi sejak ianya diperkenalkan Tak m...
Banjir Sugud Bila Hanya Bumbung Menjadi Satu Satunya Pilihan Tempat Yang Selamat

Banjir Sugud Bila Hanya Bumbung Menjadi Satu Satunya Pilihan Tempat Yang Selamat

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 378 hits
Dalius memberitahu air banjir tidak menunggu lama hanya mengambil masa 20 minit bila air paras menaiki rumah rumah di Sekitar Kampungnya Laporan Eksklusif Daily Ekspress Ketika bumbung adalah satu satunya tempat yang selamat Penampang Ketig...
Teks Mc Teks Pengacara Majlis Ramah Mesra Dan Sumbangan Sempena Bulan Ramadhan

Teks Mc Teks Pengacara Majlis Ramah Mesra Dan Sumbangan Sempena Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 742 hits
Assalamualaikum semua Bulan Ramadhan yang lalu aku diberi peluang untuk menjadi pengacara majlis ramah mesra yang diadakan di masjid kawasan taman tempat aku Sebenarnya lama aku tak menjadi mc dalam apa apa juga acara majlis Jadi boleh la a...
Kenapa Hutang Makin Bertambah Walaupun Dah Bayar Setiap Bulan

Kenapa Hutang Makin Bertambah Walaupun Dah Bayar Setiap Bulan

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 234 hits
Inilah Antara 5 Kesilapan FATAL Yang Mungkin Anda Lakukan Yang Menyebabkan Hutang Anda Semakin Bertambah Setiap Bulan Sejak kecil dulu mak ayah berpesan supaya jangan berhutang dengan sesiapa pun Malah anda juga pasti turut diajar untuk seg...
Kuala Krai Lokasi Sabung Ayam Kembali Dibuka Selepas 6 Bulan Diserbu Polis

Kuala Krai Lokasi Sabung Ayam Kembali Dibuka Selepas 6 Bulan Diserbu Polis

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 478 hits
Lokasi sabung ayam kembali aktif di Kuala Krai Seramai tujuh orang lelaki dicekup sewaktu mereka sedang leka menyabung ayam di kawasan ladang kelapa sawit yang sudah diserbu polis enam bulan lalu di Kampung Pok Jelak Bedal di sini Jumaat la...
Wanita Koma Dua Bulan Masih Bernyawa Dakwa Hampir Ditolak Masuk Bilik Mayat

Wanita Koma Dua Bulan Masih Bernyawa Dakwa Hampir Ditolak Masuk Bilik Mayat

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 210 hits
Apabila menghampiri tarikh 16 Jun setiap tahun seorang wanita terpaksa mengimbau kembali sejarah hitam akibat dirempuh lori ais yang terjadi pada 13 tahun lalu dengan penuh rasa keinsafan Menerusi perkongsian video di akaun TikTok pipi pau8...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation